The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, November 12, 2010

0 Post Match : Pengorbanan The Bison


Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama,
Pengorbanan Essien bukannya malang,
The Bison pastikan Chelsea Raja!!

Kepulangan Michael Essien semalam sememangnya amat crucial kepada Chelsea – dan dibayar dengan harga yang mahal..Selepas menjaringkan gol tunggal The Blues (gol kemenangan) The Bison diberikan kad merah sekaligus menyaksikan dia bakal terlepas 3 match liga selepas nie..

Pengorbanan Essien sememangnya jangan disia – siakan, hasil jaringan tunggal The Bison kita berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0..Tiga mata yang penting nie berjaya membolehkan kita mendahului 4 mata di atas Setan Manure, yang seri bersama jiran tertangga Mancee kelmarin..
Dalam match kelmarin skuad The Blues masih lagi gersang tanpa kehadiran Super Frankie, namun Essien antara pemain yang disambut dengan penuh kegembiraan oleh Carletto ke Starting 11 selepas terlepas 2 match sebelumnya..Didi yang dilaporkan dijangkiti penyakit Malaria nampaknya sudah sembuh dan dilihat lebih fit dari sebelumnya..

Keseluruhan match boleh dikatakan kedua – dua skuad nampak seimbang, Cuma gol Essien di separuh masa pertama memberikan perbezaan..Cech juga perlu diberikan standing ovation, kerana berjaya menepis beberapa percubaan berbahaya pihak lawan, sekaligus mengekalkan kedudukan 1-0 sehingga tamat perlawanan..Insiden Kad Merah Essien jelas tak melemahkan semangat Biru Membara malah kita masih mampu mengawal permainan..

Match Highlight :



Boleh dikatakan aku sememangnya berpuas hati dengan kemenangan menentang Fulham..Walaupun tipis, kita melakukan apa yang perlu – kembali ke landasan kemenangan!! Keupayaan untuk terus mencatat kemenangan walaupun tewas mengejut di Anfield adalah antara bukti kemantapan mentaliti para pemain The Blues..Aku yakin rival kita juga akan terasa betapa kuatnya semangat juang kita musim nie untuk mengekalkan kejuaraan di Barat London..Apa yang penting adalah konsistensi, harap kita dapat kekalkan prestasi!! Chelsea will always on Top, KTBFFH!!

No comments: