The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, March 31, 2010

5 Treble?? Trouble la..Senyuman Sinis di Pagi Hari :)

5 Comments

Owh takde detik paling syahdu selain melihat Manure kalah kena debik dengan Bayern semalam 2-1..Berita lain yang manambah garam pada luka di hati Fan2 Setan Merah adalah Rooney the Shrek injured di penghujung match dan bakal terlepas match lawan Chelsea sabtu nie..Shrek nie memang threat utama Manure so tanpa dia dah tentu berita baik untuk The Blues..Jangan salah sangka, aku bukanlah Haters yang mengharapkan pemain team lawan injured, masa Ramsey patah kaki pon aku simpati gak dengan Sengal, siap wish lagi pakai SMS, sportmanship punyer pasal..Tapi biler Shrek cedera, aku tak terasa simpati pulak, sebab apa?? Mungkin sebab nie Manure-team paling sialan, overrated, cheater, berat sebelah, kuat suap referee dan banyak menang naseb..tak perlu aku sebut banyak; dari injury time 4 min jadi 6 minit, foul luar kotak jadi penalti, dan tak perlu kot aku sebut kemenangan naseb diorang final CL 2007..anggap la ni Hukum Karma, what goes around comes around!!..Emm jika ada Rooney, ak bajet Chelsea menang 2-1 je kat Old Kerepot, tanpa Rooney, fuhh amat menyelerakan 3-0 ak target!! Sememangnya akan menjadi sweet revenge sabtu nie, minggu depan ada ex-Chelsea Bro Robben lak, Shrek takde, bungkus la Manure..dari nak tiga piala, Treble ke Trouble, peluk la Darling Cup tu kuat2 kehkeh..Mighty Chelsea for Double!! KTBFFH!!



Tuesday, March 30, 2010

2 Malouda : Di Sebalik 2 x 5

2 Comments

2 x 5??

Tertarik juga dengan soalan dari i man (thanks!!), yup, dah lama aku perhatikan, tapi tak tergerak rasa nak men'google' dan mencari maksud di sebalik gaya celebration Florent Malouda..Mungkin kini dah hampir setiap game Flo goal, 4 gol dalam dua last game, jadi boleh kata 4 kali dapat usha gaya celebration Flo yang agak unik..Whats the Story??

Okeh sebenarnya gaya 2 x 5 yang ditunjukkan oleh Flo sebenarnya merujuk kepada contribution untuk Fugee’s YelĂ© Haiti charity, sebuah pertubuhan yang melakukan kerja2 kemanusiaan di Haiti..Diasaskan oleh Wyclef Jean (rapper terkemuka tu!!) pada tahun 2005 dan kini kian giat menjalankan aktiviti untuk mendapatkan sumbangan dan perhatian masyarakat dunia hasil dari tragedi gempa bumi yang menimpa Haiti Januari lalu..

Nak dipendekkan cerita, Malouda kini menjadi duta pertubuhan ini dan gaya celebration dia sewaktu menjaringkan gol adalah significance untuk mengingatkan orang ramai mengenai mangsa2 tragedi Haiti..Buat baik dibalas baik, mungkin hasil usaha kebajikan nie, Malouda kini dapat perform bagus..Malouda-pemain yang cekal dan berhati mulia!!

"Me going to Haiti to help was a project we were thinking about before the earthquake. Of course, things have changed because of that, but I would say it’s still possible for the Haitian people to think about a positive thing like playing football," said Malouda.

Harap pertubuhan nie dapat membangunkan Haiti, dan ramai lagi pemain2 bolasepak melakukan aktiviti2 berguna macam nie daripada lepak kat pub je tiap2 malam..Semoga Malouda dapat menjaringkan gol demi gol dan menyebarkan mesej2 ini ke seluruh dunia..

Artikel Berkaitan, klik sini

Mesej ke seluruh Dunia : Help Haiti!!


Note : Disebabkan aku agak busy, dan Chelsea pon tiada match pertengahan minggu nie, mugkin aku akan kurang update news sepanjang weekend..Tapi match preview lawan Manure Sabtu depan aku akan buat, itu adalah pasti!!..Sory bebanyak dan Keep The Blues Flag Flying High!!

Monday, March 29, 2010

5 Post Match : Pak Gasang Ketar Lutut, Carletto Bagi Senyuman Maut

5 Comments
Dengar citer Pak Gasang Manure dah mintak tolong segala referee dan staff seluruh EPL untuk sabotaj pemain2 Chelsea, kerana nampaknya dia dah cuak sampai tak lalu makan sajian hidangan breakfast, sebab bila nak santap roti telur sambil baca paper, muka hadapan "7-1 Villains jadi anak ayam depan Mighty Blues"..Pak Gasang dah terbayang ayat 'Villains' ditukar kepada 'Manure' minggu depan..Lutut dah terketar-ketar sambil melihat page hadapan disertakan dengan muka kacak bergaya Don Carletto sambil satu note disisipkan khas di tengah-tengah surat khabar..

Note : "Mati la lu kena kat Old Kerepot"

Kemenangan besar giler babeng 7-1 ke atas Villains jelas tidak diramal sesiapa, hatta pundits sehebat Shebby Singh atau Samy Vellu..Ini adalah kali kedua kita memperoleh 7 gol dalam satu match season nie, kali pertama ketika menentang Sunderland bulan Januari lalu..Jika ada sesiapa yang menyangkal keredibiliti Chelsea sebagai juara EPL season nie, sah diorang nie nyanyuk, gila atau kurang siuman..Rekod Perfect menentang Big 4 setakat ini (termasuk match minggu depan) dan dua kali memecah scoreboard dengan 7 gol, siapa lagi yang lebih layak??

Okey berbalik kepada analisis match kelmarin, match kelmarin bermula dengan formasi 4-3-3, tidak mengejutkan tetapi apa yang membuatkan fan2 The Blues tergezutt apabila Didi tidak berada dalam starting lineup..kecederaan lutut membuatkan Didi direhatkan di bangku simpanan, manakala Anelka beraksi sebagai lone striker..Seperti membaca permintaan2 aku, Carletto meletakkan Joey di sayap kanan, tak sia2 aku hantar mesej kat dia guna YM sambil buzz beribu-ribu kali..nampaknya Don dah bukak mata, perfect!! Malouda still beraksi di sayap kiri, Lampard, Mikel dan Deco menjadi nadi di midfield, bahagian defender juga tidak banyak perubahan, Ferreira, Alex, JT dan Yuri menjadi pilihan utama, manakala Big Pete dah tentu manjaga gawang..

Match di First Half sememangnya pembukaan yang menarik, Malouda sekali lagi meneruskan konstintensi selaku perancang terbaik Chelsea, cross dari sayap kiri hinggap di kaki Lamps yang mudah menolak masuk gol pertama The blues..Namun jika korang sangka Chelsea senang2 je nak menang match nie, korang silap kerana Villa kembali menyamakan kedudukan hasil rembatan Carew yang tidak dikawal rapi..Boleh dikatakan separuh masa agak seimbang, semua meramalkan result malam nie akan menjadi tight dan sukar..Mungkin lucky sedikit buat Chelsea , tetapi tidak bagi foul yang dilakukan ke atas Zhirkov, ada contact dan total penalti..Lampard tidak pernah gagal menyumbat penalti di Bridge, so faham2 je la, 2-1 di First Half..

Second Half, sedikit kegusaran dari Fan2 The Blues untuk sebarang kemungkinan seri dicampak jauh2 oleh Big Man Malouda apabila sekali lagi Zhirkov menjadi punca dengan cross yang cantik dan finishing yang memukau dari Frenchman..3-1!! Namun bukan setakat itu sahaja sumbangan Yuri, sekali lagi tackle kurang hajar dari Villains diajar sebaiknya oleh Referee supaya jangan suka hati je tackle mamat Russia..adakah kontroversi?? tackle yang jelas hinggap pada kaki, tak perlu aku ulas panjang2..4-1, Hatrick untuk Frankie..Saat ini aku yakin semua The Blues dah senyum lebar.. :)

Bagi Villains, sememangnya aku bersimpati kerana sekali korang tercampak dalam kandang singa, dah tentu dibaham habis-habisan oleh Blue Lion..Masih belum puas, Lampard kali ini menjadi provider dengan assist untuk gol kedua Malouda dan gol kelima malam nie, 5-1..Dengan dah konfem2 mangsa tinggal tulang, Carletto melakukan triple subs-Ballack, Van aanholt dan Kalou masuk menggantikan Joey, Zhirkov dan Deco..

Frankie The Legend -151th Goal!!

Hardcore player dah keluar, tetapi nafsu masih ada dan berapi2..Anelka sememangnya menjadi malam nie sebagai lone striker, turning yang cantek dan assist untuk Kalou untuk gol ke-6 merupakan antara gol paling kaw-kaw dalam match nie..Kesian aku tengok defender Villains terpinga2 dipermainkan Anelka..Super Frankie masih tidak puas, selepas menyamakan gol dengan legend Osgood dan Bentley (150) kini dia sudah mendahului mereka dengan gol ke-4 hasil rembatan kencang dalam kotak, sememangnya favourite Lampard..151 gol kini untuk kelab dan merupakan 3rd Top Scorer dalam History Book Chelsea..Total Legend!!

Match Highlight :


7-1, Game Over, sememangnya match yang superb, highlight pon aku ulang 4-5 kali pon tak bosan..point penting bagi aku dari match nie :

1) Carletto semakin pandai merencana strategi, yup 4-3-3 amat menjadi, tetapi tanpa tunjuk ajar yang tepat dari Carletto tidak mungkin pemain2 mampu beraksi semantap ini..teamwork yang bagus, adunan yang rapi dan penyudah yang menjadi..merehatkan Didi menunjukkan Carletto amat yakin dengan keupayaan diri, sekaligus menunjukkan dia mempunyai backup dan kekuatan dalaman yang bagus di sebalik injury list yang memanjang..Kemasukan Van aanholt memang best, ak yakin dia mampu menjadi superstar nanti..Hail The Don!!

2) Joey sudah improve, walaupun masih jauh dari prestasi asal, aku yakin dia mampu memberikan sesuatu yang ajaib menentang Manure nanti..Anelka bermain bagus, tetapi posisi sayap kanan masih lagi dirasakan layak dipegang oleh Joey..Walaupun tiada assist atau gol, Joey membentuk link dan flow yang bagus ketika counter attack, 1-2 match lagi, no doubt aku yakin dia akan kembali hebat!!

3)Zhirkov sudah menunjukkan belangnya..Ronaldinho Russia menjelma kembali di waktu yang tepat, dua larian pantas yang mendapatkan dua PK dan 1 assist menunjukkan Yuri semakin hampir ke prestasi semasa di CSKA Moscow..Gandingan yang gempak dengan Malouda di bahagaian kiri akan menentukan kehebatan kita sepanjang season nie..

4) Super Frank semakin mengganas!! 5 gol dalam dua game, kini mencatat gol ke-21 season nie, bakal menjadi rekod terbaik Lamps (setakat nie 21 gol max-season 06/07), dengan masih ada 6-7 match tinggal, aku pasti dia akan mencatat surpass rekod lama dan ini bakal menjadi season terbaik Legend nie..Rekod sekali lagi dipecahkan, kini 3rd Top Scorer Chelsea All-Time dengan 151 gol, Who's Gerrard??

5) Malouda, adakah new player?? Seperti pembelian terbaru Chelsea, aku tidak pernah meilhat prestasi Superb Malouda seperti season nie..Nampak berbaloi dengan tag £13.5 million..Bakal menjadi season terbaik Malouda, pemain yang paling konsisten sepanjang musim dan tidak mustahil jika menjadi Best Chelsea Player Season 09/10..Go Malouda!!

6)Anelka atau Didi?? Anelka sememangnya hancuss sebagai sayap kanan tetapi sumpah best sebagai lone striker..Tidak percaya tanya Sundal-Land dan Villains..Didi pula agak selfish dan bukanlah teamwork player seperti Anelka tetapi Big Match Factor tetap menjadi kekuatan Didi..Bakal menjadi dilema kepada Carletto menjelang match menentang Manure, Anelka atau Didi?? Buat masa kini, aku masih favour untuk Didi..


Next victim, selepas Posemut dan Villains, Manure bakal nahas!! Bayern akan menggangu persiapan Manure, manakala Chelsea akan memusnahkan SetanMerah di gelanggang mereka sendiri untuk merampas kembali kedudukan teratas untuk merebut kejuaraan EPL..1 minggu untuk berehat, persiapan yang perfect untuk The Blues, kumpulkan semua tenaga, aku yakin momentum kini pada Kem Chelsea..Pak Gasang dah ketar lutut, Next Manure Please!! KTBFFH!!

Sunday, March 28, 2010

0 Biar betul?? 7-1, wohooooo!!!

0 Comments

Malam tadi aku tak dapat usha match Chelsea sebab ada dinner la plak..Memang ada firasat ada sesuatu yang ajaib akan kembali dan ternyata naluri hati aku mengena!! Lepas Dinner aku check result, ada rasa terkejut, nak pengsan, bangga dan terharu pon ada gak..Result kemenangan 7-1!!! Aku terkedu tanpa kata-kata, sememangnya aku bangga menjadi Fan The Blues dan aku tak pernah sangsi dengan kekuatan para pemain Chelsea yang mempunyai semangat kental..4 gol dari Super Frank, 2 gol Malouda , 1 gol dari Kalou cukup untuk melengkapkan malam gemilang di Bridge..Lampard, Malouda, Zhirkov dari apa yang aku baca sememangnya layak dipuji..I'm Proud of You, man!! Ini bukan team ayam seperti Posemut, kemenangan besar dan peristiwa pembelasahan beramai2 ke atas team se-gah Villains jelas akan memberikan signal baik punyer kepada Pak Gasang Manure..Dengar kata dia dah cuak sampai muka jadi biru sebab Chelsea dah potong goal difference Manure, so tu sebab dia suruh pemain2 dia menang score bebanyak gak lawan Bolton, tapi sorry la tidak cukup hebat dan Chelsea kini tetap mendahului dengan 2 gol..tapi bukan tu je berita gempak malam nie, keputusan seri 1-1 kanak2 Sengal dengan Birmingham melengkapkan malam yang ceria riang ria cuti sekolah untuk Fan2 The Blues..Walupun takde lak sesape kaki patah, ataupun Gallas menangis lagi, tetapi dengar kata Birmingham gol last minute, konfem pasrah Fan2 Sengal-cube lagi tahun depan..Manure lak kekal menang 4-0 dengan Bolton, memberikan mereka tetap berada di atas liga..Namun aku yakin momentum lebih berpihak kepada Chelsea kini, dengan Bayern akan menggangu persiapan Manure sempena CL, aku yakin The Blues mampu merampas takhta liga di Old Kerepot minggu depan!! Manure next please!! Blues till I Die, KTBFFH!!


Saturday, March 27, 2010

2 Preview : Anelka kembali?? Villa Menanti..

2 Comments
Match malam ini menentang Villa di Bridge adalah salah satu 'final' yang disebut oleh Carletto..Tiada lagi kesilapan dibenarkan, tiada lagi mata patut dilepaskan, kita perlu menang dalam semua match sehingga tamat, jika tidak boleh Bye-Bye kepada Trofi EPL..

Berita baru Carletto mengatakan Anelka akan diturunkan ke dalam First team, aku tak pasti adakah berita baik atau buruk..prestasi Anelka macam hampass sebelum nie memang membuatkan aku menyumpah2 taknak tengok dia main lagi selepas nie..Kemenangan besar di Fratton Park kelmarin juga hadir selepas tidak melihat kelibat Anelka selama 90 minit, puas hati aku..Jika mengikut pendapat aku, Joey patut diturunkan sebagai sayap kanan, walaupun kurang cergas tetapi dia mempunyai kaki kanan yang boleh cross lagi cun dari Anelka, yelah kaki Winger kan..Match di Old Kerepot aku nak tengok Joey starting jadi malam nie aku harap dia dapat bermain untuk memanaskan badan dan kembali mendapatkan potensi seperti dahulu..Ini pendapat aku, tak pasti la apa dalam kotak pemikiran Carletto, harap dia membuat keputusan yang betul..

Update pemain, Carvalho dah konfem2 Out,memberikan pressure kepada bahagian pertahanan kita yang terjejas teruk, hanya Terry, Alex, Zhirkov dan Ferreira yang tinggal sebagai muka2 first team, justeru menyebabkan pemain muda seperti Bruma, Sam Hutchinson dan Van Aanholt akan diserapkan ke skuad utama dan diletakkan di bangku simpanan untuk sebarang kemungkinan..Ballack sudah kembali fit dan boleh bermain, satu kelegaan selepas bahagian midfield kita tak kurang juga semputnya..Tapi bagi aku Deco lebih layak menjadi starting malam nie..

Tapi Injury Probs bukan melanda Chelsea sahaja, ASS-ton juga bakal kehilangan Dunne, Milner dan Agbonlahor menjelang match malam nie..Tapi walaupun tanpa trio ini, Ashley Young, Downing dan Carew masih wujud dan mampu memberikan masalah kepada skuad Chelsea..Villa dijangka akan melakukan strategi sama: Bola Tinggi..Peristiwa di Villa Park jelas diingati selepas dua kesilapan set-piece membuatkan kita ketinggalan hasil tandukan kepala2 botak Villains..Kekuatan Alex di udara harap mampu membendung masalah ini..

Formasi malam nie tetap 4-3-3, dan aku yakin tidak perlu melakukan banyak perubahan kepada skuad yang beraksi di Fratton Park, cuma yang menjadi persoalan, siapakah yang patut beraksi di Sayap Kanan?? Carletto dah jelas2 ingin menurunkan Anelka, manakala aku lebih favour kepada Joey atau Sturridge..

Formasi malam nie (Pilihan Ancelotti) :

---------Cech--------
Ferreira-JT-Alex-Yuri
--Lamps-Mikel-Deco--
--Anelka-Didi-Malouda

Formasi pilihan aku :

---------Cech--------
Ferreira-JT-Alex-Yuri
--Lamps-Mikel-Deco--
--Joey-Didi-Malouda

Mana lagi bagus?? aku lebih sukakan formasi kedua, dan ak yakin boleh menang malam nie..Papepon semuanya bergantung pada Carletto, kalo ade nombor hanset dia memang aku call sekarang gak suruh masukkan Joey..kaau Anelka main, aku harap dia perform betul2..

Result Prediction : Chelsea (2) - Villa Cinta Daddy (0)

Hanya Chelsea beraksi di Home minggu nie berbanding rival Sengal dan Manure..Hanya kemenangan diharapkan supaya kita dapat memberikan pressure secukupnya kepada pesaing2 utama kita..Dengan CL menanti minggu depan sebagai menggangu pemikiran, tak mustahil mereka akan drop point, tetapi back to basic Chelsea perlu maintain winning run..Semuanya bergantung kepada diri sendiri kini..Musnahkan Villa, seterusnya kita akan mendapat platform terbaik untuk mencantas Setan Merah di Old Kerepot minggu depan..KTBFFH!!

MATCH LIVE ESPN 10.55 MALAM

Friday, March 26, 2010

1 Gud for Nothing..

1 Comments
Gud ketika masih berdarah biru

Lari sikit dari topik EPL, aku yakin setiap Fan The Blues mempunyai idola mereka masing2 di dalam skuad Chelsea dulu yang membuatkan korang 'jatuh hati' dengan Chelsea..Bagi aku, idola pertama aku sebagai Fan The Blues bukannya Zola, Dessaily, Vialli, Lampard, Terry atau Drogba tetapi player dari Iceland ini, Eiður Smári Guðjohnsen atau Eidur Gudjohnnsen..

Bicycle kick dari mamat nie sewaktu menentang Leeds season 2002–03 masih lagi membekas dalam kotak pemikiran aku sebagai antara gol tercantik pernah aku usha (nak tgok, klik sini). Mungkin legend ini tidak sepopular Frankie atau Terry namun bagi sesiapa yang mengikuti Chelsea dari dulu, dia merupakan tonggak utama kelab..Gudjohnsen sememangnya pemain yang berhati dan berdarah biru; personalitinya yang humble, simple and not arrogant-membuatkan dia direspek seperti Zola, Lampard dan Dessaily..

Dari menjaringkan gol demi gol bersama2 gandingan Hasselbaink, sehingga membentuk persefahaman mantap di bahagian midfield bersama Lampard, Gud sememangnya pemain yang versatile, dan ini turut diakui Ronaldinho aka Pak Din yang memasukkan Gud ke dalam list Dream Team pilihannya pada 2006..6 player Chelsea (wow!!) antara yang menjadi pilihan utama Pak Din, dan Gud antara yang tersenarai..

Pak Din berkata :
'After Sheva, it's not so easy to choose, but I would pick Chelsea's pair. Drogba is very powerful and one of the biggest aerial threats around, while Gudjohnsen is a clever striker who makes as many goals as he scores.'
Dream Team Pak Din ( 3 0rg setiap posisi) :

Gianluigi Buffon (Juventus), Petr Cech (Chelsea), Dida (AC Milan); Cafu (AC Milan), Paolo Maldini (AC Milan), John Terry (Chelsea); Kaka (AC Milan), Frank Lampard (Chelsea), Claude Makelele (Chelsea); Didier Drogba (Chelsea), Eidur Gudjohnsen (Chelsea), Andriy Shevchenko (AC Milan).

Atas sebab ini jugalah Gud meninggalkan Chelsea untuk pergi ke Barcelona, pengembaraan di Spain selama 4 tahun memberikan trofi CL dan La Liga untuk Legend The Blues ini, menambah koleksi kejuaraan Gud yang dah penuh sebagai Champion EPL, FA Cup dan Eredivisie..Selepas itu, Gud melangkah ke Monaco, dan hanya 5 bulan di Perancis, atas sebab tiada persefahaman, dia kini loan ke rival London Chelsea, Tottenham Hotspurs..

Walaupun aku dah pernah post mengenai Gud sebelum nie, tetapi prestasi dia yang mantapp sejak kebelakangan nie membuatkan ak teringat kehebatan mamat Iceland ini suatu masa dahulu..Pemergian dia ke Barca dulu masih disambut dengan pasrah oleh aku, tetapi tidak sekecewa apabila dia berpaling arah untuk join kelab rival kita Si Ayam Spurs..Seumpama Gerrard join Everton, atau Rooney join Manchester City, ak masih tak boleh terima melihat Gud menyarung jersi Spurs..Damn..

Gol dari Gud ketika menentang Fulham kelmarin meletakkan Spurs ke semi FA Cup, dan ak harap kita akan berdepan dengan The Whiteys dalam Final FA nanti..Sudah semestinya akan menjadi final yang special, London Derby, dan Gud akan bertemu dengan kelab lamanya The Blues..Gud is my Chelsea Legend but The Blues is My Home..Kesetiaan aku hanya pada Chelsea, justeru ak harap Gud akan tewas..For Gud, Gud Bye..For Chelsea, Gud Luck!!


What The Hell????



2 Corat-Coret Wad Sakit

2 Comments
Dengar kata Hospital London nurse die kiut2..tak caya tanya pakcik nie..

Wad Sakit London musim ini memang sibuk dengan player Chelsea masuk dan keluar, sebijik busy macam kat Pudu..ada yang masuk kejap, ada yang tak pernah masuk langsung, tetapi ramai yang masuk tak keluar2 terus..ak taktau la apa yang best sangat kat Hospital London tu..

Nie badi rambut Robben la nie..

Sekadar nak update injury list, ya, nampaknya tak ada tanda2 nak berkurang, makin bertambah ada la..Sedangkan Ivanovic yang muda sihat walafiat pon boleh injured, inikan yang tua2 dalam kem..Masih lagi tak surut reservation untuk katil di sana, nampaknya dah tambah satu lagi tempahan untuk Carvalho, kini dikatakan injured sekurang-kurangya 4 minggu, paling celaka mungkin require surgery, jika dilakukan nampaknya tak nampak bayang Carvalho lagi season nie, mungkin juga season depan, kena jual..

Yess!! jaga la ko Gerrard!!

Sape tak kenal mamat Ghana nie, terkenal dengan pangilan The Bison (bukan M.Bison Street Fighter tu) dan merupakan pemain utama Chelsea yang amat dirindui..Sejak injured Disember, langsung tak nampak muka, target awal dia akan kembali sebelum match Inter, namun bengkak berulang menyebabkan 4 surgery tambahan dilakukan..Berita baik, update terbaru dia dah menjalani rawatan dan sedang dalam sesi pemulihan secara berendam di pool..mungkin takkan kembali dalam masa terdekat, tetapi harapan agar dia dapat bermain 2-3 game sebelum season tamat..ak target 3-4 minggu, paling best jika dia dapat sembuh sebelum lawan Liverpool di Anfield..Gerrard memang gerun dengan mamat nie..

Adeh, dah nak kuar ke?? banyak amoi kiut2 maa..

Berita baik lagi, pemain seangkatan dengan Terry, gila skandal, best left back Ash nampaknya akan menjadi harapan utama paling awal kembali, kini sudah mula training bersama physio, dalam masa 15 hari dia akan kembali berlari dan mungkin akan kembali secara fit dalam masa 2-3 minggu lagi..Walaupun Yuri beraksi agak baik, Ash mempunyai naluri menyerang yang lebih marvellous dari fellow Russian dan mampu memberi kekuatan kepada skuad yang kian mengecil..harap dia cepat sembuh..

Pemain2 muda kini perlu menjadi backup kepada pemain2 senior yang injured..Bruma bagi aku adalah backup terbaik kepada Alex dan Terry..Bruma adalah pemain versatile dan boleh cover posisi Ferreira..Jika diperlukan Sam Hutchinson boleh dipanggil untuk tambahan tenaga di bahagian defense..Van Aanholt sudah memberikan debut menarik menentang Posemut, jadi posisi kiri backup Yuri agak terjamin..Slight injury kepada Didi semalam agak merisaukan, harap Carletto lebih berhati2 kerana Didi adalah tunjang utama kepada title running..Kurang merisaukan kerana kita ada backup yang ramai di posisi serangan seperti Anelka dan Kalou..Namun Sturridge, Kakuta dan Borini boleh digunakan untuk alternative yang lebih pantas dan bertenaga..Harap tidak ada lagi injury teruk2 selepas ini..All Chelsea Player, Get Well Soon!!





0 Post Match : Maraton Perfect 10 bermula!!

0 Comments
Mau secawan??

Sebelum match di Frattorn Park, Carletto telah mencabar para pemainnya untuk melakukan kemenangan marathon yang membolehkan Chelsea mencapai Double season nie..Cabaran yang dinamakan 'Perfect 10' kini sudah bermula!!

“Normally 86 points will win the title. That is what we need now. We have 10 games left, eight in the League and hopefully two in the FA Cup. That is not a lot of time, maybe 50 days of training. We have to stay focused for all 10 games.

“I have told the players we have to win them all – and we cannot lose at United. I know they have the courage to do it. They have the personality. But they also have to have the energy, strength and confidence.”


Nampaknya pemain The Blues menyahut cabaran manager dengan nada yang serius..Kemenangan semalam di Fratton Park memberikan pembukaan yang gemilang untuk memulakan cabaran Perfect 10 yang dilontarkan oleh Carletto..hanya 9 match tinggal=7 league+ 1 semi FA + (hopefully) 1 Final FA=Double!! Walaupun kita menang 5-0 semalam, ak takkan memanggil performance kita 5 star kerana Posemut (bak kata MyS) adalah team yang sememangnya begitu ketara lemah berbanding The Blues..tidak mahu mendabik dada, sesiapa yang menonton match nie pasti setuju, konfem nak relegate, pemain2 Posemut tiada inspirasi dan tidak bernafsu untuk melawan..tengok gol pertama pon tahu..hanya O'Hara yang layak dipanggil footballer dalam kem Posemut semalam..papepon persembahan dari Chelsea amat konfiden, sememangnya result terbaik untuk menangkis tohmahan media mengenai keupayaan Chelsea dan memberikan pressure kepada Manure dan Sengal..

Berkenaan match semalam, Carletto nampaknya sudah dapat melihat bagaimana pemain2 Chelsea berfungsi, dan dimanakah posisi terbaik mereka..Keputusan meletakkan Malouda kembali ke sayap kiri memang Wajib dilakukan kerana semalam kita dapat melihat Frenchman nie mendominasi bahagian kiri dengan selesa, dan tidak terkejut 2 gol disumbatkan oleh Malouda..Aku harap Malouda tidak diturunkan posisi lagi ke bahagian midfield kerana jelas itu bukanlah posisi kegemarannya, kita dapat melihat apa yang berlaku ketika menentang Blackburn..Malouda adalah pemain utama kita musim ini, prestasi dia kini sudah hampir seperti di Lyon yang menyebabkan dia menjadi buruan kelab2 di Eropah, jadi aku harap Carletto dapat menggunakan aset ini sebaik-baiknya..

Di sayap kanan pula, Anelka tidak diturunkan, ak amat bersyukur, bukan aku membenci Anelka, tetapi prestasi hampass die dalam 2-3 game nie memang teruk..apa yang membuatkan aku meluat kebanyakan peluang depan gol tidak disudahkan dengan baik oleh Anelka ketika menentang Balckburn membuatkan kita seri..Joey bagi aku walaupun kurang cergas, sekurang-kurangnya dia kelihatan begitu bersemangat untuk memberikan sepenuh tenaga semata2 untuk membantu Chelsea meraih Double season nie..Anelka kelihatan malas dan tidak bermotivasi untuk beraksi..Aku harap kesan tidak diturunkan ini boleh membuatkan dia sedar dia bukanlah permanent starter, beraksi lebih baik, jika tidak Sturridge dan Joey lebih layak menyarung jersi Chelsea dan masuk ke dalam padang..Kita mahukan semua tenaga dari seluruh skuad, jadi aku harap semua pemain bermain 200%..

Semalam kita menggunakan 4-3-3 dan sekali lagi aku lega melihat Deco di bahagian midfield..Tanpa Essien dan Ballack, sememangnya kita memerlukan playmaker berbakat sepertinya ketika ini untuk membantu Mikel dan Lampard..Carvalho kembali starting, manakala Ferreira menjadi Right Back menggantikan injured Ivanovic..First Half agak merisaukan buat fan2 The Blues kerana kita gagal memecah kebuntuan walaupun Lampard telah melakukan beberapa shot2 padu ke arah Keeper England nie, sehinggalah minit ke-31 apabila tandukan through dari Deco tidak disepak dengan kemas oleh Calamity James (atau Clumsy james??) membolehkan Didi mudah menolak bola ke gawang yang sedia kosong..Sebijik macam masa lawan Croatia..Apa yang merisaukan adalah Carvalho dikeluarkan akibat kecederaan, digantikan oleh Alex..

Predator bersaudara

Gol pertama di First Half sememangnya lucky, tetapi di Second Half tidak ada lagi gol2 nasib boleh dikatakan..Dengan rambut ala2 Predator, Malouda membuka jaringan awal untuk menambah derita Posemut hasil rembatan cantik dari sayap kiri, dan tidak membuang masa Malouda menambah gol ketiga The blues selepas rembatan Lampard ditepis oleh James namun pantas disambar Malouda untuk gol ke-11 dia musim nie..Sturridge kemudian dikeluarkan dan Joey dmasukkan..tidak mahu tewas, Didi menambah gol ke-4 Chelsea membolehkan goal tally dia kini 24, hanya 2 gol kurang dari Shrek Rooney untuk merebut gelaran kasut emas..Zhirkov kemudian dikeluarkan untuk mengelakkan sebarang kecederaan dan youngsters Van Aanholt dimasukkan, not bad, cross dari sayap kiri nyaris2 memberikan hatrik untuk Didi..great debut dari pemain muda nie!! Lampard menambah derita kepada Posemut dengan gol ke-5 hasil tandukan mudah seumpama training petang2..Match tamat dan Chelsea meraih 3 mata berharga untuk merapatkan jurang kepada 1 mata di belakang Manure..

Match Highlight :



Ak harapkan prestasi ini dikekalkan untuk match seterusnya yang lebih hardcore; pertemuan bersama Villa di Stamford Bridge..detail2 penting untuk persiapan match nie :

-Joey perlu kerap diturunkan selepas nie..Mungkin kurang cergas, namun cross cantik untuk gol kelima, hanya Joey boleh melakukannya..kita perlukan flair dan cross2 menarik dari sayap kanan, sepertimana yang dilakukan Malouda di sayap kiri..ak yakin sekiranya banyak peluang diberikan, dia mampu beraksi hebat seperti dahulu, ak mahukan Joey bermain starting menentang Manure nanti, jadi aku harap menentang Villa nanti menjadi pemanas badan buat Joey sempena showdown di Old Kerepot..

-Gunakan pemain muda, kemasukan Van aanholt dan Sturridge adalah langkah positif untuk refreshing the squad yang agak keletihan dengan pemain2 tua..aku harap pemain seperti Bruma akan diturunkan menggantikan Ferreira dalam match2 yag low profile atau hampir menang..Kita perlukan tenaga pemain senior untuk Big game dan demi mengelakkan kecederaan, pemain muda perlu step-up ke depan sebagai bantuan tambahan..Kecederaan Carvalho (4 minggu-more info next post) adalah contoh terbaru sekaligus menambah derita kita dan aku tak sanggup lagi melihat pertambahan injury list..cmon Young Blues!!

-Kekalkan formasi ini..4-4-2 tidak relevan kini dengan skuad kita yang lebih bercorak menggunakn pemain sayap..formasi 4-3-3 perlu terus digunakan selepas ini..barisan skuad semalam juga adalah yang terbaik kita kini..harap dikekalkan posisi mereka..


Kedudukan liga kini amat sengit..menjelang persaingan CL minggu depan, aku yakin Sengal dan Manure akan drop point, yang penting Chelsea perlu memberikan continuity pressure kepada rival2 kita dengan kemenangan yang berterusan..Kemenangan semalam amat bagus kepada teamwork dan unity dalam skuad, harap pemain The Blues akan kembali bersemangat seumpama juara yang sebenar!! Diamkan segala kritikan, dipukul, dijatuhkan kita akan tetap bangun dan mengaum lagak Singa Biru kebanggaan London!! Buktikan kita adalah The Almighty Blues dan kita tidak gentar dengan sebarang cabaran mendatang!! Villa Next!! KTBFFH!!





Thursday, March 25, 2010

3 1 Down, 7 more!!

3 Comments
Man Of The Match : Predator James

Muahaaha..kan aku dah kata, Anelka perlu direhatkan, Sturridge perlu bermain, Malouda wajib bermain di posisi sayap kiri, Deco menjadi mastermind di tengah..walaupun hanya pertukaran kecil, jelas dapat melihat perubahan ke atas keseluruhan corak permainan Chelsea, hasilnya, kita menang 5-0!!

Buat pertama kali kita menang besar di match away, namun Man Of The Match perlu diberikan kepada keeper spesies Predator PorstMouse, David James yang assist (assist ker??) dan memberi laluan kepada Didi untuk menjaringkan gol pertama..Ak taktau kenapa, mungkin keeper England memang semua perangai macam nie kot, jenis tak reti nak sepak bola..Atau mungkin kerana Didi adalah makhluk sejenis dengannya, spesies Predator kot, cuma level tinggi sikit la, proffesional killer, 2 gol disumbatkan malam nie oleh Predator Didi..tapi Chelsea ad banyak Predator dalam team, Malouda adalah salah satu spesies yang level tinggi gak, cam Didi, justeru korang faham2 je la, James takkan nak melawan, 2 gol gak dari Malouda..Mngenai Lampard lak, walaupun dia bukan spesies Predator, tapi dia memakai kasut yang diberikan oleh Predator, namanya Adidas Predator X, justeru agak malang buat James, 1 gol dari Super Frank melengkapkan malam gemilang Chelsea di Fratton Park!!

Tapi ak harap kita tidak cepat berpuas hati, PorstMouse adalah team tahap tikus yang sememangnya di tangga terbawah liga, dah konfem relegation, jadi kemenangan ini tidak menunjukkan kita sudah bertaraf Superior..Menentang Villa dan Manure barulah ujian sebenar..Buat masa sekarang pesta gol pagi tadi sememangnya Big Boost dari segi mentaliti pemain..kini aku harap kita mampu meneruskan form ini di Bridge hujung minggu nie..1 Down, 7 more!! KTBFFH!!


Wednesday, March 24, 2010

0 Preview : Big Pete dan Mini Mouse

0 Comments

Malam nie (pagi esok) adalah match penentuan untuk menghidupkan peluang Chelsea untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris season nie..Tiada kesilapan kecil boleh dilakukan, kita perlu menang match ini untuk merapatkan jurang dengan Manure yang dijarakkan 4 mata..

Update team news, berita terburuk apa lagi kalau bukan musibah kecederaan, Ivanovic kena terkena jangkitan penyakit berjangkit 'Injury lama-lama' dari pemain terdahulu yang menyebabkan Right back ini akan berehat selama sebulan sekaligus terlepas match2 penting seperti Villa dan Manure..Berita baik pulak, Big Pete kini sudah boleh kembali beraksi dan dia mungkin diturunkan malam ini berdepan Mini Mouse..Walaupun Turnbull tidak melakukan banyak error sepanjang beraksi di gawang, kemunculan semula Cech adalah crucial untuk memberikan lebih confidence untuk defender di bahagian pertahanan..

Big Pete is Back!!

Kunjungan ke Fratton Park adalah agak complicated, kita memang goyah berjauhan dari Stamford Bridge, walaupun Porst-mouse berada di tannga tercorot liga, namun prestasi mereka agak bagus lately, kemenangan 3-2 menentang Hull City menunujukkan mereka ada potensi untuk mengejutkan barisan The Blues seperti apa yang berlaku di Ewood park tempohari..Pemain berbahaya Mouse adalah O'hara yang di-loankan dari Spurs..pemain sayap ini menjaringkan gol dalam match terakhir menunjukkan dia amat perlu diperhatikan..Malang buat Mouse, kelegaan untuk Chelsea, Dindane dan Borre, top scorer home team ini tidak akan bermain malam ini..

Hanya Cech yang kembali dalam skuad, Ivanovic rule out, Ballack still injured, begitu juga dengan Belletti yang kini dirawat di Brazil; Essien, Ash, dan Bosingwa tidak perlu disebut, takkan kembali dalam masa terdekat..Ferreira akan kembali ke posisi right back manakala Zhirkov di sebelah kiri, Carvalho mungkin akan masuk menggantikan Alex, malam ini ak berharap Joey dan Deco akan bermain, Anelka yang tak perform akan direhatkan..Formasi 4-3-3 akan digunakan, ak yakin akan menang punye..

Formasi malam nie:

-----------Cech---------
Ferreira-JT-Carvalho-Zhirkov
-----Lamps-Mikel-Deco--
-----Joey-Didi-Malouda---

Result Prediction : Mouse (0) - Chelsea (2)

Hanya 8 match tinggal dalam league fixture, sekiranya kita mampu mengutip mata full 24 points sehingga tamat, kita sah2 juara EPL, cakap memang mudah tetapi tiada apa yang impossible, dengan rival Manure dan Sengal akan busy dengan CL minggu depan, aku yakin diorang akan drop point..Yang penting Chelsea perlu lebih konsisten, kekal mantap dan semua pemain perlu memberikan 200% dalam setiap match..Carletto dah target 86 mata, kalau aku manager aku target full 89 mata sebagai juara habis citer..target mesti tinggi, baru semangat berapi2..langkah pertama menang malam nie, the rest match kita sambut selangkah demi selangkah..Fight till End!! KTBFFH!!


MATCH LIVE ESPN 3.40 PAGI KHAMIS

Agi idup agi ngelaban!!




Tuesday, March 23, 2010

2 Carletto : Saviour or Destroyer??

2 Comments
Ancelotti kini di ambang bahaya..media2 macam biasa sudah mengeluarkan senarai calon manager Chelsea season depan, rutin setiap tahun, kata Reuters London..Roman sekali lagi dilaporkan tak puas hati la, mengamuk sana-sini, tipikal dari media England yang sememangnya musuh utama kita season nie, bukannya ManU, Arsenal ataupun Libepul, tapi MEDIA..Peristiwa skandal Terry adalah senjata utama yang melemahkan moral pemain The Blues manakala setiap kali ada result kurengg sket diterima oleh Chelsea, mesti ada tajuk2 paper yang negatif..

Okey berbalik kepada tajuk utama post nie..Savior?? Destroyer?? Bagi aku masih awal untuk menjawab persoalan nie, ini adalah musim pertama dia, tetapi kesilapan taktikal dalam dua match terakhir dah tentu menimbulkan persoalan mengenai kredibiliti 2x Pemenang Eropah nie..Post nie bukanlah untuk menghukum Ancelotti, tetapi hanya sekadar untuk memberikan pendapat mengenai strategi yang mampu menaikkan prestasi Chelsea kini..

Formasi diamond dan 4-3-3 banyak kali menjadi perdebatan ramai, mana yang bagus?? mana yang effective?? Kedua2 formasi ini adlah formasi utama Carletto season nie, namun kedua2nya menunujukkan ad kelemahan dan kelebihan yang tersendiri..Okey kita mengimbas kembali di awal musim, kedatangan Ancelotti turut membwa falsafah yang tersendiri, formasi diamond yang jarang2 digunakan di EPL diketengahkan, masih ada yang meragui mampukah ia menjadi?? Tetapi dengan beberapa siri kemenangan yang meyakinkan menunujukkan taktikal Carletto berjaya..tetapi apakah yang menjadikan ramuan ini begitu hebat dilaksanakan?? Semuanya kerana adanya mamat nie..

Michael "The Beast" Essien sememangnya menjadi pemain idaman setiap manager..Kehilangan Essien menyebabkan Scolari dibuang, kemunculan semula Essien jugalah yang menyebabkan Hiddink disanjung umpama Raja di Bridge..Kerana Essien jugalah yang menjadikan formasi Diamond Ancelotti amat mantapp dan jitu..Tapi malang The Beast cedera teruk di bulan Disember, dan sekiranya bagi sesiapa yang mengikuti perjalanan kita musim nie, sejak dari saat itu prestasi formasi Diamond kita menurun teruk, corak permainan kita mudah diramal, dibaca dan disekat oleh pihak lawan..

Jika diperhatikan sedalam-dalamnya, sememangnya formasi Diamond ini tidak sesuai dengan kebanyakan pemain The Blues yang masih lagi dipengaruhi dengan taktikal Special One..Aku tidak terkejut kerana mereka masih lagi bekas skuad yang diasaskan oleh Jose..Mikel bukannya perancang sekreatif Pirlo, Lampard tidak sepantas Kaka, Anelka tidak selicik Seedorf...Hanya Essien pemain yang sesuai di dalam formasi Diamond, dia sekental Gattuso dan setajam Rui Costa..

Okey imbasan kembali di Bulan Disember, mahu tidak mahu, tanpa pemain2 yang sesuai dengan falsafahnya, Carletto terpaksa menggunakan pemain yang ada, dan satu taktikal yang sesuai perlu dibina untuk mendapatkan result..Bermula dari kemenangan ke atas Fulham 2-1, pertukaran dari diamond ke 4-3-3 yang menggunakan Winger menjadi pemangkin kepada kebangkitan Chelsea dalam match ini..Carletto sedar ini satu2nya formasi yang compatible untuk pemain2 The Blues..

Joe Cole dan Malouda lebih selesa beraksi sebagai winger, Lampard kembali menjaringkan gol demi gol selepas diletakkan di posisi asalnya Attacking Midfielder, bukannya Left Midfield yang memberikan kemarau gol di awal musim..Di Bulan Januari, walaupun Didi tiada, formasi 4-3-3 amat berhasil dengan kemenangan 7-2 menentang Sunderland menjadi bukti..Malouda di sayap kiri, Joe Cole di sayap kanan, Anelka di tengah..Lampard menjadi perencana tengah di backup oleh Ballack dan Belletti..

Sehingga ke saat ini, walaupun ad beberapa result mix bagus+ teruk dari formasi ini, ini adalah pendapat aku, formasi 4-3-3 adalah taktikal terbaik yang mampu kita gunakan dengan pemain2 yang ada, selagi tiada Essien, ak tidak yakin formasi Diamond perlu digunakan..Tetapi apa yang penting adalah meletakkan pemain yang tepat di posisi yang betul bagi membolehkan formasi 4-3-3 dilaksanakan dengan marvellous..

Mengimbas ke match terakhir menentang Blackburn, Carletto meletakkan Kalou di sayap kiri, Anelka di sayap kanan, Malouda diletakkan di posisi attacking midfield bersama Lampard dan Mikel..Analisis keseluruhan match, kesemua pemain ini bermain TERUK!! Possesion hilang entah kemana, Malouda bukannya perancang, dia pemain sayap, Carletto perlu ingat itu, Lampard bukannya pemain tengah bertahan, dia tidak mempunyai abiliti superb untuk tackle pemain2 di tengah seperti Mikel, tetapi vision dia sebagai playmaker perlu digunakan untuk beraksi di posisi lebih atas..Sekiranya mahukan kejuaraan liga musim ini, pembaikpulihan perlu dilakukan sekarang!! Ini perkara yang perlu dilakukan Carletto :

-REHATkan Anelka..Masih jelas dia tidak sesuai sebagai pemain sayap..dan prestasi dia yang semakin hambar dalam setiap game membuatkan aku tertanya2 mengapa dia masih starting setiap match?? Assist lawan Blackburn hanya satu sumbangan kecil di sebalik prestasi teruk dia sepanjang match.. Anelka bukannya semakin muda, ak lagi sanggup melihat Sturridge atau Joey diturunkan selepas ini..

-LETAKkan Malouda di sayap kiri..Cross2 mantap ketika menentang West Ham masih jelas dalam fikiran aku menunjukkan dia mempunyai kaki kiri yang perfect..Kalou adalah striker, jelas dia tidak mahir untuk melakukan hantaran2 berbisa untuk Didi..Prestasi kalou yang macam sabut, tenggelam timbul turut menjadi faktor dia juga patut direhatkan..

-MASUKkan Joey..ak agak tertanya2 apakah yang dimaksudkan oleh Carletto dengan kata2 "Joe Cole will stay at Chelsea next year, I am 100 per cent clear." adakah untuk menyedapkan hati2 Fan The Blues semata-mata atau ini hanyalah gurauan ala2 Itali dari Carletto..Ini kerana walaupun bersungguh2 kata nak simpan Joey, jika tidak diturunkan, what's the points?? Janji ditepati berdasarkan aksi, bukannya kata2 dari mulut semata2..Ak yakin Joey masih ada bakat dan potensi dan dia akan deliver sekiranya dia diberikan posisi sayap kanan kembali..Open Your Eyes Ancelotti!!

-GUNAkan Deco atau Ballack..Ak yakin ramai yang akan mempersoalkan aku mengenai Ballack, tetapi bagi aku tiada pengganti lagi baik kepada ketiadaan Essien berbanding Ballack, hatta Mikel bagi aku tidak layak..Mungkin dia sudah tua, lembab, tetapi kehadirannya memberikan kestabilan di dalam skuad, lihatlah bagaimana kapten Germany ini mendiamkan Sneijder sewaktu first half menentang Inter..keluarkan Ballack, kita kelihatan rapuh di tengah, sepertimana yang disaksikan ketika menentang Blackburn..Sekarang nie Ballack injured, mungkin kepulangan Deco adalah berita baik kerana dia adalah playmaker yang lebih bagus berbanding Ballack..Samaada Ballack atau Deco perlu membantu Lampard dan Mikel..

-BERFIKIR PANTAS, Carlo!!..aku memang panas hati biler tgok manager yang boleh rilek2 apabila jelas ada sesuatu yang tidak kena pada team..Menentang Blackburn adalah bukti Carletto tidak energetic, atau terlalu berfifkiran positif?? Tidak meletakkan backup di midfield sewaktu kita diasak hebat sehingga kita dibolosi menunjukkan Carletto amat slow membuat keputusan..Mungkin corak permainan di Itali yang lembab menyebabkan Ancelotti menjadi begini..Corak permainan di EPL memang pantas, harap Carletto boleh adapt untuk berfikir lebih laju..dah dekat 8 bulan kat England, takkan tak boleh adapt lagi??


Jadi, Saviour or Destroyer?? Ak rase masih awal untuk judge Carletto, dia perlu diberi lebih masa untuk membina skuad miliknya sendiri..Hanya Zhirkov pembelian utama Carletto, season nie walaupun bagi aku kehadiran Yuri disebabkan nasihat Hiddink..Musim ini season pertama Carletto, dan aku sebagai Fan The Blues tidak akan menghukum Carletto jika dia gagal..tapi ini jugalah kata2 aku ketika ambang pemecatan Scolari, harap Roman lebih rasional, berikan 2-3 musim di bawah jagaan Ancelotti aku yakin dia mampu mengubah barisan kini menjadi skuad yang marvellous..Ak bukannya meminati MU, tetapi benda yang bagus perlu dicontohi, Fergie tidak memenangi sebarang piala dalam 3 season terawal, dan liga hanya dimenangi selepas 6 musim menjadi manager, dan kisah seterusnya korang sendiri tahu kan..Roman perlu bersabar, berikan ruang kepada manager untuk bernafas dan develop player mengikut cara mereka, ak yakin trofi akan hadir..

Season depan ak yakin taktikal Diamond akan kembali digunakan, selepas Carletto mendapat pemain2 yang sesuai, dan kita akan melihat bagaimana skuad kita menggegar musim depan..Tetapi ini semua hanya kata2 kosong, musim perpindahan belum hadir, dan kita masih ad banyak match2 yang perlu dilalui..Buat masa kini, support kita adalah kepada sesiapa yang masih menyarung jersi biru diraja, bukannya pemain yang bakal masuk..Tamatkan season dengan Double, kemudian baru fikir pasal transfer window..Ak yakin kita masih ad peluang...Menang dengan Postmouth, Villa dan Big Match di Old Trafford menentang MU, we are back on top!! KTBFFH!!




0 Rintihan Joey

0 Comments
Nampaknya Joey sudah bersuara, janji2 Ancelotti hanya kata-kata kosong belaka, tiada peluang langsung diberikan kepada Joey walaupun Anelka dan Kalou tidak memberikan performance yang bagus sejak kebelakangan nie..

“I don't think contracts should really be discussed mid-season. I have always signed mine in the summer in the past.

"But this time it's different. We can't seem to find common ground and it's distracting. At the moment there is no offer on the table, so I know where I stand. I still hope to talk in the summer though.”

“I can't help my team by sitting on the bench. I am fit."

"There are no niggles. Of course, I am not match fit but how can I be when I don't play? I want to be part of the Chelsea team to win the Premier League and the FA Cup. But I need an opportunity to start games back to back.I am not giving up on England and the World Cup either. I need to be playing consistently well for Chelsea before I can hope to be part of the Word Cup squad."

Walaupun Joey agak senyap season nie, dia perlu diberikan peluang, prestasi hambar Anelka bagi aku sudah cukup untuk memberikan ruang untuk Joey beraksi..Mungkin masih belum fit, tetapi skill dan vision dia selaku playmaker belum hilang..Ak harap dia akan starting sebagai sayap kanan lawan Porstmouse nie..Tapi apa yang membuatkan aku berbangga dengan Joey adalah semangatnya yang setia dengan The Blues..Aku harap dia akan stay di Chelsea season depan..Kata2 akhir Joey :

"I just want to play football for Chelsea."





Monday, March 22, 2010

0 Post Match: Owh..Malam Yang Dirasuk Syaitannirojim

0 Comments
Seriously, ini Redface Fergie..

Malam semalam sememangnya malam yang durjana..ak lepak ngan membe kat gerai dan kelihatan syaitan terbang di merata2..Biasalah ad match team setan malam nie maka ramailah pengikut mereka di sana-sini..Habis sahaja match Team Syaitan menentang Kelab Tasik Hati, berkesudahan Tasik hati patah hati dikalahkan oleh kelab bolasepak kendalian Redface Fergie, maka kelihatanlah setan2 berkeliaran merata2 meracau di tepi jalan..naik motor ad, berjalan kaki ada, kecik besar tua muda..Ak terpikir, nak kiamat ke apa?? Ke Dajjal dah tiba??

Nak harapkan team Tasik Hati nie sememangnya tak boleh pakai, diorang nie masih hidup dalam history, jalan pon dah tempang seperti motto diorang 'You'll Never Walk Again'..hmm nampaknya hanya kelab di hati aku The Blue Heaven sahaja yang tinggal untuk menyekat Syaitannirojim ini dari menguasai dunia..lawan Blackburn, mesti boleh makan punyer..pasnie lawan Postmouth lak, lagi la senang..konfem top spot kembali..

Lwan Hitam Terbakar, The Blues Heaven memang memberikan amaran awal dengan gol awal dari The King Didi..tetapi entah kenapa bagaikan dirasuk iblis, midfield kita tidak bergerak selepas itu, tiada possesion mampu dipegang..

Walaupun ak bukanlah pakar taktikal yang boleh mencantas segala keputusan strategi Ancelotti yang ad lesen jurulatih dan pernah menjadi manager bertahun2 lamanya, tetapi jika ada kesilapan, dah tentu boleh nampak dari pemerhatian..tidak ad persefahaman di bahagian tengah dengan mudah segala gerakan2 di bahagian midfield kita dirampas oleh Hitam Terbakar..Ancelotti adalah manager yang berpengalamn tapi ak harap dia mampu berfikir laju sikit bila bertindak..Apabila midfield tidak bergerak, ak harap seorang pemain tengah seperti Deco atau Ballack atau Belletti dimasukkan untuk menguatkan bahagian ini..Namun Ancelotti lebih suka menunjukkan lagak cool di tepi padang..Blackburn score equaliser pon die bleh maintain je rilek tepi padang padahal fan2 The Blues sume dah berapi2 tengok lagak die..

Dah seri pon hepi lagi..sah kena rasuk Carletto nie..

Seperti terkejut dah dibolosi, barulah Carletto tersedar dari rasukan, Deco dimasukkan, dan barulah nampak pergerakan di midfiled sudah kembali hidup..Tapi Blackburn sudah mengunci ketat gawang mereka dari dibolosi sekali lagi..barisan The Blues sememangnya satu dimensional, mudah dijangka, mudah diteka..2 mata hilang begitu sahaja, ak terduduk hampa, nampaknya setan akan bermaharajalela..

Match Highlight :


Blackburn Rovers v Chelsea
Uploaded by retromagix. - Check out more sports and extreme sports videos.

Menentang Postmouth adalah peluang yang tinggal sekiranya mahu mengekori rapat dan menyekat Setan Merah dari merangkul trofi EPL kali ke-4 berturut2..Nak harapkan kanak2 Sengal?? Lambat laun mesti jatuh punyer..Kelab Tasik Hati?? Awal2 dah kena rejek, tempat keempat pon tak pasti..Ak tak sanggup lagi melihat Setan bermaharajalela season nie, perubahan segera dari segi mentaliti perlu dilakukan, kesemua pemain perlu berkumpul, bermuafakat dan mantapkan prestasi selepas ini jika mahukan Trofi EPL..Kata2 mengenai transfer bagi aku adalah nonsense ketika ini, kita bukannya di dalam musim perpindahan, mahu tidak mahu, kita harus berharap kepada pemain yang ada, muda dan tua untuk menggalas harapan merampas title kembali..Yang penting adalah mencari solution terbaik untuk kembali beraksi marvellous..Siapa pemain yang perlu masuk atau keluar, itu cerita selepas season tamat..Buat masa ini, fokus on the fixture!!

Syaitannirojim perlu disekat walau apa cara sekalipun, ak dah panggil sume jemaah buat Solat Hajat menghalau iblis nie..Oh ya, Anelka menjadi ketua Jemaah..






0 Kebodohan yang melampau..

0 Comments


Oh ya, Chelsea seri 1-1 tadi..Ak tak tahu nak kata apa, sememangnya kebodohan yang melampau..Kita dapat mendahului seawal minit ke-7 hasil jaringan Didi, yup, sememangnya perfect, tetapi aksi2 seterusnya, bagi aku dan sesiapa yang menonton, memang hampeh dan cukup memanaskan hati bagi Fan2 The Blues..Ini boleh dikatakan aksi terburuk kita season ini bagi aku, lagi teruk daripada lawan Inter..Ancelotti seperti aku katakan sebelum ini, memang perlu dikekalkan, ak sokong 100% tetapi tolonglah jangan melakukan taktikal yang pelik2 lagi..Formasi dari awal menunjukkan sememangya dia mahukan attacking, tetapi agak merisaukan kerana hanya 2 central midfield iaitu Lamps dan Mikel..Gol Awal menutup kelemahan ini namun di Second Half, Chelsea dipermainkan sepenuhnya di posisi tengah, tiada possesion dipegang, di manakah Ballack?? ak mengharapkan seorang midfield dimasukkan untuk menstabilkan keadaan, namun ternyata Carletto amat lembab ketika membuat keputusan, kita dibolosi di minit-70 selepas diasak habis-habisan..Dah kena sedas, baru nak tersedar, Deco dimasukkan untuk menguatkan midfield, tetapi dah terlambat, Blackburn sudah siap sedia meletakkan bas yang di parking sebaiknya dalam kotak penalti..Match berakhir seri 1-1..kita hilang 2 mata..Nampaknya harapan ak untuk mata maksimum 6 point minggu ini hanya bayangan semata2..Menentang Portsmouth Rabu ini adalah Hidup dan Mati..Kita perlu menang untuk merapatkan jurang dengan MU yang kini dibezakan 4 mata..Menang Rabu nie baru citer pasal Trofi EPL..


Sunday, March 21, 2010

2 Preview : Two Shot To The Top!!

2 Comments
Minggu ini Chelsea diberi peluang untuk mengukuhkan kedudukan lebih jauh di persada liga, 2 game akan ditempuh sekaligus malam ini (Blackburn) dan Rabu depan (Porstmouth) untuk menggantikan kekurangan match sebelum ini..6 mata penuh adalah WAJIB untuk dikutip kerana persaingan tiga penjuru untuk trofi EPL kini amat sengit..kekalahan Setan kepada team Tasik Hati aka Liver-pool malam ini amat dialu-alukan kerana sekiranya kita mampu meraih 6 point max, kita akan berada 4 mata di atas Setan dan 3 mata di atas kanak2 ribena Sengal..Walauapapun yang berlaku di Old Kerepot, kita akan berada di puncak liga, yang penting mata maksimum perlu dicekup..Abaikan result team lawan, fokus kepada prestasi kita sendiri coz sekiranya The Blues kekal menang, tiada sesiapa mampu mengejar kita..Two game to win, Two Shot To The Top!!

Harap pemain2 The Blues tak kecewa sangat penyingkiran dari CL minggu lepas..skuad Chelsea kebanyakan pemain2 senior dan experience, jadi ak tak risau sangat dengan mentaliti diorang, setakat tersingkir kejohanan2 nie ak rasa diorang dah lali..Fokuskan tumpuan, dapatkan kemenangan malam ini ke atas Hitam Terbakar (Black-burn) adalah permulaan yang baik untuk mendapatkan rentak kembali dan mengembalikan keyakinan yang kita masih team yang marvellous!!

Mengenai preview match malam nie, kita mulakan dengan update skuad, Cech dikatakan dah kembali training tapi masih doubtful, Turnbull akan menjadi pilihan utama kerana Hilario masih cedera..Aku harap jangan rush sangat kepulangan Cech kerana fitness dia amat penting untuk baki musim, Turnbull juga beraksi baik lawan Inter, tiada apa yang perlu dirisaukan..jika Big Pete betul2 pulih barulah dimasukkan..kecederaan pemain lain yang Hardcore2 seperti Bosingwa dan Essien macam biasa masih jauh dari full fitness jadi skip je la pasal diorang..Korang boleh usha list Wad Sakit kat blog nie untuk maklumat lanjut..Hanya Carvalho yang dah pulih sepenuhnya dari kecederaan..Bergantung kepada Carletto samada ingin menggunakan Alex atau Carvalho malam nie sebagai partnership JT..

Hitam Terbakar berada di tangga ke-12 liga, kedudukan pertengahan menunjukkan mereka tidak boleh dipandang rendah..Match malam ini juga akan diadakan di tempat lawan di mana match away masih lagi menjadi kerisauan jika mampu memberikan pengaruh kepada performance team The Blues..Harap tidak terlampau yakin, bermain seperti biasa dan ak yakin 3 mata dah tentu mampu diraih!!

Carletto dah pasti akan menurunkan barisan terbaik malam ini untuk mengembalikan maruah yang tercalar di Bridge minggu lepas..Formasi 4-3-3 akan menjadi pilihan utama, keseluruhan pemilihan pemain mungkin tidak perlu ada perubahan seperti minggu lepas walaupun kita tewas kepada Inter, dan pihak lawan kita kini hanya Hitam Terbakar, jadi tidak perlu rombakan besar-besaran..Bagi aku hanya Anelka sahaja yang perlu direhatkan..Prestasi hambar Frenchman nie dalam 2-3 match terakhir memang memanaskan hati aku yang berapi2..Kalou atau Joey adalah pilihan aku malam ini untuk beraksi di sayap kanan..

Formasi malam nie:

---------Turnbull---------
Ivanovic-JT-Carvalho-Zhirkov
----Lamps-Mikel-Ballack---
-----Kalou-Didi-Malouda----

Result Prediction : Hitam Terbakar (0) - Chelsea (2)

MATCH LIVE ESPN 11.55 MALAM

Match malam nie akan berlangsung selepas Clash Of The Tikus jadi sebarang result akan diketahui awal dan harap tidak akan mengganggu minda pemain The Blues..Harap Si Buncit Rafa dan El Nano-Nano boleh kasi favour kepada The Blues untuk memerahkan muka The Redface Pak Gasang nanti..KTBFFH!!


Sokongan untuk Tasik Hati


Saturday, March 20, 2010

3 5 Perkara Penting Jika Mahukan Piala Eropah

3 Comments
Masih jauh dari pandangan..

Piala Eropah merupakan satu-satunya trofi yang masih kosong dan tidak berisi tempatnya dalam kabinet Chelsea buat sekian lama..Maka tak hairan Roman dan kesemua Fan2 The Blues amat mengharapkan trofi ini akan hadir ke Stamford Bridge..Trofi EPL, FA Cup, Piala Carling sudah dirasai nikmatnya, hanya Piala Eropah belum diangkat penuh bangga oleh Terry mahupun Kapten2 The Blues sebelumnya..

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk kita mampu menggapai trofi ini, bermula sejak kita memenangi Premiership pada tahun 1955, walaupun baru sahaja memenangi Liga England, kelayakan kita ke Kejohanan Eropah dinafikan atas sebab2 politik..Sejak itu kita sememangnya lenyap dari aksi Europe, hampir 44 tahun menanti, Gianluca Vialli meneruskan development yang dibina oleh Gullit dan hasilnya kita berjaya layak ke Champions League pada September 1999..Walaupun agak lama tidak beraksi di kejohanan tertinggi, bukan bermakna Chelsea adalah budak hingusan, kejayaan mara ke suku akhir CL menempah nama Chelsea sebagai kelab yang perlu diberi perhatian, dan kejayaan menundukkan Barcelona 3-1 di Stamford Bridge mengesahkan The Blues bukan calang2 pasukan..tapi sayang, kita gagal mara kerana tewas dengan aggregat 5-1 di Nou Camp..Kemunculan dan kegagalan pertama menjelang alaf baru..

Aksi kemunculan pertama di Champions League September 1999

Kemasukan Roman memberi sinar harapan kepada Chelsea untuk memenuhkan impian untuk menjadi Raja di Eropah..kemasukan manager Jose Mourinho sebagai pemenang CL bersama Porto, serta beberapa pembelian mega transfer memberikan amaran kepada kelab2 lain The Blues benar2 serius ingin merangkul trofi ini..Namun setelah beberapa tahun berlalu, manager bertukar ganti, pembelian demi pembelian dilakukan, namun Piala Eropah masih sukar digapai..peluang terbaik adalah ketika musim 2007/08 menentang team setan..Hanya nasib dari penalti Terry menjadi penghalang dari para pemain The Blues ingin mencuit apatah lagi menjulang Trofi kegilaan ramai ini..Terbaru, kita disingkirkan oleh Inter, menambah lagi kegagalan sebelumnya dan agak irony kerana kita ditewaskan oleh manager yang dibawa dahulu ke Chelsea untuk memenangi Piala Eropah iaitu Special One..

Apakah yang perlu dilakukan lagi sekiranya kita mahu melihat barisan pemain The Blues menjulang Trofi Champions League?? Di sini aku senaraikan 5 perkara penting yang perlu dilaksanakan..

1) KEKALKAN ANCELOTTI..Cukuplah sekali kita melepaskan juara Eropah iaitu Mourinho, aku harap Roman mampu bersabar dan tak naik hantu dengan gelagat Donald Trump "You're Fired" tak tentu pasal, jelas Carletto sebagai pemenang Eropah perlu dikekalkan..Walaupun agak marah dengan taktikal bangang lawan Inter tempohari, ak yakin Carletto perlu diberi peluang lebih lama kerana di Milan dia tidak memenangi double CL dalam sekelip mata..pertukaran manager yang kerap hanya mengelirukan pemain dan tidak bagus dalam suasana di bilik persalinan..Carletto stay, skuad stabil, ak yakin trofi akan hadir nanti..

2)BINA SKUAD MILIK CARLETTO..rata2 pemain The Blues kini masih lagi acuan Special One..semenjak pemergian Jose, tak banyak perubahan dilakukan dalam pemilihan player, justeru membuatkan kita masih lagi dihantui dengan bayangan Mou..Roman perlu membantu Carletto mendapatkan player yang sesuai dengan taktikal Italians ini, di situ barulah kita dapat melihat kehebatan sebenar Pemenang Eropah ini..Bukannya bermaksud rombakan besar-besaran, pembelian 2-3 player pilihan Carletto sudah memadai..Mengapakah Jose hebat di CL season nie, tetapi tidak season lepas?? kerana musim lepas Jose inherit anak2 ikan kendalian Mancini..Musim ini, Ibrahimovic dibuang, dan kemasukan Lucio, Pandev, Sneijder dan Milito memberikan gambaran skuad kini 'milik' Mourinho..Taktikal perlu selari dengan player, jika tidak ia takkan menjadi..Harap Carletto mampu diberi masa membina pasukan 'miliknya' sendiri..

3) MUKA2 BARU..Seperti yang aku katakan sebelum ini, beberapa pemain yang sesuai dengan taktikal Carletto perlu dibawa masuk..Bagi aku, seorang pemain baru perlu dibeli bagi setiap posisi: Defender, Midfield dan Striker..tidak perlu pembelian borong beramai2 seperti Madrid, bagi aku sememangnya nonsense..Kemasukan muka2 baru + muda sebanyak 2-3 orang sudah memadai untuk 'refreshing' the squad..Pato adalah target wajib Striker season depan, mgkin Kjaer, Bruno Alves atau Subotic adalh calon defender, Midfield dengar kata Hamsik dah lanjut kontrak, jadi harapan ak pada Gourcuff atau Ozil sebagai calon succesor Lampard di masa akan datang..Ini hanya pendapat aku, jika Carletto mempunyai idea lain, ak harap dia mampu mencari pemain yang tepat untuk menyarung jersi biru diraja nanti..

4) UNCLE2 CHELSEA PERLU DILEPASKAN..Bukannya bermaksud perlu dibuang semua player yang berumur 30 an ke atas, hanya yang beraksi bagus sahaja perlu disimpan..Antara yang perlu keluar Deco dan Beletti....Player 30 an yang untouchables bagi aku hanya Lampard dan Didi..yang lain seperti Carvalho, Ballack dan Anelka bagi aku mungkin masih relevan, boleh extend setahun, itupun kalau setuju kurangkan gaji dan bergantung sekiranya tiada pembelian baru dari Carletto..

5) MENGGUNAKAN PEMAIN MUDA..Youngsters seperti Sturridge dan Kakuta bagi aku adalah darah2 muda yang boleh inject more pace kepada corak permainan kita yang lesu dengan tenaga2 pemain yang kebanyakannya sudah berumur..Di awal season ini pemain muda kita kerap diturunkan, mengapa berhenti di tengah jalan?? Sturridge bagi aku perlu lebih kerap diturunkan berbanding Anelka musim depan..Stoch yang beraksi bagus di Eredivisie membuktikan mereka mampu menjadi star jika diberi peluang..Meletakkan pemain muda sebagai pesaing juga mampu membentuk persaingan sihat di dalam team, skuad kini amat favour kepada veteran dan senior, jadi pemain utama akan bermain sambil lewa kerana tiada pushover yang mampu memaksa mereka beraksi semantapp yang boleh..Persaingan amat bagus dan hanya akan menguntungkan kelab kerana semua pemain akan beraksi baik untuk memastikan posisi mereka tidak dirampas..we can make our own young stars!!

Harap kita mampu melihat Terry menjulang Piala Eropah tidak lama lagi..Jika tak mampu dicapai dalam 2-3 tahun nie, must be something wrong dalam perancangan..Samaada dapat piala Eropah atau tidak, aku tak kisah kerana ak menyokong Chelsea seadanya, bukan kerana trofi, jika kita mampu mencapai impian ini bagi aku adalah bonus sebagai peminat The Blues..KTBFFH!!


Gambaran yang menjadi impian setiap Fan The Blues



Thursday, March 18, 2010

5 Post Match : Still Not Good Enough..

5 Comments
Masih belum mencapai Tahap 'Dewa'..

Mengenai match kelmarin, ak ingin mengatakan barisan skuad kita sememangnya tidak 'Up To Standard' atau tidak cukup bagus dalam mengawal barisan askar putih kendalian Mourinho dari Milan..Kekalahan 1-0 ke atas Inter sekali lagi menjadi kekecewaan untuk Fan2The Blues yang begitu mengidamkan Kejuaraan Eropah..Musim ini sekali lagi kita gagal, next time mungkin??

Untuk membandingkan kedua2 team di atas kertas, kedua2 team menampilkan formasi yang sama iaitu 4-3-3 , tapi bagi aku Chelsea mempunyai kelebihan kerana beraksi di home dan barisan pemain The Blues lebih superior berbanding Inter, tetapi di atas padang, ceritanya berlainan..

First half, walaupun agak kurang bergerak pantas di awal permainan, sedikit demi sedikit, pemain Chelsea semakin serasi dengan corak permainan dan kita mula menampilkan beberapa siri serangan bertali arus ke kubu Inter..Maicon sememangnya kebal di posisi kiri mendiamkan Zhirkov dan Malouda, tetapi apabila kita cuba menyerang dari tengah, jelas masih ad peluang untuk menembusi gawang Inter dengan Samuel kelihatan agak lemas dengan tugasan mengawal Didi The King..Walupun masih gagal menjaringkan gol, bagi aku Chelsea masih mengawal match, dan di Second Half, ak yakin gol kemenangan mampu dicari..

Second Half, awal match bermula agak hambar dengan 4 kad kuning dilayangkan kepada Motta, Lucio, Malouda, dan Didi..tetapi Carletto melakukan kesilapan besar selepas itu, Ballack dikeluarkan dan Joe Cole dimasukkan untuk memberikan lebih impak serangan..Ak agak kaget, tanpa Ballack, siapakah yang akan mengawal Sneijder?? Jawapan ak terjawab selepas itu, TIADA!! Kehilangan Ballack jelas membiarkan Lampard dan Mikel terkapai2 mencari sumber inspiras dan kekuatan tambahan di posisi tengah..Sneijder, seperti anjing gila yang terlepas ikatan, seperti Dr Hannibal Lecter yang keluar dari kurungan, The Dutchman kembali bermaharajalela tanpa Ballack mengganggu..

Diinspirasikan oleh Sneijder, jelas Inter back on game, dan dengan mudah Dutchman nie merencana serangan2 ke atas kubu Chelsea yang kian lemas dan sukar bernafas..Pengeluaran Zhirkov dimasukkan Kalou jelas memudahkan tugas Special One..Tanpa defender, ak tak pasti apakah yang cuba direncanakan oleh Carletto berdepan team sekental Inter yang kian giat menyerang..Hasilnya kita dibolosi di minit ke-80 oleh Etoo hasil hantaran Sneijder..Kad Merah Didi hanyalah aksi2 bodoh di sebalik kegagalan Chelsea mara ke pusingan seterusnya..Kita boleh dikira bernasib baik tidak dibolosi kali kedua selepas Bulldozer menyelamatkan shot dari Etoo secara one on one..Lupakan mengenai referee, kita harus akui, kita dikalahkan sepenuhnya dari semua sudut, taktikal mahupun corak permainan, di dalam dan di luar padang..

Bayangan yang kian menghantui Bridge..

Buat masa ini, Special One got his last laugh, dan mungkin bayangannya semakin sukar dipadamkan di Bridge..ak harap kita akan bertemu lagi dengan Inter season depan, samada di Group Stage ataupun Knockout dengan skuad yang lebih mantap!!

Whats Next?? Memang kita mengalami aksi terburuk di Bridge kelmarin tapi ak yakin masih ad perkara positif yang boleh dilihat dari pertemuan nie..

1) Turnbull sememangnya Superb..Lupakan Hilario, ak yakin kita sudah ada pengganti utama selepas Big Pete, tidak mustahil juga dia bakal menjadi Keeper utama suatu hari nanti..Di sebalik umur yang muda dan pengalaman yang terbatas, Bulldozer sentiasa tenang, tidak gentar sepanjang match dan crucial save menafikan gol kedua Etoo membuktikan bakat keeper muda ini..

Sememangnya Bulldozer!!

2)Malouda mampu menjadi Left Winger bertaraf Dunia..walaupun agak sukar melepasi Left back Inter, bagi aku kerana Maicon adalah World Best Right Back kini..Namun di First Half Malouda beraksi bagus dan kadangkala dia agak threatening berbanding Didi..Shot di first half yang ditampan Samuel menunjukkan sekiranya diberi lebih banyak peluang dan confidence, ak yakin dia mampu menjadi lebih mantapp!! Buat masa kini, posisi Left Wing sememangnya sudah establish untuk Malouda..

3)Zhirkov adalah defender yang yang bagus..pembelian yang masih belum menunjukkan value sebenarnya bagi aku, namun sekiranya kekal dari injury, ak pasti dia akan memainkan peranan yang penting dalam kempen musim ini..tackle yang cantek untuk menafikan Pandev adalah antara aksi terbaik Yuri, namun kekentalannya menyekat Maicon dari mara ke atas adalah bukti kehebatan sebenar pemain Russia ini..Tak terkejut kita dibolosi sebaik sahaja dia dikeluarkan..

4) Penyingkiran dari CL memang perit tetapi sekurang2nya akan membantu kita dalam aksi liga..Fixture kita akan menjadi kurang busy dan para pemain kita yang kebanyakannya sudah agak tua dapat berehat untuk lebih lama justeru mengurangkan risiko kecederaan yang kerap membelenggu kita musim ini..Dengan pesaing utama MU dan Arsenal masih dalam kejuaraan Eropah, harap sedikit sebanyak fokus mereka akan terganggu dan mencicirkan mata..Fokus Utama kini-Premiership!!

5) Season ini bukanlah musim terburuk untuk The Blues..Kita masih ada Premiership dan FA Cup untuk dikejar..Sekiranya kita mampu merangkul kejuaraan Double, tak mustahil ini akan menjadi antara musim terbaik kita, dengan FA Cup bagi aku sudah hampir pasti dalam genggaman, dan di Epl kita merupakan antara calon utama Juara EPL season nie..hanya dua mata dari Top Spot, one game in hand..9 match ingin dilalui lagi, sekiranya kita mampu meraih point maksimum, ak yakin Trofi EPL akan dibawa berarak di Kings Road hujung season nie..Setakat ini Jose memegang rekod musim terbaik pada 2004/2005 apabila kita memenangi EPL+ Carling Cup..Sekiranya Carletto mampu membawa EPL + FA Cup untuk season 2009/10 ini, Special One tidak akan diingati lagi sebagai 'the only special'..

Kejuaraan Eropah akan datang sekiranya kita betul2 sabar dan mempunyai skuad yang marvellous dan Unity..Carletto tidak memenangi Champions League sebaik sahaja dia menjejakkan kaki di Milan..Masih ad banyak progress yang perlu dilakukan, tetapi ak yakin sekiranya kita bersabar dan membiarkan Carletto menjalankan tugasnya untuk membentuk team acuannya sendiri, Trofi Champions League akan hadir ke Stamford Bridge!! Keep Faith, Keep Supporting, Keep The Blues Flag Flying High!!



Jose : Carlo, peciter nie?? Kata hebat sangat kat Eropah?!

Carletto : Ala, aku bagi muka kat ko depan Fan Chelsea sebab ko legend diorang..Champions League nie season depan la aku amik balik..