The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, November 27, 2010

0 Preview : Kekalkan konsistensi, baham kuda belang!!

Selepas menang buat kali pertama dalam 3 game, dah tentu kita boleh menarik nafas lega tetapi segalanya belum berakhir!! Kemenangan di Zillina memang penting buat kita mendapat tempat teratas Group F dalam Liga Juara - Juara tetapi kini masanya untuk kembali berpijak di dunia nyata..Di liga, prestasi kita sememangnya hawau dengan 3 kekalahan dalam 4 match terakhir sekaligus membuatkan kita kehilangan 9 mata..Walaupun masih lagi Leader, kita hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan, yang bagi aku tak cukup mantopp untuk menguatkan kedudukan kita kini di persada liga..Aksi konsisten ditagih kini, aku harap kita boleh berikan aksi yang konsisten seperti di awal musim..

Untuk memulakan semangat baru bukannya mudah, apatah lagi berdepan pihak lawan segah Newcastle United..Okeh mungkin match terakhir diorang tewas teruk 1-5 kepada Bolton, tetapi di St James Park semangatnya berlainan dan Toons sememangnya tak boleh dipandang rendah..Boleh dikatakan match malam esok seperti ketika menentang Liverpool, pihak lawan adalah sebuah team yang 'sandarkan pada kenangan' tetapi mereka ada kejutan bila berdepan pasukan yang kuat..Aku agak risau sebenarnya menentang Newcastle dan jika kita dapat menang dengn jaringan tipis 1-0 pon aku dah cukup berpuas hati!!

Mengenai persediaan skuad kita, masih tiada berita baik dari wad sakit, malahan Essien masih lagi dalam tempoh edah...Nak tak nak, kita harus mengharapkan beberapa pemain muda kita untuk memberi support baik punyer kepada pemain utama kita..Tak merisaukan kerana aksi diorang menentang Zillina agak mengagumkan terutamanya Aanholt dan Sturridge..Aku harapkan diorang boleh buktikan diorang layak memakai jersi The Blues dengan aksi yang konsisten bila dipanggil masuk ke padang nanti..

Formasi antara yang menarik perhatian aku untuk malam nie, kerana Carletto nampaknya bereksperimen untuk mengubah formasi asal 4-3-3 kepada 4-4-2 yang lebih menyengat dalam 2 perlawanan terakhir..Tanpa Essien sememangnya formasi 3 midfielder kita agak lemah kerana Ramires, Mikel dan Zhirkov kurang serasi bermain bersama di tengah..Hasilnya Carlo memutuskan taktik baru perlu diketengahkan untuk menampung ketiadaan Essien dan Lampard ketika ini..Dengan formasi 4-4-2 Carlo meletakkan 2 holding mf manakala 2 winger digunakan untuk memberikan support kepada duo striker di hadapan..Ketika menentang Zillina formasi ini dah diguna pakai dan hasilnya kita berjaya meraih kemenangan!!

Taktikal Carlo memang tak perlu dibahaskan lagi kerana dia sememngnya pakar di bahagian ini..Malah pertengahan musim lepas hasil pemikiran kreatif Carlo yang menukar formasi kita kepada 4-4-3 telah membolehkan kita mengubah nasib kita sekaligus meraih double..Aku percaya kepada Carletto dan aku harap taktikal dia akan menjadi!!

Skuad malam nie :

Cech
Bosingwa-Ivanovic-Bruma-Ash
Kalou-Mikel-Ramires-Malouda
Anelka-Didi

Result Prediction : Newcastle (2) - Chelsea (3)

Match LIVE 812 Ahad 28 Nov 9.35 malam

Agak sukar nak meramal keputusan malam esok, dengan defend kita agak hawau kini aku mengharapkan striker kita akan kembali menyengat untuk menampung kekurangan di bahagian pertahanan..Carroll sememangnya berbahaya dan tanpa Alex dan JT sebagai bulldozer aku rasa kubu kita memang akan longgar..Mungkin akan menjadi perlawanan yang sengit dan berpesta gol, dan aku harapkan Chelsea menjaringkan gol yang lebih banyak!! Over Land and Sea, We Are Chelsea FC!! KTBFFH!!




No comments: