The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, January 24, 2011

0 Preview : Kekalkan konsistensi

Hanya satu aku harapkan malam nie - KEKALKAN PRESTASI..Setelah memenangi 2 matach terakhir, awan mendung yang menyelubungi kem The Blues seakan sudah berlalu pergi..Hanya kemenangan ditagih malam nie kerana jika kita kembali hilang mata, dah tentu pressure akan kembali menghambat Carlo n Co..Apa yang penting pemain perlu kembali konfiden..Seperti kemenangan menantang Blackburn aku boleh nampak ada keyakinan dan kesungguhan pada setiap pemain sudah mula kembali, walaupun corak permainan kita masih tidak se-perfect mana..Kekalkan semangat dan determination, gaya permainan kita akan kembali normal dari semasa ke semasa..For tonight, kill The Trotters!!

JT : Frank, kita nak belasah diorang berapa malam nie??
Frankie : 10-0 pon boleh, apadahal..

Kecederaan kepada JT dan Lampard tempohari agak merisaukan namun laporan terkini mengatakan duo ini akan beraksi menentang Bolton..Hanya Youssi, Alex dan Zhirkov yang kekal terlantar di Wad Sakit setakat nie..Kepulangan Mikel adalah berita baik kepada skuad kita yang agak lesu dari segi depth, tetapi apakah kesannya kepada formasi?? Josh bermain agak bagus ketika nie sehingga mampu menekan Essien, Ramires juga semakin meningkat sebagai center midfield..Aku harap Carlo akan membuat rotation di samping jangan mengabaikan Josh yang semakin mature dari semasa ke semasa..Untuk malam nie, Carlo dah tentu akan kekal menggunakan kombinasi pemain yang membantu dalam kemenangan 2-0 minggu lepas..

Bolton di bawah Owen Coyle sememangnya team yang berlainan berbanding ketika rejim Sam Allardyce.. The Trotters bermain attacking football sehingga membolehkan diorang menduduki posisi Top 10 setakat nie..Walaupun match terakhir diorang tewas 0-2 di tangan Stoke City, tetapi di Reebok City macam macam boleh jadi..Dengan corak 4-4-2 serta Kevin Davies dan Elmander menjadi penyerang utama, jelas Bolton tidak boleh dipandang rendah di samping crowd sudah tentu akan menjadi the 12th Factor..Harap JT dan Iva sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan..

Skuad The Blues malam nie :

Cech
Bosingwa-JT-Iva-Ash
Ramires-Essien-Lamps
Anelka-Didi-Malouda

Result Prediction : Bolton Wonderpet (0) - Chelsea (1)

Match LIVE ESPN (CH812) 3.55 am Tuesday


Aku tak mengharapkan banyak, dengan skuad masih dalam proses pemulihan dah tentu mahukan kemenangan 7, 8 gol seperti dahulu agak melampau..Berita Mancee seri, serta keputusan seri Spurs adalah berita baik untuk Chelsea..Jika kita menang malam nie, kita akan berada 3 mata di atas Spurs, juga 4 mata mendekati Mancee..Apa yang penting adalah 3 mata, kita mahukan kedudukan Top 4 digenggam erat, kemudian barulah kita boleh memikirkan mengenai trophy EPL..Keep The Blues Flag Flying High!!



No comments: