The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, November 17, 2010

0 Luka Berdarah Bertambah Parah

Oh ya, pertama kali Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yang beragam Islam.. Masih lagi dalam mood kecewa selepas tewas mengejut di SB tempohari, kita sekali lagi ditimpa masalah bertimbun - timbun..

Dipendekkan cerita, kedua CB utama kita JT dan Alex berkemungkinan akan berehat lebih lama dari jangkaan..Alex sudah disahkan oleh Official Chelsea, dijangka Defender kental kaki berapi kita ini akan terlepas match selama 6-8 minggu (2 Bulan)..Selepas bersama dengan skuad Brazil dalam persiapan menentang Argentina malam nie, Medical Team dari skuad kebangsaan sekali lagi mengesahkan kecederaan Alex dan mencadangkan agar arthroscopic surgery dijalankan kepada lutut kanannya..

Semput wehh camnie

Selain Alex, JT juga semakin kerap dilanda kecederaan kebelakangan ini..Cappy Marvel kita sememangnya sering bermain dengan penuh bersemangat, sehingga kadangkala membahayakan diri sendiri..Sejak beberapa tahun kebelakangan nie dia kerap injured malah hujung summer lepas dia hampir terlepas Piala Dunia di Afrika akibat kecederaan nerve di kaki..JT mengakui dia sering bermain dengan kesakitan sepanjang masa nie dan kini nampaknya dia tak mampu bertahan lagi..Kecederaan saraf JT agak merisaukan kerana sukar disembuhkan malah ketika nie Cappy kita sedang menemui pelbagai specialist untuk menamatakan keperitan yang dihadapinya..

"Basically, I am trying whatever is suggested. I'm at my wits' end," the Chelsea captain said.

"I know I won't play on Saturday against Birmingham, but beyond that there are no clues. It could be weeks, it could be months.

"Everybody is coming up with different names and I have said I will go anywhere if someone can solve the problem."

Sebagai jangka masa panjang, aku harap Carletto akan cuba mengintai-intai CB yang baru untuk disambar Januari nanti..David Luiz sememangnya antara nama paling hot sekarang..Mamat dari Brazil nie sebijik macam Alex dari segi abiliti, cuma ada rambut kerinting je..Hebat di udara, badan kuat, dan yang penting masih lagi muda..JT dan Alex semakin lama semakin tua, malah bagi CB kecederaan memang sukar dielakkan kerana sering melakukan tackle kepada pihak lawan..Cmon, sambar David Luiz!!

Tanpa JT dan Alex, sememangnya barisan pertahanan kita nampaknya lembik..Hanya Ivanovic sajalah nampaknya yang boleh diharap untuk jadi CB..Tolonglah jangan bagi Ferreira lagi, kaki die memang sesuai jadi SideBack je, dengan umur dah tua, dan stamina yang kurang memang sukar nak kejar striker yang muda, laju macam Welbeck dan Gian haritu..Kalau Essien ada memang aku harap die boleh jadi CB backup sementara tunggu JT/Alex sembuh tapi skang pon dia supended 2 match lagi..Untuk persiapan Birmingham nie, aku harap gunakan je Bruma tu, mungkin muda lagi, tapi sekurang -kurangnya dia lebih selesa bermain CB berbanding Ferreira..Kita nantikan apakah strategi Carletto untuk mengatasi krisis nie..Buat JT dan Alex, semoga cepat sembuh!!

No comments: