The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, January 28, 2010

7 Langit Biru


Orang selalu kata ' Satu gambar boleh memberikan 1000 makna"..gambar yang ak letak kat atas nie menggambarkan kedaaan Chelsea dalam liga ketika ini..Seperti yang korang lihat, perjalanan untuk merebut trofi EPL masih jauh, namun ada satu perkara yang tidak akan berubah, Blue Sky Will Always Be on Top!!

Seperti yang ak katakan lam preview match, player The Blues perlu menggunakan gear yang tinggi kini jika ingin menjadi pendahulu kembali dalam EPL dan ternyata kemenangan 3-0 semalam menentang team liat Birminghampeh merupakan permulaan yang baik!!

Ternyata formasi 4-3-3 amat disukai oleh ak, dan Carletto nampaknya dah mula terpaut dengan keindahan football yang berjaya ditonjolkan menggunakan strategi ini..Mengunakan Malouda dan Joe Cole sebagai winger, kita tak pernah ketandusan gol dan kedua2 pemain sayap nie memang mampu membuatkan mana2 full back team lawan semput dan mendapat asma..

Kehilangan Belleti memberikan Deco kesempatan untuk beraksi dan ak silap bile mengandaikan Sturridge akan mendapat permulaan kesebelasan untk formasi diamond semalam..Ternyata akal bijak dan licik Carleto mempunyai agenda yang berlainan yang tidak terfikir oleh kita yang merupakan peminat biasa..Sememangnya pengalaman manager Carletto memberikan perbezaan..Deco diletakkan sebagai anchor midfield semalam, namun tidak seperti Essien yang menggunakan body dan fizikal untuk mendominasi midfield, Deco menerajui bahagian tengah dengan kelajuan dan passing vision yang menarik..Kalo korang tgok Deco men semalam sebijik mcm fungsi Pirlo di Milan dan Iniesta kat Barca..Total Revolution!!

Ahli Nujum Pak Uda : Ramalan 7 gol seperti ketika menentang Sundal Land tak mengena lak

Match semalam bermula dengan gol seawal minit ke-4 dari ahli nujum Malouda yang tengah hot form hasil cross cantek dari Joe Cole..Lampard menambah gol kedua di penghujung half time dengan trademark shoot die..Second half Chelsea menggandakan asakan bertali arus sehingga Joe Hart hampir terkena 'hart' attack dengan tandukan Ballack dan shot2 dari Ash dan Malouda ditepis keluar..Sturridge dan Zhirkov kemudian dimasukkan menggantikan Anelka dan Joe Cole dengan kemenangan dah hampir pasti..Namun Lampard sememangnya masih tak puas ati dengan Joe Hart yang kerek dapat clean sheet dulu lalu menambah gol ketiga Chelsea dan gol kelapan buat Super Frank dalam 5 match..

Keputusan seri Sengal dan Ass-Tong membolehkan Chelsea kembali merampas kedudukan teratas dengan kelebihan 1 mata di atas Team Setan dan berbaki 1 game..Tapi ak harap kita tidak terlalu gembira dan skuad The Blues tidak akan terus berpuas hati dengan kedudukan kini coz perjalanan liga masih jauh dan macam2 leh berlaku jadi dengan kesempatan rivals dua ekor di bawah akan bercakaran sesama sendiri hujung minggu nie, ak mahukan kita menggunakan kesempatan ini untuk menjarakkan diri dengan pecutan pantas!!..Dua match double menentang Burnley dan bonus menentang Hull City Sabtu nie dan Rabu depan, 6 mata penuh amat diharapkan!! Buat mase skang nie, leh la tunjuk muke kerek kat membe2 Arsenal dan Mu haha..KTBFFH!!

Match Highlight:

7 comments:

KampungChelsea said...

asal putih je video niraiden,xjadi ker..ke ko beli "video" yg dah habis tarkh luput ni,hehe

Raiden said...

eh ye ke?? selalu sapo vid ok je huhu ak pon tak test tgok

KampungChelsea said...

hehe dah jadi dah raiden...tadi xbleh..ni dah bleh dah...

KampungChelsea said...

deco main ok,die punyer kawalan bola mantap,passingpun bereh,tapi bab2 finishing same je dengn joe cole,masih lemah...kena improve bab2 camtu....iniesta bukan sahaja passing hebat tapi die punyer finishing terbaik...pirlo plak die punyer finishing xbrapa ok sgt tapi passing die mantop

Raiden said...

hmm die hang sket kot..huhu

Raiden said...

bese r nie posisi baru tok Deco..lagipun die da lame xmen..Iniesta pon dulu belaja ngan Deco gak kat Barca dulu hu3..

Raiden said...

Tapi tgok vid nie gol Lampard memang terbaekkk r..