The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, April 11, 2010

2 Post Match : The Blues to Final, Manure seri!! Who's laughin now??


Wakakaka aku memang tak tahan nak gelak pada semua Chelsea haters, tiga minggu lepas kita direject sepenuhnya oleh media dan fan2 seluruh dunia, Out CL, bakal terlepas Premiership kepada Manure, dan mungkin hanya memenangi FA Cup..barisan kita juga di cop sudah tua dan tidak bermaya, Carletto hilang punca dan Joey nak tukar kelab..Tak sangka banyak perkara boleh berlaku dalam hanya tiga minggu, kita menang direct 3 match termasuk menang besar ke atas Posemut dan Villains serta mengalahkan Manure, merampas Top Spot Premiership, Manure dan Arsenal out dari Europe, kita menumpaskan Villains sekali lagi untuk menempah tempat ke Final FA buat kali kedua berturut2 dan paling mahsyuk, best dan menceriakan hari2 aku bila terlihat result akhir Blackburn-Manure seri 0-0!!

Perjalanan merangkul Double kini amat cerah, kalahkan Bolton Rabu nie, kita akan leading 4 mata di hadapan Manure, dengan Arsenal akan bertemu Spurs, aku yakin kanak2 bimbingan Wedges akan kecundang!! Who's Laughin Now??

Okey berbalik kepada post match berkenaan game antara Chelsea dan Villa semalam, Carletto menurunkan Didi sebagai starting striker di dalam formasi 4-3-3 manakala posisi lain tiada perubahan..O'Neill pula mendapat kembali mendapat khidmat Milner dan Dunne yang fit untuk revenge kekalahan 7-1 kepada Chelsea tempohari..kemenangan 7-1 Chelsea ke atas Villains dua minggu lepas sememangnya meletakkan The Blues sebagai clear favourite, mampukah pejuang biru menahan pressure ini??

First Half, sememangnya kekalahan besar di Bridge lalu menyebabkan Villains seumpama harimau terluka dan jelas dapat dilihat apabila mereka mengasak kita habis-habisan seawal minit pertama lagi..Milner melakukan shot pertama ke bucu gawang, cuma tersasar beberapa inci je, fuhh..Di minit ke-15, Agbonlahor dijatuhkan oleh Mikel dalam kotak, tetapi adakah penalti?? Webb berkata tidak, bagi aku 50-50, Mikel agak kasar, tetapi Agbonlahor dilihat sememangnya mencari penalti dengan mudah jatuh..kata pengadil adalah muktamad, match diteruskan..Villains sekali lagi mendominasi, cross Downing ditanduk keluar oleh Terry walaupun Carew sudah siap sedia menghulurkan kepala botak dia..Namun Malouda kemudian melakukan counter yang cantek, cuma cross gagal disudahi dengan kemas oleh Didi yang dibentes keras oleh Warnock..separuh masa tamat 0-0..

Second Half keadaan yang sama berulang, Villains kekal mendominasi, namun ketumpulan serangan mereka disamping kekebalan Terry and co menjaga gawang menyebabkan match kekal 0-0, sehingga ke minit 70..Chelsea mendapat corner kick, Malouda mengambil sepakan yang menemui Terry di luar kotak, mungkin dia mahu assist atau shot, aku tak pasti, tetapi sepakan lerat JT berjaya menemui Didi yang mudah menolak masuk ke gawang Villains..Mungkin ini tuah Wembley kerana kita tidak pernah kalah lagi di Stadium Bersejarah England nie..Semenjak dari gol itu, Villains dilihat hilang punca, dan barisan mereka kian retak, hancur dan menanti belah..

Carletto melakukan subs, Ballack, Anelka dan Kalou dimasukkan menggantikan Deco, Didi dan Joey yang agak tenggelam, agak jelas wajah kehampaan pada Joey yang bermain agak 'biasa2' sahaja malam nie..sedah tentu bukan cara terbaik untuk meyakinkan Capello yang melihat di tempat penonton..Sekali lagi, Carletto sudah bijak melakukan pertukaran yang berkesan, Ballack melakukan cross dari sayap kanan yang tepat menemui kaki Flying Frenchman yang kian berapi2 season nie, rembat yang padu dari Malouda, 2-0 untuk Chelsea, nampaknya GAME OVER untuk Villains..tapi masih belum cukup, sudah tentu Villains yang kian lemah dan tidak bermaya amat lazat untuk diratah sekali lagi..Malouda sekali lagi melakukan larian supersonic memasuki kotak penalti Villains, backheel untuk Anelka, asssist untuk Lamps, fake shot dan finishing yang cantek dari Super Frankie melengkapkan malam gemilang untuk Chelsea yang berjaya mara ke final FA Cup!!

Match Highlight :




-Tahniah untuk Super Frank-gol ke 22 dia musim nie, menjadi rekod jaringan tertinggi pernah dicapai Frank sepanjang bermain untuk Chelsea..Want more??
-Tidak tahu mengapa, corak permainan kini memang best, jauh berbeza dengan Jose yang agak bosan, no offense Jose lebih kental defensively tetapi aku sukakan corak attacking football, we love it, Carletto love it, Roman also love it..Carletto will stay??


Form Chelsea kini kian meletup2 dan sudah tentu amat membahagiakan buat semua Fan The Blues, enjoy the moment!! Malam nie kita akan mengetahui siapa lawan kita di final nanti samada Tottenhampeh atau Posemut..Mana2 pon akutak kisah, tapi kalau Spurs lagi best, London Derby dan aku nak revenge final Carling 2007 dulu..

Lupakan mengenai FA Cup buat seketika kerana final adalah 15 May nanti, lambat lagi justeru fokus kini harus kepada Premiership..Bolton adalah lawan yang akan dihadapi kini di Bridge, menang ke atas mereka, kita adalah clear favourite untuk title!! KTBFFH!!






2 comments:

r.k said...

Yes .Carletto will stay !

Raiden said...

same gak!! harap Roman tak buat keje bangang die lagi tiap2 taun..