The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, November 28, 2010

2 Nightmare Before Christmas

2 Comments
Cuaca sejuk menusuk kalbu, salji turun membekukan satu badan, sampai Alex terkaku melihat Carrol menolak bola masuk ke gawang Chelsea yang ternganga luas..Newcastle juga apa kurangnya, Sup Campbell juga seakan membeku melihat liuk lentuk Kalou menari tarian Afrika untuk menjaringkan gol penyamaan The Blues..Kesuluruhan permainan boleh dikatakan suasana yang dingin, aksi yang membuatkan kepala aku berangin..Match berakhir berakhir 1-1..Kita hilang Top Spot..

Sepertimana match2 sebelumnya, badi bolos awal masih belum diselesaikan sepenuhnya..Malah Alex sendiri memberikan 'assist' baik punyer kepada Carroll untuk gol pertama lawan, sekaligus membuatkan Carletto menggelengkan kepala melihat barisan pertahanan kena barai buat kali keberapa entah..Nasib baik Kalou berjaya mendapatkan gol penyamaan sebelum tamat separuh masa pertama hasil ruang yang dibuka oleh Malouda..Namun Second Half, hawauuu nak mati kerana takde 'concrete chance' yang boleh dibanggakan..Kurang urgency, kurang energy, kurang kreativiti!!

Kesimpulannya, Top Spot kita dah terlepas kepada setan laknatullah..Tak boleh salahkan sesiapa, kerana kita yang menyebabkan pihak lawan berjaya mengejar kita walaupun pada satu ketika seolah-olah kita dah boleh menang liga di awal musim..Kecewa, memang kecewa kerana kita tak memanfaatkan peluang sebelum nie..TAPI, perlukah kita menyerah?? Dah tentu tidak!! Musim masih panjang, dan dengan kepulangan Essien selepas ini (habis banned), serta kemungkinan Lampard, bermakna masih ada sebab untuk kita bersikap positif..Post Match analisis, esok la aku wat, dan nantikan je la player mana aku nak 'bahan' nanti..KTBFFH!!




Saturday, November 27, 2010

0 Preview : Kekalkan konsistensi, baham kuda belang!!

0 Comments
Selepas menang buat kali pertama dalam 3 game, dah tentu kita boleh menarik nafas lega tetapi segalanya belum berakhir!! Kemenangan di Zillina memang penting buat kita mendapat tempat teratas Group F dalam Liga Juara - Juara tetapi kini masanya untuk kembali berpijak di dunia nyata..Di liga, prestasi kita sememangnya hawau dengan 3 kekalahan dalam 4 match terakhir sekaligus membuatkan kita kehilangan 9 mata..Walaupun masih lagi Leader, kita hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan, yang bagi aku tak cukup mantopp untuk menguatkan kedudukan kita kini di persada liga..Aksi konsisten ditagih kini, aku harap kita boleh berikan aksi yang konsisten seperti di awal musim..

Untuk memulakan semangat baru bukannya mudah, apatah lagi berdepan pihak lawan segah Newcastle United..Okeh mungkin match terakhir diorang tewas teruk 1-5 kepada Bolton, tetapi di St James Park semangatnya berlainan dan Toons sememangnya tak boleh dipandang rendah..Boleh dikatakan match malam esok seperti ketika menentang Liverpool, pihak lawan adalah sebuah team yang 'sandarkan pada kenangan' tetapi mereka ada kejutan bila berdepan pasukan yang kuat..Aku agak risau sebenarnya menentang Newcastle dan jika kita dapat menang dengn jaringan tipis 1-0 pon aku dah cukup berpuas hati!!

Mengenai persediaan skuad kita, masih tiada berita baik dari wad sakit, malahan Essien masih lagi dalam tempoh edah...Nak tak nak, kita harus mengharapkan beberapa pemain muda kita untuk memberi support baik punyer kepada pemain utama kita..Tak merisaukan kerana aksi diorang menentang Zillina agak mengagumkan terutamanya Aanholt dan Sturridge..Aku harapkan diorang boleh buktikan diorang layak memakai jersi The Blues dengan aksi yang konsisten bila dipanggil masuk ke padang nanti..

Formasi antara yang menarik perhatian aku untuk malam nie, kerana Carletto nampaknya bereksperimen untuk mengubah formasi asal 4-3-3 kepada 4-4-2 yang lebih menyengat dalam 2 perlawanan terakhir..Tanpa Essien sememangnya formasi 3 midfielder kita agak lemah kerana Ramires, Mikel dan Zhirkov kurang serasi bermain bersama di tengah..Hasilnya Carlo memutuskan taktik baru perlu diketengahkan untuk menampung ketiadaan Essien dan Lampard ketika ini..Dengan formasi 4-4-2 Carlo meletakkan 2 holding mf manakala 2 winger digunakan untuk memberikan support kepada duo striker di hadapan..Ketika menentang Zillina formasi ini dah diguna pakai dan hasilnya kita berjaya meraih kemenangan!!

Taktikal Carlo memang tak perlu dibahaskan lagi kerana dia sememngnya pakar di bahagian ini..Malah pertengahan musim lepas hasil pemikiran kreatif Carlo yang menukar formasi kita kepada 4-4-3 telah membolehkan kita mengubah nasib kita sekaligus meraih double..Aku percaya kepada Carletto dan aku harap taktikal dia akan menjadi!!

Skuad malam nie :

Cech
Bosingwa-Ivanovic-Bruma-Ash
Kalou-Mikel-Ramires-Malouda
Anelka-Didi

Result Prediction : Newcastle (2) - Chelsea (3)

Match LIVE 812 Ahad 28 Nov 9.35 malam

Agak sukar nak meramal keputusan malam esok, dengan defend kita agak hawau kini aku mengharapkan striker kita akan kembali menyengat untuk menampung kekurangan di bahagian pertahanan..Carroll sememangnya berbahaya dan tanpa Alex dan JT sebagai bulldozer aku rasa kubu kita memang akan longgar..Mungkin akan menjadi perlawanan yang sengit dan berpesta gol, dan aku harapkan Chelsea menjaringkan gol yang lebih banyak!! Over Land and Sea, We Are Chelsea FC!! KTBFFH!!




Friday, November 26, 2010

2 Pesanan Orang Lama

2 Comments
Prestasi pemain muda kita yang membanggakan dengan kemenangan 2-1 menentang Zillina sememangya mengundang pujian ramai..Pemain senior Chelsea tak terkecuali untuk membuat statement khas buat youngsters kita..

Didier Drogba



'It's positive, they need to play more to get more confidence, and that's why it was good to see them today,' said the Ivorian afterwards. 'There is a lot of respect between us.'

Salomon Kalou
'They had a good game, it's not easy for them to play because they don't have the experience of the Champions League and it's a tough competition, but they did well,' the winger added.

'In the beginning it was not so good but everyone had to get into the game. We started slow and it was a bad start but in the end we got back together and had a good performance. They showed they have the quality to be in the team.'




Melihat kepada pujian dari pemain senior dah tentu membuktikan aksi pemain muda kita semakin matang..Aku juga mengharapkan perkara yang sama, harap diorang boleh berdiri setaraf dengan Kalou mahupun Didi dalam masa beberapa tahun lagi sebagi pemain utama kita suatu hari nanti..All the best to our Young Blues!!



0 Pesanan pemain senior

0 Comments

Thursday, November 25, 2010

0 Post Match : Permata Baru Kian Menyinar

0 Comments

Mungkin agak janggal buat peminat Chelsea melihat banyak youngster diturunkan malam semalam, tetapi inilah era baru The Blues!! Sejak pengambilaihan Roman, malah sebelum rejim itu juga kita sememangnya kurang melahirkan bakat – bakat muda..Kita kerap membeli pemain luar dan akdemi kita boleh dikatakan tidak se-gah West Ham, Arsenal mahupun Everton..Tetapi sejak penubuhan Cobham Training Center kita dapat melihat hasilnya di mana pemain muda kita semakin mendapat perhatian umum..Kejayaan menewaskan Zliina dengan 4 pemain muda (McEachran, Kakuta, Van Aanholt, Bruma) kita diberikan starting lineup sememangnya sesuatu yang fantastic terutamanya melihat dari sudut ia adalah kejuaraan bertaraf tertinggi seperti Champions League!!

Dalam match kelmarin, dengan tiket layak sudah dalam genggaman Carletto memutuskan untuk mengunakan pemain muda selain memberikan rehat kepada pemain senior yang cedera dan kepenatan..

First half kita ketingggalan seawal minit ke 17 dan satu ketika aku dah membayangkan saat kita menentang Birmingham tempohari..Gabungan pemain muda dan senior nampak agak menjadi kerana walupun ketinggalan kita bermain dengan temwork yang fantastik dan menyerang bertubi tubi kubu lawan..Malang, gol penyamaan tidak ketemu di separuh masa..

Second Half, kita tak menunggu masa untuk menterbalikkan situasi..Hasil usaha keras dan semangat tidak berputus asa, kita berjaya mencari gol penyamaan!! Cross Kalou dari sayap kiri berjaya mencari Sturridge yang tidak dikawal dan pemain muda England nie mudah menyudahkan peluang yang diberi..1-1!!


Didi yang dah gersang tak gol dalam 3 match terakhir nampak hampir memecahkan badi namun free kick dia terkena palang..Seorang lagi pemain muda Van Aanholt dilihat semain mantap dari hari ke hari dan kali nie dia mengejutkan ramai dengan rembatan jarak jauh yang juga terkena palang!! Ketika masa semakin suntuk dan keputusan seri bakal dicapai, trio Didi, Malouda dan Anelka sekali lagi mencipta magik..Hasil cross Anelka berjaya mencari Didi yang menanduk bola, sekaligus membuka ruang untuk Malouda merembat bola msuk di minit ke 85!! Keputusan tamat, Chelsea menang 2-1 dan kita sah menjadi Leader Group F!



Prestasi pemain muda kita memang membuatkan aku bangga walaupun aku tak memberi harapan tinggi sangat kepada diorang dalam match nie..McEachran, Aanholt, Bruma dan Kakuta semuanya bermain bagus terutamanya Aanholt yang dah dilihat seperti successor kepada Ashley Cole di masa akan datang..Dengan kemenangan nie dah tentu akan serba sedikit meringankan pressure kepada para pemain dan Carletto yang mengharungi saat - saat sukar ketika ini..Mendapat tempat Leader Group memang bagus kerana sekurangnya kita akan mengelak Juara Group lain sekaligus memberikan kekuatan untuk kita mara ke Last 8 nanti..Papepon lupakan CL buat sementara, kejuaraan Liga akan menjadi fokus kita kini..Kemenangan di SB kelmarin sememangnya boost terbaik untuk match menentang Newcastle hujung minggu nie, diharap kita lebih konsisten pasni!!





Tuesday, November 23, 2010

0 Josh Starting 11!!

0 Comments
Dah lama aku menantikan saat ini, akhirnya Ancelotti meletakkan nama Josh McEachran dalam kesebelasan utama!! Kecederaan ke atas Essien, Mikel nampaknya rahmat buat pemain muda kita mendapat peluang berharga menonjolkan bakat diorang dalam match berprestij seperti Champions League..Tanyalah pemain macam Jonjo Shelvey, pernah ke diorang main kat Liga Juara - Juara?? Selain tu Alex dan Cech akan direhatkan sekaligus pemain muda Bruma dan Turnbull akan mengisi kekosongan malam nie..

Masih terkesan dengan prestasi haram 2-3 minggu nie?? Yeah, dah tentu tetapi buat Fan Chelsea semua malam nie boleh dikatakan rest day untuk kita enjoy match tanpa sebarang tekanan..Dengan tiket Last 16 dah confirm, tiada pressure untuk para pemain mahupun fan untuk bermain bermati - matian bagi mencapai 3 mata..Kita mungkin boleh konfem Top Spot dengan paling carok keputusan seri, dengan syarat Marseille gagal mencatat kemenangan..Apapun aku harap dapat layan dengan aman match malam nie, dan berkemungkinan kita dapat melihat bonus pemain muda kita mencatat kemenangan mengejut, tak mustahil bukan??

Dengan keputusan 0-7 dibarai Marseille, Ziliina sememangnya dalam keadaan miserabale..Tapi no pressure, aku harap para pemain muda kita bermain dengan enjoy malam nie..Aku hanya mengharapkan aksi yang bagus dari younsgters kita, jika menang anggap sebagai surprise present buat Fan yang menonton malam nie..

Skuad malam nie :

Turnbull
Ferreira-Ivanovic-Bruma-Zhirkov
Mikel-Josh-Malouda
Anelka-Didi-Kalou

Result Prediction : Chelsea (2) - Zillina (2)

Match LIVE ESPN 3.40 pg Rabu 24 November




Enjoy the Game, KTBFFH!!

Monday, November 22, 2010

0 Post match : Krisis di St Andrew??

0 Comments

Adakah krisis di kem Chelsea?? Adakah Carlo akan meninggalkan The Blues?? Lupakan pasal rumours hangat masa kini, aku cuma nak fokus pasal match lawan Brum haritu..

Okeh mungkin ada fan yang agak marah dengan result haritu, tetapi secara fair aku tak menganggap kita seharusnya kalah tempohari..Mungkin result tak menyebelahi kita tetapi bagi sesiapa yang melihat aksi kita dalam match nie, yeah, kita cuma unlucky!!

Kata Carletto :

'It is not good, I think that when you deserve to lose you have to lose, as against Sunderland,' the Italian began. 'When you deserve to win you have to win. We didn't win because I think we were unlucky.

'I have to say nothing to my team because everyone showed good spirit, good attitude, everyone wants to win, we played good football, had a lot of chances, but we lost. It is a difficult moment but we don't have to lose confidence.

'I was really disappointed with the performance against Sunderland, but this is different, just with the result. We have to know this is football and it's important to maintain confidence in our play and our ability.


Dalam match kelmarin, hanya gol Bowyer di minit 16 yang membezakan kedua- dua pasukan sekalgus memberikan kemenangan pertama Brum ke atas kita dalam masa 30 tahun, walaupun kita mengasak mereka secara bermati - matian dalam hempir keseluruhan match...Tidak seperti ketika menentang Sundal Land di mana kita dimonopoli setiap bahagian, menentang Brum boleh dikatakan kita bermain corak serangan dengan bagus, namun 2 kali mengenai palang, serta beberapa cubaan ditepis Ben 10 Foster menunjukkan kita agak malang di St Andrews kerana gagal membawa pulang 3 mata..

Walaupun corak permainan kita semakin improve, satu lagi masalah tetap kekal; DEFENSIVE HANCUR!! Jelas lagi nyata, kita memerlukan pemain pertahanan yang baru, muda lagi kental..Walaupun musim perpindahan belum bermula, dan kini bukan masa untuk mengemukakan solusi yang sepetutnya, hartap Carletto perlu sedar pertahanan kita tidak sekuat yang disangka..Pemergian Carvelho sememngnya memberi kesan kerana kita kurang CB yang bagus selain JT dan Alex..Malah Alex pon agak kurengg kini akibat dibelenggu kecederaan yang dikatakan memerlukan surgey segera..Lihatlah gol Bowyer, di manakah Alex?? Langsung tak marking pihak lawan sekalgus mengakibatkan kita hilang 3 mata secara percuma..




Krisis???? Apa krisis????

Semasa korang sedang membaca post nie, lihatlah di mana - mana laman bolasepak dunia; Goal. Com mahupun News Now, Soccernet mahupun Sokkernet; kesemuanya mengatakan perkara yang sama - CARLETTO AKAN DIPECAT!!

Satu je aku nak kata - JANGAN ULANGI KESILAPAN JOSE MOURINHO -

Masih ingat bagaimana Jose mengalami rentetan result yang teruk, dipecat oleh Roman, kemudian berpindah ke Inter, memenangi Treble (berserta CL idaman RA), dan kesemua Fan kini mengeluh dengan kesilapan melepaskan Jose?? Yeah aku harap jangan diulangi kesilapan lalu, Carletto adalah antara manager terbaik Chelsea selain Jose, malah aku yakin dia akan membina empayar yang lebih gemilang, hanya jika diberi masa yang cukup..

MENGAPA CARLO PERLU STAY??

- Double Champion dalam tangan
- Kita bermain lagi cantik di bawah Carlo berbanding Jose
- Dengan Carlo yang humble, kita lebih dihormati, dalam dan luar padang
- Alasan terakhir, perlu ke pecat Carlo?? Kita masih terklasemen, apa nak takut!!


Aku yakin masih tak terlambat untuk memperbaiki suasana, malah kita masih lagi consider favourite untuk memenangi liga musim nie..Corak permainan yang kian meningkat ketika menentang Brum menunjukkan kita masih boleh bermain bagus, malah aku melihat ia sebagai peningkatan 'positif'..Keep The Faith, kita masih Top of The League!! Menentang Zilina adalah timing yang bagus untuk meredakan diri dari tekanan match liga, aku harap kita dapat kembali ke landasan kemenangan secepat mungkin, sekligus menutup mulut busuk pengkritik!! KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!!

Saturday, November 20, 2010

0 PREVIEW : Semangat Baru!!

0 Comments
Lupakan kisah duka lara di SB minggu lepas, aku harap kita akan kembali mengganas dengan azam dan semangat baru!! Chelsea ketika ini seperti singa terluka, dan kita mahukan Brum menjadi mangsa rakusan The Blues sehabisnya malam nie!!

Persedian skuad, tiada yang lebih menggembirakan apabila mengetahui Alex akan kembali, sekligus memberikan cover kepada bahagian pertahanan kita yang kekurangan CB berkaliber..Lampard, JT, Benayoun malah terbaru Zhirkov antara yang masih akan sidelines akibat kecederaan..Bahagian serangan tiada perubahan, pemain kekal sama cuma aku harap perubahan dari segi mentaliti dan determination perlu lebih kuat!! Ramires walaupun main macam orang sesat jalan, mungkin akan terus diturunkan kerana dah takde choice lain di bahagian midifield..Aku harap dia boleh improve sebelum aku hilang sabar..Didi, Anelka dan Malouda agak 'cool' ketika ini sampai 3 game takde gol beb dari trio utama kita..Jika tak nak main sungguh -sungguh, bagi je peluang kat player lain!! Please, Fokus 200%!!

Skuad harapan aku malam nie:

Cech
Bosingwa-Ivanovic-Alex-Ash
Ramires-Mikel-Malouda
Anelka-Didi-Kalou

Result Prediction : Brum (0) - Chelsea (2)

Match LIVE Astro 813 11.00 malam

Dengan rekod unbeaten dalam 18 match menentang Birmingham iaitu dalam masa 30 tahun, serta mencatat 12 kemenangan serta 5 draw, kita sememngnya favourite..Tetapi seperti ketika menentang Sundal Land, membuktikan apapun bakal berlaku dalam dunia bolasepak..Justeru aku harap kita tak berputih mata lagi malam nie..Kuatkan semangat, melangkah dengan tekad, hancurkan St. Andrew!! KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!



0 Menarik Nafas Lega....

0 Comments
Fuhhh...Agak lega kerana ada berita baik mengenai masalah kecederaan yang semakin menjadi -jadi sejak 2-3 minggu nie..

ALEX IS BACK!!

Dengan 3 bolos dalam satu match, dah tentu masalah defensive kita nampak begitu ketara..Yeah, apakah yang boleh diharap jika kita meletakkan 4 full Back dalam 4 defensive position ketika menentang Sundal Land?? Good news Carletto mengesahkan Alex akan kembali dalam match menentang Brum malam nie..Kepulangan Alex memang mengejutkan tetapi sememangya dialu-alukan untuk menguatkan benteng tengah!!

'Tomorrow Alex will be available to play, this is good news, he trained well with the Brazilian team but we know that he needs to have surgery,' Ancelotti said. 'Now we are in the position that we can [delay] this, but we know he needs to have surgery. It's not a risk, but his knee needs to be cleaned up.

Mungkin Alex perlu melanjutkan cadangan untuk mendapatkan surgery buat masa terdekat nie, kerana krisis defensive kita amat teruk..Sekurang-kurangnya tunggu sehingga Terry sembuh kemudian barulah Alex perlu menjalankan surgery..

Satu lagi berita baik??


JT FOUND HIS CURE!!

Agak risau kerana sebelum nie JT dilaporkan mengalami masalah injury yang agak serius sehingga dia sebenarnya bermain dalam kesakitan sepanjang 5 tahun nie..Malah apa yang menakutkan adalah ramai pakar tidak tahu masalah sebenar kecederaan JT yang hanya diketahui secara general sebagai 'Nerve Injury'..Mujur Carletto mempunyai hubungan baik dengan beberapa doktor pakar di Italy dan hasilnya masalah JT dapat dikenalpasti!!

Kesakitan yang dialami JT dikatakan berpunca dari bahagian piriformis (pekejadah??) - a muscle in the gluteal region at the base of the back.

'It is tight and the nerve moved in this muscle, so for this reason he feels pain,' Ancelotti explained. 'Now we have to relax this muscle, it is not true he has to stay out for a month, we have to look at his situation day by day. Today he has pain, he will not be involved in the game tomorrow, but maybe it can happen in the next game he is able to play.'


Amat lega aku mendengar JT tidak akan 'hilang' selama sebulan atau lebih kerana ketika itu sememangnya kita amat sibuk dengan jadual padat musim sejuk dan Boxing Day..Dengan Alex juga boleh bermain, walaupun untuk buat sementara waktu, sekurang-kurangnya boleh menampal bahagian bocor di bahagian pertahanan!!

Wednesday, November 17, 2010

0 Tribute Untuk Wilkins, Selamat Berjuang Paul Clemence!!

0 Comments
Farewell..


Pemergian Ray Wilkins, bekas pembantu jurulatih dari Chelsea masih lagi mengejutkan, malah dianggap terlampau pantas..Walaupun hanya berada di Chelsea selama 3 tahun, Wilkins sudah memberikan impak ketara terutamanya musim lepas apabila membantu Carletto meraih Double bersejarah..Mungkin aku tak sempat buat post farewell pasal Wilkins tempohari, jadi kali nie aku akan buat tribute khas untuk Si Mini Me nie..

Jika ada yang tak tahu, Ray juga merupakan pemain bolasepak yang terkemuka suatu masa dahulu..Bermula sebagai pemain akademi Chelsea, Ray bermain first debut match menentang Norwich City pada Oktober 1973 dengan umurnya ketika itu hanya 16 tahun..Pada 1975, Chelsea diturunkan divisyen dan beberapa pemain utama kita meninggalkan kelab..Wilkins, yang ketika itu baru berumur 18 tahun diberikan peranan besar : Captaincy oleh Manager Baru The Blues ketika itu, Eddie McCredie..Walaupun masih muda, Ray menjalankan tugasnya dengan fantastic, malah memimpin barisan pemain muda sebagai generasi baru Chelsea untuk kembali ke Top Division pada musim 1976-77..Dengan rupa Ray yang ketika itu agak ‘ganteng’ (Tak caya ke??), dia turut menjadi pin-up untuk magazine teenybopper popular British – sekaligus menjadi idaman gadis gadis muda sekitar London..

Kacak tak aku??

Namun khidmat Ray tidak lama di Chelsea, dengan ketiadaan Eddie McCredie,The Blues kembali ke Second Division, malah mengalami masalah hutang yang teruk..Ray menerima tawaran Manure dengan bayaran perpindahan sebanyak £800,000 sekaligus membantu Chelsea membayar hutang yang ditanggung..Perpindahan ke Manchester menamatkan legasi Ray di Barat London dengan khidmatnya selama 4 tahun sebagai Cappy akan dikenang..

Wilkins banyak berpindah selepas itu malah jangan terkejut kerana selain Chelsea dan Manure, Ray pernah bermain dengan berbagai kelab gergasi serata Eropah serta meraih pelbagai trofi antaranya AC Milan, QPR dan Rangers..

Kejuaraan milik Ray :

Club

Manchester United

* FA Cup (1): 1983* FA Charity Shield (1): 1983
Rangers
* Scottish Premier Division (1): 1988–89
* Scottish League Cup (1): 1988

International
England* Rous Cup (1): 1986
* British Home Championship (3): 1978, 1982, 1983


Ray juga antara tonggak pasukan England ketika Mid 1980-an, menjadi midfield utama pasukan sepanjang hampir sedekad lamanya menabur bakti untuk The Three Lions..Walaupun England tidaklah menyerlah mana, Wilkins antara pemain yang membawa negaranya layak ke Euro 1980 di Itali selepas Tiga Singa menyepi hampir sedekad di pentas antrabangsa..Wilkins terus memikul England sepanjang kariernya serta dipanggil beraksi dalam beberapa kejohanan utama; Piala Dunia 1982 dan 1986, serta Euro 1984..Ray menamatkan karier antarabangsanya pada November 1986 dengan 86 caps, 10 Captaincy dan 3 gol..

Karier saat - saat akhir Ray amat panjang dan dia beraksi dengan pelbagai kelab sebelum bersara pada 1996-97 bersama kelab terakhirnya Leyton Orien..ERA MANAGEMENT
Selain skill bermain bola, Ray turut berjinak-jinak dalam bidang kejurulatihan..Kelab pertama kendaliannya sebagai Manager adalah Fulham namun jodohnya tak lama..Ray juga pernah menjadi Caretaker di Chelsea pada 2000, sebelum sekali lagi berpindah ke Watford..Pada September 2008 Ray kembali semula ke kelab zaman kanak-kanaknya, Chelsea sebagai Assistant First Team Manager kepada Luiz Felipe Scolari, hasil pemergian Steve Clarke yang mengikuti Zola ke West Ham..

Ray tidak berpaling lagi, walaupun manager bersilih ganti antara Scolari, Hiddink dan Ancelotti; Ray tetap berdiri teguh bersama Chelsea..Musim 2009-2010 antara musim terbaik dalam karier Ray apabila membantu Carletto meraih Double pertama dalam sejarah kelab..

Double Team = Double Champion

Sebagai antara Kapten Termuda Chelsea,menjadikan Ray amat dihormati oleh pemain mahupun staff..Karier football yang fantastic, kebolehan berbahasa Itali dan England serta pengalamannya menjadikan dia antara asset utama kelab dan bantuan terbaik buat Carletto..Namun jodoh Ray dan Board Chelsea tak lama..Atas sebab tertentu, kontrak Ray tidak dipanjangkan dan pada 11 Nov 2010 Wilkins meninggalkan kelab kesayangannya..Ray mungkin sudah pergi, tetapi jasanya akan terus dikenang, Thank You, Ray Wilkins!!

PAUL CLEMENT

Siapakah Paul nie, adakah sotong ramalan lagi?? Haha dah tentu bukan, ketika nie Paul adalah Assistant First Team Manager tetapi sudah hampir pasti dia akan menggantikan Ray menjadi orang kuat Carletto dalam masa 2-3 hari lagi secara rasmi..Malah ketika menentang Sundal Land kita boleh melihat Paul duduk bersebelahan dengan Ancelotti..

Paul cuba memancing Anderson ke Chelsea..

Adakah Paul orang yang tepat?? Belum pasti, tetapi pengalaman dia yang begitu lama di Akademi Chelsea menjadikan dia antara staff yang paling dihormati serta aku berharap dia mampu melaksanakan tugasan yang fantastic di sini..

Paul adalah abang kepada former Chelsea defender, Neill Clement dan dia sudah menjadi coaching staff di Cobham sejak 16 tahun dahulu..Dia menghabiskan 6 tahun di Fulham Academy sebelum kembali pada 2005 untuk bekerja bersama pemain muda, seterusnya Reserves dan akhirnya dinaikkan pangkat sebagai First Team staff di bawah Hiddink dua musim lepas..

Paul : Carlo, aku nak McEachran main tiap2 hari, sengal la Ramires tu.. Carlo : Woit, aku bos ke ko??

Walaupun tidak dinyatakan secara official, aku dapat menjangkakan Ray dikeluarkan kerana berlakunya revolusi pada corak pengurusan Chelsea..Desakan UEFA, Platini dan Co untuk melihat semua kelab menjadi self sufficient serta mengikut peraturan Uefa's Financial Fair Play menjadikan pemain muda kita menjadi keutamaan kini, berbanding membeli pemain luar..Dengan perpindahan keluar Ballack, Riccy dan Deco summer lepas sebenarnya menghitung hari buat Ray..Paul yang merupakan staff yang selama ini membimbing pemain muda kita seperti McEachran, Bruma dan Van Aanholt akan dinaikkan pangkat justeru menandakan revolusi kita kearah menaikkan Young Blues..Ini sekaligus memastikan pemain muda kita mendapat pendedahan berterusan di peringkat Senior..

Pemergian Ray akan dikenang tetapi Paul sudah tentu aku harap akan menjalankan duty yang fantastic..Aku yakin dengan keputusan Chelsea Board, kerana mereka jugalah yang menggantikan Steve Clarke dengan Ray suatu masa dahulu sehingga kita berjaya meraih Double..Good Bye Ray, Good Luck Paul!!

0 Luka Berdarah Bertambah Parah

0 Comments
Oh ya, pertama kali Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yang beragam Islam.. Masih lagi dalam mood kecewa selepas tewas mengejut di SB tempohari, kita sekali lagi ditimpa masalah bertimbun - timbun..

Dipendekkan cerita, kedua CB utama kita JT dan Alex berkemungkinan akan berehat lebih lama dari jangkaan..Alex sudah disahkan oleh Official Chelsea, dijangka Defender kental kaki berapi kita ini akan terlepas match selama 6-8 minggu (2 Bulan)..Selepas bersama dengan skuad Brazil dalam persiapan menentang Argentina malam nie, Medical Team dari skuad kebangsaan sekali lagi mengesahkan kecederaan Alex dan mencadangkan agar arthroscopic surgery dijalankan kepada lutut kanannya..

Semput wehh camnie

Selain Alex, JT juga semakin kerap dilanda kecederaan kebelakangan ini..Cappy Marvel kita sememangnya sering bermain dengan penuh bersemangat, sehingga kadangkala membahayakan diri sendiri..Sejak beberapa tahun kebelakangan nie dia kerap injured malah hujung summer lepas dia hampir terlepas Piala Dunia di Afrika akibat kecederaan nerve di kaki..JT mengakui dia sering bermain dengan kesakitan sepanjang masa nie dan kini nampaknya dia tak mampu bertahan lagi..Kecederaan saraf JT agak merisaukan kerana sukar disembuhkan malah ketika nie Cappy kita sedang menemui pelbagai specialist untuk menamatakan keperitan yang dihadapinya..

"Basically, I am trying whatever is suggested. I'm at my wits' end," the Chelsea captain said.

"I know I won't play on Saturday against Birmingham, but beyond that there are no clues. It could be weeks, it could be months.

"Everybody is coming up with different names and I have said I will go anywhere if someone can solve the problem."

Sebagai jangka masa panjang, aku harap Carletto akan cuba mengintai-intai CB yang baru untuk disambar Januari nanti..David Luiz sememangnya antara nama paling hot sekarang..Mamat dari Brazil nie sebijik macam Alex dari segi abiliti, cuma ada rambut kerinting je..Hebat di udara, badan kuat, dan yang penting masih lagi muda..JT dan Alex semakin lama semakin tua, malah bagi CB kecederaan memang sukar dielakkan kerana sering melakukan tackle kepada pihak lawan..Cmon, sambar David Luiz!!

Tanpa JT dan Alex, sememangnya barisan pertahanan kita nampaknya lembik..Hanya Ivanovic sajalah nampaknya yang boleh diharap untuk jadi CB..Tolonglah jangan bagi Ferreira lagi, kaki die memang sesuai jadi SideBack je, dengan umur dah tua, dan stamina yang kurang memang sukar nak kejar striker yang muda, laju macam Welbeck dan Gian haritu..Kalau Essien ada memang aku harap die boleh jadi CB backup sementara tunggu JT/Alex sembuh tapi skang pon dia supended 2 match lagi..Untuk persiapan Birmingham nie, aku harap gunakan je Bruma tu, mungkin muda lagi, tapi sekurang -kurangnya dia lebih selesa bermain CB berbanding Ferreira..Kita nantikan apakah strategi Carletto untuk mengatasi krisis nie..Buat JT dan Alex, semoga cepat sembuh!!

Monday, November 15, 2010

2 Post Match : Celaka Tahap Dewa

2 Comments

Memang panas hati, bengang campur tak selera aku nak pegi keje hari ni..Sejujurnya performance semalam lagi teruk dari kekalahan dekat Anfield dan Eastland, macam haram!! Boleh dikatakan seolah - olah aku tak melihat macam Chelsea yang main malam semalam..Defend longgar, midfield longlai, Striker tumpul-segalanya tak menjadi!!

Malas nak ungkit panjang-panjang perjalanan match semalam, sebab hanya menyakitkan hati beb..Keseluruhan match kita bermain hawau giler babi, Sundal Land menjaringkan 1 gol ketika First Half, dan 2 gol di Second Half..Jikalau bukan kerana Cech dan nasib, dah tentu kita boleh tewas 4-0 mahupun 5-0 semalam, seteruk itu!!

Wilkins - Pemergiannya dirasai..

Faktor utama kita tewas sudah tentu akan dikaitkan dengan pemergian mengejut Pembantu Jurulatih, Ray Wilkins dalam 2-3 lepas..Sebagai tulang belakang Ancelotti sepanjang musim lepas dalam musim yang dimeriahkan dengan kejuaraan Double, sememangnya sukar mencari ganti Ray dalam masa yang singkat..Keupayaan dia yang mampu bertutur Dwi-Bahasa ( Itali dan English) menjadi bantuan besar kepada Ancelotti untuk berkomunikasi dan menyampaikan idea-idea kepada para pemain..Dengan pengalaman Ray yang juga terlibat dalam mengatur strategi dan persiapan perlawanan selama nie, sudah tentu skuad akan tempang tanpa Ray secara tiba-tiba..

Ketiadaan Ray adalah satu hal, tapi jika dua CB berkaliber cedera, sudah tentu mana-mana team akan goyang beb..Ketiadaan JT dan Alex, pasangan utama Centerback kita menyebabkan Carletto terpaksa menggunakan partnership ‘bidang terjun’-Ivanovic dan Ferreira..Jelas tiada keserasian, malah dengan mudah diorang dipermainkan oleh Gian dan Welbeck sepanjang 90 minit..Adakah Carletto perlu dipersalahkan?? Tak juga, kerana nie pemain backup terbaik yang dia ada, jika Bruma digunakan berbanding Ferreira aku tak pasti akan memberikan perbezaaan..Mungkin Carletto perlu meneliti jika ada calon Defender baru yang boleh dibawa masuk Januari nanti..David Luiz, Subotic, Hummels, kesemuanya bagus bagi aku..

Selain tanpa JT, Alex, midfield kita turut tempang terutamanya tanpa The Bison yang sememangnya menjadi enjin utama pasukan..Kegagalan Frankie sembuh di waktu yang tepat menambah luka berdarah di bahagian tengah..Mikel dan Zhirkov bagi aku bermain okey, hanya Ramires yang aku agak panas..Please, dia gelabah sangat!! Seperti bermain secara paksaan, aku tak pernah nampak Ramires enjoy game dia sepanjang bermain bersama Chelsea, terutamanya dalam match semalam..Just relax, walaupun McEachran jauh lebih muda dan kurang pengalaman, aku lagi suka melihat aksi bersahaja dia..Harap Ramires tak akan termasuk antara list pemain Brazil yang ‘fail’ di BPL, sepertimana Robinho, Alfonso Alvez, etc..

Prestasi trio penyerang kita yang tak menghasilkan gol dalam 3 match terakhir turut membimbangkan..Didi kelihatan hilang sentuhan emasnya, Anelka tidak se-cool seperti biasa, Malouda pulak tak se-hot seperti awal musim..Harap mereka perlu bangkit segera, dengan musim sibuk Krismas semakin hampir, kita tiada masa untuk beraksi longlai, masa untuk naikkan gear!!

Tanpa 3 mata semalam, kita gagal mengambil kesempatan untuk melebarkan jurang kepada 6 mata di atas..Yeah, memang aku kecewa giler babeng dan kini kita hanya dibezakan 3 mata dengan Second Runner, Manure..

Krisis??

Adakah wujudnya krisis dalaman?? Kekalahan mengejut sebesar 3-0 di halaman sendiri, malah dengan team cikai Sundal Land sedikit sebanyak mengundang persoalan mengenai kekuatan mental dan fizikal para pemain..Hmm, bagi aku masih awal untuk memberi andaian adanya pemberontakan dalam skuad..Aku menganggap kekalahan semalam adalah effect dari ketiadaan Ray secara mengejut, yeah, mungkin para pemain perlu diberi masa untuk menyesuaikan diri dengan staff training yang baru..Harap kita dapat mencari pembantu kepada Ancelotti secepat mungkin,dengan ability dan pengalaman standing Ray..Kalau diikutkan aku memang suka jika Zola dapat menjadi orang kedua Carletto..Dengan ability berbahasa Inggeris dan Itali, di samping mempunyai pengalaman setahun menjadi manager di West Ham akan memberikan addition terbaik kepada pasukan..Malah Zola juga boleh berdikit-dikit belajar dari Manager sehebat Ancelotti mengenai aspek pengurusan pasukan, sekaligus tak mustahil menjadi successor di masa depan?? Namun nie hanya fantasi harapan aku, ketika nie nama Paul Clement adalah paling hampir untuk disahkan sebagai Assistant manager selepas menjadi Assistant First Team Manager Chelsea sejak 2008..Apapun sama-sama kita nantikan keputusan Board..

Nak ditelan memang pahit, kelat, berulat..Tetapi nak tak nak kita kena terima kita dah tewas semalam, cuma yang penting match seterusnya kita perlu menang!! Harap lebih konsisten selepas nie, kerana sebarang kesilapan kita pasti akan menjadi peluang kepada mereka yang di bawah untuk mengejar..Margin kita hanya 3 mata di atas, tidak banyak mana untuk kita beraksi malas-malas seperti semalam..Mungkin ketiadaan pemain utama boleh dijadikan alasan, tetapi bagi aku jika pemain lain boleh bermain sepenuh hati dah tentu takde masalah buat kita untuk terus menang..Please, kuatkan mentality, logo Chelsea di dada bukannya hiasan!! Over Land and Sea, We Are Chelsea FC!! Berjuang sehingga tamat, KTBBFFH!!

Sunday, November 14, 2010

0 Preview : Pucuk Dicita Ulam Mendatang

0 Comments


Muahahaha, nak tergelak aku nak tengok result rival-rival The Blues yang dikatakan mampu ‘merampas’ trofi EPL dari genggaman Chelsea..Haha Manure sekali lagi agak bangang tanpa Roosex, seri buat kali kelapan musim nie di Villa Park dengan keputusan 2-2 (itupun nyaris nak kalah lepas down 0-2)..Kelab Terkaya Dunia Tapi Tak Reti Beli Player Bajet Boleh Tiru Chelsea – Mancee, juga banyak mengharapkan Teves nak score gol, kalo dia tak gol memang gersang la, semalam diorang seri 0-0 kali kedua berturut dengan Birmingham..Ehem ehem kelab lapuk dan bersejarah, Fool yang berbangga tak ingat menang dengan Chelsea tapi hakikatnya ketinggalan lebih 10 mata dengan Mighty Blues dilihat terkena sumpahan Biru Mata Hitammu..Selepas seri pertengahan mingggu, semalam aku gelak besar tengok Fool kena belasah sampai stroke 0-2..Nie sekaligus membolehkan diorang kembali ke ability asal diorang – aksi kelab pertengahan seperti yang dimahukan Hodgson supaya sama dengan Fulham kendalian dia dulu..Sengal tak main lagi, aku harap pemain fantasy aku, Cahill gol 10 bijik malam nie..Apapun keputusan teruk para pesaing kita sememangnya rahmat buat Chelsea..Sekiranya kita menang dengan Sunderland malam nie, kita akan melebarkan jurang kepada 6 mata di atas!!

Ayuh Lebarkan Sayap, Terbang Tinggi!!

Mengenai keadaan skuad, yup, pasti ada yang masih keciwa Frank Lampard akan sidelines tambahan 3 minggu lagi akibat kecederaan muscular pulak selepas hampir membuat comeback minggu nie..Apa yang menambah garam ke luka kita adalah kad merah Essien tidak akan dibuat rayuan, sekaligus mengesahkan The Bison akan ‘berehat’ 3 match selepas nie..Masih lagi dalam mood Wad Sakit, Alex dikatakan mengalami slight injury dan mungkin tak bermain malam nie..Namun Abdul Salam Bilal dilaporkan dah sembuh dari kecederaan belakang dan mungkin akan beraksi malam nie..Pemain lain fit, sihat walafiat!!

Untuk Sundal Land, walaupun Bent injured, jangan dipandang rendah kerana Asamoah 'Gian' agak berbahaya..Ketajamannya dalam setiap match ketika nie adalah senjata utama pihak lawan, membuktikan kita tidak boleh leka walaupun sesaat pon..Harap JT and Co berjaga – jaga!!

Skuad malam nie :

CechBosingwa-Ivanovic-JT-Ash
Ramires-Mikel-Zhirkov
Anelka-Didi-Malouda

Result Prediction : Chelsea (2) - Sundal Land (1)

Match LIVE (ASSP 3) 11.00 MLM

Harap kita tak terlalu memandang rendah pihak lawan, bermain dengan konsisten dan mengekalkan possession adalah penting..Ketajaman Didi amat dirindui, selepas beberapa match tak score, harap malam nie dia dapat membolosi gawang!! 3 mata dicari, Cmon Chelsea, KTBFFH!!


Adakah Magnificent 7 akan berulang??








Friday, November 12, 2010

0 Post Match : Pengorbanan The Bison

0 Comments

Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama,
Pengorbanan Essien bukannya malang,
The Bison pastikan Chelsea Raja!!

Kepulangan Michael Essien semalam sememangnya amat crucial kepada Chelsea – dan dibayar dengan harga yang mahal..Selepas menjaringkan gol tunggal The Blues (gol kemenangan) The Bison diberikan kad merah sekaligus menyaksikan dia bakal terlepas 3 match liga selepas nie..

Pengorbanan Essien sememangnya jangan disia – siakan, hasil jaringan tunggal The Bison kita berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0..Tiga mata yang penting nie berjaya membolehkan kita mendahului 4 mata di atas Setan Manure, yang seri bersama jiran tertangga Mancee kelmarin..
Dalam match kelmarin skuad The Blues masih lagi gersang tanpa kehadiran Super Frankie, namun Essien antara pemain yang disambut dengan penuh kegembiraan oleh Carletto ke Starting 11 selepas terlepas 2 match sebelumnya..Didi yang dilaporkan dijangkiti penyakit Malaria nampaknya sudah sembuh dan dilihat lebih fit dari sebelumnya..

Keseluruhan match boleh dikatakan kedua – dua skuad nampak seimbang, Cuma gol Essien di separuh masa pertama memberikan perbezaan..Cech juga perlu diberikan standing ovation, kerana berjaya menepis beberapa percubaan berbahaya pihak lawan, sekaligus mengekalkan kedudukan 1-0 sehingga tamat perlawanan..Insiden Kad Merah Essien jelas tak melemahkan semangat Biru Membara malah kita masih mampu mengawal permainan..

Match Highlight :



Boleh dikatakan aku sememangnya berpuas hati dengan kemenangan menentang Fulham..Walaupun tipis, kita melakukan apa yang perlu – kembali ke landasan kemenangan!! Keupayaan untuk terus mencatat kemenangan walaupun tewas mengejut di Anfield adalah antara bukti kemantapan mentaliti para pemain The Blues..Aku yakin rival kita juga akan terasa betapa kuatnya semangat juang kita musim nie untuk mengekalkan kejuaraan di Barat London..Apa yang penting adalah konsistensi, harap kita dapat kekalkan prestasi!! Chelsea will always on Top, KTBFFH!!

Wednesday, November 10, 2010

4 Preview : Kembali ke landasan kemenangan!!

4 Comments
Lupakan kekalahan di Anfield, kita perlu kembali ke zon kemenangan secepat mungkin..Berdasarkan pengalaman, pemain kita jelas tak mempunyai masalah dan aku yakin diorang ada mentality yang kuat..Bukan kejutan, selepas kekalahan pertama lawan Mancis di awal musim, kita tak gelabah dan terus tumpu pada match seterusnya dan mencatat kemenanangan berturut2 untuk terus menerajui liga..Langkah pertama, tumpaskan Fulham!!

Info skuad, hanya satu keadaan yang mengejutkan iaitu Didi mendapat penyakit malaria..Jangan risau kerana walaupun penyakit berbahaya, Didi dikatakan dah sembuh dan akan fit untuk malam nie..Pemain lain Benayoun, Lampard masih sidelines namun Bosingwa mungkin akan bermain first team malam nie selepas menjadi subs dalam 3 match terakhir..Antara berita baik dah tentu The Bison yang akan kembali..Selepas terlepas match di Anfield, aku yakin Essien akan membawa Chelsea kembali ke zon kemenangan!!

Skuad malam nie :
Cech
Bosingwa-JT-Alex-Ash
Essien-Mikel-Zhirkov
Anelka-Didi-Malouda

Result Prediction : Chelsea (3) – Fulham (0)
Match Live Astro 813 Khamis 11 Nov 03.45 pagi

KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!


0 Didi mangsa Malaria!!

0 Comments
Didi mangsa Malaria, betul ke prank semata?? Kat London banyak nyamuk spesies Malaria ke?? Nak diikutkan mana ada England termasuk dalam Top 10 negara Kes Malaria tertinggi..Di manakah Didi terkena Malaria?? Mengikut ranking benua Afrika antara yang mencatat rekod tertinggi secara worldwide berkenaan kes nyamuk spesies nie, jadi boleh kira diorang dapat pingat emas la..Mungkin jangkitannya di London, atau mungkin Didi ada balik senyap - senyap minggu ni ke kampung halaman Abidjan, Ivory Coast lalu terkena infection di sana masih menjadi persoalan..

Stamford Bridge, London

Abidjan, Ivory Coast

Laporan rasmi :

A test showed malaria,' reported Ancelotti.

'He lost his condition, he lost power, he missed training. Didier had a difficulty to train because he didn't feel good, he didn't have power to train, he didn't have ability to train, he lost some condition. He was unselfish to play also when he was not 100 per cent.

'He was treated during this time. He had a fever, then he was treated. He suffered obviously because he was not 100 per cent but after treatment, he will be better.

'One time it was serious, now it is a little bit different, now there is the possibility to treat and come back well. He is okay. Tomorrow ( today) he will play.'



Nak diikutkan, seharusnya kita merasa risau kerana Malaria antara wabak pembunuh utama dunia..Malah simptom dia gak agak membahayakan terutamanya buat Ahli Sukan macam Didi..Walaupun dah sembuh, aku harap langkah berjaga - jaga perlu dibuat supaya takde teammate lain kena pulak, naya beb!!


Apapun lepas berita nie keluar semalam, aku dah hantar e-mail kat Chelsea FC supaya ambil langkah keselamatan..Sekarang dikatakan diorang dah buat kempen besar - besaran sekitar Cobham, London untuk membasmi nyamuk pembawa malaria nia..

Kempen Tampar Nyamuk Secara Berjemaah



Monday, November 8, 2010

0 Lalai, Leka - Padah Menimpa

0 Comments
Sakit macam mana pon Ashley Cole kena rempuh, sakit lagi hati aku..

Kecewa?? Marah?? Sakit Hati?? Dah tentu – terutamanya bagi fanatik The Blues, tetapi mahu tak mahu kita harus terima kekalahan..Mungkin kita boleh berkata bermacam alasan ; bagaimana kalau player ini dimasukkan awal, jika player nie ada mesti kita menang..Semuanya dah lepas dan seorang winner harus mengakui kesilapan yang dilakukan dan yang lebih penting mengambil beberapa aspek untuk diperbaiki sebagai point positif..
Mengenai match kelmarin, boleh dikatakan kita dikalahkan oleh falsafah kita sendiri – Menyerang Secara Effisien..Jika dikira dari sudut permainan dan possession, Fool bagi aku tak sehebat mana malahan kita banyak menguasai perlawanan terutama ketika Second Half..Yup, ketajaman Torres secara tiba-tiba musim nie banyak memberikan perbezaan..Aspek effektif nie mengingatkan aku ketika kita menentang Arsenal awal musim..Dapat dilihat kita memenangi perlawanan kerana walaupun Arsenal menguasai possession, kita menang kerana barisan serangan kita amat tajam..Walaupun kurang mendapat peluang kita menggunakan setiap scoring oppurtinity untuk mendapatkan kemenangan selesa 2-0..Di Anfield kita diberikan pengajaran yang kita bakal menjadi mangsa sekiranya kita leka..Kita tewas kerana Fool memanfaatkan peluang yang ada, Second Half kita mempunyai 3 peluang menjaringkan gol dari Zhirkov, Malouda dan Didi dan jika berjaya conver t semua peluang aku yakin kita dah dapat 3 mata semalam..

Apapun aku malas nak ulas pasal perjalanan match semalam..Dipendekkan cerita kita memang sucks first half, tetapi second half kita boleh nampak aura champions muncul kembali cuma nasib je takde nak score: Dua Reina save, satu kena palang..

Faktor kita tewas :
- Missing Oppurtinity – Berlainan dengan match sebelumnya, Chelsea dilihat tak tajam dalam match nie walaupun corak hantaran, teamwork masih fabulous seperti biasa.. Kemunculan Didi memang penting cuma agak lewat untuk menyelamatkan keadaan..
- Van Desel – Reina oh Reina, hati kau keras, tepisan kau kemas..Seperti aku katakan sebelum nie, mamat botak nie memang sukar ditewaskan dan kecekapan dia menepis rembatan jarak dekat Malouda memang giler babeng..

Essien - Kegarangannya dirindui

- Mana Bison?? Ketiadaan Essien memang berita gembira buat Gerrard kerana tanpa The Bison kita agak lumpuh di bahagian midfield..Ramires sememangnya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dan dapat dilihat dia agak cuak dalam match besar camnie..Harap dia boleh Keep It Up dan mempamerkan aksi cemerlang kembali macam masa lawan Arsenal..

Finally, aku boleh kata kita tak sepenuhnya ‘kalah’ dalam match nie sebab walau bagaimanapun kita bermain football yang bagus dan tak terikut – ikut dengan corak permainan lawan..Cuma beberapa kesilapan kecil defensive menyebabkan kita tewas disamping kegagalan convert setiap peluang jaringan kepada gol..Apapun kita masih berada di Top Spot Premiership walaupun perbezaan mata kini menjadi 2 mata dengan rival terdekat Manure..

Mungkin minggu nie korang akan berjalan – jalan dan terjumpa membe korang yang sokong team lain..For sure diorang akan tanya soalan bangang seperti ini “Haha, peciter Chelsea kalah??”

Balas je camnie :
- Membe Fan Fool – “ Kalah pon, beza 10 mata beb”
- Membe Fan Sengal/Spurs – “ Korang menang ke minggu nie??”
- Membe Fan Setan – “Aku doakan korang kalah lawan Mancee nanti!!”

Cara terbaik kini adalah kembali ke landasan kemenangan secepat mungkin..Tak perlu ambil masa lama kerana kita akan resume match liga seawal..malam nie!! Kita akan berhadapan dengan Fulham, emm agak tricky tetapi aku yakin tuah Bridge akan kuat bersama The Blues..Preview aku akan post kejap lagi..KTBFFH!!

Sunday, November 7, 2010

0 PREVIEW : Musnahkan padang semut!!

0 Comments

Selagi ada kesempatan, jangan cuba memberi peluang kepada pihak lawan untuk bernafas..Sebelum askar semut merah nie dapat membina sarang diorang yang sebelum nie dah hancur musnah, lebih baik kita robohkan kembali tempat tinggal diorang..Si Fool sekarang boleh dikatakan dalam proses pemulihan selepas zaman kejatuhan hasil usaha ‘murni’ Rafa dan Hodgson..Haha aku memang menikmati saat diorang berada di bawah, walaupun baru-baru nie Fool berjaya keluar dari Zon Relegasi, hujung minggu nie Chelsea, tidak, Mighty Blues akan pastikan diorang terperuk kembali di tangga terbawah!!

Prestasi Fool sekarang agak boleh tahan, diorang dah menang 2 match berturut turut, walaupun hanya kemenangan tipis tetapi menunjukkan team diorang sedang gel dan tidak boleh dipandang rendah..Namun sehebat manapun, diorang masih dalam proses bertatih, merangkak sedangkan Mighty Blues ketika ini sedang ligat berlari sepantas Usain Bolt..Prestasi kita sememangnya tengah berapi-api, sepanas aksi Ivanovic dan Zhirkov yang sedang beraksi hangat membara ketika ini..Selepas menang 2-1 di Ewwod Park dan kekal menerajui takhta liga dengan perbezaan 5 mata, kita meneruskan kecemerlangan di Eropah pulak dengan membelasah Spartak tanpa belas kasihan 4-1..Tiada kompromi, Fool akan menjadi mangsa ketiga!!

Mengenai persediaan skuad, Carletto mengesahkan Lampard takkan bermain selepas belum sembuh sepenuhnya..Walaupun tanpa Lamps, aku yakin Zhirkov mampu menjadi pengganti yang berkaliber..Pemain lain Ramires semakin cergas selepas pulih dari injury dan mampu bermain 90 min ketika menentang Spartak, walaupun tempatnya dalam skuad utama belum pasti sekembalinya Essien nanti..Malouda yang terlepas match menentang Spartak memberikan proses pemulihan mengejut dan dijangka akan kembali ke skuad utama..JT pulak dijangka akan kembali selepas direhatkan Rabu lepas..

Gerrard - pemain terbaik Chelsea musim lepas di Padang Semut

Mengenai skuad lawan, aku tak pasti siapa perlu dijaga rapi, kerana barisan Fool semuanya hampas belaka..Okehla, demi menjaga hati, emmmmmmmm aku rasa jaga la Gerrard, maksud aku jaga dia baik – baik sepaya tak cedera sebab dia mungkin antara yang akan bagi assist kepada Didi untuk gol pertama nanti..Oh ya, lupa pulak kepada pengkhianat keparat Joey, dengar kata injured tak dapat main hujung minggu nie..Hmm aku tak pasti la cedera betul atau malu nak jumpe teammate lama sebab musim lepas Team Champ, sekarang Team Relegation..Namun ketiadan Joey dan Youssi bermakna kedua-dua player yang bertukar arah takkan berjumpa teammate lama malam nie..Dengan Penoreh tak perform lately, dengar kata tengah berkira – kira nak join Kelantan, Sathianathan pon tengah kumpul sponsor nak cekau duit transfer fee..Antara semua pemain diorang, hanya Reina je yang buat aku berbulu sikit, mamat Van Diesel nie memang cekap jaga gawang, aku harap Didi, Malouda dan Anelka ada special plan kasi dia bocor bertalu talu malam nie..

Sesi Bertukar Jersi

Berdasarkan prestasi pemain semasa, aku yakin Carletto akan menurunkan Zhirkov berbanding Ramires sekali lagi sebagai tunjang serangan di bahagian tengah, disambung dengan serang tiga penjuru oleh Malouda, Anelka dan Didi..Ash dan Ivanovic akan support assist di bahagian wing secara overlapping, manakala Essien dan Mikel tugas diorang amat – amat mudah, rampas bola pihak lawan!! Gandingan JT dan Alex terbukti memang kental habess, menjadi kubu terakhir kita sebagai pelindung kepada Big Pete..Sekiranya mahukan impak subs, kita masih ada Kalou, Ramires, Bosingwa, Kakuta dan juga McEachran yang bagi aku semuanya berpotensi memberikan injeksi positif dalam pasukan..

Skuad malam nie :

Cech
Ivanovic – JT –Alex – Ash
Zhirkov-Mikel-Essien
Anelka-Didi-Malouda

Result Prediction : Fool (0) – Chelsea (2)

Match LIVE Astro 817 11.00 malam Ahad 17 Nov

Jangan dilupakan Chelsea berjaya memenangi Premiership musim lepas kerana kita berjaya menumpaskan Sengal, Fool dan Manure secara Home mahupun Away dan sememangnya ia adalah perbezaan besar..Aku harap kita dapat mengulangi prestasi mabeles musim lepas, tumpaskan semua Big Team di EPL dan aku yakin trofi Premiership sekali lagi akan berada di Stamford Bridge hujung musim nie!! Sengal sudah terkena, kini giliran Fool merana!!! KTBFFH!!

Saturday, November 6, 2010

0 Build Up : Lampard Out, Malouda Kembali!!!

0 Comments
Sedikit sebanyak update mengenai buildup Big Match hujung minggu nie - Chelsea vs Liverpool di Anfield!! Berita buruk dulu, seperti yang dijangka Lampard hampir pasti takkan beraksi di Padang Semut akibat groin injury dan mungkin akan menangguhkann kepulangannya sehingga minggu depan menentang Sunderland..Berita Baik adalah Flying Frenchman, Malouda menunjukkan proses pemulihan yang ketara sekaligus dijangka akan bermain malam esok..Selain dua berita nie, Carletto dah menyenaraikan 9 nama rasmi yang akan berjuang untuk meruntuhkan Ant Field :

'I can give to you nine men,' he confirmed. 'Cech, Ivanovic, Alex, Terry, Cole, Mikel, Zhirkov, Anelka, Drogba. Malouda or Kalou, Essien or Ramires.

'We have a little problem with Essien, we are not sure he will be fit Sunday, he has a problem on his toe,' the Italian explained. 'It is a little problem but I hope he will be available to play. I think he will travel for Liverpool and we will take a decision Sunday morning. Malouda is available to play, he recovered very well, and the other players are okay.'



Buat masa nie skuad kita boleh dikatakan hampir 100% fit, hanya Lampard dan Benayoun sebagai first team player yang masih tercedera manakala Bosingwa, Alex, Kalou semuanya sudah kembali bermain dan dijangka akan menguatkan pasukan kita..Prestasi pemain muda seperti Josh, Kakuta dan Sturridge juga tak menghampakan..Dengan Zhirkov dan Ivanovic memberikan persembahan menakjubkan kebelakangan nie, di samping prestasi konsisten veteren Anelka dan Didi, bermakna kita sudah hampir bersedia untuk misi utama malam esok - Hancurkan Ant Field!!


Friday, November 5, 2010

0 Aku-Blues-Selamanya

0 Comments
Ahh takde kena mengena pon dengan komik Aie nie, saje nak menyesakkan keadaan haha..Apekehenye, kali nie Alex antara yang sudah berjanji sumpah setia akan berada di Chelsea untuk masa yang lama..Yelah, kalau sebelum nie dia sering dibayangi aksi Carvalho sebagai First Choice partner kepada JT, musim nie tanpa Riccy yang berpindah ke Madrid bermakna Alex akan diberikan tanggungjawab besar sebagai pengganti utama..Tidak rasa tertanggung, Alex kelihatan amat gembira sebagai partnership rasmi kepada Cappy kita di bahagian defensive dan setakat nie dah mempamerkan aksi mantap dengan hanya 5 gol dibolosi di Liga dan Eropah..Masa berlalu memang pantas, kini Alex dah bersama kita selama 3 tahun sejak berpindah dari PSV pada 2007..Selepas menandatangani kontrak baru extension 4 tahun musim lepas bermakna Alex akan kekal bersama kita sehingga 2013..

"To be here is a good feeling, it's very important for me and I'm very happy," said Alex.

"In my career I never expected this, that one day I would come to play in England for a big team like Chelsea, and complete 100 games.

"I'm very happy and hope to stay here for a long, long time and play for 200 or 300 games. This season I have been here longer than PSV, it feels like home and I hope I can stay here for the rest of my career."



Walaupun Alex berkata die nak menamatkan kariernya di sini, kesemua akan bergantung kepada aksi dia dalam 2-3 tahun nanti..Biasalah player selalu akan berkata loyalty sebagai umpanan untuk mendapatkan kontrak baru..No Offense Alex memang antara player kegemaran aku cuma jika dia nak stay lama, bermakna dia harus beraksi mantap selama mungkin sekaligus kalau boleh menyambung kontrak dia yang akan berakhir 4 tahun lagi (masa tu dia akan berumur 32)..Mengambil contoh Joey, hmm perlu diingatkan berapa kali dia menyebut dia Loyal kepada Chelsea?? Tetapi jika main hancur, injured sepanjang musim, segalanya tak bermakna kepada manager kerana kita mahukan pemain yang mampu menyumbang keringat mereka, bukannya kata - kata 'Loyal' semata..Ini Kelab Bolasepak, bukannya Charity Department!! Antara pemain yang pernah retired kat sini, aku agak rasa sayang Ballack dilepaskan kerana dia agak komited kepada Chelsea dan sanggup potong gaji untuk stay..Hmm memang satu yang membanggakan jika pemain berkaliber seperti Bally bersara di sini tetapi semuanya dah menjadi sejarah..Antara impian aku kini dah tentu melihat Lampard dan JT bersara di Stamford Bridge suatu hari nanti- sebagai LEGEND..Mungkin masih lama tapi they deserved it!! Untuk Alex kalau dia stay lama kat SB, aku harap dia dapat ajar jurus Free Kick Berapi dia kat Bruma, muka pon dah lebih kurang, huhu..


0 Korang Patut Berterima Kasih kat Aku!!

0 Comments
Aku banyak jasa la wehh!!

Tak sangka walaupun dah tercampak ke Palmeiras sekarang, Si Tua nie masih lagi buat bunyi lagi..Layan je la rungutan Big Phil yang dikatakan banyak 'berjasa' kepada Chelsea..

"Look at (Nicolas) Anelka," he told FIFA.com. "He wasn’t getting a game and then all of a sudden he was Chelsea’s top scorer. Ashley Cole couldn’t use his right foot and later he even scored with it.

"All (Salomon) Kalou could do was run fast. He couldn’t dribble very well, so we taught him to dribble round poles. OK, I know they were only poles in the ground but it helped him to start dribbling round opponents, which is something he does now without any problem.

"And then there’s Drogba, who had a serious knee injury but is fine now thanks to the work I did, not just the club’s doctors. I refused to let him play with an injury and I had problems with him because of that.

"But in 20 or 30 years’ time, there’ll be two or three of them who’ll still be walking absolutely fine. They’ll remember me then, for sure."




Aku taktau apa pandangan korang, adakah Scolari benar -benar berjasa kepada Chelsea?? Jika nak dibandingkan aku lagi sanggup berterima kasih kepada Grant kerana walaupun berdepan tekanan pemecatan mengejut Jose, Avram tetap maintain status Chelsea sebagai Big 4 malah mendapatkan Top 2 serta Final CL pertama buat Chelsea..Malah dia jugak yang membawa Anelka dan Ivanovic hadir ke SB walaupun rejim dia hanya bertahan buat satu musim je..Jangan dilupakan jugak Hiddink kerana dialah yang memperbaiki segala kerosakan yang dilakukan Scolari dulu..

Berterima Kasih?? Damn U Old Man, sebab dia lah rekod 86 Unbeaten Home kita lebur, menghancurkan harapan aku dan Fan lain nak tengok kita capai 100 Rekod Tanpa Kalah!!

Ranking respect aku kepada kesemua manager Chelsea setakat nie :

1. Jose Mourinho
2. Carlo Ancelotti
3. Claudio Ranieri
4. Ruud Gullitt
5. Guus Hiddink

Jose masih lagi menduduki tangga teratas sebab keupayaan dia memenangi Back To back Premier League..Namun Carletto nampaknya berkeupayaan untuk meleburkan semua rekod Jose, aku harap dia mampu mengatasi Special One sekaligus mengemudi The Blues buat masa yang lama..Scolari?? Lupakan orang tua nie, aku harap dia merempat kat Brazil!!

Thursday, November 4, 2010

2 Post Match : Kita Layak ke Last 16!!

2 Comments
Last 16, Here We COme!!


Post Match kali nie agak pendek(sebab aku kejar masa nak masuk keje) walaupun sebenarnya aku nak ulas panjang2 gak sebenarnya pasal match semalam..Okeh straight to the point, Chelsea malam semalam (pagi tadi la) berjaya menempah tiket awal ke pusingan kalah mati selepas membelasah Spartak Moscow 4-1 di Stamford Bridge..Gol -Gol dijaringkan oleh Anelka, Ivanovic (2 bijik!!) dan Didi..Dengan tiket dah ditempahk, cuma satu sahaja yang dikejar, Top Spot Group F..Tak lah sesukar mana, kerana 1 mata sahaja dari 2 match terakhir dah memadai untuk kita memastikan kedudukan sebagai pendahulu Group F..

First half, boleh dikatakan memang agak hampas kita main kerana Spartak Moscow seperti sudah mempelajari kesilapan lalu di Russia dan tak memberikan ruang untuk pemain The Blues bermain flow football seperti biasa..Tanpa Essien yang direhatkan, bahagian midfield kita agak goyah dan sering dikasari pihak lawan menyebabkan kita sering kehilangan bola..namun benteng kita kekal kental, 0-0 di separuh masa..

Second Half, boleh dikatakan Gol Pertama adalah kunci kemenangan kita semalam..Lorongan Kalou berjaya menembusi perangkap Offside dan Anelka mudah merembat bola melepasi keeper lawan..Dengan gol pandahuluan, kita berjaya membuka permainan dan Spartak dilihat semakin lemah..Dalam masa 17 minit Chelsea menjaringkan 2 lagi gol hasil penalti Didi dan tandukan padu Ivanovic (sekali lagi!!)..Walaupun beberapa minit kemudian Spartak mendapat gol saguhati, Ivanovic mendapat gol kedua dia di minit terakhir permainan hasil rembatan padu dalam kotak menjadikan kedudukan akhir 4-1!!

Match Highlight :




Ada beberapa pemain nak aku puji hasil aksi diorang yang meningkat dalam match nie :

- Ramires - mungkin masih perlu perbaiki dari segi tubuh bdan yang sering ditolak lawan, tetapi teknikal Ramires semakin meningkat..Beberapa kali hantaran jauh pemain muda Brazil nie berjaya membuka formasi pihak lawan..Yeah, cross dia semakin tepat, macam Lampard dah aku tengok!!

- Ivanovic - Semakin padu, mungkin bakal menjadi sekental JT suatu hari nanti..tandukan padu dia sememangnya mengingatkan aku kepada Captain Marvel kita, malah secara defensive yang kebal dan determination dia untuk naik ke atas dan menyerang sememangnya fantastik!!


Dengan tiket Last 16 sudah dalam genggaman, tumpuan kita kini akan beralih ke Premiership..Nasib baik tiada injury tambahan kepada pemain2 kita sekaligus aku mengandaikan kita akan menurunkan barisan kesebelasan terbaik menentang Liverpool nanti..Haha tak sabar nak hantar The Reds masuk relegation balik..KTBFFH!!

Wednesday, November 3, 2010

0 Preview : Mengejar Tiket Awal!!

0 Comments



Tiada tempat lebih bagus dari Home untuk mencatat kemenangan, apatah lagi bila mengetahui 3 mata akan melayakkan kita lebih awal ke pusingan kalah mati CL..Selepas menang 2-0 di Russia dua minggu lepas, kali nie kita akan berhadapan dengan lawan yang sama cuma kali ini kita mempunyai advantage lebih mahsyuk – bermain di Kubu Kebal Stamford Bridge!!

Perjalanan liga kita selepas ini akan memasuki fasa sukar – kita akan menentang Hardcore Team; Liverfool, Manure, Spuds, serta Sengal secara berturutan sehingga Boxing Day iaitu Krismas..Yeah, jadual liga kita semakin ketat dan padat justeru kalau boleh aku mahukan kita layak ke pusingan kalah mati CL secepat mungkin..Mendapat tiket lebih awal sudah tentu akan memberikan advantage supaya kita tidak perlu berhempas pulas dalam 2 match Group yang terakhir sekaligus beberapa pemain utama dapat direhatkan untuk match penting liga..

Jangan dipandang rendah Spartak Moscow, dah tentu mereka mahu membalas dendam ‘luka lama’ di Russia..Aku harap Carletto akan meletakkan barisan terkuat kita malam nie walaupun dibayangi match penting menentang Liverfool hujung minggu nanti..

Mengenai persediaan skuad, Malouda dan Bosingwa bakal diketepikan akibat slight injury di Ewood Park..Didi pulak dah tentu akan gembira dapat beraksi semula di pentas tertinggi Liga Juara – Juara selepas digantung 3 match sebelum nie..Berita baik Lampard 50% kemungkinan akan beraksi menenatang Liverpool nanti (yahoo!!)..Pemain seperti Zhirkov dan Ivanovic yang kian meningkat sudah tentu akan menyambung kembali aksi mabeles diorang di atas padang..Posisi lain bagi aku tiada perubahan..Kata- Kata Ancelotti :



'Malouda and Bosingwa are not available for tomorrow. Malouda has a problem on his ankle after a tackle in the last game,' reported Ancelotti. 'It's not a big problem but he won't be available for tomorrow. I hope he is ready for the game against Liverpool.

'Also Lampard is out, as is [Yossi] Benayoun, as we know, and Bosingwa is not ready for tomorrow. There is more than a 50 per cent possibility Lampard will be involved in the game against Liverpool.

'The other players are good, they've had a good recovery from the game against Blackburn but I want to look at all the players before I make a decision about the team tomorrow.

'Maybe I can change something compared to the line-up against Blackburn because I want to make sure all the players have recovered well.

'We have a lot of important games, tomorrow, against Liverpool, against Fulham and I want everyone in good condition with no injuries. I don't want to take a risk.

Skuad malam nie :

Cech
Ivanovic –JT-Alex-Ash
Mikel-Essien-Zhirkov
Anelka – Didi – Kalou

Result Prediction : Chelsea (3) – Spartak Moscow (0)

Match LIVE Astro 812 Khamis 03.45 pagi

Walaupun kita mahukan 3 mata penting di SB malam nie, aku berharap tiada kecederaan teruk akan berlaku kepada pemain The Blues..Perlawanan di Anfield hujung minggu ini sememangnya penting kerana walaupun Fool dah jadi team anak ayam, prestasi diorang dalam 2 match sebelumnya agak bagus..Tiada yang mudah dalam setiap match, dah tentu kita perlukan setiap pemain utama untuk fit sepenuhnya..Apapun jika kita menang 2 game seterusnya ini, dah tentu gempak giler beb, KTBFFH!!

Monday, November 1, 2010

0 Post Match : Never Say Die!!

0 Comments
Tandukan Berapi Ivanovic!!


Bolos awal, namun berkat kesabaran barisan skuad Chelsea berjaya menjaringkan 2 gol penting untuk menterbalikkan deficit sekaligus meraih 3 mata berharga di tempat lawan, Ewood Park yang sememangnya sukar..
Secara keseluruhan sememangnya kita agak bernasib baik kali nie kerana Blackburn bermain dengan amat –amat bagus sekali di halaman sendiri..Tak mengejutkan kerana Ewood Park sering dianggap sebagai kawasan yang sukar untuk ditakluk pihak lawan dalam beberapa musim nie..Musim lepas kita seri di sini, malahan Arsenal turut tewas di tempat yang sama menunjukkan betapa ‘keras’nya Ewood Park..

Dalam match kelmarin, Alex antara yang kembali ke skuad utama berganding bersama JT..Sekaligus Bosingwa direhatkan, memberikan slot RB kepada Ivanovic semula..Zhirkov yang beraksi di tahap terbaik 2-3 game sebelum nie semakin dipandang tinggi oleh Carletto..Ramires, walaupun sudah fit, terpaksa memberikan laluan buat Yuri..Front 3 tiada perbezaan; Didi, Malouda dan Anelka mengetuai serangan..
First Half, Blackburn sememangnya menguasai perlawanan malahan seawall minit ke 21 diorang mendapat gol permulaan..Hantaran Diouf tidak dihalang sesiapa, malahan bagaikan keliru, Benjani tidak dikawal lalu menanduk bola masuk ke gawang melepasi Cech yang tergamam..Chelsea cuba bangkit tetapi defence lawan agak kental, tidak terpengaruh langsung..Masa untuk Plan B, rangkaian trio menunjukkan keajaiban diorang, Malouda melakukan hantaran jauh untuk Didi, lalu menanduk bola kepada Anelka yang sedang berlari masuk ke dalam kotak penalty..Setup yang cantik dan pantas, dengan pertahanan lawan kaget, Anelka merembat bola masuk dengan mudah, 1-1!!

Abdul Salam Bilal pembuka comeback

Second Half, Blackburn sekali lagi menampilkan corak permainan kemas, tidak memberikan ruang untuk pemain kita bermain free flow football seperti biasa..Namun sekiranya berharapan, bersemangat kuat dan tidak berputus asa, segalanya tidak mustahil!! Zhirkov sekali lagi menampilkan magiknya..Kali ini larian pantas Zhirkov berjaya menembusi pertahanan Rovers di minit ke – 83 lalu melakukan hantaran lintang ke dalam kotak penalty..Ivanovic yang tidak dikawal, menanduk deras hantaran Yuri ke penjuru gawang!! Sejujurnya, ada art dalam tandukan Iva, tajam, padu dan berapi!! Sememangnya antara gol tandukan favourite aku!!Match tamat, Chelsea menang 2-1!!

Match Highlight :



Berjaya membawa pulang 3 mata dari Ewood Park sememangnya satu kelegaan kerana kita tahu bertapa ‘keras’nya stadium nie..Mungkin result ini akan menjadi salah satu sebab utama mengapa dan kenapa kita akan menjadi Juara Liga sekali lagi musim nie..Yeah, Champion akan tetap menang walaupun dalam situasi sukar, kita dah membuktikannya!! Dengan rival lain turut mencatat kemenanangan, kita kini kekal 5 mata di atas..Match seterusnya adalah menentang Spartak Moscow,kali nie kita akan kembali ke rumah kesayangan, Stamford Bridge..Haha dah tentu takde hal, tak sabar nantikan Rabu nie, KTBFFH!!