Berita Alex dan Anelka menghantar transfer request bukan sesuatu yang baru namun implikasinya amat jelas. Bahagian pertahanan adalah yang paling bermasalah selepas Alex bakal berpindah manakala Luiz dan Iva mengalami kecederaan sekaligus meletakkan JT sebagai satu-satunya Centre Back yang available. Anelka pula nampaknya tak menunggu masa yang lama untuk mencari lubang baru, dan lubang itu nampaknya di China apabila mengesahkan perpindahan dua tahun ke Shanghai Shenhua pada Januari. Bukan itu sahaja, Piala Afrika yang akan berlangsung pada Januari juga menyebabkan pengecilan skuad ekoran ketiadaan Mikel, Drogba dan Kalou yang akan mewakili negara masing-masing.
Jadi pembelian atau opsyen yang lebih murah, iaitu pinjaman pemain adalah sesuatu yang hampir pasti akan berlaku. Ini turut diakui oleh AVB."We will have to respond quickly in the market", jelas beliau.
Siapakah target utama Chelsea musim sejuk ini?? Berikut rangkuman pemain yang bakal dijual dan dibeli pada bulan Januari.
OUT
Nicolas Anelka
Deal : Agreed
Transfer to : Shanghai Shenhua
Semakin dipinggirkan oleh AVB hasil kecemerlangan Sturridge yang berjaya merebut kesebelasan utama, tiada pilihan lagi buat Nico untuk membawa diri. Dan ini adalah perpindahan ke -10 sepanjang kariernya setakat ini.
Alex
Deal : No offer yet
Possible transfer : Arsenal, Juventus
Seperti Anelka, juga telah menghantar transfer request dan diterima dengan baik oleh AVB dan kelab. Masih belum mendapat sebarang tawaran namun hampir pasti akan dijual ekoran keengganan AVB untuk menurunkan kembali pemain yang tidak komited kepada kelab.
Florent Malouda
Deal : No offer yet
Possible transfer : Anzhi Manchakala
Menurut laporan kelab kaya Russia ini bersedia menawarkan gaji setinggi 150,000 seminggu kepada Flo sebagai umpanan. Semakin diketepikan oleh AVB dengan prestasi hebat Mata, mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk Flo mengangkat kaki.
Salomon Kalou
Deal : No offer yet
Possible transfer : Anzhi Manchakala, Locomotiv Moscow
Turut diumpan dengan gaji 120,000 seminggu oleh Anzhi, Kalou bakal mengikut jejak Malouda sekiranya kedua-dua pemain ini setuju berpindah ke Russia. Kelab Locomotiv Moscow juga menaruh minat kepada Kalou yang hanya kerap menjadi super subs sepanjang berada di Chelsea.
Fernando Torres
Deal : No offer yet
Possible transfer : Malaga, Milan
Flop?? Tak tahu bagaimana mahu menggambarkan situasi Nando di Chelsea yang kejap turun kejap naik. Kini diketepikan oleh Didi sebagai starting centre forward, tak mengejutkan jika Torres mahu kembali ke Sepanyol atau ke Itali untuk mengambil nafas baru dalam kariernya yang semakin suram.
IN
Gary Cahill
Deal : No offer yet
Possible transfer : Chelsea, Spurs
Perpindahan yang hampir pasti akan terjadi. Malah Owen Coyle juga mengesahkan Chelsea adalah antara kelab yang berminat mendapatkan Cahill. AVB pula berkata Centre Back adalah Top Priority untuk dibeli sebagai pengganti Alex. Dengan harga 7m, sudah tentu ianya amat berbaloi apabila memandangkan suatu ketika harga Cahill pernah melonjak kepada 20m dahulu.
Milos Krasic
Deal : No offer yet
Possible transfer : Chelsea, Man U
Antara pemain star yang menjadi lebihan di Juve, Krasic kini sedang mencari kelab baru. Berkemungkinan diambil sebagai pinjaman, Krasic bakal menggantikan Anelka yang berpindah sebagai right winger sekaligus membolehkan Sturridge bermain sebagai Centre Forward. Namun kelab Setan Merah turut mengintai peluang mendapatkan Krasic. Jika dia Chelsea kita ada Iva untuk memujuk Krasic, Manure pula ada Vidic. Siapa cepat dia yang dapat!!
Jack Rodwell
Deal : No offer yet
Possible transfer : Chelsea, Man U
Dianggap sebagai pengganti kepada Lampard, Rodwell memang bintang yang sedang menyinar. AVB sudah menafikan tawaran sebanyak 20m untuk Jack The Ripper, tetapi ia nampaknya takkan menghalang media untuk terus membuat sebarang spekulasi.
Luka Modric
Deal : No offer yet
Possible transfer : Chelsea, Man U
Saga yang tak berkesudahan. Luka sememangnya amat perfect sebagai pelengkap buat Chelsea, namun Levvy takkan membiarkan ia berlaku dalam masa terdekat. Harapan yang bakal hanya menjadi harapan bulan Januari ini.
Higuain
Deal : No offer yet
Possible transfer : Chelsea, Juventus
Jika Torres dijual, bermakna Higuain sudah tentu akan menjadi target utama oleh AVB. El Pipita yang mempunyai finishing menakjubkan memang dikehendaki di Chelsea apatah lagi selepas dia jarang mendapat tempat di Madrid. Jika terpaksa, mungkin AVB boleh menggunakan hubungan isimewa dia sebagai anak murid Jose untuk mendapat persetujuan Special One melepaskan Higuain.