The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, November 25, 2010

0 Post Match : Permata Baru Kian Menyinar


Mungkin agak janggal buat peminat Chelsea melihat banyak youngster diturunkan malam semalam, tetapi inilah era baru The Blues!! Sejak pengambilaihan Roman, malah sebelum rejim itu juga kita sememangnya kurang melahirkan bakat – bakat muda..Kita kerap membeli pemain luar dan akdemi kita boleh dikatakan tidak se-gah West Ham, Arsenal mahupun Everton..Tetapi sejak penubuhan Cobham Training Center kita dapat melihat hasilnya di mana pemain muda kita semakin mendapat perhatian umum..Kejayaan menewaskan Zliina dengan 4 pemain muda (McEachran, Kakuta, Van Aanholt, Bruma) kita diberikan starting lineup sememangnya sesuatu yang fantastic terutamanya melihat dari sudut ia adalah kejuaraan bertaraf tertinggi seperti Champions League!!

Dalam match kelmarin, dengan tiket layak sudah dalam genggaman Carletto memutuskan untuk mengunakan pemain muda selain memberikan rehat kepada pemain senior yang cedera dan kepenatan..

First half kita ketingggalan seawal minit ke 17 dan satu ketika aku dah membayangkan saat kita menentang Birmingham tempohari..Gabungan pemain muda dan senior nampak agak menjadi kerana walupun ketinggalan kita bermain dengan temwork yang fantastik dan menyerang bertubi tubi kubu lawan..Malang, gol penyamaan tidak ketemu di separuh masa..

Second Half, kita tak menunggu masa untuk menterbalikkan situasi..Hasil usaha keras dan semangat tidak berputus asa, kita berjaya mencari gol penyamaan!! Cross Kalou dari sayap kiri berjaya mencari Sturridge yang tidak dikawal dan pemain muda England nie mudah menyudahkan peluang yang diberi..1-1!!


Didi yang dah gersang tak gol dalam 3 match terakhir nampak hampir memecahkan badi namun free kick dia terkena palang..Seorang lagi pemain muda Van Aanholt dilihat semain mantap dari hari ke hari dan kali nie dia mengejutkan ramai dengan rembatan jarak jauh yang juga terkena palang!! Ketika masa semakin suntuk dan keputusan seri bakal dicapai, trio Didi, Malouda dan Anelka sekali lagi mencipta magik..Hasil cross Anelka berjaya mencari Didi yang menanduk bola, sekaligus membuka ruang untuk Malouda merembat bola msuk di minit ke 85!! Keputusan tamat, Chelsea menang 2-1 dan kita sah menjadi Leader Group F!



Prestasi pemain muda kita memang membuatkan aku bangga walaupun aku tak memberi harapan tinggi sangat kepada diorang dalam match nie..McEachran, Aanholt, Bruma dan Kakuta semuanya bermain bagus terutamanya Aanholt yang dah dilihat seperti successor kepada Ashley Cole di masa akan datang..Dengan kemenangan nie dah tentu akan serba sedikit meringankan pressure kepada para pemain dan Carletto yang mengharungi saat - saat sukar ketika ini..Mendapat tempat Leader Group memang bagus kerana sekurangnya kita akan mengelak Juara Group lain sekaligus memberikan kekuatan untuk kita mara ke Last 8 nanti..Papepon lupakan CL buat sementara, kejuaraan Liga akan menjadi fokus kita kini..Kemenangan di SB kelmarin sememangnya boost terbaik untuk match menentang Newcastle hujung minggu nie, diharap kita lebih konsisten pasni!!





No comments: