The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, December 10, 2011

0 Amaran Mata

Mata dan Silva, rakan karib di Los Che

Selepas membenam bekas kelab Valencia tanpa belas kasihan Rabu lalu, nampaknya Mata sudah bersedia pula untuk menumpaskan rakan sejawatnya di Los Che dahulu iaitu David Silva.

Juan Mata yang sempat bermain bersama David Silva selama 3 tahun di Valencia merupakan rakan karib serta pernah membentuk gabungan di sayap kiri dan kanan yang memang merbahaya ketika itu terutama sekali dengan adanya David Villa sebagai penyudah ketika itu. Selepas perpindahan Villa ke Barca, seorang demi seorang beralih haluan dengan Silva ke Manchester City dan seterusnya Mata ke Chelsea setahun kemudian.

"He's my friend. He's doing very well, playing for Man City and I will change my shirt with him.

"This season has been very, very good for him because he's showing his level but I'm just thinking of winning.

"Man City are having a great Premier League.

"There are so many weeks until the Premier League finishes. We will keep going every week to win and to be closest to the leader."




Namun itu kisah lama. Di kelab baru Mata kini adalah pemain utama The Blues yang memang menyerlah. Tujuh assist dan tiga gol setakat ini menunjukkan betapa pentingnya Mata kepada Chelsea musim ini. David Silva juga tidak kurang hebatnya. Dengan lapan assist dan empat gol, jelas rakan karib ini umpama sedang mencabar satu sama lain. Di laman web dan buah mulut fan juga kerap membandingkan siapakah yang lebih hebat; Mata ataupun Silva. Ini memang tak dapat dipisahkan. Berasal dari kelab yang sama, mempunyai ketinggian yang sama (5 ft 7 in), serta berkongsi flair, kepantasan serta gaya permainan yanbg hampir serupa menjadikan kedua pemain ini memang sukar ditentukan siapakah yang terbaik.

Hujung minggu ini akan menentukan segalanya. Chelsea menentang Manchester City. Buat pertama kali Mata akan bertemu Silva dalam jersi yang berlainan. Ini bukan lagi persoalan mengenai friendship, ia mengenai maruah. Siapakah yang lebih hebat?? Mata atau Silva?? Kita nantikan hujung minggu ini.


No comments: