The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, October 28, 2010

0 Didi, Carletto – World Best??

Gabungan 2 In 1

Buat pertama kali dua anugerah berprestij dalam dunia bolasepak digabungkan menjadi satu : Ballon D’Or + FIFA World Player of The Year = FIFA Ballon D’Or!! Anugerah yang diberikan kini akan menobatkan siapa pemain terbaik bagi musim lepas dan ditentukan melalui undian dari manager, kapten pasukan kebangsaan dan international journalist dari seluruh dunia yang dipilih oleh France Football Magazine..

Bagi Chelsea, kita harus berbangga kerana Drogba disenarai pendekkan dalam 32 shortlist calon pemenang FIFA Ballon D’Or, bersama – sama Fabregas dan Gyan sebagai wakil hanya 3 pemain dari BPL yang terpilih.. Setakat nie masih tiada pemain Chelsea pernah memenangi anugerah ini walaupun Sheva, Gullit dan Weah antara yang pernah dinobatkan juara hasil karier sebelumnya bersama AC Milan..Hanya Lampard yang paling hampir dinobatkan World Best Player apabila mendapat tempat kedua pada 2005 manakala Didi tempat keempat pada 2007..

Lampard - second pada 2005

Sudah tentu penilaian kali nie lebih tertumpu kepada prestasi para pemain dalam World Cup 2010 jadi tak terkejut kerana tiada satu pun nama pemain Inggeris yang dipanggil, yeah, agak kecewa nama seperti Lampard, mahupun John Terry tak tersenarai!! Senarai kali nie lebih didominasi oleh skuad Juara Dunia, Sepanyol dengan 7 pemain La Furia Roja dicalonkan..

Senarai pendek 32 pemain :

Xabi Alonso (Spain), Daniel Alves (Brazil), Iker Casillas (Spain), Cristiano Ronaldo (Portugal), Didier Drogba (Ivory Coast), Samuel Eto'o (Cameroon), Cesc Fabregas (Spain), Diego Forlan (Uruguay), Asamoah Gyan (Ghana), Andres Iniesta (Spain), Julio Cesar (Brazil), Miroslav Klose (Germany), Philipp Lahm (Germany), Maicon (Brazil), Lionel Messi (Argentina), Thomas Muller (Germany), Mesut Ozil (Germany), Carles Puyol (Spain), Arjen Robben (Holland), Bastian Schweinsteiger (Germany), Wesley Sneijder (Holland), David Villa (Spain) and Xavi (Spain).

Selain FIFA Ballon D’ Or, satu lagi anugerah juga menjadi tumpuan iaitu World Coach Of The Year..Carletto yang mencipta kejutan sebagai manager berbangsa Itali pertama memenangi Premiership, selain berjaya mencipta Double bersejarah untuk The Blues musim lepas disenarai-pendekkan bersama-sama Yang Teristimewa - Jose Mourinho sebagai Top Candidate, serta Wedges dan Pak Gasang sebagai wakil dari BPL..

Senarai pendek World Coach Of The Year :

Carlo Ancelotti (Chelsea), Vicente del Bosque (Spain), Sir Alex Ferguson (Manchester United), Pep Guardiola (FC Barcelona), Joachim Low (Germany), Jose Mourinho (Inter Milan/Real Madrid), Oscar Tabarez (Uruguay), Louis Van Gaal (Bayern Munich), Bert van Marwijk (Holland) and Arsene Wenger (Arsenal).

Berdasarkan prestasi semasa, aku masih tak menaruh harapan tinggi kepada Didi sebagai wakil tunggal Chelsea untuk memenangi anugerah kali nie kerana pemain lain, Iniesta, Messi dan Sneijder mempunyai kredibiliti yang lebih mantap..Mungkin hanya Carletto yang mampu memberikan harapan untuk anugerah Manager Terbaik, mencabar Jose dan Del Bosque..Apapun ini ramalan aku untuk pemenang rasmi musim nie :

FIFA BALLON D’ OR
1. Andres Iniesta
2. Wesley Sneijder
3. Lionel Messi

WORLD COACH OF THE YEAR
1. Jose Mourinho
2. Vicente Del Bosque
3. Carlo Ancelotti

Apapun ia hanyalah penilaian majoriti, bagi aku semua pemain Chelsea tetap adalah pemain terbaik dunia cuma tidak dirasmikan secara hitam putih sahaja..Harap kita akan dapat melihat wakil The Blues merangkul anugerah tertinggi FIFA Ballon D’ Or di masa akan datang!! KTBFFH!!

No comments: