The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, November 1, 2010

0 Post Match : Never Say Die!!

Tandukan Berapi Ivanovic!!


Bolos awal, namun berkat kesabaran barisan skuad Chelsea berjaya menjaringkan 2 gol penting untuk menterbalikkan deficit sekaligus meraih 3 mata berharga di tempat lawan, Ewood Park yang sememangnya sukar..
Secara keseluruhan sememangnya kita agak bernasib baik kali nie kerana Blackburn bermain dengan amat –amat bagus sekali di halaman sendiri..Tak mengejutkan kerana Ewood Park sering dianggap sebagai kawasan yang sukar untuk ditakluk pihak lawan dalam beberapa musim nie..Musim lepas kita seri di sini, malahan Arsenal turut tewas di tempat yang sama menunjukkan betapa ‘keras’nya Ewood Park..

Dalam match kelmarin, Alex antara yang kembali ke skuad utama berganding bersama JT..Sekaligus Bosingwa direhatkan, memberikan slot RB kepada Ivanovic semula..Zhirkov yang beraksi di tahap terbaik 2-3 game sebelum nie semakin dipandang tinggi oleh Carletto..Ramires, walaupun sudah fit, terpaksa memberikan laluan buat Yuri..Front 3 tiada perbezaan; Didi, Malouda dan Anelka mengetuai serangan..
First Half, Blackburn sememangnya menguasai perlawanan malahan seawall minit ke 21 diorang mendapat gol permulaan..Hantaran Diouf tidak dihalang sesiapa, malahan bagaikan keliru, Benjani tidak dikawal lalu menanduk bola masuk ke gawang melepasi Cech yang tergamam..Chelsea cuba bangkit tetapi defence lawan agak kental, tidak terpengaruh langsung..Masa untuk Plan B, rangkaian trio menunjukkan keajaiban diorang, Malouda melakukan hantaran jauh untuk Didi, lalu menanduk bola kepada Anelka yang sedang berlari masuk ke dalam kotak penalty..Setup yang cantik dan pantas, dengan pertahanan lawan kaget, Anelka merembat bola masuk dengan mudah, 1-1!!

Abdul Salam Bilal pembuka comeback

Second Half, Blackburn sekali lagi menampilkan corak permainan kemas, tidak memberikan ruang untuk pemain kita bermain free flow football seperti biasa..Namun sekiranya berharapan, bersemangat kuat dan tidak berputus asa, segalanya tidak mustahil!! Zhirkov sekali lagi menampilkan magiknya..Kali ini larian pantas Zhirkov berjaya menembusi pertahanan Rovers di minit ke – 83 lalu melakukan hantaran lintang ke dalam kotak penalty..Ivanovic yang tidak dikawal, menanduk deras hantaran Yuri ke penjuru gawang!! Sejujurnya, ada art dalam tandukan Iva, tajam, padu dan berapi!! Sememangnya antara gol tandukan favourite aku!!Match tamat, Chelsea menang 2-1!!

Match Highlight :



Berjaya membawa pulang 3 mata dari Ewood Park sememangnya satu kelegaan kerana kita tahu bertapa ‘keras’nya stadium nie..Mungkin result ini akan menjadi salah satu sebab utama mengapa dan kenapa kita akan menjadi Juara Liga sekali lagi musim nie..Yeah, Champion akan tetap menang walaupun dalam situasi sukar, kita dah membuktikannya!! Dengan rival lain turut mencatat kemenanangan, kita kini kekal 5 mata di atas..Match seterusnya adalah menentang Spartak Moscow,kali nie kita akan kembali ke rumah kesayangan, Stamford Bridge..Haha dah tentu takde hal, tak sabar nantikan Rabu nie, KTBFFH!!




No comments: