The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, October 3, 2010

3 The Blues vs Meriam Buluh



Dup, dup, dup..Yeah dah pasti semua fan Chelsea tak sabar nak usha match malam nie..Adakah Sengal akan tumbang lagi malam nie?? Sudah pasti takde keraguan lagi berdasarkan prestasi Mighty Blues sekarang nie.. Walaupun prestasi Sengal still not bad di BPL aku yakin kanak2 meriam bukanlah lawan kita..Seperti musim2 sebelumnya diorang memang cetek pengalaman dan malam nie situasi sama akan terus berulang lagi..

Mulakan dengan analisis pihak lawan, Fabretonggas injured sekaligus dijangka M.Nasir akan mengisi ruang sebagai playmaker di bahagian tengah..Dengan adanya Big Bison Essien, aku yakin no hal..Selain Nasir yang bagi aku threat utama, pemain baru Burung Camar jugak perlu dijaga rapi..Dengan ketinggian 1.88 cm, dia amat berbahaya di udara jadi aku harap JT dan Alex perlu bersedia untuk get rough dan menanduk keluar segala cubaan hantaran tinggi pihak lawan..Keeper?? Haha sebut je aku nak tergelak..Aku sejujurnya tak kisah diorang letak sape, FLOPbianski atau Almengelamunia, dua2 memang keeper murahan dan Didi lebih dari berselera untuk score dan membocorkan gawang diorang bertubi2 nanti..

Skuad The Blues bagi aku takde perubahan taktikal dari jangkaan asal..Walaupun tewas di Eastland, aku yakin dan pasti skuad yang sama menentang Man Shitty perlu diturunkan kerana ini barisan terbaik yang kita ada kini..Berbanding Shitty yang mempunyai De Jong dan Yaya Toure yang mampu meneutralkan midfield kita tempohari, Sengal kekurangan combative midfielder seperti dua ekor player nie dan aku yakin akan memberikan perbezaan..Seperti biasa, corak fizikal Mikel dan Essien akan memberikan masalah kepada budak2 Sengal dan merampas possession manakala Malouda, Anelka akan merencana serangan dan tugas Didi adalah memberikan penyudah padu!!

Skuad malam nie :

Cech
Ivanovic-JT-Alex-Ash
Ramires-Mikel-Essien
Anelka-Didi-Malouda

Prediction : Chelsea (3) – Sengal (0)

Sedangkan West Brom pon leh tibai diorang 3 gol, takkan lah Champion seperti Chelsea tak boleh kan?? Lagipon ini Stamford Bridge The Fortress beb, tak ramai yang boleh survive dan seperti biasa Sengal akan menjadi antara mangsa yang berkubur di sini malam nie!! Keep The Blues Flag Flying High!!

MATCH LIVE ASTRO 813 AHAD 10.00 MALAM

3 comments:

εïз .y a t i e.sb. εïз said...

All the best Chelsea~!

eddie dewanaga said...

Almunia tak main kot.. Fabianski ganti.


Tak sabar gua nak membahan Pipiyapong di Sokernet besok!!!

Unknown said...

belasah je sengal tu ..malam ni gerenti 3 mata lg