The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, November 4, 2010

2 Post Match : Kita Layak ke Last 16!!

Last 16, Here We COme!!


Post Match kali nie agak pendek(sebab aku kejar masa nak masuk keje) walaupun sebenarnya aku nak ulas panjang2 gak sebenarnya pasal match semalam..Okeh straight to the point, Chelsea malam semalam (pagi tadi la) berjaya menempah tiket awal ke pusingan kalah mati selepas membelasah Spartak Moscow 4-1 di Stamford Bridge..Gol -Gol dijaringkan oleh Anelka, Ivanovic (2 bijik!!) dan Didi..Dengan tiket dah ditempahk, cuma satu sahaja yang dikejar, Top Spot Group F..Tak lah sesukar mana, kerana 1 mata sahaja dari 2 match terakhir dah memadai untuk kita memastikan kedudukan sebagai pendahulu Group F..

First half, boleh dikatakan memang agak hampas kita main kerana Spartak Moscow seperti sudah mempelajari kesilapan lalu di Russia dan tak memberikan ruang untuk pemain The Blues bermain flow football seperti biasa..Tanpa Essien yang direhatkan, bahagian midfield kita agak goyah dan sering dikasari pihak lawan menyebabkan kita sering kehilangan bola..namun benteng kita kekal kental, 0-0 di separuh masa..

Second Half, boleh dikatakan Gol Pertama adalah kunci kemenangan kita semalam..Lorongan Kalou berjaya menembusi perangkap Offside dan Anelka mudah merembat bola melepasi keeper lawan..Dengan gol pandahuluan, kita berjaya membuka permainan dan Spartak dilihat semakin lemah..Dalam masa 17 minit Chelsea menjaringkan 2 lagi gol hasil penalti Didi dan tandukan padu Ivanovic (sekali lagi!!)..Walaupun beberapa minit kemudian Spartak mendapat gol saguhati, Ivanovic mendapat gol kedua dia di minit terakhir permainan hasil rembatan padu dalam kotak menjadikan kedudukan akhir 4-1!!

Match Highlight :




Ada beberapa pemain nak aku puji hasil aksi diorang yang meningkat dalam match nie :

- Ramires - mungkin masih perlu perbaiki dari segi tubuh bdan yang sering ditolak lawan, tetapi teknikal Ramires semakin meningkat..Beberapa kali hantaran jauh pemain muda Brazil nie berjaya membuka formasi pihak lawan..Yeah, cross dia semakin tepat, macam Lampard dah aku tengok!!

- Ivanovic - Semakin padu, mungkin bakal menjadi sekental JT suatu hari nanti..tandukan padu dia sememangnya mengingatkan aku kepada Captain Marvel kita, malah secara defensive yang kebal dan determination dia untuk naik ke atas dan menyerang sememangnya fantastik!!


Dengan tiket Last 16 sudah dalam genggaman, tumpuan kita kini akan beralih ke Premiership..Nasib baik tiada injury tambahan kepada pemain2 kita sekaligus aku mengandaikan kita akan menurunkan barisan kesebelasan terbaik menentang Liverpool nanti..Haha tak sabar nak hantar The Reds masuk relegation balik..KTBFFH!!

2 comments:

r.k said...

ghua layan real dengan milan ..

memang gilalah gol-gol ivanovic . berdesup bhai !!

Raiden said...

haha aku usha dua-dua, lepas match Chelsea habies, sempat gak aku usha gol last Pedro Leon, klasik!!