The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, April 12, 2010

4 Kita sudah menjumpai pengganti Flo!!

T.A Flo

Torre Andre Flo-mugkin ada fan The Blues mengenali mamat nie atau tidak-agak ditenggelamkan oleh populariti Zola, tetapi bagi aku Legend Norway nie sememangnya antara pemain terbaik pernah dibeli oleh Chelsea suatu masa dahulu..

Menyertai Chelsea pada 1997 dengan harga ciput, £300,000 dari kelab Norway, Brann tiada siapa menyangka Flo mampu menjadi antara striker yang disegani..Debut bersama Chelsea sahaja sudah menjelmakan 15 gol dalam musim pertama di England, gandingan mantap bersama Zola masih lagi diingati sebagai partnership striker terbaik di Premiership ketika itu..Muka jambu Flo juga menyebabkan gadis dan makcik2 di sekitar London menjadi Gila Bayang..Namun musim terbaik Flo adalah pada musim 1999-2000, apabila dia menjadi Top Scorer The Blues dengan 19 gol, menjaringkan 3 gol bertemu Barcelona dan membawa Chelsea meraih trofi FA di akhir musim..Flo berpindah season 2000/01 apabila kehadiran Gudjohnsen dan Hasselbaink menyebabkan peranan Flo kian terbatas..

Adakah kita sudah menemui pengganti Flo?? Mungkin dia adalah Flo yang baru :




FLO-rent Malouda


Sekian lama mencari, Chelsea cuba menjejaki Flo yang merupakan mamat perancis yang kian meletup2 namanya di Ligue 1..Florent Malouda nama diberi, mamat nie merupakan Winger Olympique Lyon yang kian menyinar, musim 2006/07 adalah kemuncak prestasi Flying Frenchman, menjaringkan 10 gol, menyepak keluar Real Madrid dari CL, dan membawa Lyon meraih kejuaraan Ligue 1 ke-6, justeru membolehkan dia dinobatkan sebagai Ligue 1 Player of the Year..

Sign for £13.5m

Malouda dibeli oleh Yang Teristimewa Jose Mourinho pada 2007 dengan harga £13.5m..Mungkin tidak setampan atau sejambu T.A.Flo tapi nie bukan rancangan realiti Top Model atau AF nak muke hensem2, bakat Malouda dikatakan lebih 'kacak' dari rupanya..Namun kusangka panas hingga ke petang, rupanya pagi-pagi lagi dah hujan lebat..Jose tidak yakin dengan Malouda, kurang beraksi menyebabkan dia kian merosot dan pencapaian hebat dia di Lyon kian dilupakan..Walaupaun ketiadaan Mourinho yang resign, manager2 seterusnya sekali lagi kurang mempercayai Malouda..Ketika ini Ken Bates dan sidang2 dari managerial Chelsea semua sudah mengatakan " Kita silap, dia bukanlah pengganti Flo yang kita cari"

Namun kehadiran Hiddink umpama Sinar Baru dalam hidup Malouda..Hiddink memberikan sepenuh keayakinan untuk Malouda mencari kembali bakatnya yang hilang, dan Malouda sedar ini peluang dia untuk kembali menyerlah.. tidak menghampakan, penghujung season lepas merupakan antara aksi terbaik Malouda dengan beberapa assist dan gol menyebabkan kedudukan Left Wing dilihat sudah secure untuk Malouda..Pertuakaran rambut juga menyebabkan gaya Malouda dilihat sudah berubah, gaya Predator lebih ganas, memukau dan membolehkan dia kembali hebat di atas padang..

DULU : rambut ala2 budak PLKN yang jambu habess


KINI : Rambut ala2 Predator yang menggerunkan lawan

Baru je nak naik, Ancelotti pula hadir, dan Malouda perlu bermula dari bawah semula..Don Carrletto menggunakan formasi Diamond menyebabkan peranan Malouda sebagai natural winger kian terbatas..Tidak sesuai bermain sebagai Attacking Midfield, Malouda sekali lagi dipinggirkan oleh Don..Namun di bulan Januari, Carletto menukar formasi kepada basic 4-3-3, Malouda kian menyerlah di bawah taktikal baru, bebrapa gol dan assist menyebabkan nama Malouda kian disebut2 tatkala Chelsea dilihat lebih merbahaya apabila Malouda beraksi..

Nama Malouda sebagai pengganti Flo kini nampaknya hampir menjadi realiti, finishing dan cross Flying Frenchman kini memang setajam dan sebijak Legend Flo..Bermula dengan dua gol ketika menentang Posemut, juga dua gol ketika menentang Villains, keduan-duanya menang besar 5-0 dan 7-1..assist tak payah citer la, berlambak..pertemuan dengan Manure menyerlahkan kehebatan Malouda yang kian sukar disekat, dengan mudah Flying Frenchman melepasi kawalan benteng Manure dan melepaskan low cross yang tepat hinggap pada backheel Joey..Jika belum cukup, semalam sekali lagi Malouda menjaringkan gol menentang Villains membawa The Blues ke final FA Cup..Pengganti Flo sudah dijumpai, Ken Bates juga sudah mengatakan "He is the man"

Malouda telah menjaringkan 15 gol untuk Chelsea musim nie, dan selagi adanya Flying Frenchman, aku yakin The Blues amat sukar disekat oleh mana2 kelab sekalipun..Pemain Terbaik Chelsea musim nie?? Vote aku untuk Malouda..Hanya 5 match premiership dan satu Final FA tinggal, sekiranya dia kekal bermain hebat sehingga tamat musim dan membawa Chelsea meraih Double, aku yakin Malouda bakal mencabar Didi dan Rooney sebagai Pemain Terbaik EPL musim nie..Go Flying Frenchman, Go Flo!!

4 comments:

esofagus said...

ades..rambut predator..itu sagna la..hehe

damn bloody correct..no doubt that malouda is the best left winger in EPL this season..

Raiden said...

kalo xsilap aku sume Big 4 ad predator masing2..sagna, g.johnson, anderson..hahaha..

malouda skang men memang best gler, tak sangka ak pernah kutuk die nie dulu, congrats untuk hiddink dan ancelotti berjaya mengubah Malouda menjadi truly best winger in EPL kini..

eddie dewanaga said...

Malouda...

eh, gua nak comment apa tadi..?
lupa laa... malu daa... no comment!

Raiden said...

haha..ko mabuk ke eddie??