The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, November 15, 2010

2 Post Match : Celaka Tahap Dewa


Memang panas hati, bengang campur tak selera aku nak pegi keje hari ni..Sejujurnya performance semalam lagi teruk dari kekalahan dekat Anfield dan Eastland, macam haram!! Boleh dikatakan seolah - olah aku tak melihat macam Chelsea yang main malam semalam..Defend longgar, midfield longlai, Striker tumpul-segalanya tak menjadi!!

Malas nak ungkit panjang-panjang perjalanan match semalam, sebab hanya menyakitkan hati beb..Keseluruhan match kita bermain hawau giler babi, Sundal Land menjaringkan 1 gol ketika First Half, dan 2 gol di Second Half..Jikalau bukan kerana Cech dan nasib, dah tentu kita boleh tewas 4-0 mahupun 5-0 semalam, seteruk itu!!

Wilkins - Pemergiannya dirasai..

Faktor utama kita tewas sudah tentu akan dikaitkan dengan pemergian mengejut Pembantu Jurulatih, Ray Wilkins dalam 2-3 lepas..Sebagai tulang belakang Ancelotti sepanjang musim lepas dalam musim yang dimeriahkan dengan kejuaraan Double, sememangnya sukar mencari ganti Ray dalam masa yang singkat..Keupayaan dia yang mampu bertutur Dwi-Bahasa ( Itali dan English) menjadi bantuan besar kepada Ancelotti untuk berkomunikasi dan menyampaikan idea-idea kepada para pemain..Dengan pengalaman Ray yang juga terlibat dalam mengatur strategi dan persiapan perlawanan selama nie, sudah tentu skuad akan tempang tanpa Ray secara tiba-tiba..

Ketiadaan Ray adalah satu hal, tapi jika dua CB berkaliber cedera, sudah tentu mana-mana team akan goyang beb..Ketiadaan JT dan Alex, pasangan utama Centerback kita menyebabkan Carletto terpaksa menggunakan partnership ‘bidang terjun’-Ivanovic dan Ferreira..Jelas tiada keserasian, malah dengan mudah diorang dipermainkan oleh Gian dan Welbeck sepanjang 90 minit..Adakah Carletto perlu dipersalahkan?? Tak juga, kerana nie pemain backup terbaik yang dia ada, jika Bruma digunakan berbanding Ferreira aku tak pasti akan memberikan perbezaaan..Mungkin Carletto perlu meneliti jika ada calon Defender baru yang boleh dibawa masuk Januari nanti..David Luiz, Subotic, Hummels, kesemuanya bagus bagi aku..

Selain tanpa JT, Alex, midfield kita turut tempang terutamanya tanpa The Bison yang sememangnya menjadi enjin utama pasukan..Kegagalan Frankie sembuh di waktu yang tepat menambah luka berdarah di bahagian tengah..Mikel dan Zhirkov bagi aku bermain okey, hanya Ramires yang aku agak panas..Please, dia gelabah sangat!! Seperti bermain secara paksaan, aku tak pernah nampak Ramires enjoy game dia sepanjang bermain bersama Chelsea, terutamanya dalam match semalam..Just relax, walaupun McEachran jauh lebih muda dan kurang pengalaman, aku lagi suka melihat aksi bersahaja dia..Harap Ramires tak akan termasuk antara list pemain Brazil yang ‘fail’ di BPL, sepertimana Robinho, Alfonso Alvez, etc..

Prestasi trio penyerang kita yang tak menghasilkan gol dalam 3 match terakhir turut membimbangkan..Didi kelihatan hilang sentuhan emasnya, Anelka tidak se-cool seperti biasa, Malouda pulak tak se-hot seperti awal musim..Harap mereka perlu bangkit segera, dengan musim sibuk Krismas semakin hampir, kita tiada masa untuk beraksi longlai, masa untuk naikkan gear!!

Tanpa 3 mata semalam, kita gagal mengambil kesempatan untuk melebarkan jurang kepada 6 mata di atas..Yeah, memang aku kecewa giler babeng dan kini kita hanya dibezakan 3 mata dengan Second Runner, Manure..

Krisis??

Adakah wujudnya krisis dalaman?? Kekalahan mengejut sebesar 3-0 di halaman sendiri, malah dengan team cikai Sundal Land sedikit sebanyak mengundang persoalan mengenai kekuatan mental dan fizikal para pemain..Hmm, bagi aku masih awal untuk memberi andaian adanya pemberontakan dalam skuad..Aku menganggap kekalahan semalam adalah effect dari ketiadaan Ray secara mengejut, yeah, mungkin para pemain perlu diberi masa untuk menyesuaikan diri dengan staff training yang baru..Harap kita dapat mencari pembantu kepada Ancelotti secepat mungkin,dengan ability dan pengalaman standing Ray..Kalau diikutkan aku memang suka jika Zola dapat menjadi orang kedua Carletto..Dengan ability berbahasa Inggeris dan Itali, di samping mempunyai pengalaman setahun menjadi manager di West Ham akan memberikan addition terbaik kepada pasukan..Malah Zola juga boleh berdikit-dikit belajar dari Manager sehebat Ancelotti mengenai aspek pengurusan pasukan, sekaligus tak mustahil menjadi successor di masa depan?? Namun nie hanya fantasi harapan aku, ketika nie nama Paul Clement adalah paling hampir untuk disahkan sebagai Assistant manager selepas menjadi Assistant First Team Manager Chelsea sejak 2008..Apapun sama-sama kita nantikan keputusan Board..

Nak ditelan memang pahit, kelat, berulat..Tetapi nak tak nak kita kena terima kita dah tewas semalam, cuma yang penting match seterusnya kita perlu menang!! Harap lebih konsisten selepas nie, kerana sebarang kesilapan kita pasti akan menjadi peluang kepada mereka yang di bawah untuk mengejar..Margin kita hanya 3 mata di atas, tidak banyak mana untuk kita beraksi malas-malas seperti semalam..Mungkin ketiadaan pemain utama boleh dijadikan alasan, tetapi bagi aku jika pemain lain boleh bermain sepenuh hati dah tentu takde masalah buat kita untuk terus menang..Please, kuatkan mentality, logo Chelsea di dada bukannya hiasan!! Over Land and Sea, We Are Chelsea FC!! Berjuang sehingga tamat, KTBBFFH!!

2 comments:

Wahida Jumaat said...

ak setuju tentang ramires...
sakit hati aku tengok dia main!!!

sakit hati aku sepanjang game dia macam blurr dan xyakin...


sakit hati aku lagi dengan ayah aku dan adik aku xhbis2 nak meng"hanjing" kan chelsea kalah smalam.mau2 seminggu aku kena dgr...

setia punya pasal..aku tengok sampai habis walau dlm hati risau...

KTBFFH!!!!

Raiden said...

huhu Cik Wahida, biasa la kena hanjing tu..

Nanti Chelsea julang trofi EPL, ko tampal la poster satu rumah baru puas!!