The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, April 18, 2011

0 Kejar, kejar, kejar!!!


Peringkat penghujung musim memang selalunya makanan Chelsea..Ketepikan kekalahan kita di CL, berlainan di EPL - kita adalah team paling perform ketika ini..6 game terakhir berjaya mencatat 5 kemenangan dan satu seri, bermakna Chelsea sudah mendapatkan 16 mata dari max 18..Rekod fantastik nie gak membolehkan kita memanjat carta liga dari posisi kelima sehingga kini di tangga ketiga..

Berkat penangan aura Ferguson kepada ref di Emirates menyebabkan Sengal seri dan kini Chelsea hanya berbeza 2 mata di belakang jiran London..Huh mentaliti bebudak, tak sabar nak tendang kanak-kanak tadika nie ke tempat ketiga..Selagi ada peluang Chelsea akan mengejar apa yang boleh..The Blues is comin', watch out!!

Baki 6 match penghujung musim adalah kesemuanya final buat kita..Sekiranya kita boleh grab 16-18 mata max aku yakin bukan sahaja 2nd place, tetapi mungkin juga title ambition boleh revive semula..Melihat kekalahan Manure di FA Cup menyebabkan aku melihat ada 'sekelumit' harapan, walaupun tipis sinipis kulit bawang untuk Chelsea melakukan comeback paling marvellous dalam sejarah EPL..

Baki 6 match Chelsea, Manure, Ah-sengal :

Chelsea : Birmingham (H), West Ham (H), Spurs (H), Manure (A), Newcastle (H), Everton (A)
Manure : Newcastle (A), Everton (H), Arsengal (A), Chelsea (H), Blackburn (A), Blackpool (H)
Arsengal : Spurs (A), Bolton (A), Manure (H), Stoke (A), Villa (H), Fulham (A)

Apa yang boleh kita lakukan adalah mengharapkan pemain Chelsea berikan segalanya 200%..Banyak petanda positif dalam kemenangan ke atas West Brom tempohari..Drogba kelihatan sudah bebas sepenuhnya dari Malaria dan kelihatan seperti Monsters semula..Mikel memberikan kestabilan di bahagian midfield manakala Lampard dan Malouda bermain seperti awal musim..Rabu ini kita ada satu match lagi menentang Birmingham..Jika Arsenal drop point lawan Spurs dan Chelsea menang kita akan merampas kedudukan kedua!! Step by step kita cuba memperbetulkan situasi - second place atau mission impossible EPL title masih consider pencapaian yang bagus dalam musim yang cacamarba nie buat The Blues..Cmon Chelsea, KTBFFH!!



No comments: