The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, April 2, 2011

0 Masa untuk step up!!

"Aku jadi striker la camnie kan senang"



Sejak kemenangan 4-2 ke atas Sunderland bulan lepas, barisan penyerang Chelsea terus menyepi..Walaupun kita berjaya mengharungi bulan Mac yang fantastik, menang 3 match berturut-turut ke atas Manure, Blackpool dan Mancee, kemerosotan pada striker The Blues dilihat agak merisaukan..

Sejak match menentang Sundal Land, kita dah melalui 5 game EPL, menang 3, seri sekali dan kalah sekali, serta menjaringkan 8 gol..Namun dalam 8 gol agak mengejutkan barisan midfield dan pertahanan kita dilihat berjaya menampung kekurangan di bahagian serangan hasil gol dari Lampard(4), Terry(1), Luiz(2) dan Ramires (1)..Di manakah striker?? Kalou, Didi, Anelka dan terutamanya pembelian termahal Torres sudah gersang hampir 5 game tanpa gol di Premiership..

Fantastik 4 yang tak berapa fantastik dalam 5 match terakhir


Adakah keempat striker kita begitu teruk?? Walaupun gersang di EPL, Anelka telah menjaringkan dua gol ketika di CL menentang Copenhagen, manakala Didi baru sahaja menyumbat dua das gol ketika bermain bersama Ivory Coast - bermakna masih ada ketajaman pada old guard..Bagi Kalou dan Torres pulak, masih malang dan rehat international nampak tak membantu apabila gagal menyumbat sebarang gol bersama negara masing-masing..

Menentang Stoke, barisan hadapan kita WAJIB bangkit..Torres, Didi, Kalou dan Anelka perlu kembali menjaringkan gol jika kita mahukan sebarang trofi musim nie..Kini dah masuk fasa kritikal, mdifield dan defender kita takkan selamanya boleh cover striker kita yang lemau semacam..Manure akan menjenguk minggu depan, jadi Chelsea perlu berada di tahap terbaik pada semua bahagian samada defensive atau offensive..

Lampard, Luiz dan pemain lain harus dipuji kerana berjaya cover ketumpulan Chelsea dalam beberapa match terakhir, tetapi sampai bila?? Tak mustahil tuah kita akan berakhir sedikit masa lagi jadi aku berharap agar barisan penyerang kita step up pada waktu yang tepat - bermula dengan Stoke!! KTBFFH!!




No comments: