The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, November 28, 2010

2 Nightmare Before Christmas

Cuaca sejuk menusuk kalbu, salji turun membekukan satu badan, sampai Alex terkaku melihat Carrol menolak bola masuk ke gawang Chelsea yang ternganga luas..Newcastle juga apa kurangnya, Sup Campbell juga seakan membeku melihat liuk lentuk Kalou menari tarian Afrika untuk menjaringkan gol penyamaan The Blues..Kesuluruhan permainan boleh dikatakan suasana yang dingin, aksi yang membuatkan kepala aku berangin..Match berakhir berakhir 1-1..Kita hilang Top Spot..

Sepertimana match2 sebelumnya, badi bolos awal masih belum diselesaikan sepenuhnya..Malah Alex sendiri memberikan 'assist' baik punyer kepada Carroll untuk gol pertama lawan, sekaligus membuatkan Carletto menggelengkan kepala melihat barisan pertahanan kena barai buat kali keberapa entah..Nasib baik Kalou berjaya mendapatkan gol penyamaan sebelum tamat separuh masa pertama hasil ruang yang dibuka oleh Malouda..Namun Second Half, hawauuu nak mati kerana takde 'concrete chance' yang boleh dibanggakan..Kurang urgency, kurang energy, kurang kreativiti!!

Kesimpulannya, Top Spot kita dah terlepas kepada setan laknatullah..Tak boleh salahkan sesiapa, kerana kita yang menyebabkan pihak lawan berjaya mengejar kita walaupun pada satu ketika seolah-olah kita dah boleh menang liga di awal musim..Kecewa, memang kecewa kerana kita tak memanfaatkan peluang sebelum nie..TAPI, perlukah kita menyerah?? Dah tentu tidak!! Musim masih panjang, dan dengan kepulangan Essien selepas ini (habis banned), serta kemungkinan Lampard, bermakna masih ada sebab untuk kita bersikap positif..Post Match analisis, esok la aku wat, dan nantikan je la player mana aku nak 'bahan' nanti..KTBFFH!!




2 comments:

εïз .y a t i e.sb. εïз said...

hope dpt menang..
tp seri jugak...
haihhhh..

Raiden said...

tunggu Bro Essien habis tahanan reman, konfem sume team kita tibai pasnie!!