The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, March 20, 2010

3 5 Perkara Penting Jika Mahukan Piala Eropah

Masih jauh dari pandangan..

Piala Eropah merupakan satu-satunya trofi yang masih kosong dan tidak berisi tempatnya dalam kabinet Chelsea buat sekian lama..Maka tak hairan Roman dan kesemua Fan2 The Blues amat mengharapkan trofi ini akan hadir ke Stamford Bridge..Trofi EPL, FA Cup, Piala Carling sudah dirasai nikmatnya, hanya Piala Eropah belum diangkat penuh bangga oleh Terry mahupun Kapten2 The Blues sebelumnya..

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk kita mampu menggapai trofi ini, bermula sejak kita memenangi Premiership pada tahun 1955, walaupun baru sahaja memenangi Liga England, kelayakan kita ke Kejohanan Eropah dinafikan atas sebab2 politik..Sejak itu kita sememangnya lenyap dari aksi Europe, hampir 44 tahun menanti, Gianluca Vialli meneruskan development yang dibina oleh Gullit dan hasilnya kita berjaya layak ke Champions League pada September 1999..Walaupun agak lama tidak beraksi di kejohanan tertinggi, bukan bermakna Chelsea adalah budak hingusan, kejayaan mara ke suku akhir CL menempah nama Chelsea sebagai kelab yang perlu diberi perhatian, dan kejayaan menundukkan Barcelona 3-1 di Stamford Bridge mengesahkan The Blues bukan calang2 pasukan..tapi sayang, kita gagal mara kerana tewas dengan aggregat 5-1 di Nou Camp..Kemunculan dan kegagalan pertama menjelang alaf baru..

Aksi kemunculan pertama di Champions League September 1999

Kemasukan Roman memberi sinar harapan kepada Chelsea untuk memenuhkan impian untuk menjadi Raja di Eropah..kemasukan manager Jose Mourinho sebagai pemenang CL bersama Porto, serta beberapa pembelian mega transfer memberikan amaran kepada kelab2 lain The Blues benar2 serius ingin merangkul trofi ini..Namun setelah beberapa tahun berlalu, manager bertukar ganti, pembelian demi pembelian dilakukan, namun Piala Eropah masih sukar digapai..peluang terbaik adalah ketika musim 2007/08 menentang team setan..Hanya nasib dari penalti Terry menjadi penghalang dari para pemain The Blues ingin mencuit apatah lagi menjulang Trofi kegilaan ramai ini..Terbaru, kita disingkirkan oleh Inter, menambah lagi kegagalan sebelumnya dan agak irony kerana kita ditewaskan oleh manager yang dibawa dahulu ke Chelsea untuk memenangi Piala Eropah iaitu Special One..

Apakah yang perlu dilakukan lagi sekiranya kita mahu melihat barisan pemain The Blues menjulang Trofi Champions League?? Di sini aku senaraikan 5 perkara penting yang perlu dilaksanakan..

1) KEKALKAN ANCELOTTI..Cukuplah sekali kita melepaskan juara Eropah iaitu Mourinho, aku harap Roman mampu bersabar dan tak naik hantu dengan gelagat Donald Trump "You're Fired" tak tentu pasal, jelas Carletto sebagai pemenang Eropah perlu dikekalkan..Walaupun agak marah dengan taktikal bangang lawan Inter tempohari, ak yakin Carletto perlu diberi peluang lebih lama kerana di Milan dia tidak memenangi double CL dalam sekelip mata..pertukaran manager yang kerap hanya mengelirukan pemain dan tidak bagus dalam suasana di bilik persalinan..Carletto stay, skuad stabil, ak yakin trofi akan hadir nanti..

2)BINA SKUAD MILIK CARLETTO..rata2 pemain The Blues kini masih lagi acuan Special One..semenjak pemergian Jose, tak banyak perubahan dilakukan dalam pemilihan player, justeru membuatkan kita masih lagi dihantui dengan bayangan Mou..Roman perlu membantu Carletto mendapatkan player yang sesuai dengan taktikal Italians ini, di situ barulah kita dapat melihat kehebatan sebenar Pemenang Eropah ini..Bukannya bermaksud rombakan besar-besaran, pembelian 2-3 player pilihan Carletto sudah memadai..Mengapakah Jose hebat di CL season nie, tetapi tidak season lepas?? kerana musim lepas Jose inherit anak2 ikan kendalian Mancini..Musim ini, Ibrahimovic dibuang, dan kemasukan Lucio, Pandev, Sneijder dan Milito memberikan gambaran skuad kini 'milik' Mourinho..Taktikal perlu selari dengan player, jika tidak ia takkan menjadi..Harap Carletto mampu diberi masa membina pasukan 'miliknya' sendiri..

3) MUKA2 BARU..Seperti yang aku katakan sebelum ini, beberapa pemain yang sesuai dengan taktikal Carletto perlu dibawa masuk..Bagi aku, seorang pemain baru perlu dibeli bagi setiap posisi: Defender, Midfield dan Striker..tidak perlu pembelian borong beramai2 seperti Madrid, bagi aku sememangnya nonsense..Kemasukan muka2 baru + muda sebanyak 2-3 orang sudah memadai untuk 'refreshing' the squad..Pato adalah target wajib Striker season depan, mgkin Kjaer, Bruno Alves atau Subotic adalh calon defender, Midfield dengar kata Hamsik dah lanjut kontrak, jadi harapan ak pada Gourcuff atau Ozil sebagai calon succesor Lampard di masa akan datang..Ini hanya pendapat aku, jika Carletto mempunyai idea lain, ak harap dia mampu mencari pemain yang tepat untuk menyarung jersi biru diraja nanti..

4) UNCLE2 CHELSEA PERLU DILEPASKAN..Bukannya bermaksud perlu dibuang semua player yang berumur 30 an ke atas, hanya yang beraksi bagus sahaja perlu disimpan..Antara yang perlu keluar Deco dan Beletti....Player 30 an yang untouchables bagi aku hanya Lampard dan Didi..yang lain seperti Carvalho, Ballack dan Anelka bagi aku mungkin masih relevan, boleh extend setahun, itupun kalau setuju kurangkan gaji dan bergantung sekiranya tiada pembelian baru dari Carletto..

5) MENGGUNAKAN PEMAIN MUDA..Youngsters seperti Sturridge dan Kakuta bagi aku adalah darah2 muda yang boleh inject more pace kepada corak permainan kita yang lesu dengan tenaga2 pemain yang kebanyakannya sudah berumur..Di awal season ini pemain muda kita kerap diturunkan, mengapa berhenti di tengah jalan?? Sturridge bagi aku perlu lebih kerap diturunkan berbanding Anelka musim depan..Stoch yang beraksi bagus di Eredivisie membuktikan mereka mampu menjadi star jika diberi peluang..Meletakkan pemain muda sebagai pesaing juga mampu membentuk persaingan sihat di dalam team, skuad kini amat favour kepada veteran dan senior, jadi pemain utama akan bermain sambil lewa kerana tiada pushover yang mampu memaksa mereka beraksi semantapp yang boleh..Persaingan amat bagus dan hanya akan menguntungkan kelab kerana semua pemain akan beraksi baik untuk memastikan posisi mereka tidak dirampas..we can make our own young stars!!

Harap kita mampu melihat Terry menjulang Piala Eropah tidak lama lagi..Jika tak mampu dicapai dalam 2-3 tahun nie, must be something wrong dalam perancangan..Samaada dapat piala Eropah atau tidak, aku tak kisah kerana ak menyokong Chelsea seadanya, bukan kerana trofi, jika kita mampu mencapai impian ini bagi aku adalah bonus sebagai peminat The Blues..KTBFFH!!


Gambaran yang menjadi impian setiap Fan The Blues



3 comments:

eddie dewanaga said...

Ancelotti perlu masa, beri dia waktu dan sokongan padu...

Raiden said...

jangan ulang kesilapan seperti pemecatan Jose..hanya sebab tak menang CL dalam musim2 terawal, dia disingkirkan..ak yakin jika jose kekal dulu, kita dah menang Piala Eropah skang..

Ancelotti must stay!!

esofagus said...

ozil tu sedap bro..
neymar(player santos) pon sodap