The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, January 23, 2011

0 Transfer Window semakin hangat!!

Rundingan David bermula

Nak beli ke tak nie?? Dah sakit bontot gua tunggu.

Sepanjang berminggu - minggu mengejar budak 'Tarzan', kesemua rumours hanya umpama tin kosong, hanya banyak bunyi tetapi tiada hasil..Namun semalam sumber konkrit mendakwa perancangan mendapatkan David sudah masuk ke fasa baru, dengan beberapa delegasi Benfica termasuk Presiden kelab, Luis Filipe Vieira sudah sampai ke London untuk melakukan rundingan secara rasmi..

Apa yang masih menjadi batu penghalang adalah release clause untuk David amat, amat tinggi iaitu £42m yang berkuatkuasa sehingga 2014. Ini bermakna harga untuk mendapatkan David cukup mahal. Chelsea dikatakan telah menawarkan Paulo Ferrreira di samping transfer fee sebanyak £21m untuk memancing David namun ditolak dengan alasan Paulo teramat tua. Benfica dilaporkan mahu mengambil salah seorang pemain muda Chelsea, bukannya pemain berumur sebagai pertukaran. Dengan Carlo tidak mahu melepaskan Bruma, Van aanholt, antara nama calon pemain yang bakal dijadikan bait adalah Salomon Kalou atau Bosingwa. Namun ia terpulang kepada Carlo untuk membuat keputusan, walaupun seperti biasa kemungkinan Board sendiri dah membuat perancangan mereka tersendiri. Kalou dan Bosingwa antara yang mempunyai performance yo-yo di dalam kelab, seumpama Si Bebal Babel Libepul. Jika aku diberi peluang membuat keputusan, aku akan swap Kalou yang tidak konsisten untuk mendapatkan Centre Back berkaliber seperti David Luiz.

Segalanya masih tidak official, kita mungkin perlu menunggu hasilnya 2-3 hari lagi. Jika gagal, kita mungkin perlu baralih arah kepada target yang lebih low-profile seumpama Kjaer atau Cahill tatkala Transfer Window hampir tamat.


Carlo nafikan rundingan Sanchez

Dah macam Aguero pulak mamat nie

Tidak seperti kes Pienaar, Carlo tidak menafikan dia mahu mendapatkan winger Udinese nie, cuma tiada rundingan dilakukan setakat nie berbanding yang diberitakan oleh media.

Ancelotti said: “It's not true that we've spoken with the owner of Udinese. I don't like to speak about this because it's confidential."

Aku yakin Carlo memang berminat dengan Sanchez cuma mungkin ketika nie tumpuan diberikan lebih untuk mengikat David Luiz secepat mungkin sebelum musim perpindahan berakhir. Antara berita yang dilaporkan oleh Sky Sport adalah The Blues sudah menawarkan bid sebanyak £25.1m, di samping pemilik Udinese, Giampaolo Pozzo terlibat dalam proses perbincangan bersama Chelsea. Harap kita dapat mengikat David dengan segera, kemudian Sanchez pulak. Hopefully.


Kakuta pindah rumah jiran??

Bila nak main first team nie?? Asyik jadi budak milo je~

Fulham dikatakan berminat mengambil Gael Kakuta secara loan untuk baki musim nie. Kakuta yang mendapat saingan hebat dari pemain senior seperti Malouda dan Kalou dilihat sukar mendapat peluang mencukupi untuk meningkatkan proses tumbesarannya di Bridge buat masa ini. Pinjaman ke Fulham untuk baki musim bagi aku idea yang bagus, sebab bermain di liga tertinggi EPL dengan pemain berkaliber macam Dempsey dah tentu akan meningkatkan corak permainan Kakuta.

Hughes said: “He's a player I know and I like the qualities he has. We are having lots of conversations about players, but at the moment we don't know if any will go through. There is a lot of interest out there, whether we can conclude the deals only time will tell.”

Jika dia dapat bermain dengan kerap, ia seakan bonus untuk Chelsea. Kita boleh lihat bagaimana Wilshere yang dipinjamkan oleh Arsenal ke Bolton musim lepas banyak meningkatkan prestasi youngsters nie sehingga dipanggil bermain first team. Aku harap Kakuta mendapat progress yang serupa. Cuma jangan main bagus sampai angkat kaki macam Stoch sudah la, serik weh..


No comments: