The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, April 30, 2011

0 Preview : Sembelih ayam!!

0 Comments
Kenduri sembelih ayam malam nie

Menang lawan Spurs, rapatkan jurang kepada 3 mata di belakang Manure, berikan pressure berapi buat Setan Merah yang akan berdepan Arsenal malam esok!!

Apa yang pasti, Chelsea wajib menang, menang, menang dalam 4 fixture terakhir kalau nak melonjakkan harapan memenangi liga musim nie..Salah satu cabaran utama kita adalah Spurs yang boleh dikatakan lawan merbahaya selain Manure, Evertonggas dan Kota Bharu selepas ini..Walaupun Spurs dalam run yang agak bangang ketika ini, seri 2-2 minggu lepas dan kini hampir pasti takkan bermain Eropah musim depan, kita takkan memandang rendah Si Ayam London, Modric dan pakcik Harry Potter..

Taktik?? Ini yang pening. Bukan kerana takde player, tapi sebab banyak pilihan pemain yang bagus untuk dipilih. Kejayaan Torres menjaringkan gol memang bagus tapi sekaligus memberikan headache kepada Carlo tentang bagaimana menyusun bahagian serangan malam nie..Apa yang pasti Didi perlu bermain sebab dia antara player paling form sekarang nie..Aku berharap Carlo tak merehatkan Didi semata nak menggunakan Torres..Formasi terbaik gunakan Didi first half, masukkan Torres ketika pemain Spurs sudah keletihan atau masukkan keduanya..

Skuad malam nie :

Cech
Iva-JT-Luiz-Ash
Lamps-Mikel-Essien
Kalou-Didi-Malouda

Chelsea (2) - Spurs (1)

MATCH LIVE ASTRO SUPERSPORT 3 (CH817) 12.30am Ahad


Fight till the End, KTBFFH!!

Thursday, April 28, 2011

0 Hadiah Dagang Perantau

0 Comments
Hadiah special habaq hang!!

7 Gol dalam 9 game!! Sedangkan Torres nak score sibijik pon semput setengah mati..Tidak menjadi seperti Si Tanggang Moden yang lupa diri, Danny yang semakin hit di perantauan bersama Bolton tidak melupakan darah biru yang mengalir deras dalam tubuhnya..Walaupun kini dalam tempoh pinjaman dan ayah angkat Owen Coyle tak berselindung untuk mendapatkannya secara permanent musim depan, Danny tetap cool dan menjelaskan dia tidak pernah berfikir untuk berpindah kelab..Malah prestasi tahap dewa Danny kini hanya akan menjadikan dia lebih bersemangat untuk kembali jumpa ayahanda Carletto, mencium tangan mintak berkat dan memohon untuk menjadi teraju utama di Bridge..Apa yang lebih perfect adalah hadiah gol dari Sturridge mnggu lepas menumbangkan tadika wenger sekaligus membantu parent club Chelsea untuk mengukuhkan kedudukan Second Spot!!

Kata Danny :

"Ini adalah satu hadiah special dari aku untuk ayahanda Carletto (nak amik hati la tue) dan Chelsea. Di samping tolong Bolton, aku happy dapat tolong Chelski ke tempat kedua dan mencabar Manure secara face to face. Lebih kurang 2 dalam satu macam iklan serbuk Milo tu. Dah tentu baki 4 match akan sengit namun aku harap The Blues adalah pemenang terakhir."

"Title Race? Sudah tentu antara Chelsea dan Manure skang. Arsenal?? Memang tak layak nak mention. Hah, aku sorang je dah boleh ranapkan diorang. 11 orang kanak2 Wenger pon tak boleh nak kalahkan aku 1 youngsters Chelsea inikan nak menang liga. Haktuihh!!"



Suka menjaringkan gol lawan kanak2 Arsenal?? Traits yang paling aku suka..Nampaknya King Didi dah ada pewaris musim depan!!

Perangai pon lebih kurang.




Tuesday, April 26, 2011

3 Hahahahaha!! Luizz..classic!!

3 Comments
Interview lepas lawan West Ham kelmarin..

Perhatikan Luiz!!



Adakah Luiz jadi translator?? Aku tak rasa camtu haha ;)

Monday, April 25, 2011

3 Best Celebration Ever!!

3 Comments
Selepas 732 minit yang memeritkan..

FER!!
NAN!!DO!!
TORR!!
RESS!!SCOREEE!!!!






Mengungkap kata-kata Drogba :

"I was in the changing rooms but just wanted to run and jump as well," he told ESPN.

"We know we have a great player here."

"It is very difficult to come in in February and get used to the team. It is important for him and for the club that he is here since January and I think it will all be fantastic for him."



Selepas 732 minit, ini adalah saat paling dinanti oleh fan Chelsea - walaupun hanya satu gol biasa menentang West Ham, penantian yang lama dan celebration yang diraikan oleh kesemua pemain The Blues serta fan di SB (juga Ancelotti) menjadikan detik nie paling ikonik!! Kegembiraan kesemua teammate meraikan gol Torres menunjukkan sememangnya tiada perpecahan dalam bilik persalinan seperti yang dicanang oleh media..Senyuman pada wajah Nando menyarung jersi biru diraja Chelsea is priceless!! Finnally, Torres has landed!! Go Nando, Go Chelsea!! KTBFFH!!


p/s : persoalannya, di manakah korang masa Torres menjaringkan gol???


0 Post Match : Kejar sampai lubang cacing!!

0 Comments
Kalo pasal celebrate gol, Luiz memang suka enter frame

Mungkin Manure boleh mencatat kemenangan sampai tamat musim tapi persetankan diorang, (memang MU setan ponn) Chelsea takkan menyerah kalah selagi semuanya belum official!! Kemenangan MU last minute ke atas Everton sedikit pon tak menyentap semangat Blues Army sebaliknya membakar semangat para pemain untuk mencatat kemenangan 3-0 ke atas West Ham!!

Gol Torres memang jadi liputan semua news satu dunia, tapi aku nak ulas prestasi team kita terlebih dahulu..Di sebalik rumours Torres starting, keputusan Carlo memasukkan Drogba sebagai first choice memang tepat sebab hantaran Didi yang membolehkan Ash assist buat gol pertama Lamps dan Chelsea..Tanpa Drogba memang aku rasa kita akan sukar untuk memecahkan kubu lawan..Walaupun tak sepantas dahulu, aspek teknikal dia masih antara yang terbaik dalam skuad..Mikel memang menjadi revolusi, memastikan kestabilan di bahagian tengah manakala Lamps kelihatan 'muda' semula dengan formasi 4-3-3..Luiz nampak masih lagi cuak di bahagaian defence tetapi masih muda justeru aku pasti dia akan belajar dari JT sedikit demi sedikit..BTW, nice shot kena palang dowh..Malouda nampak meningkat dan dah menjaringkan gol demi gol dalam 3 match terakhir, walaupun dia nampak masih lagi selfish, tapi jika dia masih kekalkan score dah tentu takde rungutan dari fans..Keseluruhannya, team Chelsea kini memang dalam amukan!!


Dan kemasukan Torres pada lewat match memang okay sebab kita tengah leading justeru kurang pressure buat mamat Spain nie nak sumbat gol, dan apadahal?? Hasil assist Anelka membolehkan Torres menamatkan badi 732 minit die dalam jersi Chelsea..Walaupun bola nampak sangkut angkara padang becak teruk, Torres menunjukkan kawalan bola dan reaksi yang bagus dengan turning dan rembatan kencang ke gawang lawan untuk gol kedua Chelsea!! Tak berhenti di situ je, Torres jugak assist (walaupun nampak macam tak sengaja) untuk gol Malouda dan ketiga Chelsea pada malam yang bersejarah buat si El Nino..Finally, welcome to Chelsea Family, mate!!

Menang 3-0 + Gol pertama Torres + Gol Sturridge lawan Sengal + Bolton kalahkan tadika Wenger = Lazat tak terkata!!

Kedudukan Second Spot nampak memang kukuh kini buat Chelsea selepas Sengal macam biasa jadi bengong masa bulan April-May..Nampaknya kini dengan ketiadaan Sengal hanya Chelsea menjadi harapan untuk stop Manure dari dapat 19th title..Mungkin task yang impossible tatkala match kini tinggal berbaki 4 game je lagi, namun harapan kita belum punah lagi..Jika Arsenal dapat membuat favour buat kita dengan kalahkan Manure di Emirates, dan Chelsea kalahkan Spurs, aku yakin kita ada peluang cerah buat kejutan..Seterusnya kita kalahkan Manure di OT, mata akan menjadi sama - segalanya akan dibezakan dengan goal difference!! Dengan Chelsea kini memang mengganas dalam 3 match terakhir, 9 gol berbalas 2, segalanya tak mustahil..Can dream become reality?? Hope so!! KTBFFH!!

Saturday, April 23, 2011

0 Preview : Never Say Never

0 Comments
Title ambition masih kekal dalam minda, dan ketika kita berhadapan West Ham malam nie, kita bakal mengetahui result antara Everton dan Manure..Jika MU drop point, dah tentu akan menjadi boost terbaik, tetapi jika sebaliknya terjadi aku harap pemain kita tak menggelabah dan teruskan winning habit macam biasa..Persetankan result team lain dan fokus pada match sendri adalah langkah terbaik untuk kekal konsisten..Mengejar sememangnya lebih sukar berbanding apabila sudah leading di atas liga namun apa yang penting adalah kita memberikan pressure baik punya pada Manure sampai tamat liga..Dapat title atau tidak belakang kira, Never say never!! (Justin Bibir punyer pasal la nie sialan tol)

Persediaan skuad malam nie agak sama seperti ketika menentang Birmingham, tiada perubahan besar..Ramires, Alex masih sidelines akibat injury namun berita baik Ash sudah fit dan sedia bermain selepas subs lewat dengan Bertrand Rabu lepas..Aksi menakjubkan kesebelasan utama ketika menentang West Brom dan Birmingham bermakna memang sukar untuk Carlo membuat beberapa perubahan besar..Benda dah elok mengapa nak ubah?? Tapi berdasarkan laporan semasa Carlo berkemungkinan akan merehatkan Didi dan menggunakan Torres sebagai starting lineup..

"Maybe I can use some rotation to maintain the players' freshness. It wouldn't be easy to leave Drogba out, but there's a chance we could leave him out on Saturday. We started with Torres against (Manchester) City. We won the game when Didier came on. It might be a good solution to give him the last 30 minutes of the game because he's fresh and fit."



Mungkin ada baiknya freshen skuad serba sedikit namun rotate Kalou, Malouda, Essien, Lampard ke aku boleh terima tapi Didi?? Dengan form Didi tahap gila babeng sekarang memang ia langkah yang amat berisiko..Memang aku mahukan Torres score tetapi adakah memastikan blonde nie dapat gol first lebih penting dari kemenangan Chelsea?? Adakah Roman dah bising kat belakang tak dapat usha 50m man nie main?? Harap Carlo tidak silap membuat percaturan angakara pressure BOD..Jika Torres main aku harap Youssi jugak diturunkan..Buat masa ini aku tetap stick pada Drog sebagai starting striker..

Didi : Akulah True King kat sini!!


Skuad malam nie :

Cech
Ferreira-JT-Luiz-Ash
Mikel-Lamps-Essien
Kalou-Didi-Malouda

Result Prediction : Chelsea (2) - West Ham (0)

Match LIVE Astro 817 12.30am Ahad

Tanpa Parker sememangnya West Hampeh tempang sebelah kaki tanpa perancang utama diorang yang merupakan berita lazat buat Chelsea mendominasi bahagian tengah malam nie...Bersama Birmingham dan West Brom, West Ham adalah lawan taraf rendah yang wajib menang buat Chelsea sebelum kita bertemu musuh setempat Spurs minggu depan..Kekalkan konsistensi, kekalkan pressure, harap Manure tersungkur tengah jalan..Kejar, kejar, kejar!! KTBFFH!!




Friday, April 22, 2011

2 Post Match : Second Place!!!

2 Comments
No dua dah wehh!!

Wahahahaha memang puas habess..Sape boleh sangka dari tempat kelima ke tempat kedua dan kini mencabar Manure?? Hasil kemenangan 3-1, Chelsea semakin hampir ke prestasi marvellous musim lepas yang menjaringkan score untuk fun..Manakala Spuds dan Sengal bergaduh sesama sendiri di London sambil ditonton dengan penuh asyik oleh fan The Blues di tepi..Keputusan seri 3-3 bermakna Chelsea berjaya memintas Sengal hasil perbezaan GD, manakala 10 mata di hadapan Spuds juga memastikan tiket CL sudah 99% berada dalam genggaman!!

Mengenai match semalam, banyak perkara positif yang dapat dilihat. Antaranya bagaimana peranan Mikel dan Drogba untuk rejuvenate Chelsea menjadi sebuah 'team' semula, bukannya 'individu'..Kalou dan Malouda juga beraksi bagus apabila begitu klinikal menjaringkan gol, Aksi cameo Bertrand juga memang legend habess, keep it up!! Pertukaran formasi ke 4-3-3 oleh Carlo bermakna kita kembali ke old strategi yang terbukti berkesan dan form marvellous Didi dan Mikel beberapa match terakhir jelas memberikan impak besar.

Bagi sesiapa yang tak nampak peranan Obi memang tak tengok match melainkan statistik semata. Mikel memberikan kestabilan di bahagaian midfield dan Lamps dan Essien bermain lebih bagus dengan adanya Obi di belakang. Bukan mahu merendahkan Ramires tetapi Mikel lebih berperanan dengan abiliti wide range passing dan membentuk cover yang bagus di bahagaian tengah. Ramires, Lampard dan Essien kesemuanya adalah box to box midfielder justeru dapat dilihat begitu ketara kenapa bahagaian enjin tengah kita kurang melakukan hantaran-hantaran yang berfungsi sebelum ini. Jika perlu rotate Ramires dengan Lampard/Essien manakala Mikel perlu dikekalkan dalam skuad.

Mutu, Kezman, Sheva, Crespo, dan yang terbaru Torrres - siapa yang tak pernah tunduk di bawah King Didi - World Best Striker?? Mungkin sebelum nie aku menganggap Torres adalah pengganti tetap Didi, nampaknya aku silap kerana King Didi tetap adalah King!! Betapa teruknya malaria yang menganggu Didi sehinggakan ramai beranggapan Didi sudah tamat, tapi ternyata ramai yang terpedaya disebalik umurnya yang lanjut. Beraksi seperti Striker Terbaik Dunia sekali lagi, Drogba kelihatan lebih 'muda' dari sebelumnya - 3 gol dalam 4 match serta sejumlah assist yang mebolehkan Chelsea kembali berpesta gol!! Jika dia kekalkan prestasi seperti ini, dah tentu bermakna dia layak kekal sekurangnya satu musim lagi bersama Chelsea.

Torres oh Torres..Bukan nak salahkan kau, cuma mungkin perpindahan pada musim Winter menjadikan situasi lebih sukar..Carlo perlu bereksperimen di samping mendapatkan result dalam match2 sebelumnya justeru dapat dilihat betapa pressure keadaaan ketika itu..Terbaru dengan Didi semakin perform dan title kembali open semula, Carlo tiada pilihan selain mengabaikan Torres buat masa sementara kerana result adalah lebih penting. Kita bermain lebih bagus tanpa Torres buat masa kini. Pressure dari media amat kuat untuk melihat dia menjaringkan gol apabila dia berada dia atas padang justeru menggangu corak prmainan kita. Carlo melakukan perkara yang betul, memasukkan Torres apabila kita dah 2-3 gol leading untuk mengurangkan beban di bahu Nando untuk menyumbat gol. Aku yakin Nando akan menjaringkan gol, just be patience.


Ryan Bertrand? Cross yang bagus untuk Malouda. Bakal pesaing PVA dibahagian LB dan kelihatan memang berbakat. Kita sememangnya mempunyai ramai youngsters yang bagus macam Ryan, cuma perlu diberikan peluang je. Keep ur eye open, Carlo!!

Adakah memenangi EPL masih possible?? Sudah tentu. Walaupun kita perlu menang kesemua baki match tanpa drop satu point dan pada masa yang sama mengharapkan Manure collapse dalam mana-mana fixture selepas ini, aku yakin kita boleh!! Tanpa pressure dari cup lain bermakna Chelsea boleh fokus sepenuhnya untuk match liga. Manakala MU masih ada CL untuk diberikan perhatian. Arsenal?? Ahh, budak kecik mental macam kaca tak tahan pressure seperti biasa diorang pastinya akan collapse sampai hujung musim. Its advantage to us.

Apapun Second Place buat masa ini adalah pencapaian yang cukup hebat selepas tempoh 6 bulan yang teruk..Knock Manure last minute dan menang title?? Semestinya impian semua fan Chelsea, namun kekalkan fokus dari game ke game. Bak kata Carlo : "Our aim is to try and win every game. After that, we can see our results and our position in the table." Bak kata Adidas, NOTHING IS IMPOSSIBLE!! Bak kata Nike juga, JUST DO IT!! KTBFFH!!


Wednesday, April 20, 2011

0 Kejar. kejar, kejar!! (Part 2)

0 Comments
Kude belang yang membuatkan aku tergelak

Nampaknya macam takde sesiapa yang betul2 bernafsu nak menang EPL musim nie..Keputusan seri MU-Newcastle semalam bermakna title kembali open semula..Dan jika bukan kerana MU adalah favourite ref, dah lama setan merah nie kalah akibat penalti yang patutnay diberikan kepada Lovendkran pada lewat match..Arghh, tipikal Manure..

Bagi mana2 kelab yang jadi chmpion musim nie; MU, Arsenal hatta Chelsea sekalipun bermakna musim nie juaranya adalah yang paling average sekali dari musim2 sebelumnya kerana takde sesiapa yang betul ada kredibiliti sebagai seorang juara..Namun jika Chelsea dapat jadi juara dah tentu kita akan menerima dengan tangan terbuka, ye tak?? Dengan MU fokus pada CL, serta Arsenal tak konsisten bermakna Chelsea masih ada peluang untuk melakukan comeback paling marvellous dalam sejarah dengan hanya berbaki 6 match..

MU dan Arsenal seri adalah satu hadiah, tapi jangan dilupakan Chelsea perlu menghadapi Birmingham malam nie terlebih dahulu..Jika menang kita akan berada 6 mata dengan MU masih perlu berhadapan dengan Everton, Arsenal dan kita (Chelsea) dalam 3 fixture yang dianggap diorang bakal drop point..Yeah, secara matematiknya kita masih berpeluang..

Fokus match malam nie, berita malang adalah Alex dan Ramires akan terlepas match akibat injury, manakala Iva doubtful..Berita baiknya adalah Drogba semakin kembali ke prestasi asal, menjaringkan 3 gol dalam 3 match terakhir justeru menjadikan dia antara pemain terbaik kita ketika ini..Form yang hadir pada waktu yang tepat, harap Didi mampu menjadi inspirasi buat kita seperti musim selepas semula untuk clinch title!!

Mengenai Torres, aku sekarang dah tak kisah dah jika dia score ke tak sebab yang penting sekarang adalah result yang konsisten buat Chelsea..Nie Chelsea FC la, bukan Torres FC nak pastikan sangat dia jaringkan gol..Bagi aku dia akan jadi pemain yang bagus buat kita demi masa depan cuma kini bukan masanya yang tepat untuk bereksperimen dengan Torres..Aku ada firasat dia mungkin tak score musim nie tetapi akan kembali dengan hebat bermula musim depan selepas Pre-Season..

Skuad malam nie:

Cech
Iva-Luiz-JT-Ash
Mikel-Lamps-Essien
Kalou-Didi-Malouda

Result Prediction : Chelsea (3) - Birmingham (1)

El clasico, Derby London bertembung dengan match Chelsea justeru pandai2 la nak cari stream kalau kat rumah takde Astro sendiri..Kalo pergi mamak dah tentu tayang antara dua game kat atas..Papehal pon gudlak buat pemain Chelsea malam nie, KTBFFH!!


Tuesday, April 19, 2011

0 Sesi Interview Bulan May

0 Comments
Panel Ketua Juri pada sesi interview (bengis semacam)

Bukan sesuatu yang pelik buat Chelsea buat audition pada setiap penghujung musim..Tajuk dia adalah 'Pencarian Manager yang boleh menang piala setiap musim di bawah pressure tahap autoclave di samping mengekalkan keharmonian kelab dan menjaga hati pemain senior dan tak merungut bila Roman masuk campur dalam keje korang dan pecat korang punyer best assisstant dan jangan terkejut jika korang akan dijemput ke suprise farewell party pada bila-bila masa sahaja walaupun pernah menang trophy"

Sila hantarkan resume korang bila-bila masa je kalau berminat...

.....




Selepas mendapat beberapa feedback, ini adalah 5 candidate yang akan dipanggil interview pada bulan May :

1. Jose 'Yang Teristimewa' Mourinho

Oooaaah balik kampung!! 2x

Tak sah kalau nama Jose tak dikaitkan dengan kerusi panas Chelsea..2CL, 3 kejuaraan liga di 3 negara berbeza adalah point terkuat dalam resume Mou. Status Legendary di Chelsea jugak umpama tiket khas buat Mou untuk dipanggil sebagai candidate utama pada sesi temuduga nanti. Depend pada pencapaian di Madrid musim ini, jika gagal menang sebarang cup kemungkinan dia akan stay di Spain untuk membuktikan keupayaannya buat satu musim lagi. "Unfinished Business??" Hmm..


2. Frank Rijkaard

Luiz nampaknya bakal ada geng pergi saloon


Sorang lagi manager yang ada kejayaan memenangi CL justeru berada dalam radar Chelsea dan Roman..Selepas menaikkan Barca menjadi Big European Team semula, Rijkaard dipecat selepas beberapa prestasi yang kian merosot dalam musim2 terakhirnya..Pergi ke Galatasaray tapi memang tak boleh compare dengan kejayaannya bersama kelab Catalan..Mempunyai pengalaman memenangi kejuaraan besar, Attacking philosphy dan keupayaan Frank combine pemain muda dan senior adalah ciri yang dicari oleh Roman..Antara calon utama.

3. Louis Van Gaal

Sape nak gaduh tu aku jentik kepala sampai sawan

Sekor lagi mamat Belanda, cuma kali nie keturunan Van Helsing..Baru saja dipecat oleh Bayern, Van Gaal antara manager berkaliber yang available..Pernah membawa Ajax memenangi Eredivisie dan CL, serta beberapa kejayaan liga di Spain bersama Barcelona..Bersama Bayern dia memenangi Double musim lepas tetapi prestasi teruk musim ini menyebabkan dia dipecat..Melihat situasi Van Gaal adalah umpama Carlo yang juga memenangi Double musim lepas..Mengamalkan falsafah attacking tetapi gaya managerial yang terlampau strict menyebabkan dia selalu bergaduh dengan pemain antaranya Van Bommel dan Rivaldo..Experience yang hebat dalam resume tetapi hampir pasti bukan calon utama Chelsea..


4. Van Basten

Kena ada kabel baru boleh dapat job, ye tak??

Satu lagi van berjenama dari Belanda..Dari pemain bolasepak taraf legend yang selalu korang usha dalam You Tube ke Managerial Career..Menjadi coach Belanda yang membawa Oranje melepasi kelayakan ke World Cup dan Euro sebelum kemudian ke Ajax..Namun result kurang memuaskan menyebabkan dia dipecat dan digantikan oleh Martin jol lalu bekerja mengutip anggur..Dari segi pencapaian resume memang tak boleh compare dengan otai2 di atas tetapi Hiddink yang dikatakan bakal menjadi Direcor of Footbal Chelsea musim depan telah memberi cadangan supaya Basten perlu diberikan tampuk pemerintahan di Chelsea menggantikan Carlo..Gemar menggunakan youngsters adalah ciri2 yang positif mengenai Basten terutamanya Chelsea kini mempunyai sejumlah pemain muda berbakat yang bagus cuma jarang digunakan..Adakah Basten calon utama?? Mungkin tidak. Agak berisiko kerana Basten takde kejayaan lampau yang boleh menguatkan kredibilitinya sebagai calon manager Chelsea terutamanya di Bridge pressure adalah lebih tinggi berbanding di Ajax..Tak pernah menang CL?? Lagilah Roman tak pandang.


5. Andre Villa Boas

Bekas Jedi, Villa Boas menggunakan 'force' untuk mengawal bola dan memenangi liga Portugal

Atau nama lainnya Luís André de Pina Cabral de Villas-Boas. Merupakan bekas anak murid Sir Bobby Robson atas dasar pandai berbahasa Inggeris,Villas Boas kemudiannya menjadi orang kanan Jose Mourinho sepanjang di Chelsea (yupp!) dan Inter. Selepas tempoh yang lama menimba pengalaman, Villas Boa menyertai kelab Academica pada 2009 dan berjaya membawa kelab ini dari kedudukan tercorot ke tangga ke 10 hujung musim.Falsafah serangan menarik menyebabkan dia diintai oleh Porto dan Sporting Lisbon. Musim 2010-11 menyaksikan Villas Boas berpindah ke Estadio Dragao. Seperti Special One, Villas Boas sememangnya ada bakat menjadi manager yang hebat. Seperti namanya juga, Villas Boas memang 'buas'. Musim pertamanya dia telah memecah rekod tok gurunya dengan unbeaten dalam semua competition selama 36 match (Jose 33) dan memenangi Liga Portugal. Porto juga merupakan candidate utama untuk memenangi UEFA Cup musim ini selepas melepasi Last 16 mengalahkan CSKA Moscow. Jika mahukan manager yang pandai bercakap English, mempunyai rekod management yang fantastik, ada ciri manager hebat macam Jose tetapi bermain attacking - tak syak lagi Villas Boas adalah jawapannya!!


Adakah sesi interview ini dah berakhir??

Oh, ada satu lagi candidate. Bukan candidate sebenarnya, tetapi current employee..

.....


6. Carlo Ancelotti

Pecat la aku. Haha. Bagi aku lapan juta dulu. Haha.

Mengapa perlu bersusah payah membayar £8m compensation untuk memecat Carlo dan membotakkan kepala berfikir siapakah manager baru yang perlu dicari?? Carlo ada baki satu musim lagi dalam kontrak. Bagi Carlo satu peluang lagi untuk prove dirinya, overhaul skuad dalam summer dan lihat bagaimana prestasi kita musim depan. Jika menjadi, sambung kontrak. Jika tak menjadi, biar dia habis kontrak, Carlo pergi ke Roma dan kita ambik Villa Boas untuk musim 2012-2013. Smooth bukan?? Tak perlu serabut-serabut.


Keputusan interview akan diumumkan pada bulan Jun 2011. Harap Maklum.






Monday, April 18, 2011

0 Kejar, kejar, kejar!!!

0 Comments

Peringkat penghujung musim memang selalunya makanan Chelsea..Ketepikan kekalahan kita di CL, berlainan di EPL - kita adalah team paling perform ketika ini..6 game terakhir berjaya mencatat 5 kemenangan dan satu seri, bermakna Chelsea sudah mendapatkan 16 mata dari max 18..Rekod fantastik nie gak membolehkan kita memanjat carta liga dari posisi kelima sehingga kini di tangga ketiga..

Berkat penangan aura Ferguson kepada ref di Emirates menyebabkan Sengal seri dan kini Chelsea hanya berbeza 2 mata di belakang jiran London..Huh mentaliti bebudak, tak sabar nak tendang kanak-kanak tadika nie ke tempat ketiga..Selagi ada peluang Chelsea akan mengejar apa yang boleh..The Blues is comin', watch out!!

Baki 6 match penghujung musim adalah kesemuanya final buat kita..Sekiranya kita boleh grab 16-18 mata max aku yakin bukan sahaja 2nd place, tetapi mungkin juga title ambition boleh revive semula..Melihat kekalahan Manure di FA Cup menyebabkan aku melihat ada 'sekelumit' harapan, walaupun tipis sinipis kulit bawang untuk Chelsea melakukan comeback paling marvellous dalam sejarah EPL..

Baki 6 match Chelsea, Manure, Ah-sengal :

Chelsea : Birmingham (H), West Ham (H), Spurs (H), Manure (A), Newcastle (H), Everton (A)
Manure : Newcastle (A), Everton (H), Arsengal (A), Chelsea (H), Blackburn (A), Blackpool (H)
Arsengal : Spurs (A), Bolton (A), Manure (H), Stoke (A), Villa (H), Fulham (A)

Apa yang boleh kita lakukan adalah mengharapkan pemain Chelsea berikan segalanya 200%..Banyak petanda positif dalam kemenangan ke atas West Brom tempohari..Drogba kelihatan sudah bebas sepenuhnya dari Malaria dan kelihatan seperti Monsters semula..Mikel memberikan kestabilan di bahagian midfield manakala Lampard dan Malouda bermain seperti awal musim..Rabu ini kita ada satu match lagi menentang Birmingham..Jika Arsenal drop point lawan Spurs dan Chelsea menang kita akan merampas kedudukan kedua!! Step by step kita cuba memperbetulkan situasi - second place atau mission impossible EPL title masih consider pencapaian yang bagus dalam musim yang cacamarba nie buat The Blues..Cmon Chelsea, KTBFFH!!



Saturday, April 16, 2011

2 Preview : Pre-Season bermula..

2 Comments



Dengan tiada kejuaraan hampir pasti untuk dikejar, kita dah boleh menyiapkan diri untuk season hadapan..Slot CL adalah target utama dan Carlo perlu menggunakan 7 game ini untuk impress Roman yang pastinya takkan gembira dengan kekalahan kita di Eropah minggu lepas..

Beberapa pemain akan pastinya diberikan hint samada akan stay atau keluar penghujung musim..Tanpa pressure untuk mendapatkan trofi, ini adalah masa yang ideal untuk Carlo mengetengahkan 'idea'nya musim depan..Torres kini adalah tumpuan utama tentang bagaimana untuk membentuk pemain di sekelilingnya..

Biler la aku nak main nie..

Aku mengharapkan lebih aksi dari youngsters terutamanya Josh yang agak lama tidak beraksi..Mungkin Carlo sebelum ini tak menurunkan wonderkid ini kerana pressure yang amat tinggi dalam match2 sebelumnya, tetapi kini adalah masa yang sesuai untuk melihat prestasi Josh dan sumbangan yang bakal dia berikan musim depan..Malam nie aku berharap dia dapat jadi subs second half pon jadilah..Beberapa pemain tua harus drop dari first team dan berikan pemain yang bersemangat dan lebih determination untuk menyarung jersi Chelsea..

Dengan Arsenal bermain malam esok, serta Mancee tak bermain malam nie, ini adalah masa yang sesuai untuk Chelsea memanjat tangga liga..West Brom merupakan lawan yang sukar di home diorang tetapi aku yakin Chelsea akan beroleh kemenangan..

Skuad malam nie :
Cech
Iva-Luiz-JT-Ash
Yuri-Mikel-Lamps-Ram
Kalou-Torres

Prediction : West Brom (1) - Chelsea (2)

Match Live Sabtu 10.00 malam

KTBFFH!!





0 Reaksi??

0 Comments

Memang perit, pahit, kelat nak diucapkan - tetapi congrats buat MU sebab diorang memang layak..Ferguson jelas lebih bersedia berbanding Carlo yang ketiadaan energetik David Luiz serta masih dalam proses eksperimentasi yang memeningkan menggunakan Torres..Tekanan menggunung dari Roman menambah bebanan di bahu Carlo di samping segelintir pemain seperti Lamps, Essien dan Anelka yang bermain macam hampas bermakna kita bakal trophyless musim nie..

Kecewa?? Sudah tentu, tetapi hasil Double musim lepas membuatkan aku tak ambik pusing sangat mengenai kutipan trofi kita musim nie..Menganggap Chelsea sebagai kelab yang wajib menang kejuaraan setiap musim adalah amat ridiculous dan Carlo bagi aku perlu diberi peluang merombak skuad kita kini yang berada dalam tempoh pertukaran era yang amat konfusing..Harap Carlo dikekalkan, kenapa??

Pressure media dan Roman di Chelsea memang tahap gila babeng nak mampus. Kalau ambik Ferguson sekalipon aku tak yakin dia boleh deliver result bila terlampau tinggi expectation. Gangguan pada aspek managerial di Chelsea juga paling tinggi berbanding kelab lain. Pemecatan Wilkins merupakan satu kesilapan besar awal musim yang perlu direnung kembali.

Jika Carlo disingkirkan adalah satu langkah yang tak munasabah..Roman seharusnya memberikan kuasa kembali kepada manager Chelsea yang sekian lama dibayangi oleh tangan-tangan ghaib BOD. Memecat Carlo hanya memberikan petanda bahawa manager kita takkan sesekali bertahan lama.Kesannya adalah kepada mentaliti pemain. Jika takde manager yang kekal lama 3-4 tahun dalam kelab, macamana pemain nak respek dan memberikan komitmen sepenuhnya?? Player power dalam bilik persalinan adalah BARAH sebenar yang melanda kita dengan amat teruk musim nie dan ia perlu diubah sama sekali. Berikan peluang satu musim untuk Carlo menyingkirkan under performer dan membentuk satu skuad fresh yang sepenuhnya musim depan.

Rombakan Summer :

-Kekalkan Carlo.
-Singkirkan beberapa pemain yang dah berumur/main haram (Anelka, Malouda, Bosingwa)
-2-3 pemain legend (Lampard, Drogba) perlu menjadi backup skuad sahaja musim depan.
-Kurangkan pressure pada manager, bentuk formasi di sekeliling Torres semasa Pre-Season.
-Youngsters PVA, Sturridge dan Josh diberikan peluang skuad utama.


Ramai yang memanggil Jose, Hiddink kembali ke Chelsea. Yupp aku akui diorang memang hebat, ada history marvellous bersama The Blues, tetapi diorang hanyalah penyelasaian jangka masa pendek. Hiddink sudah berumur, manakala jika kita mengambil Jose, sampai bila ia akan bertahan sebelum clash ego bersama Roman berulang kembali?? Budaya nomad Jose jugak tak meyakinkan aku dia akan komited bersama Chelsea buat jangka masa yang lama. Mvillas Boa mungkin satu-satunya coach yang paling sesuai buat Chelsea pada pandangan aku tetapi kita perlu lihat bagaimana pencapainnya di peringkat tertinggi dahulu bersama Porto. Carlo perlu dikekalkan 2-3 musim lagi dan kemasukan Boa yang lebih experienced seterusnya adalah plan yang lebih fantastik.


Tanpa CL, bermakna hanya liga sahaja untuk sajian akhir musim buat semua fan Chelsea. Dengan 11 mata di belakang MU, bermakna slot CL dan tempat kedua adalah target yang lebih realistik. Hanya tinggal 7 match, harap kita dapat memberikan sekurang-kurangnya aksi yang membanggakan sehingga tamat. Baki match boleh consider pre-season kita musim depan yang sudah bermula. Mungkin nie jugak peluang untuk Josh mendapat peluang bermain. Chelsea akan kembali mengganas musim depan!! KTBFFH!!



Tuesday, April 12, 2011

Sunday, April 10, 2011

0 Kembali ke winning mentality!!

0 Comments

Gol nasib ke, tak sengaja, tak cantek, pedulik hapa?? Walaupun perlu bermain ugly, aku amat puas hati Chelsea dapat kembali mejaringkan gol dan mendapatkan 3 mata penuh selepas tewas dan seri dalam 2 match terakhir..

Gol dijaringkan oleh Malouda, tapi aku takkan puji mamat Flying Frenchman sebab seperti kebiasaannya dia amat selfish, sepertimana 6 bulan selama ini..Barisan hadapan masih tumpul, ketiadaan kreativiti dari Lamps masih menjadikan midfield kita 'mati'..Mikel yang diharapkan untuk memberi nafas baru pon lebih kurang 2x5..Namun masih ada sinar harapan pada penghujung match..

Gandingan Torres dan Benayoun yang dimasukkan sebagai subs memang mahsyuk..Yupp, kini selepas beberapa cubaan gagal, harapan kita hanyalah pada Benny untuk membentuk partnership merbahaya bersama Torres..Dan selama Second Half ternyata duo ini ada persefahaman yang mantap sekaligus memberikan masalah utama kepada Wigan..Torres boleh nampak lebih selesa mempunyai Benny di belakang, memberikan beberapa through pass cun melecun yang hampir membuka akaun gol pertamanya buat Chelsea..

3 mata yang berharga buat The Blues - bukan sahaja kita memberikan tekaanan kepada Spurs dan Mancee untuk Top 4, tetapi kita juga semakin rapat dengan Sengal yang hanya berbeza satu mata..Jangan dilupakan jugak walaupun Manure amat konsisten, harapan title masih ada dan belum terkubur sepenuhnya..Second Spot kini target utama!!

Merehatkan JT, Essien, Zhirkov adalah keputusan yang berisiko tetapi tepat dari Carlo untuk persediaan showdown di Old Kerepot minggu depan..Beberapa pemain yang kembali bermain juga adalah impak positif yang kita mahukan..Benny dan Alex adalah addition paling hebat pada waktu yang tepat..Alex akan memberikan kekuatan pertahanan, Benny akan menjana kreativiti dari tengah - 2 aspek yang menyebabkan kita kalah di tangan Manure minggu lepas..Didi dan Torres jugak bermain bagus lately, penuh bersemangat dan berkerja keras adalah sign terbaik keduanya boleh memberikan sesuatu yang 'special'..Momentum kemenangan diharap akan memberikan semangat baru buat para pemain..Ini bukan pertama kali kita perlu menang di Old Kerepot, masih ingat kemenangan 2-1 musim lepas?? Alex, Benny dan kemajuan Didi dan Torres - aku yakin akan menjadi sekelumit harapan buat kita menerajang Setan Merah ke longkang..Keep The Faith, KTBFFH!!


Wednesday, April 6, 2011

0 Preview : Harapan Terakhir Kelab London

0 Comments

Sesudah Sengal ditendang oleh Belacanlona, Spuds pulak hampir pasti disingkirkan oleh Madrid apabila dibelasah 4-0 malam semalam - bermakna dua wakil London telah menjadi mangsa oleh Kelab Sepanyol..Dengan final CL kali ini di Wembley bermakna kini hanya ada satu sahaja kelab terakhir yang tinggal untuk menggalas harapan tunggal warga tempatan The Smoke melihat kelab tempatan beraksi di pentas terakhir..


Malam nie sudah tentu dah ramai fan tunggu-tunggu dan mungkin ada yang dah siap kunci alarm clock pukul 2 pagi standby punyer pasal..Chelsea vs MU, Blues Vs Reds, Heaven vs Hell - match yang selalu ada kontroversi sepanjang zaman, sapa taknak tengok??




Sekiranya berjaya melepasai Setan Merah, harapan tinggi untuk Chelsea melayakkan diri ke Final buat kali kedua dan menempatkan diri di Wembley..Lebih ironik, finalis bersama sudah tentu adalah antara Madrid mahupun Barcelona, dan jika Chelsea dapat menewaskan salah satu kelab Sepanyol ini, ia adalah satu revenge terbaik dan kebanggaan berharga buat warga tempatan The Smoke..Lagipun mana ada lagi kelab London menang CL??


Mengulas mengenai match pagi esok, sukar nak menjangkakan siapa akan mendapat kelebihan utama sebab boleh kata 50-50 beb, tapi jika diukur dari segi determination untuk menang, aku yakin 100% Chelsea akan merobek Manure secukupnya malam nie..Sapa boleh lupa Moscow?? Aku yakin old guard macam JT, Lamps, DD dan Cech antaara yang paling berkobar untuk menebus kehampaan terdahulu dan membuktikan tahun ini adalah milik Chelsea..Dengan CL kini adalah satu-satunya harapan piala buat musim nie, aku yakin semangat dan fokus pemain sudah pasti akan berada di tahap tertinggi bermain di Eropah..Pemain Manure walaupun berada di prestasi terbaik, diorang ada distraction 3 piala untuk dikejar dan aku yakin akan ada gangguan pada mentaliti pemain setan..


Pada 2007, Carlo membawa Milan dan bersama-sama Kaka, Seedorf dan Co mendapatkan sweet revenge ke atas Liverpool untuk memenangi CL setelah tewas penalti yang perit di Istanbul..Pada 2011 situasi yang sama bakal berulang..Insiden ngeri di Moscow memang kelat untuk ditelan buat skuad Chelsea dan sudah tentu hanya kemenangan ke atas Manure di Eropah mampu menjadi pengubat..Carlo sudah pasti sedia menaikkan semangat pemain Chelsea dengan keazaman yang serupa diberikan kepada skuad Milan 2007..Keperitan penalti JT masih dirasa dan aku yakin semakin kuat kehampaan para pemain semakin kuat motivasi diorang untuk mendapatkan sweet revenge..


Persediaan skuad, ada yang bidas Torres setelah 2 bulan yang hambar, tapi aku pasti dia sengaja simpan yang terbaik untuk match penting di Eropah - yup, diharap selepas Luiz kini tiba masanya pulak untuk Torres menjadi hero!! Selepas Drogba mempamerkan aksi yang bagus di EPL, keseluruhan skuad berada di tahap yang stabil dan hanya ketiadaan Alex dan Benny akan dirindui walaupun diorang dijangka akan beraksi pada second leg..Tanpa David Luiz, pertahanan kita agak rapuh tetapi kita masih ada Iva, harap gandingan bersama JT akan kebal menahan asakan Shrek dan Cicah Roti..


Setan Merah pulak masih segar dari kemenangan 4-2 ke atas West Ham terutamanya prestasi Shrek dan Cicah Roti amat merbahaya sekarang..Ferdinand dikatakan akan bermain selepas injured yang panjang tetapi Vidic dan Smalling dijangka akan bermain first team..Manure berada di prestasi terbaik terutamanya di bahagian serangan tetapi selepas bolos dua dalam match terakhir bermakna masalah defend diorang boleh dieksloitasi oleh Didi dan Torres..Yupp, Manure taklah sekebal yang disangkakan, cuma luck diorang je yang aku risau..


Skuad pilihan aku malam nie :

Cech

Boss-Iva-JT-Ash

Ram-Essien-Lamps-Yuri

Didi-Torres


Prediction?? Aku pick 2-0..Berani?? Yupp. Berkat semangat Moscow ak yakin pemain Chelsea lebih berkobar berbanding Manure untk menang dalam match nie "Keperitannya masih terasa sampai sekarang" bak kata Lampard. Setan akan kita bakor cukup-cukup malam nie..Kita bakor!! bakor!! KTBFFH!!



0 Match ke 500 Super Frankie

0 Comments

Dalam masa yang singkat sedar tak sedar bakal legend Chelsea, bro Frankie dah hampir 10 tahun berkhidmat buat The Blues dan kini akan mendapat match ke 500 menentang Manure malam nie..Menjadi salah seorang tulang belakang Chelsea semenjak era Roman, Lampard adalah living legend dan akan terus dihormati oleh loyal fan..Mungkin ketika ini prestasi Lamps agak hambar selepas injury tetapi form is temporary, class is permanent, aku yakin Frank akan kembali ke tahap terbaik seperti dahulu..Kini Frank bakal mengikuti jejak Ron Harris dan Peter Bonetti yang beraksi 500++ bersama Chelsea..Yeah, harapan aku hanyalah Lampard akan bersara di sini dan membimbing youngsters kita seperti Josh untuk menjadi legend sepertinya..Bleed Blues Forever, Frankie!!

Saturday, April 2, 2011

0 Preview : Pemanas badan bertemu setan merah

0 Comments
Fokus pada Stoke, tapi minda kepada Manure..Yup, dah tentu match CL minggu depan akan berlegar dalam ingatan..Revenge?? Sudah tentu. Tak sabar nak bakar setan. Tapi jangan memandang rendah Stoke, Britannia Stadium adalah antara home yang sukar diranapkan dan aku harap pemain Chelsea tak terlampau distract dengan match di Eropah.

Carlo masih berteka-teki siapakah starter malam nie. Kepulangan Benayoun dan Alex amat dinantikan tetapi masih terlalu awal untuk bermain 90 min. Tambahan pulak buat Alex, gandingan Luiz dan Terry amat mantap di EPL dan sukar dipisahkan buat masa ini. Aku lihat Alex akan direhatkan untuk match menentang Manure sebab Luiz tidak akan bermain di Eropah. Lampard, Essien, Ramires sebagai regular starter dijangka akan diturunkan. Torres yang tak bermain dalam sesi kelayakan Euro 2012 Rabu lepas dijangka akan mendapat kembali slot striker utama di Chelsea. Siapakah partner Torres?? Aku harap Kalou mahupun Anelka, keduanya link dengan bagus bersama Nando sebelum nie. Drogba boleh masuk jadi subs. Selepas sekor striker pon tak gol dalam 5 match terakhir, aku harap Stoke akan menjadi penamat badi.

Skuad utama :

Cech
Iva-JT-Luiz-Ash
Ram-Lamps-Essien-Zhirkov
Anelka-Torres

Result Prediction : Stoke (0) - Chelsea (2)

MATCH LIVE 2 APRIL 2011 STAR SPORTS (CH813) 9.55 pm

Manure akan bermain awal jadi kita boleh agak kedudukan liga sebelum match bermula. Mahu tak mahu, Chelsea perlu mendapatkan 3 mata penuh malam nie jika ingin kekal dalam title race. Kemenangan dalam kesemua match terakhir adalah crucial untuk memberikan pressure kepada Sengal dan Manure. Stoke hanyalah team belasahan. Aku yakin Blues Flag akan kekal berkibar megah di Brittania Stadium. Selepas Stoke, tiba masanya nak bagi Setan kena stroke pulak hehe.. KTBFFH!

0 Masa untuk step up!!

0 Comments
"Aku jadi striker la camnie kan senang"



Sejak kemenangan 4-2 ke atas Sunderland bulan lepas, barisan penyerang Chelsea terus menyepi..Walaupun kita berjaya mengharungi bulan Mac yang fantastik, menang 3 match berturut-turut ke atas Manure, Blackpool dan Mancee, kemerosotan pada striker The Blues dilihat agak merisaukan..

Sejak match menentang Sundal Land, kita dah melalui 5 game EPL, menang 3, seri sekali dan kalah sekali, serta menjaringkan 8 gol..Namun dalam 8 gol agak mengejutkan barisan midfield dan pertahanan kita dilihat berjaya menampung kekurangan di bahagian serangan hasil gol dari Lampard(4), Terry(1), Luiz(2) dan Ramires (1)..Di manakah striker?? Kalou, Didi, Anelka dan terutamanya pembelian termahal Torres sudah gersang hampir 5 game tanpa gol di Premiership..

Fantastik 4 yang tak berapa fantastik dalam 5 match terakhir


Adakah keempat striker kita begitu teruk?? Walaupun gersang di EPL, Anelka telah menjaringkan dua gol ketika di CL menentang Copenhagen, manakala Didi baru sahaja menyumbat dua das gol ketika bermain bersama Ivory Coast - bermakna masih ada ketajaman pada old guard..Bagi Kalou dan Torres pulak, masih malang dan rehat international nampak tak membantu apabila gagal menyumbat sebarang gol bersama negara masing-masing..

Menentang Stoke, barisan hadapan kita WAJIB bangkit..Torres, Didi, Kalou dan Anelka perlu kembali menjaringkan gol jika kita mahukan sebarang trofi musim nie..Kini dah masuk fasa kritikal, mdifield dan defender kita takkan selamanya boleh cover striker kita yang lemau semacam..Manure akan menjenguk minggu depan, jadi Chelsea perlu berada di tahap terbaik pada semua bahagian samada defensive atau offensive..

Lampard, Luiz dan pemain lain harus dipuji kerana berjaya cover ketumpulan Chelsea dalam beberapa match terakhir, tetapi sampai bila?? Tak mustahil tuah kita akan berakhir sedikit masa lagi jadi aku berharap agar barisan penyerang kita step up pada waktu yang tepat - bermula dengan Stoke!! KTBFFH!!




Friday, April 1, 2011

0 Youssi kembali!!

0 Comments

Benayoun bermain 20 minit terakhir ketika perlawanan kelayakan Euro 2012 menentang Georgia di mana Israel mencapai kemenangan..Youssi bermain dengan cergas dan memberikan impak positif, sekaligus menandakan dia sudah sedia beraksi bersama Chelsea!!

"I was just so happy when the coach told me I could get back on the pitch again after so long out," Benayoun told reporters.

"I knew I couldn't have played for 90 minutes but felt I could play for 20 or 30 at a high level.

"I can't wait to start a game again."


Kepulangan Youssi memang dinanti sebagai boost terbaik buat Carlo n Co.

Kenapakah Benayoun begitu penting untuk baki musim??

Best Buds

  • Mengembalikan aura Torres : Sebagai salah seorang partner terbaik Torres di Anfield, hanya Benayoun yang faham bagaimana caranya untuk menghidupkan Nando!!
  • Kemerosotan Lampard : Apabila Frank gagal kembali ke prestasi musim lepas, kita kehilangan perancang dari bahagian midfield dan hanya bergantung dari gol set piece..Namun jangan risau Youssi adalah sumber kreativiti yang kita mahukan sekarang!!
  • Kekuatan dalaman pasukan : Masuk bulan April, bermakna kita dah hampir ke peringkat climax musim, dan kita akan berhadapan dengan banyak match yang crucial..Kesemua pemain amat penting dan akan contribute untuk pasukan.. Mungkin Youssi bukan sebagai starter tetapi akan memberikan impak ketara sebagai supersubs terutamanya menentang pertahanan yang liat!!
Dengan hadirnya Youssi, dan kini kita hanya menunggu Alex, bermakna Chelsea hampir mendapat satu skuad penuh..Aku yakin pengalaman kedua pemain nie akan menjadi impak tambahan terbaik buat Chelsea untuk mengejar kegemilangan Premiership dan CL musim nie!! Keep the faith, KTBFFH!!



0 Primadona Terbaru??

0 Comments

Aku pon tak pasti la ape yang hype sangat pasal Neymar..Okeh memang dia antara wonderkid yang dikatakan pengganti Pele, tapi setakat score dalam Brazilian League, dan double lawan team murahan Scotland, hanya pencapaian yang biasa bagi aku..Namun FAKTOR UTAMA aku tak berkenan dengan Neymar adalah sikap dia yang kerap jadi persoalan..

Selepas mengatakan bakal bermain di Europe, dan kemungkinan Chelsea, Neymar mengeluarkan kenyataan seperti ini selepas perlawanan menentang Scotts :


“I still have no desire to play in Europe and I am happy in Brazil and at Santos. My only real happiness is in here and proposals from clubs are not enough to get me to move.”

'But all the players would like to play for Barcelona, me included. It is an issue that we must treat it with care because I have a contract with Santos.'


Sikap dia nie memang mengingatkan aku dengan Robinho, cakap tak serupa bikin..Haha sebelum Chelsea nak beli dia takde sape yang perasan budak nie, tapi mungkin lepas dengar nama dia dah feymes, Neymar jadi tamak dan mahukan Barcelona pulak..Primadona terbaru?? Mungkin lebih baik digelar adik Robinho!!

30 m pounds yang dikatakan bakal ditawarkan oleh Chelsea bagi aku memang tak perlu..Dia bukannya Torres yang ada rekod jaringan di Eropah dan EPL untuk diberikan tawaran setinggi nie, sekadar balung ayam nie budak Sungai Perah pun banyak buat camtu..Jangan lupa kita masih ada Sturridge, Kakuta, Kalou serta pembelian terbaru Torres dan Piazon yang masih muda untuk masa hadapan, mengapa terdesak nak beli striker?? Chelsea patut beli midfielder, Modric/Sneijder adalah choice terbaik untuk menggantikan Lamps yang dilihat dimamah usia..Alexis Sanchez jugak choice terbaik di bahagian winger sebagai pengganti Malouda..Ini bahagian yang wajar diberikan tumpuan utama..

FIFA Financial Fairplay adalah satu hal yang jangan dilupakan..Selepas melunaskan hutang kelab, kemudian berbelanja besar 70m pound, Roman perlu berhati-hati dari segi kewangan ..Self sufficient adalah kemestian utama kini dan aku tak menjangkakan havoc kedua pada transfer summer nie..Dapat 1-2 player pon dah cukup okey, walaupun aku tak melihat ia adalah satu kemestian..Josh dan Danny adalah pemain muda yang wajib diletakkan dalam first team musim depan bermakna competition dalam skuad dah cukup bagus, dan kita ada 2-3 lagi younsgters lain yang sedia untuk compete dalam skuad utama..Takde Neymar?? Who cares??