The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, October 31, 2009

0 Misi menghapuskan badi

0 Comments

Malam nie skuad The Blues akan bertandang ke Reebok stadium untuk match liga menentang Bolton, situasi yang berbeza selepas 3 game berturut2 berada di home..Selepas 3 kemenangan besar skuad Chelsea boleh dikatakan berada di prestasi terbaik kini tetapi masih ingat lagi kejadian di Villa Park?? Walaupun baru je lepas menang ngan fool team kita tewas mengejut ngan ASSton dalm fixture seterusnya..dan kejadian malang di Wigan sebelumnya turut jangan dilupakan..Prestasi di Away match masih lagi meragukan dan kemenangan malam nie amat penting bagi menghapuskan sumpahan di tempat lawan..

Carletto telah menyuarakan pendiriannya dengan mengatakan tiada pertukaran formasi akan dilakukan untuk away match kerana dia yakin dengan skuad yang ada skrang..Mengenai wad sakit Bridge, kedua2 left back utama Ashley Cole (gashed leg) dan Yuri Zhirkov (ankle) masih dalam kuarantin diikuti oleh Jose Bosingwa (knee) dan Jon Obi Mikel (foot)..Ivanovic ngan Kalou masih dalam pemerhatian lepas kecederaan kecil di Carling Cup..

Yuri Zhirkov yang masih lagi belum bermain untuk skuad utama Chelsea sekarang tengah dilanda kecederaan yang bagi aku memang mengecewakan sebab terjadi berulang2 kali..Kecederaan lutut die nie agak merisaukan sebab nampak teruk dan mgkin memerlukan pembedahan..Kalau operate memang berbulan2 le baru boleh men balik..

"I suffered a painful blow on the knee early in the game against Germany," Zhirkov said. "It ached a little afterwards, but there was no sign of a continuing problem.

"After the match with Atletico, the knee swelled up terribly and the doctors couldn't explain exactly what was happening.

"There was even a theory that my body was reacting to a complete change in climate, food and every else. There was talk of an operation, but now, after pumping out liquid on the knee, it is more or less normal, thank God."

Kecederaan ash sepatutnya boleh dijadikan peluang untuk Yuri masuk ke first team tapi dah dua2 injured naseb bek ad Belletti ngan Ferreira backup..Harap2 die cepat sembuh pasnie..

Seperti Ancelotti ak yakin xde perubahan besar yang perlu dilakukan sebab player2 sekarang dah mampu menunjukkan gaya permainan yang mantap..Cuma jangan la buat kesilapan2 bodoh seperti game away match sebelum nie..Deco yang beraksi hebat di Carling Cup haritu mungkin akan cuba mengintai peluang di posisi tengah yang bagi aku memang kompetitif persaingan antara player2 untuk merebut tempat di bahagian diamond kerana semua player seperti Malouda turut menampilkan prestasi yang hebat..Tapi buat masa ini ak rase Carletto akan stick dengan player yang beraksi semasa menentang Blackburn minggu lepas..

Formasi malam nie :


----------------Cech------------------

Ivanovic—JT—Carvalho—Belletti-----

---Essien---Ballack---Lampard-------

----------------Cole------------------

-----------Nik--------Didi------------


Team setan tu men lambat sket malam nie jadi kemenangan akan bagi pressure dengan meninggalkan diorang 5 mata di atas kasi diorang makan asap banyak sket haha..Dan ak harap Di Santo akan men dan score lawan team setan 2 hehe..Match LIVE kat Star Sport malam nie pukul 10.55 malam..KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

Match Prediction : Bolton 1- Chelsea 3

Friday, October 30, 2009

0 VaRiaSi

0 Comments


Kehebatan Chelsea yang memperoleh tiga kemenangan berturut2 dengan 13 gol dijaringkan adalah berpunca daripada kebolehan skuad Chelsea untuk berubah formasi dalam permainan dengan variasi pemain yang fleksibel dan sukar dibaca oleh pihak lawan..Formasi diamond Ancelotti bagi aku mmg unik dan boleh berubah2 dan ia sememangnya berkesan!!..

Meletakkan keempat2 playmaker di bahagian ini kita akan mendapat satu corak permainan yang agak slow tapi passing yang menarik dan possession yang lebih seperti ketika menentang fool...Jika winger dimasukkan, kita akan mendapat corak permainan yang lebih laju dan skill sepertimana yang dilakukan oleh Joe Cole dan apa yang menarik perhatian aku adalah seorang pemain itu tidak terikat di satu posisi2 semata2..Ballack boleh bermain sebagai attacking atau defensif..Deco kadangkala beraksi sebagai wing di bahagian kanan atau merencana serangan di bahagaian tengah..dan strategi ini memang mengena bagi team lawan yang menggunakan taktik Zone Marking..

Pak Uda yang score lawan Bolton aritu pon sependapat dengan ak..haha ko memang best r pak uda..

"The threat comes from everywhere in our team and that's going to be our strength this season," Florent malouda told the Evening Standard.

"We don't have to depend on one player. Obviously in a season you can have moments when someone is not in form or has the capacity to score.

"We have quality throughout the squad. It's important every player shows it when he has an opportunity to do so. That's our strength at the moment because people are doing just that.

"Everyone can score with the movement we have and the quality of our passing game. We have improved a lot with the system.

Walaupun di awal musim skuad kita masih mengharapkan Didi dan Nik untuk menjaringkan gol tapi ak boleh lihat lama kelamaan seluruh skuad dah dapat memahami gaya permainan dan corak serangan yang dimahukan oleh Ancelotti.. ak harap ia dapat mengurangkan beban yang dipikul didi dengan semua player sama2 berusaha menjaringkan gol..Deco, lampard, Ballack, essien, malouda dan Joe bagi aku sudah mampu untuk sama2 menjana satu gandingan dan chemistry yang mantap di bahagian tengah dan merobek gawang lawan dalam musim nie..

Umpama Milan di ambang kehebatannya, ak boleh membandingkan Joe cole selaku penggerak utama midfield Chelsea seperti kaka atau rui Costa..kenapa tidak lampard?? Walaupun Frank hebat, tapi die kurang skill dan kelajuan seperti yang dimiliki Kaka..ak anggap Lampard seperti Seedorf atau pirlo kerana die lebih mahir dalam hantaran jauh, bijak dalam membaca permainan dan mempunyai rembatan yang padu..Boleh bermain sebagai winger, attacking midfielder atau supporting striker merupakan kelebihan Joe sebagai player serangan yang versatile..Jikalau die boleh kekal dari kecederaan musim nie ak yakin die boleh menjadi antara pemain terbaik Chelsea musim nie..Carletto sendiri mengakui kehebatan Joe Cole.."He is Genius" adalah ungkapan pertama yang dikatakan oleh beliau selepas melihat aksi menakjubkan menentang Blackburn.. Di bawah bimbingan Ancelotti selaku mentor Kaka sudah tentu dia tahu apa yang diperlukan untuk membawa Joe ke tahap yang lebih tinggi...NOTHING IS IMPOSSIBLE

Thursday, October 29, 2009

0 So Four, So Good

0 Comments
The Blues mara ke Suku Akhir Carling Cup dengan menjadikan Bolton team ketiga yang dibelasah di Kubu Bridge dalm masa seminggu selepas Atletikus dan Blackburn.. Selepas aksi yang menakjubkan menentang Madrid, skuad Chelsea seolah2 dirasuk rasukan ablasa sehingga x berhenti2 menjaringkan gol manakala gawang gol kite lak sentiasa selamat dan x bocor..4-0, 5-0 dan 4-0..Fortress Bridge sememangnya berhantu!!

Match pagi tadi dapat r ak tgok dgan feeling LIVE sebab ak mencuba untuk xtgok result..pas Subuh je trus ak usha kay TV dan sememangnya berbaloi tgok game nie..walaupun 7 pertukaran dilakukan pada first team (tgok preview) , corak permainan Chelsea tetap rancak dan sempoi macam bese tambah2 ade G.I Joe dan skill2 giler babas die mmg puas ati la sape tgok game nie..

Gol2 dijaringkan oleh Kalou, Malouda, Deco dan Drogba..Hilario mula sebagai starter tapi injured di awal match dan digantikan dengan Cik Rose duta Redbull (Ross Turnbull) dan sememangnya BULLeh!! Turnbull dalam game nie ak tgok pnuh keyakinan untuk membolehkan Chelsea memperoleh 3 kertas putih berturut2....dengan muke selambe die sambut bola tinggi dan shot2 team Bolton seolah xde ape2 yang berlaku dan dengan harga free transfer, die nie sememngnya pembelian yang berbaloi!!..Bagi aku Chelsea antara team yang bertuah kat EPL sebab mempunyai tiga keeper yang berkelas; Cech, Hilario dan Turnbull...tgok r kat Big 4 yang len kalau xde keeper utama diorang memang mengah la diorang nak jaga gawang sure bocor punye..

Ak xnak ulas panjang2 ak rase korang leh tgok sendiri perjalanan game nie kat highlight kat bawah..Ak cume nak ulas sikit je pasal game semalam antaranya Sturridge pemain muda yang diturunkan sebagai starter di depan dengan Kalou memang banyak melepaskan peluang dan boleh dikatakan finishing die mmg lemah dan tumpul macam pisau berkarat..Geram gak ak tgok sebab Deco ngan Joe dah kasi assist baik punye kat die leh lak die buang camtu je...mgkn jarang diturunkan menjadi punca tapi chance die nie nak men mmg kurang so ak harap bile Ancelotti bagi die peluang lagi pasnie die akan gunakan dengan sebaiknya..

Joe Cole dan Deco memang man of the match semalam dan bagi ak gandingan diorang kat tengah memang antara yang terbaik kat EPL skang..banyak skill, passing yang accurate dan finishing yang gempak dari Deco, manakala Joe pn xkurang hebat dengan dua assist..Tanpa Lampard dan Essien midfield kita mmg bergerak dan ak leh nampak xde masalah kat bahagian nie untuk Piala Afrika nanti..Midfield kita mmg bahagian terkuat kite sekarang nie..Cume sayang Joe masih xdapat gol walaupun dah menampilan aksi superb dalam dua match terakhir..harap game pasnie dapt r sebijik dua haha..GO JOE!!

Match pasnie menentang Bolton balik kali nie untuk aksi liga dan away dari home..harap tuah di Stamford Bridge akan dibawa bersama2 sebab kat away sekarang nie form kita still teruk..last dua match away dua2 kalah..Sesuatu yang perlu diperbaiki jika ingin menjulang trofi EPL tahun nie..KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

Match Highlight :



0 Carling Cup : Ancelotti beri Kejutan

0 Comments

Carletto bikin kejutan untuk match menentang Bolton dengan telah menyenaraikan awal2 barisan utama yang akan beraksi pagi besok..satu keberanian atau perang psikologi semata2?? Barisan skuad untuk cup yang dikira ketiga terpenting di England nie keseluruhannya majoriti player yang jarang bermain untuk first team dan player2 yang baru pulih dari kecederaan untuk mengembalikan fitness diorang..walaupun meletakkan second team, skuad yang bakal diturunkan tetap mantap dengan superstar seperti Ballack, Deco dan G.I joe untuk mengetuai pasukan yang bagi aku dah mencukupi untuk menewaskan Bolton.. Chelsea ingin melebarkan rekod kemenangan 10 game berturut2 kat home season nie..Di Lembah Maut Bridge ak pasti takde team lawan akan terselamat haha..

Skuad malam nie:

--------------------Hilario-------------------

---Belletti ---Ivanovic—Alex---Ferreira-----

----------Ballack—Deco----Malouda---------

--------------------G.I Joe------------------

---------------Kalou---Sturridge------------

Subs: Ross Turnbull, Jeffrey Bruma, Nemanja Matic, Michael Essien, Frank Lampard, Fabio Borini dan Didier Drogba.

Jika keadaan memerlukan, Didi dan Frank sedia membantu..JT dan Anelka tiada dalam skuad untuk memberikan rehat sepenuhnya dan tindakan yang bagus sebab diorang dua nie boleh kata dah men setiap game Celsi musim ni..campur ngan main untuk negara lagi ak rase Carletto sememangnya mengambil berat mengenai player die dan player harus diberi sedikit ruang bagi diorang memulihkan stamina dan mengembalikan fokus dalam permainan..

Apa yang menarik perhatian aku adalah kelibat Sturridge..bersama dengan Kalou, sturridge akan diberi peluang untuk membuktikan kehebatan die selaku antara bintang baru yang bakal menyinar di Bridge..mungkin masih jauh lagi untuk memecahkan dinding untuk masuk ke first team tapi jika dia menampilkan aksi yang hebat, sudah tentu Carletto akan berpeluh memikirkan selection striker nanti dan ini perkembangan yang positif terutamanya peluang untuk posisi penyerang lebih terbuka semasa Piala Afrika nanti..player muda baru Matic dalam subs dan belum pernah diturunkan lagi oleh Carletto..ak pun xpenah tengok die men jadi ak harap dapat tgok aksi die r nanti..

Match LIVE xde kat Astro..die tayang game sengal vs fool wtf..Game Chelsea vs Bolton DELAYED pukul 545 pagi Khamis (esok)Supersport..Kalau nak merasa live jangan la tengok result, tido awal dan tgok pagi nanti..ak wat camtu nanti hehe..Go Go Chelsea!!

MATCH PREDICTION : CHELSEA 2 - BOLTON 0

p/s : Sorry geng ak lambat wat post harini sebab internet slow r..

Tuesday, October 27, 2009

0 Aguero...again??

0 Comments
Chelsea kembali dalam misi memburu Sergio Kun Aguero Januari ini selepas Atletico sedia mendengar sebarang tawaran untuk player argentina nie..sume nie bakal terjadi kalau pemohonan rayuan untuk transfer ban terhadap Chelsea berjaya diterima oleh FIFA..Keputusan rayuan nie boleh diketahui sebelum Krismas nanti..harap2 ada la berita baik..

Atletico director Miguel Angel Gil Marin mengatakan : "Chelsea offered £42m for Kun and Real Madrid bid £33m for Diego Forlan. If they want a new horizon, Atletico will evaluate it."

Chelsea sekarang nie mmg tengah berusaha nak beli striker sebab akan kehilangan Kalou dan Drogba bulan Januari nanti untuk piala Afrika..Kehilangan dua2 Ivorian nie akan meninggalkan Nik, Strurridge dan mgkin Di Santo( kalau dipanggil balik dari loan) sebagai striker yang ada..Kalu ada yang injured mmg mengah la skuad kita time 2..Essien dan mikel pon akan turut serta tapi tak membimbangkan sangat sebab Lampard, Ballack, Joe Cole dan Deco mmg superb dah walaupun ad yang jugak transfer rumours mengenai kemasukan Van Der Vaart, Hamsik dan De rossi..

Satu je x best sbb Aguero nie kalo dapat Jan nanti die xbleh men untuk Chelsea dalam CL (sama cam kes Arshavin season lepas)..satu kerugian tapi xkisah r sekurang2 nye die leh tolong kat EPL..Kalo xdapat pn xpe ak masih ad harapan kat Di santo..hehe

Sunday, October 25, 2009

0 5 Star Show!!

0 Comments

The Blues meneruskan rentak kemenangan dengan membelasah Blackburn rovers 5-0..Permainan yang tersusun, Passing yang cantik, Skill yang memukau dan Finishing yang superb merupakan antara elemen yang Berjaya ditonjolkan oleh barisan player Chelsea semalam..Corak permainan yang amat menghiburkan berjaya diterapkan oleh Carletto kedalam pasukan dan ini sememngnya antara aksi terbaik team kita season nie..Sememangnya 5 bintang!!

Ketiadaan Ash dan Boxing tidak dirasai sebab Ivanovic dan Belletti yang turun selaku pengganti sememangnya tidak mengecewakan..Carvalho kembali selaku CB..Tapi apa yang menggembirakan ak adalah kembalinya Joe Cole dalam starting line up..nie merupakan penampilan pertamanya dalam skuad utama selepas musim kecederaan yang panjang..Rovers sememangnya menempah maut awal dengan startin lineup tanpa Samba, Dunn dan Di Santo..Kunjungan ke Lembah Maut Bridge sememangnya satu kesilapan besar diorang malam semalam..

Chelsea berjaya membuka jaringan pada minit ke-21 apabila Givet own gol berpunca dari hantaran lintang Nik..Didi cuba menambah gol ke-2 Chelsea dengan rembatan padu ala2 shaolin soccer dari luar kotak penalti berjaya ditepis keluar oleh Robinson Crusoe..Chelsea kembali mengasak dan Robinson sekali lagi menjadi penyelamat apabila berjaya menepis volley dari Terry membolehkan separuh masa berkahir dengan 1-0..

Second half bermula dan seperti ketika menentang Madrid, Chelsea tak menunggu lama untuk menambah gol kedua dengan kali nie Lampard muncul selaku scorer dengan rembatan dari jarak dekat hasil hantaran Didi...Rovers semalam memang hampeh sebab selalu bukak ruang untuk player2 Chelsea menyerang..Essien mengeksploitasi keadaan tersebut dengan rembatan deras dari luar kotak umpama Peluru berpandu dengan kelajuan 2.5 Mach..Selepas itu Chelsea mendapat sepakan penalty apabila Didi dikasari oleh Nelsen..Lampard seperti biasa tidak silap dan menjaringkan gol ke-3 die dalam 2 perlawanan..Didi meneruskan konsistensi die selaku penjaring tetap The Blues apabila menanduk masuk gol kelima Chelsea hasil corner Ballack..bagi aku die mmg layak mendapat gol malam nie sebab die banyak berkorban untuk team dan assist untuk teammate die yang lain..

Dengan 3 mata konfem dalam tangan, Carletto melakukan beberapa pertukaran dan Fereira dan 2 pemain muda Chelsea iaitu Bruma dan Sturridge dibawa masuk..Substitute nie mmg positif dan membolehkan pemain muda nie dapat experience dalam match kompetitif seperti EPL..harap diorang leh dapat banyak peluang lagi pasnie..

Joe Cole yang dibawa keluar mendapat standing ovation dari penonton dan ak mmg terhbur dengan corak permainan Joe semalam; banyak skill, lincah dan cergas dan nie menunjukkan die still antara pemain terbaik untuk skuad Chelsea walaupun dah lama berehat..ak harap die dapat kontrak baru xlama lagi..Bagi aku die sememangnya sesuai diletakkan sebagai pemain di belakang 2 striker..Setelah Carletto beberapa kali melakukan eksperimen dengan Lampard, Malouda dan Deco gagal di posisi ini, ak rase Joe Cole adalah Jawapan tepat dan merupakan pelengkap strategi Diamond Ancelotti yang semakin hari semakin mantap..

Dengan kemenangan nie kita berada di puncak liga dan ak harap MU kalah di tangan Libepul malam nie..CHELSEA TILL I DIE!!

Highlight :



Saturday, October 24, 2009

0 Young & DUNNgareous

0 Comments
Skuad The Blues yang masih lagi segar dengan kemenangan besar ke atas Atletico Madrid akan melayan kunjungan Blackburn Rovers malam nie..Jikalau menang kita akan berada di puncak liga sekurang2 nya untuk 24 jam sebelum match Liverpool-ManU malam sok..

Skuad Chelsea malam nie mgkin tidak akan disertai oleh Manager Carlo Ancelotti sebab terpaksa pulang ke Itali kerana bapanya sakit..Semoga cepat sembuh..Ray Wilkins akan diberi tanggungjawab mengemudi team untuk meraih mata penuh..naseb baik jumpa blackburn je kalo big 4 susah gak r ancelotti xde..ak yakin Wilkins mempunyai banyak pengalaman dan pasti Ancelotti sudah memberikan panduan kepada Ray tentang bagaimana strategi untuk mengatasi Rovers..

Dunn mmg dangerous dan merupakan antara player yang perlu dirantai oleh player the Blues dalam match ini..prestasi die tengah meningkat naik skang dan die nie mmg berbahaya terutamanya dalam situasi corner..manager Allardyce yang terkenal di Bolton dulu dengan corak permainan kasar dan bola tinggi semestinya mengalu2 kan sebarang kesilapan set-pieces dari barisan pertahanan Chelsea sepertimana yang berlaku di Villa Park..

Mengapa aku tidak berbicara mengenai YOUNG wonderkid Di Santo?? Bagi sape yang xtau nie sebab malam nie die xbleh men tok Rovers sebab still dalam kontrak dengan Chelsea..nak elak ada unsur2 rasuah r nie haha..hampa gak aku xdapat tengok die men tapi dengar cite die nie mmg tengah perform untuk blackburn dan mgkin satu kelegaan die xde lam lineup team lawan kurang sket ancaman..papepon Di santo mmg best dan harap die kembali Jan nanti sebagai player yang lebih hebat..

Ad 3 player yang dah konpem xmen malam nie; Boxing, mikel dan zhirkov..hmm ak kesian tol kat zhirkov baru sembuh da injured balik..dah la xsempat lagi nak tunjukkan kehebatan die kat fan..ak harap die cepat sembuh dan fit semula sebab ak tgok video die kat CSKA Moskow mmg gempak r die nie men sbg winger..Joe cole mgkin bakal diturunkan sebagai kesebelasan utama buat pertama kali dalam musim nie..yahoo no offense untuk deco tapi ak lagi suka kalo dapat tgok G.I Joe men..

Jikalau dapat bermain seperti menentang Madrid, ak yakin kita bleh menang besar lagi malam nie..Defend rovers mmg tgah semput pon skang nie..Jangan lupa kita main di Stadium Keramat Stamford Bridge yang menjadi tempat persemadian team2 lawan setakat nie..Kite mmg kuat kat Bridge season nie dan ini mengingatkan ak kat rekod yang dimulakan oleh Jose-86 match unbeaten at Home..Harap2 ini satu permulaan untuk mencatat rekod baru haha..

Match Sabtu kul 12.30 tgah malam
Prediction : Chelsea 3-Rovers 0

Friday, October 23, 2009

0 Super Frank atasi Greaves

0 Comments
Frank Lampard yang menjaringkan gol ketiga menentang Atletico Madrid kelmarin telah berjaya menambah lagi koleksi golnya untuk Chelsea dan menempatkan dirinya di kalangan 5 penjaring terbanyak sepanjang zaman skuad The Blues dengan 133 gol dalam 422 match keseluruhan.

Frank yang tidak menjaringkan gol sejak Ogos lepas akhirnya berjaya memecahkan badi tersebut dengan rembatan yang cantik dari luar kotak penalti untuk gol pertamanya dalam 9 perlawanan. Selaku pemain yang kerap menjaringkan gol, kemarau jaringan sedikit sebanyak memang menganggu fikirannya dan Lampard mengakui dia amat lega dengan jaringan tersebut sekaligus menepis segala kata-kata kotor media..

“When you are used to scoring fairly regularly, and the goals don’t come, people start asking questions, and sometimes my finishing hasn’t been quite what it was last season,” Lampard said.

“But I always believed they would come and, after a bit of a barren patch, hopefully I’ll go on to score some more now.”

Rekod jaringan Lampard memang menakjubkan kerana dia bermain selaku midfield dan bukannya striker. Rembatannya yang padu dan tepat ke arah gawang lawan sememangnya menjadi senjata utama Lampard untuk terus menyumbat gol demi gol dalam kariernya. Tambah menakjubkan gol terbarunya ke-133 tersebut telah membolehkan dirinya mengatasi seorang lagi legenda The Blues iaitu Jimmy Greaves

James Peter 'Jimmy' Greaves yang merupakan striker legenda The Blues telah menjaringkan 132 gol dalam 169 match untuk Chelsea. Player kelahiran London nie juga merupakan penjaring ketiga terbanyak sepanjang zaman untuk England. Die nie mmg prolifik dan boleh dikatakan antara penyerang terbaik yang pernah dimiliki oleh Chelsea dan juga England suatu ketika dulu.

Chelsea all-time top scorer :
  1. Bobby Tambling (202)
  2. Kerry Dixon (193)
  3. Roy Bentley (150)
  4. Peter Osgood (150)
  5. Frank Lampard (133)
  6. Jimmy Greaves (132)
  7. Didier Drogba (101)
Midfield mengatasi striker?? fenomena yang aneh tapi dengan statistik kat atas menunjukkan tiada apa yang mustahil sekaligus membuktikan lampard memang berada di kelasnya yang tersendiri berbeza dengan pemain yang lain..dengan jaringan yang bukan sahaja berdozen2 banyak malah hadir di dalam perlawanan yang penting dan suasana yang genting ak memang tabik habis kat Super Frank dan die sememangya THE TRUE LEGEND..adakah die mampu mengatasi Bobby di kedudukan teratas?? dengan umur Lampard kini 31, bagi aku umur bukan penghalang dan ak yakin die masih ad banyak lagi koleksi gol yang ingin ditunjukkan..Jika Zidane, Zola dan Giggs mampu melakukanyya kenapa tidak Lampard??


LAMPARD = LEGEND


Thursday, October 22, 2009

0 Amukan Ombak Biru

0 Comments
Amukan ombak biru melanda London semalam menandakan satu kebangkitan dan prestasi yang mengagumkan buat skuad The Blues di peringkat Eropah musim ini...Atletikus Madrid tewas besar dengan kekalahan 4-0 di Stamford Bridge semalam ...6 gol, 3 clean sheet, dan 3 kemenangan dari 3 match setakat nie sememangnya suatu keputusan yang menakjubkan dan membolehkan Chelsea merajai group D dengan 9 mata penuh..

Di hadapan penyokong sendiri di Fortress Stamford Bridge, barisan skuad Chelsea menampilkan permainan yang menarik dan berkesan dengan penguasaan di bahagian midfield yang diterajui oleh lampard-deco-ballack-essien..corak permainan diamond yang diterapkan oleh ancelotti bagi aku sudah hampir berjaya dikuasai oleh barisan pemain Chelsea dengan beberapa one two dan passing yang lancar berjaya di lakukan..keempat2 player midfield nie memang terbaik dan walaupun x menggunakan winger semalam (malouda@ Joe) bahagian tengah yang dikuasai otai playmaker seperti deco memang hebat dalam merencana serangan team..

Terdapat beberapa perubahan dalam 1st team semalam dengan carvalho direhatkan dan ivanovic diletakkan selaku CB..Beletti masuk menggantikan posisi Boxing yang injured..striker gandingan Nik dan Kalou mengetuai bahagian serangan dengan Didi suspended..

Permulaan game memang rancak dengan tandukan ala helang Forlan berjaya ditangkap kemas oleh Cech..Lampard hampir berjaya menjaringkan gol pertama untuk team bile keeper Tikus gagal menolak kemas free kick Lampard tapi gol dibatalkan sebab Kalou offside..Chelsea seterusnya menguasai permainan dan kalou mensesiakan peluang dengan fast passing canthek antara deco dan Ballack berjaya memecahkan offside trap Tikus dan membuka laluan untuk Kalou menjaringkan gol dengan tinggal keeper sekor je kat bawah tapi penyudah yang Out mmg menghampakan..tapi xlame pastu Kalou dapat gak tebus balik kesilapan die dengan gol pertama..bermula dari lampard, dummy dari belleti , assist dari ash dan penyudah dari kalou..memang smart abes r gol nie (usha Highlight)..

2nd half bermula dan The Blues menggandakan asakan untuk mencari gol tambahan..Kalou sekali lagi mencetak gol dengan tandukan dari corner lampard..ak mmg puji abes r kalou malam nie sebab die mmg klinikal malam 2..mgkin sebab aritu dapat naik gaji kot haha..Pemain buruan Chelsea Aguero hampir menjaringkan gol pastu lepas counter tapi naseb bek cech sempat save.. Kun Aguero ak tgok kurang menjadi mgkin sbb teammate die sume men teruk..

Chelsea menambah derita madrid dengan Lampard berjaya menjaringkan gol ketiga dan juga gol pertama nye dalam 9 match musim nie..bagi sesapa fan Lampard boleh tarik nafas lega r...Gol nie boleh dikira memang specialist lampard sebab rembatan die mcam bese mmg padu dan menuju ke sudut bwah gawang..Madrid yang sangap gol akhirnye dapat satu gol tapi cech hanya tersenyum sinis di hujung sana sebab player madrid yang sangap 2 bleh lak wat lawak minit terakhir dengan own gol di gawang sendiri..Malouda dapat r assist satu huhu..

Ancelotti sememangnya master dekat CL nie dengan celsi ak tgok mempunyai perwatakan yang berbeza di Eropah, lebih konfiden dan mantap..Sememangnye experience die yang menang 2 CL x boleh dipertikaikan lagi..Dengan hanya 2 mata di perlukan untuk layak dalm 3 match terakhir, Didi dan boxing bakal kembali, The Blues dilihat sudah menjejakkan sebelah kaki untuk pusingan kalah mati..Adakah Ancelotti bakal menjadi manager pertama yang berjaya mengemudi Chelsea untuk menjuarai Piala Eropah buat pertama kali?? sama2 kita nantikan..

0 x caye?? Update : Chelsea (4) - A. madrid (0)

0 Comments
malam nie mmg terbaek r..dan team dari spain mmg ayam r mggu nie..barcelona bungkus semalam...kemudian diikuti dgan madrid dilunyaikan oleh milan, barisan skuad The Blues lak berjaya melunyaikan team jiran die Atletikus Madrid..

gol dijaringkan oleh kalou (2), next guess who?? lampard (1) haha akhirnye...dan satu own gol dari player madrid..bagi la nak sangat gol haha..k la ak nak tido dulu sok ad test lak post match nanti ak wat ngan highlight sekali..haha tidur dlam senyuman r ak nanti..k la guyz have a nice day tomorrow.. BLUES FOREVER!!

Wednesday, October 21, 2009

0 Menanti Kunjungan Atletikus ke Bridge

0 Comments
Setelah lama berehat akhirnya Champions League kembali menceriakan pagi2 peminat bolasepak dan sape2 yang kaki tido lambat..Setelah kejutan semalam 2 team fool ngan belacan kalah (tergelak ak tgok livescore pagi nie haha..) adakah malam nie akan ad kejutan lagi??

Pagi besok Chelsea akan bertemu Atletikus Madrid di Stamford Bridge dan cese dah tentu ingin meraih kemenangan untuk meneruskan rekod 3 kemenangan berturut2 dalam group stage CL nie..Jikalau menang The Blues hanya perlu mencari 2 mata sahaja lagi dalam pusingan kedua untuk layak ke pusingan kalah mati..Ak harap xde kejutan la game nie cm fool ngan belacan 2..

Setelah tumpas di tangan villa hujung minggu lepas, skuad The Blues pasti ingin menggunakan peluang nie untuk menebus kehampaan tersebut dengan membelasah Atletikus..dah la lame cese xbelasah team lain skang nie..ak yakin sume fan Cese hanya mahukan kemenangan dalam game nie selepas kecewa di villa park..peluang banyak dicipta penyudah yang tidak mengena menjadi punca kekalahan haritu dan harap2 kelebihan bermain di kubu kebal Stamford brdge nie akan memberikan suasana yang berbeza..Setakat nie Chelsea xpenah kalah lagi dekat Bridge dalm semua competition..

Atletikus kini yang digelar pasukan belasahan di Spain memang berada di prestasi terburuk diorang dan skang nie tgah terperosok di tangga -15 liga..match last diorang pn kena belasah 3-0 apedaa..tapi jangan disangka diorang nie tak power, dengan adanya simao, aguero dan forlan, bagi aku si tikus nie tetap mampu memberikan ancaman dan dengan melihat nasib yang menimpa team2 kuat semalam aku harap barisan skuad The Blues jangan over konfiden sebab dalam CL macam2 leh berlaku..bak kate Astro macam2 ada..

Jika Didi hebat di EPL dengan minima 1 gol setiap game, Nik (Anelka) pulak hebat di CL dengan 2 gol dalam 2 game setakat nie..gol die nie mmg penting sebab memblehkan cese menang dalam 2 game sebelum nie..Dengan Didi still dirantai oleh UEFA untuk satu match lagi, Nik akan menerajui serangan The Blues dan dengan bantuan Kalou selaku partnership di bahagian hadapan ak yakin die mampu untuk menjaringkan gol lagi malam nie..

Mengenai skuad Chelsea, Kapten Jerman Michael Ballack dah kembali dari kecederaan menentang Russia minggu lepas dan mgkin boleh beraksi malam nie..Boxing War walaupun dah habis tempoh tahanan reman ngan UEFA die tetap tak habis lagi appointment dengan doktor di Hospital London..Boxing mengalami kecederaan lutut menentang villa dan akan direhatkan untuk game sabtu nie..Alex masih lagi xfit walaupun semalam dah main 45 minit ngan team reserve Chelsea..xlama lagi okay r..yang len perfect score!!

Carleto ak pasti akan menggunakan formula yang same seperti game CL yang lepas, kalou partner ngan Nik dan ballack, lampard, deco ngan essien akan mendominasi midfield..ivanovic akan menggantikan boxing..cech walaupun tengah hampeh masih lagi akan diberikan kepercayaan untuk menjaga gawang..ak harap Joe Cole akan diberikan banyak mase untuk beraksi di 2nd half nanti..

Formation :

Cech
ivanovic-JT-Carvalho-Ash
Essien
Deco-Ballack
Lampard
Nik -Kalou

Match LIVE kat ASTRO Supersport pkul 2.45 pagi sok..ak predict Chelsea menang 2-0..
KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

Tuesday, October 20, 2009

0 Didi, Frankie dan JT dalam senarai!!

0 Comments
Senarai 30 player yang bakal memenangi Ballon D or atau gelaran Pemain Terbaik Eropah telah dikeluarkan..Pemenang sebenar gelaran yang berprestij nie akan ditentukan bulan Disember nanti..

Antara yang tersenarai adalah 3 wakil The Blues iaitu Didi, JT dan Super Frankie Lampard..prestasi ketiga2 pemain nie memang konsisten sebab boleh kate tiap2 tahun nama diorang akan tersenarai untuk shortlist nie..Cume Cech je yang tercicir nama die taun nie..ye lah CL season lepas die banyak bolos..harap taun depan leh masuk balik dalam senarai..

Di kalangan big 4, Chelsea kire seri dgan Man kayu sebab menyumbang 3 player..sengal ngan fool xyah citer r..2 player je masuk senarai..haha

Barca mendominasi dengan 6 player dan messi merupakan antara yang tersenarai.. secara rasional nye ak rase peluang player Chelsea nak memenangi gelaran nie tipis dan ak predict messi akan memenangi gelaran Pemain Terbaik Eropah taun nie..ak xkisah pon sape2 menang janji jangan player bapuk si ronaldog tu lagi dah r..

hmm bile agaknye player Chelsea nak menang Pemain Terbaik Eropah nie?? ak rase kena tunggu menang Champions League dulu r baru cite....sebab pmain sebelum nie sume nye menang CL baru ad peluang besar nak mng gelaran nie..

Senarai penuh :

Lionel Messi (Barcelona)
Maicon (Inter Milan)
Andres Iniesta (Barcelona)
Diego (Juventus)
Zlatan Ibrahimovic (Barcelona)
Franck Ribery (Bayern Munich)
Thierry Henry (Barcelona)
Edin Dzeko (Wolfsburg)
Xavi (Barcelona)
Yoann Gourcuff (Bordeaux)
Yaya Toure (Barcelona)
Andrey Arshavin (Arsenal)
Iker Casillas (Real Madrid)
Cesc Fabregas (Arsenal)
Cristiano Ronaldo (Real Madrid)
Didier Drogba (Chelsea)
Karim Benzema (Real Madrid)
Frank Lampard (Chelsea)
Kaka (Real Madrid)
John Terry (Chelsea)
Luis Fabiano (Sevilla)
Steven Gerrard (Liverpool)
David Villa (Valencia) Fernando Torres (Liverpool)
Diego Forlan (Atletico Madrid)
Nemanja Vidic (Manchester United)
Samuel Eto'o (Inter Milan)
Wayne Rooney (Manchester United)
Julio Cesar (Inter Milan)
Ryan Giggs (Manchester United)


p/s : yang kesiannye satu nama player Itali pon takde dalam senarai nie..patut la kelab Itali xkuat..ak bajet paling hampeh pon buffon ke del piero ad r..hmm sian2

0 Undian Playoff WC 2010

0 Comments
Keputusan Play-off untuk WC 2010 Zon Eropah telah dikeluarkan secara rasmi selepas satu Perhimpunan Rasmi di Zurich semalam. Undian ini telah dilakukan di hadapan Jurulatih Antarabangsa yang terlibat (ataupun x layak lagi hehe..)Carlos Queiroz (Portugal), Matjaz Kek (Slovenia), Miroslav Blazevic (Bosnia Herzegovina) dan Alexei Mikhailichenko (Ukraine).

Nie keputusan undian :

Home (Nov 14)
Away
Portugal Bosnia-Herzegovina
Republic of Ireland France
Greece Ukraine
Russia Slovenia

Match pertama akan diadakan pada Nov 14 manakala Match kedua akan diadakan pada Nov 18.
Undian nie dilakukan berdasarkan ranking Fifa terkini iaitu France (ranking no 9), Portugal (10), Russia (12) and Greece (16) diletakkan dalam Pot 1, manakala Pot 2 terdiri daripada Ukraine (22), Republic of Ireland (34), Bosnia Herzegovina (42) and Slovenia (49).

Antara yang menjadi tumpuan ak rase mestilah game France ngan Portugal sebab dua2 nie kire Gergasi bolasepak r kalo xlayak malu siot..game yang best Ireland vs France bleh usha Keane lawan Anelka..Portugal vs Bosnia best gak Deco lawan Dzeko..haha nama pon lebey kurang je..Player The Blues yang terlibat dalam Play-off nie Anelka, Malouda, Bosingwa, Deco, Ferreira dan Carvalho..ALL THE BEST!!

Monday, October 19, 2009

0 Carletto bukak mulut..

0 Comments
Carletto akhirnye bercerite mengenai kekalahan 1-2 The Blues kepada ASSton kelmarin.Manager Itali nie mengkritik sikap lewa pemain-pemain Chelsea selepas dua kesilapan mudah di dalam kotak penalti membawa padah buat pasukannya.

Chelsea mendahului 1-0 pada minit ke-15 menerusi jaringan Didi, namun Richard Dunne dan James Collins menanduk masuk dua gol mudah hasil kesilapan barisan pertahanan Chelsea. Dua set-pices, dua bolos..pe komen ko Ancelotti??

"Kami tewas pada perlawanan ini kerana kami melakukan dua kesilapan mudah. Kami perlu lebih fokus dalam situasi seperti ini," jelas Ancelotti.

"Saya sangat kecewa dengan corak permainan yang kami pamerkan. Kami tidak mahu kalah kerana kesilapan sebegini dan kami tidak kisah kalah kepada pasukan yang bermain dengan baik daripada kami.

"Aston Villa melakukan tugas mereka dengan baik. Mereka sangat bagus dalam set piece ini."

Begitupun, bekas jurulatih AC Milan itu yakin anak-anak buahnya akan menebus semula kesilapan pada aksi Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid, Rabu ini.

"Apabila kami kalah, sudah tentu kami tidak gembira, tetapi saya rasa setakat ini pasukan kami telah beraksi dan menjalankan tugas mereka dengan baik," kata Ancelotti.

Hmm die mengaku lak die kecewa tapi atas padang die xmenggunakan kekecewaan die tu untuk ubah strategi atau substitute bagi membolehkan Chelsea mng..lagi satu die xcakap lak nape die masukkan Joe Cole lambat sangat..

Sebenarnya ak xsalahkan Ancelotti sangat pn sbab Chelsea pn control possession lam game nie cme xde luck je..Villa 2 pon xkuat mane cme diorang pandai menggunakan kesempatan yang ade..ak cme harap Ancelotti lebih agressive dan pantas dalam membuat keputusan pasnie..dun worry guyz yang lepas 2 dah lepas dan ak harap Carletto bleh amik pengajaran dari game nie..KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH

Sunday, October 18, 2009

0 Tragedi Oktober

0 Comments
Marah, kecewa, sedih tah r macam2 ak rase pas game lawan ASSton gila semalam..xtau nak pe di kata mmg syial gler r skang nie kita da kalah 2 game seb bek team fool 2 kalah gak..kalah lawan wigan, bangkit lawn Fool , kalah balik ngan ASston..pe cite nie??
  • Cech ngan defend same je..sori r utk fan cech bagi aku cech nie kena g bertapa kat gunung xpun mandi bunga kot..prestasi yang menurun, clearance yang gelabah, keyakinan yang luntur..Dimanakah Cech taun 2004-05 dulu?? Ak mmg dah lame sakit ati gak ngan cech nie tapi sebab kadang2 die nie pawer 2 yang ak still bagi kepercayan dan sokongan kepada die untuk menjaga gawang Chelsea..Gol pertama memang ad reflect pada kepala Lampard so ak xsalahkan die sangat sebab 2 free header..goal 2nd ?? ak tgok cech x melompat tumbuk bola 2 kuar..adakah takut kecederaan, alpa atau hilang concentration?? Hanya cech sahaja yang tahu dan hanya dia je yang boleh perbaiki kesilapan diri die..Buat mase sekarang nie ak rate Hilario lagi tinggi dari cech.
  • Defend mmg hampeh..2 gol daripada set pieces amat2 jarang berlaku kepada Chelsea..lawan libepul amat berlainan coz sume cross boleh pulak diorang clear sume.. harap lebih konsisten dan peka pasnie..
  • Bagi aku Chelsea terlampau bergantung pada Didi utk menyerang..first gol 2 mmg cantek tapi xkan sume nak harap didi sorang je serang??di mana anelka, maluda dan lampard bile keadaan memerlukan??? Peluang banyak dicipta tapi finishing yang hampeh mmg mengakibatkan kita hilang 3 mata malam nie..dahlah keeper Villa 2 xpawer pon mmg rugi r tak gol semalam..ak xbleh bayangkan camne nanti mase piala Afrika tanpa Didi..
  • Ancelotti ak xtau nak kate hape..taktikal die mmg hebat tetapi di mana ciri2 seorang manager yang perlu memberikan panduan dan arahan kepada anak buahnye?? mase game dah masuk minit ke-70 ak dah menyirap dah sebab die tak buat apa2 substitute..Joe cole pn masuk mnit 83 sempat ke nak wat impact bek xyah masuk langsung..Arahan, jeritan atau reaksi hanya kosong dari carletto semalam berlainan dengan Martin O’Neill yang tetap berdiri memarahi setiap gerak geri player Villa walupun injured kena tackle ngan anelka..malahan Carletto die duduk kat kerusi je tanpa apa2 command untuk menterbalikkan situasi..Marah, takde idea atau tak peduli?? Kalo camnie ak risau sbab ak dah nampak bayang scolari di muka carletto..
  • Satu je persamaan dua kekalahan selama nie iaitu kite kalah kat away venue..amat ironic dan menunjukkan kita mgkin hanya kuat di home je..Jika nak menang liga taun nie, ak harap prestasi d away game harus dipertingkatkan..persetankan advantage fan home team sebab ciri2 seorang juara mestilah hebat di mana2 semua tempat yang die pergi.. kalo mental player The Blues tak mampu menangkis tohmahan fan team lawan serius ak rase kite mmg xlayak menang liga season nie..





Atletico Madrid menanti pasnie dan kita berada di venue keramat Stamford Bridge..Ak harap boleh dijadikan medan kebangkitan dari kekalahan nie..perjalanan liga masih panjang dan macam2 leh berlaku..THE BLUES WILL BOUNCE BACK!!

Saturday, October 17, 2009

0 Menentang ASS ton Villa malam ni

0 Comments
The Blues akan bertandang ke rumah gila ASSton malam ni dan dah tentu pertembungan sengit akan berlaku..tuan rumah skang ni nampak dah form balik walaupun awal2 musim banyak kantoi jadi ini merupakan amaran berbahaya wat team The Blues kita agar tidak lalai dan leka seperti menentang wigan..

Chelsea skang nie memang best dan berada di Top Form selepas mengayamkan fool 2-0 sebelum nie..walaupun match antraBosan menyelit di tengah, striker kita Didi dan Nik x berhenti menjaringkan gol dan meneruskan prestasi mantap untuk negara diorang..prestasi yang konsisten amat diperlukan dan jika player semua bermain seperti menentang fool ak yakin ASSton nie senang utk dijinakkan..

Berita baik adalah Petr Cech akan kembali ke skuad lepas habis tempoh kurungan 2 match..hilario yang beraksi superb nampaknya terpakse kembali ke bangku simpanan..Ak harap cech xkan buat kesilapan bodoh lagi dan dapat beraksi mantap malam nie..jika ad kesilapan yang berlaku Hilario akan cuba mengintai sebarang peluang utk mendapatkan posisi utama nanti..

Berita buruk ancelotti da konfem Ballack x akan main malam nie sebab injured mase lawan russia haritu..kecederaan lain Alex (groin), Jose Bosingwa (hamstring) dan John Obi Mikel (ankle)..yang lain sihat walafiat!!

Formation Diamond macam bese akan digunakan untuk menentang ASSton nanti dan ak rase xde perubahan besar untuk pemilihan player cume Ballack je yang xde..Ancelotti mengatakan Joe cole sudah bersedia untuk bermain tapi ak xnampak G.i Joe nie akn menjadi permulaan kesebelasan utama nanti..mgkin akan digunakan mase 2nd half nanti..kalo Joe masuk ak nak tgok die main di belakang dua striker sebab die nie versatile dan memang sesuai dengan posisi nie..Lampard leh turun bawah sikit..Deco ak rase akan diturunkan sebagai pengganti Ballack untuk malam nie.. formation malam nie :

Cech
ivanovic-Terry-Carvalho-Ash
essien
Deco Malouda
Lampard
Anelka-Drogba

Ak yakin cese akan menang malam nie..game mlm nie live kul 745 mlm..seb bek xtembung ngan team setan 2 haha..match prediction Chelsea menang 2-0!!

0 Poll Result : The Rock pilihan ramai!!

0 Comments
Berdasarkan poll yang aku post sejak 2 minggu lepas...9 readers dah vote dan keputusan muktamad adalah The Rock aka Drogba telah dipilih sebagai Man Of the Match menentang fool hasil 6 vote majoriti!!..dengan 2 assist dan satu free kick yang hampir nak gol serta peranan die yang memporak perandakan si kerengga 2, bagi aku Didi memang layak mendapat undian nie.
Tahniah Drogba!!

Hilario yang superb haritu tanpa disangka dapat no 2 (2 undi), Terry no 3 (1 undi) diikuti goalscorer anelka (0 undi). Thanks 4 your vote!!