The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, April 2, 2011

0 Preview : Pemanas badan bertemu setan merah

Fokus pada Stoke, tapi minda kepada Manure..Yup, dah tentu match CL minggu depan akan berlegar dalam ingatan..Revenge?? Sudah tentu. Tak sabar nak bakar setan. Tapi jangan memandang rendah Stoke, Britannia Stadium adalah antara home yang sukar diranapkan dan aku harap pemain Chelsea tak terlampau distract dengan match di Eropah.

Carlo masih berteka-teki siapakah starter malam nie. Kepulangan Benayoun dan Alex amat dinantikan tetapi masih terlalu awal untuk bermain 90 min. Tambahan pulak buat Alex, gandingan Luiz dan Terry amat mantap di EPL dan sukar dipisahkan buat masa ini. Aku lihat Alex akan direhatkan untuk match menentang Manure sebab Luiz tidak akan bermain di Eropah. Lampard, Essien, Ramires sebagai regular starter dijangka akan diturunkan. Torres yang tak bermain dalam sesi kelayakan Euro 2012 Rabu lepas dijangka akan mendapat kembali slot striker utama di Chelsea. Siapakah partner Torres?? Aku harap Kalou mahupun Anelka, keduanya link dengan bagus bersama Nando sebelum nie. Drogba boleh masuk jadi subs. Selepas sekor striker pon tak gol dalam 5 match terakhir, aku harap Stoke akan menjadi penamat badi.

Skuad utama :

Cech
Iva-JT-Luiz-Ash
Ram-Lamps-Essien-Zhirkov
Anelka-Torres

Result Prediction : Stoke (0) - Chelsea (2)

MATCH LIVE 2 APRIL 2011 STAR SPORTS (CH813) 9.55 pm

Manure akan bermain awal jadi kita boleh agak kedudukan liga sebelum match bermula. Mahu tak mahu, Chelsea perlu mendapatkan 3 mata penuh malam nie jika ingin kekal dalam title race. Kemenangan dalam kesemua match terakhir adalah crucial untuk memberikan pressure kepada Sengal dan Manure. Stoke hanyalah team belasahan. Aku yakin Blues Flag akan kekal berkibar megah di Brittania Stadium. Selepas Stoke, tiba masanya nak bagi Setan kena stroke pulak hehe.. KTBFFH!

No comments: