The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, March 12, 2010

4 Tipah takkan tertipu lagi

"Den takkan kono tipu laie"

Roman sememangnya pakcik yang pemurah sepanjang rejim 6 tahunnya di Chelsea yang bermula sekitar awal tahun 2003..Membelanjakan hampir beribu2 duit untuk menaikkan The Blues, sehingga kini hampir £600 million dah dikeluarkan termasuk urusan transfer, salary player and staff, kos stadium dan beberapa lagi urusan melibatkan Chelsea..(source:Wiki)

Ada perbelanjaan Roman yang mendatangkan hasil, dan ad juga yang mendatangkan kerugian seperti pembelian Sheva berharga £30m dan penetapan gajinya yang antara tertinggi, £120,000 per week, sedangkan Sheva hanya memanaskan kerusi simpanan sambil mengira duit di tepi padang tanpa apa2 sumbangan konkrit di atas padang..namun kini Roman berkata, "Sudah2 la tu, Tipah takkan tertipu lagi"

Kenapa aku menaikkan isu ini sekarang?? Bukan apa, kerana ia berkaitan mengenai rumours hangat Joey yang dikatakan bakal mengangkat kaki, buat pertama kali dalam karier dia akan keluar dari London katanya, samada join Setan biru ataupun Setan Merah aku pon tak pasti....Okey, isu2 yang berkaitan adalah Roman takkan mengikut lagi permintaan bukan2 dari player yang hanya menadah tangan meminta pertambahan gaji sedangkan diorang hanya memenuhkan list nama sebelum game dan tidak ada apa2 contribution kepada kelab.."Korang ingat ak cop duit ke ape??" kata Roman.

Joey adalah muka2 yang berkaitan, walaupun hanya bermain di Wad Sakit sepanjang kebanyakan musimnya di Chelsea, dengan kereknya Joey meminta kontrak terbaru yang akan mengekalkan dirinya di Chelsea, dan antara wish2 best Joey seperti wish sebelum malam Krismas, -kenaikan gaji dia kini dari £80,000 sehingga £120,000 per week..apakah respons Roman??

Korang bayangkan:
1) pekerja bawahan korang mintak bonus ujung tahun dan kenaikan gaji, tapi tiap2 hari duk lepak kat opis tido ngan men game je, keje tak jalan ponn..
2) Bagi cikgu lak, anak murid korang mengadu tak dapat gred A, sedangkan soalan 5 page ada ke dia jawab satu page je, itupun soalan pertama, salah pulak tu..
3) Bagi sesape dah ad anak, anak korang mintak belikan PSP, mainan itu ini, tapi tengok gred exam sume merah, petang2 lak pegi Rempit takpun lepak kat CC tiap2 hari..ad rase nak bagi ke?? ke nak bagi pelempang??

Jawapan Roman senang je, kalau nak stay, potong gaji 50%, itupun setahun je ak bagi extend..agak insulting kepada Joey, tetapi jika difikirkan secara logik, ya, Joey not deserve £120,000 hatta £80,000 yang dia terima kini!! Injury memanjang, dan performance yang tidak menentu menunjukkan Roman kini sudah mempelajari kesilapan lalu, pemain akan dibayar setaraf dengan performance diorang di atas padang..Keputusan Roman untuk bersikap tegas perlu dipuji, di tengah2 kegawatan ekonomi, tidak perlu membuang duit untuk pelaburan yang tidak pasti..Sedekah anak yatim pon takpe, kurang2 tambah berkat sikit untuk Chelsea..

Cappi JT dan Super Frank : Tunjang utama kelab

Bagi aku, hanya Terry dan Lampard merupakan pemain exceptional di dalam kelab, kedua2 pemain nie memang layak menerima gaji tertinggi kelab, performance yang amat konsisten, dan merupakan tunjang utama kelab, di dalam dan luar padang..Tanpa Terry atau Lampard, seperti rumah tanpa tiang, mudah dirobohkan dan rebah ke bumi..Walaupun kadangkala ada yang mengatakan diorang nie overpaid, bagi aku nilai tidak sepatutnya dilihat pada aksi semata2, value Terry dan Lampard mengatasi aksi diorang, pengaruh dan respek yang diterima oleh kedua2 legend nie tidak boleh dibeli, sememangnya invaluable!!

Jika ada yang bertanya kepada aku, patut ke buang Joey?? Senang je ak jawab, tiada sesiapa yang lebih besar dari sesebuah kelab, pemain datang dan pergi, tapi Chelsea akan tetap berdiri teguh di London..Sekiranya Joey chow, kita masih ad banyak opsyen, Sturridge, Kakuta dan Anelka mampu beraksi di sayap kanan..Kedatangan Pato (kalo dapat la) dah tentu akan menjadi pengganti fantastic untuk Joey..

Jika Joey mahukan kontrak yang dia idamkan, dia kena meletakkan aksi yang setimpal dengan jumlah yang diharapkan..Beraksi marvellous kembali, kemudian barulah boleh mintak gaji tinggi2..Jangan jadi seperti tin kosong, hanya bunyi je kuat..jika tiada perubahan, angkat kaki je la..stay atau chow?? yang pastinya Tipah takkan tertipu lagi.. Joey, lupikirla sendiri!!




4 comments:

eddie dewanaga said...

...war will come and go, but my soldiers stay eternal!

Raiden said...

with or without joey, Chelsea stand still forever!!

r.k said...

jt dgn franky je ? jangan lupe encik cech ..

u r what u had inside .
fan akan rindu joey tapi itu lumrah .. sebagaimana rindu kepada robben , wright philip , bridge , gallas , etc .. chelsea is a soccer team not a person team . Keep The BLUE Flag Flying !

Raiden said...

Cech boleh setaraf dengan Jt dan Franky ke?? ak rase msih belum..Mungkin Didi lebih layak..

top 5 paling direspek di Chelsea (pendapat ak la)

1. Franky
2. JT (turun sebab scandal)
3. Didi
4. Big Pete
5. The Beast Essien