Lagi berapa jam kita akan memasuki tahun baru-2010 yang pastinya akan menjanjikan perkara baru, azam baru( kalo ade hehe) dan cerita baru terutamanya mengenai team kesayangan kita Chelsea yang diharapkan mampu memberi tuah membawa seberapa banyak piala taun nie..Azam aku?? Mestilah nak upgrade blog nie kasi lagi marvelous dan mantapp!!
Tahun 2009 (musim 2008/09) yang penuh suka duka bagi chelsea boleh aku katakan buat peminat2 Chelsea bermula dengan kedatangan penuh makna Big Phil Scolari membawa 1001 harapan untuk musim2 yang gemilang di bawahnya dengn reputasi selaku juara dunia 2002..Bermula dengan hebat di dalam liga tetapi kegagalan mendapatkan Robinho di saat2 akhir kepada Man Shitty mmg memberi kesan dengan gagal konsisten menyebabkan permulaan gemilang Big Phil menjadi suram..kekalahan2 kepada Big 4 menjadi punca Roman (macam bese) hilang sabar dan hilangnya pemegang medal World Cup nie dari kerusi manager Chelsea..

Namun jangan dilupakan kisah kehebatan Si Magis Hiddink yang menyinari separuh musim The Blues yang dilihat hampir malap..Kedatangan manager Russia nie mmg menceriakan kem The Blues dengan mengembalikan aura kekuatan Chelsea yang padam buat seketika..Team2 utama berjaya ditewaskan dengan highlight membelasah Arsenal 4-1 di Emirates..Prestasi mantap di liga hampir memberikan kejuaraan liga untuk Chelsea cuma kedatangan Hiddink mungkin terlambat sedikit..Kemenangan bermaruah ke atas Liverpool di CL dan gol cantik Lampard akan diingati sebagai lambang kebangkitan The Blues dan ak rate kan perlawanan nie sebagai match terbaik season lepas..Penuh dramatik, aksi dan semestinya GOL..
Cuma low point adlah kekalahan kotroversi ngan Barca yg akan diingati sampai bile2 oleh fan The Blues sebagai tanda hipokrasi dan bias UEFA terhadap Chelsea dan kelab2 England yang lain..Hiddink hampir membawa Chelsea mara ke final CL buat kali kedua namun celaka Platini menjadi penghalang..Keputusan Hiddink yang enggan menyambung kontrak tetap dihormati tetapi semuanya tidak berakhir di sini..Para pemain The Blues tetap akan memberikan sesuatu untuknya dan gol jaringan Didi dan Lampard di Final FA Cup menjadi pemangkin kejayaan meraih Piala FA sebagai hadiah perpisahan yang bermakna untuk Gusmidas dan melengkapkan hari2 hebat yang singkat di Stamford Bridge..Thanks Guus!!

Aksi2 menarik musim 2008/2009 :
Tahun 2010 akan memberikan impian baru yang diharapkan akan memberi kisah yang lebih hebat dari tahun sebelumnya dan peningkatan harus dilakukan agar kita tidak kecewa lagi selepas ini..Ancelotti menjadi pengganti dan walaupun agak goyah prestasi kini aku yakin Carletto akan bangkit..Diharap Roman dapat bersabar kerana berbanding Scolari, prestasi kita kini menentang big gun amat hebat dan ak pasti dia akan bersama kita buat masa yang lama..Semoga ini akan menjadi tahun terbaik The Blues..Welcome 2010!!
Selamat tinggal diucapkan kepada barisan bintang2 Afrika Chelsea yang telah berlepas ke pangkuan skuad negara masing2 untuk persiapan kejohanan ACN-African Cup nations yang akan berlangsung sepanjang bulan Januari nie..
Tanpa Didi dan kalou, bahagian serangan adalah yang paling menerima kesan..kini Anelka, Sturridge dan Borini akan menjadi harapan untuk menampung ketiadaan Didi dan ak harap Anelka akan maintain cergas Jan nie kerana die satu2 nye striker berpengalaman yang kita ada..Sturridge dah beraksi baik dalam 2-3 match terakhir dan nie petanda baik..Di bahagian midfield, ketiadaan Essien akan dirindui tetapi kita ad pengganti seperti Ballack, Belletti dan Deco boleh mengisi posisi ini..Bahagian defend dan GK tidak bermasalah coz takde pemain Afrika..






















Second Half beberapa pertukaran dilakukan dengan Mikel dan Sturridge masuk kepadang dan membolehkan situasi kembali stabil..Babak yang sama berulang cuma kali ini giliran Chelsea memperoleh penalti selepas kekasaran ke atas Sturridge..Lampard menjaringkan hatrik dengan 3 penalti walaupun hanya satu yang diambil kira..Panas dan lawak gak ak tgok ref semalam suruh Frank ambik berulang2 kali sebab ada player gerak kat belakang kotak..kalo x gol penalti yang last tu memang ak mengamuk dah..
Namun Carletto merupakan pemimpin kita kini dan kita harus berdiri di belakangnya untuk dalam misi menumpaskan Inter kendalian Jose sekaligus mencerahkan peluang untuk meraih Piala Eropah buat kali pertama..Seakan sedar aura Jose masih kuat di kem The Blues, apatah lagi barisan skuad Chelsea masih lagi dipenuhi dengan barisan anak didik The Special One, Carletto hadir dengan falsafah baru iaiti formasi Diamond demi ingin menerapkan falsafah baru dalam pemikiran pemain Chelsea sekaligus melupakan taktikal dan pengaruh Jose dalam corak permainan diorang..Aura Jose masih ada, namun sudah berkurangan..Keengganan Didi, Lampard dan Carvalho ke Inter walaupun mendapat minat dari Special One membuktikan Jose bukanlah segala2 nya bagi diorang kerana Stmford Bridge adalah rumah mereka dulu, kini dan selama2nya!!





