The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, September 28, 2011

0 Persediaan ke Mestalla


Torres semakin tajam, midfield makin serasi, Chelsea semakin garang!! Kemenangan 4-1 ke atas Swansea walaupun bermain 10 orang sepanjang baki 45 minit second half membuktikan kekuatan The Blues di bawah revolusi AVB..Skuad Chelsea kini dilihat semakin yakin dengan para pemain sudah hampir menyesuaikan diri dengan falsafah yang diterapkan manager, yupp hasilnya memang memberangsangkan..Kini kita sudah bersedia untuk kunjungan ke Mestalla..

Mata sudah pasti akan menjadi tumpuan sebagai bekas pemain Valencia namun kita perlu memenangi match penting ini dengan kekuatan berpasukan..Torres walaupun malang dikenakan kad merah dan terlepas 3 match liga selepas ini, masih berpeluang meneruskan tempoh cemerlang 2 gol dalam 2 game menentang Valencia..Press masih kuat meletakkan beban di bahu Torres, justeru aku mengharapkan Nando kekalkan prestasinya untuk menutup mulut busuk pengkritik..

Di bahagian midfield, Mikel memberikan headache buat AVB memberikan kata putus siapakah yang layak melengkapkan bahagian tengah..Meireless dan Ramires dilihat sudah mendapat tempat tetap justeru hanya satu posisi untuk direbut samada Obi atau  Frank, sedangkan Josh dan Romeu masih dikategorikan sebagai backup..Persembahan bagus Obi menentang Swansea memberikan tekanan buat AVB namun Frank yang direhatkan dua match sudah tentu tidak akan berdiam diri jika terus dipinggirkan..Seandainya polisi rotation digunapakai bermakna Frank berkemungkinan diberikan starting 11..Walaupun sudah tua, aku masih percaya Lampard mampu memberikan sesuatu buat Chelsea dan diharapkan dia tak menghampakan apabila dipanggil.

Mata, salah satu pemain baru kegemaran peminat dilihat sedikit demi sedikit merevolusikan bahagian serangan kita dengan minda kreatif dan sentuhan magis..Hantaran bijak untuk gol pertama Torres tempohari adalah satu contoh terbaik kebijaksanaan Mata..Yupp, kita mengharapakan kombinasi yang sama akan berulang malam nanti..Kepulangan ke Mestalla sudah tentu beremosi namun pastinya Mata mahu membuktikan mengapa dia memilih  untuk bermain bersama kelab besar seperti Chelsea..

Seri match pertama, Valencia nampak goyah tatkala Chelsea berada di tangga teratas dengan 3 mata hasil kemenangan ke atas Leverkusen..Kita mampu melebarkan jurang dengan kemenangan malam ini untuk terus kekalkan penguasaan Group E..Harap MATA mampu memberikan inspirasi 3 MATA penuh buat The Blues di Mestalla..KTBFFH!!

No comments: