The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, October 27, 2010

0 Post Match : Serigala Tumpas, Mancee lemas!!

Terima kasih kepada jiran kita Arsenal kerana secara tak langsung menolong Chelsea menghapuskan pencabar terdekat kita, Mancee kelmarin..Dengan Chelsea berjaya mencatat kemenangan mudah 2-0 ke atas Wolves, ini bermakna The Blues kembali menjarakkan kedudukan dengan 5 mata di atas!!

Dalam match di SB, Chelsea mendapat gol pendahuluan di minit ke-23 hasil jaringan Malouda yang mendapat umpanan cantik dari Zhirkov..Jangan terkejut kerana kini Malouda sudah menyumbat 7 gol setakat nie, sama bilangan dengan Teves sekaligus berkongsi gelaran penjaring terbanyak..

Kalou yang menggantikan Malouda di minit 73 tak menghampakan kerana menjaringkan gol pertamanya sejak kembali dari kecederaan..Hasil hantaran Essien, Kalou menjadikan kedudukan 2-0 sekaligus memuktamadkan kemenangan mutlak Chelsea!! Bukan sahaja kita kini sudah mencapai kemenangan buat kali ke -10 berturut-turut di kubu keramat tetapi kita juga belum ditembusi sepanjang 8 match di SB sebelum nie, haha, Pretty Amazing, huh??

Highlight :




Dengan kekalahan team Pak Arab, kedudukan Chelsea di kedudukan teratas masih kekal utuh dan sukar digugat beb..Aku yakin skuad kini lebih mantap dari sebelumnya, walaupun musim masih panjang aku pasti Chelsea akan kekalkan kejuaraan!!

Tumpuan pasnie, yelah kita dah tak join piala murahan Darling Cup jadi biarlah kita biarkan kelab setarafnya sahaja yang berhempas pulas amik piala nie..Dengan seminggu rehat, aku harap dapat memberikan ruang pemain yang belum fit sepenuhnya seperti Bosingwa dan Kalou mendapatkan kecergasan penuh manakala pemain yang masih tercedera, Lampard, Alex dan Benayoun mencari kekuatan untuk segera sembuh..Untuk fan pulak, bolehlah merehatkan diri dari keghairahan nak usha macth bola tiap-tiap hari..Haha, kita kumpul masa dan tenaga untuk BPL hujung minggu dengan CL nanti..Lawan seterusnya minggu depan adalah Blackburn, bakar diorang sampai hitam!! KTBFFH!!

p/s : Sory xavi, aku memang busy sket kebelakangan nie, huhu, tapi jangan risau blog nie akan kekal utuh!!



No comments: