The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, October 19, 2010

0 Fair Result



Kecewa?? Ya, agak pasrah gak la buat team kita kerana hanya berjaya membawa pulang 1 mata dari Villa Park..Namun jika dibandingkan dengan performance kita sepanjang 90 minit, hampir dihukum di minit2 akhir dan dengan ketiadaan beberapa pemain akibat kecederaan, keputusan seri adalah keputusan yang adil bagi aku..

The Blues memulakan perlawanan kelmarin dengan ketiadaan beberapa tonggak utama antaranya Alex, Kalou, Benayoun, Lampard dan Didi akibat kecederaan..Berita baik adalah JT kembali ke dalam kesebelasan utama berganding bersama Ivanovic di posisi bek tengah manakala pemain yang hampir dilupakan, Bosingwa disenaraikan di bangku simpanan buat kali pertama selepas setahun menyepi..Tanpa Didi, Anelka menjadi Striker Utama diapit kiri kanan oleh Malouda dan Youngsters Kakuta..Ketiadaan Lampard sekali lagi menyebabkan gandingan Ramires-Mikel-Essien kembali menjadi taruhan..

First Half – Disaster!! Boleh dikatakan kita memang hawau separuh masa pertama malah hanya dalam masa 2 minit kita hampir dihukum oleh Ireland yang hanya merembat sipi ke gawang The Blues..Carew juga hampir memberi gol pertama kepada pihak lawan selepas kesilapan defence kita namun nasib baik berjaya ditepis keluar oleh Cech..Kurang kelancaran, tak konfiden malah tak bernafsu aku tengok aksi pemain kita dalam first half..Yeah, kurang flow seperti sebelumnya..

Second Half, aku tak pasti apa yang dikatakan oleh Carletto di bilik persalinan tetapi ia sememangnya berkesan!! Seperti baru diberikan suntikan adrenaline, barulah aku tengok aksi pemain kita kembali cergas, passing semakin kemas, malah keadaan amat terkawal sehingga Villa jarang mendapat possession..Namun walaupun kita control tempo match, kekurangan ketajaman di bahagian serangan menyebabkan penyudah kita agak tumpul dan sememangnya ketiadaan Top Assasin kita, Drogba amat dirasai..Peluang terbaik hanya hadir bila tandukan Ivanovic dari hantaran sudut terkena tiang dan satu lagi cubaaan dari Anelka di minit-minit terakhir juga terkena palang..Itupun nasib baik kita tak dibolosi di penghujung match bila pemain muda McEachran melakukan kesilapan apabila terlepas possession dan striker Villla mendapat peluang counter untuk berdepan one on one dengan Cech..Nasib baik dia agak bangang dan sepakan lambung dia tersasar ke tepi gawang..Terlepas satu nightmare, match tamat 0-0..



Dengann ketumpulan kita malam tu, tambah dengan nyaris-nyaris tewas, yeah 1 mata sememangnya keputusan yang ‘boleh tahan’, tambah lagi kita bermain kat rumah pihak lawan..Kat SB nanti tau la nasib Villa nie nanti, kalo musim lepas 7-1, aku harap kita bedal diorang 8-0 lak..

Mc Eachran - wira masa hadapan??

Apapun dalam match nie aku agak berpuas hati dengan aksi beberapa pemain terutama pemain muda kita!! Kakuta , emmm okey la aksi die walaupun aku tengok dia agak gugup atas padang..Aku yakin dia ada bakat fantastic, cuma kena main lebih konfiden pasnie..Mc Eachran?? Yeah, aku memang rate budak nie lebih setingkat dari Kakuta..Kenapa?? Bagi sesiapa yang usha aksi die terutama masa lawan Newcastle dan kelmarin, mesti korang setuju dengan pendapat aku..Walaupun baru 17, aksi dia memang konfiden seperti pemain berumur dan kemasukan dia dalam 15 minit terakhir memang merangsangkan satu pasukan..Lupakan kecuaian minit terakhir, beberapa siri serangan merbahaya Chelsea di penghujung match adalah melalui budak nie, jika diberikan starting lineup berbanding Kakuta aku yakin dia akan mendapat masa yang lebih untuk mencipta sesuatu yang magical!!

Walaupun seri, dan deficit gap kita dengan Mancee hanya berbeza 2 mata je kini (Mancee menang 3-1 semalam dengan Blackpool) situasi masih stabil dan aku yakin kita masih Top Contender untuk BPL..Manure jugak seri semalam jadi boleh dikatakan beberapa rival kita tak sekuat mana dah sekarang.. Sengal?? Ahh, diorang memang menang tapi dengan Birmingham pon macam nak rak, hempas pulas, seperti musim lepas aku tak bajet diorang Top Contender, budak – budak la katakan..Mancee?? Yeah mungkin agak gugup gak aku tengok kelibat team Arab nie sebab diorang dah nampak lebih konsisten..Tak mustahil diorang akan menjadi pencabar utama kita sebab jiran diorang, Manure aku tengok memang macam haram diorang musim nie tanpa Rooney Shrek yang kuat langgan pelacur..Papepon kita masih di kedudukan teratas liga, tiada apa yang nak dirisaukan..Dengan kepulangan beberapa pemain utama 2-3 hari nanti, aku yakin takde masalah..Tumpuan pasnie adalah CL dan Spartak Moscow..Hanya kemenangan dicari untuk layak ke pusingan kalah mati..Harap kita dapat kembali ke landasan kemenangan Rabu nie, KTBFFH!!

No comments: