The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, April 22, 2011

2 Post Match : Second Place!!!

No dua dah wehh!!

Wahahahaha memang puas habess..Sape boleh sangka dari tempat kelima ke tempat kedua dan kini mencabar Manure?? Hasil kemenangan 3-1, Chelsea semakin hampir ke prestasi marvellous musim lepas yang menjaringkan score untuk fun..Manakala Spuds dan Sengal bergaduh sesama sendiri di London sambil ditonton dengan penuh asyik oleh fan The Blues di tepi..Keputusan seri 3-3 bermakna Chelsea berjaya memintas Sengal hasil perbezaan GD, manakala 10 mata di hadapan Spuds juga memastikan tiket CL sudah 99% berada dalam genggaman!!

Mengenai match semalam, banyak perkara positif yang dapat dilihat. Antaranya bagaimana peranan Mikel dan Drogba untuk rejuvenate Chelsea menjadi sebuah 'team' semula, bukannya 'individu'..Kalou dan Malouda juga beraksi bagus apabila begitu klinikal menjaringkan gol, Aksi cameo Bertrand juga memang legend habess, keep it up!! Pertukaran formasi ke 4-3-3 oleh Carlo bermakna kita kembali ke old strategi yang terbukti berkesan dan form marvellous Didi dan Mikel beberapa match terakhir jelas memberikan impak besar.

Bagi sesiapa yang tak nampak peranan Obi memang tak tengok match melainkan statistik semata. Mikel memberikan kestabilan di bahagaian midfield dan Lamps dan Essien bermain lebih bagus dengan adanya Obi di belakang. Bukan mahu merendahkan Ramires tetapi Mikel lebih berperanan dengan abiliti wide range passing dan membentuk cover yang bagus di bahagaian tengah. Ramires, Lampard dan Essien kesemuanya adalah box to box midfielder justeru dapat dilihat begitu ketara kenapa bahagaian enjin tengah kita kurang melakukan hantaran-hantaran yang berfungsi sebelum ini. Jika perlu rotate Ramires dengan Lampard/Essien manakala Mikel perlu dikekalkan dalam skuad.

Mutu, Kezman, Sheva, Crespo, dan yang terbaru Torrres - siapa yang tak pernah tunduk di bawah King Didi - World Best Striker?? Mungkin sebelum nie aku menganggap Torres adalah pengganti tetap Didi, nampaknya aku silap kerana King Didi tetap adalah King!! Betapa teruknya malaria yang menganggu Didi sehinggakan ramai beranggapan Didi sudah tamat, tapi ternyata ramai yang terpedaya disebalik umurnya yang lanjut. Beraksi seperti Striker Terbaik Dunia sekali lagi, Drogba kelihatan lebih 'muda' dari sebelumnya - 3 gol dalam 4 match serta sejumlah assist yang mebolehkan Chelsea kembali berpesta gol!! Jika dia kekalkan prestasi seperti ini, dah tentu bermakna dia layak kekal sekurangnya satu musim lagi bersama Chelsea.

Torres oh Torres..Bukan nak salahkan kau, cuma mungkin perpindahan pada musim Winter menjadikan situasi lebih sukar..Carlo perlu bereksperimen di samping mendapatkan result dalam match2 sebelumnya justeru dapat dilihat betapa pressure keadaaan ketika itu..Terbaru dengan Didi semakin perform dan title kembali open semula, Carlo tiada pilihan selain mengabaikan Torres buat masa sementara kerana result adalah lebih penting. Kita bermain lebih bagus tanpa Torres buat masa kini. Pressure dari media amat kuat untuk melihat dia menjaringkan gol apabila dia berada dia atas padang justeru menggangu corak prmainan kita. Carlo melakukan perkara yang betul, memasukkan Torres apabila kita dah 2-3 gol leading untuk mengurangkan beban di bahu Nando untuk menyumbat gol. Aku yakin Nando akan menjaringkan gol, just be patience.


Ryan Bertrand? Cross yang bagus untuk Malouda. Bakal pesaing PVA dibahagian LB dan kelihatan memang berbakat. Kita sememangnya mempunyai ramai youngsters yang bagus macam Ryan, cuma perlu diberikan peluang je. Keep ur eye open, Carlo!!

Adakah memenangi EPL masih possible?? Sudah tentu. Walaupun kita perlu menang kesemua baki match tanpa drop satu point dan pada masa yang sama mengharapkan Manure collapse dalam mana-mana fixture selepas ini, aku yakin kita boleh!! Tanpa pressure dari cup lain bermakna Chelsea boleh fokus sepenuhnya untuk match liga. Manakala MU masih ada CL untuk diberikan perhatian. Arsenal?? Ahh, budak kecik mental macam kaca tak tahan pressure seperti biasa diorang pastinya akan collapse sampai hujung musim. Its advantage to us.

Apapun Second Place buat masa ini adalah pencapaian yang cukup hebat selepas tempoh 6 bulan yang teruk..Knock Manure last minute dan menang title?? Semestinya impian semua fan Chelsea, namun kekalkan fokus dari game ke game. Bak kata Carlo : "Our aim is to try and win every game. After that, we can see our results and our position in the table." Bak kata Adidas, NOTHING IS IMPOSSIBLE!! Bak kata Nike juga, JUST DO IT!! KTBFFH!!


2 comments:

r.k said...

wa can mate . we can !

Raiden said...

yeah, go chelsea!!