The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, January 16, 2011

0 Post Match : Carlo main sondol , Iva The Saviour

We love you, Ivanovic!!

Kemenangan 2-0 malam tadi sememangnya melegakan semua Fan The Blues, walaupun hakikatnya performance kita tetap di bawah par, macam celaka seperti biasa..Bagi aku kita sememangnya bernasib baik dapat mencatat kemenangan - corak passing kita masih kelam kabut, shot tak precise malah teamwork kita serabut yang amat!! Kita perlu berterima kasih kepada Ivanovic kerana memberikan aksi yang Fabeles, Mabeles, Gutless!! Dua Gol dari set piece masih tak impress aku kerana kita masih struggling ketika open play, malah CB kita dilihat lebih berbahaya ketika menyerang berbanding midfield dan striker kita secara keseluruhan..

First Half, Carlo membuat 4 pertukaran mengejut dengan memasukkan pemain senior yang direhatkan ketika FA Cup; Didi, Essien, Ash dan Malouda, manakala Danny dan Josh yang beraksi hebat direhatkan..45 minit awal macam haram main, sampai aku makan nasi pon macam telan pasir, takde perasa langsung..Taktikal Carlo aku panggil taktikal 'Lembu' - sondol secara membabi buta..Boleh dilihat kita serang macam takde hala tuju, rembatan meliar..Membe aku lak dak Manure, ape lagi kena nganjing le habis-habisan..Serangan Chelsea yang bahaya bagi aku hanya apabila cross Didi yang terkena palang, walaupun Blackburn pon ada peluang terbaik apabila rembatan Olsson one on one dapat diselamatkan oleh Cech..

Second Half, takde perbezaan sangat dari separuh masa pertama cuma Chelsea dilihat lebih berani dan berani ke hadapan walaupun corak permainan kita masih lagi serabut..Serangan demi serangan, cross demi cross kita masih gagal mencari gol sehinggalah Ivanovic muncul menyelamatkan keadaan..Cross dari corner kick disambut dengan tandukan oleh JT ke kotak penalti..Iva yang tak dikawal menyambut bola dengan tanda kesyukuran, lalu merembat bola masuk ke gawang tanpa belas kasihan!! 1-0 Chelsea!! 20 minit kemudian, seolah-olah replay gol pertama, sepakan penjuru sekali lagi menjadi punca, dan kali nie Iva menanduk bola dengan padu ke gawang lawan, yang terkena Anelka untuk memastikan kedudukan selesa 2-0!! Seriously, Iva memang sah MOTM malam nie..Baki masa barulah Josh dan Danny dimasukkan, sekaligus memberikan spark kepada bahagian midfield untuk kelihatan lebih bertenaga dan bermain lebih kemas..Chelsea maintain possesion dan The Blues berjaya mendapatkan kemenangan kedua dalam 10 match terakhir!!

Walaupun berjaya merampas 3 mata berharga, namun aku memang tak paham dengan Carlo, mengapa perlu mengubah lineup yang mencatat kemenangan 7-0 di FA Cup?? Ada cara yang senang, nak jugak pilih jalan susah..Didi, Malouda dan Essien tetap hambar, malah lagi teruk dari biasa..Mengapa tak menggunakan youngsters kita, Josh dan Danny dari awal?? Takut?? Tak Berani?? Goblok!! Kemasukan Josh di 10 minit terakhir memang memberikan perbezaan ketara, kita lebih santai, merbahaya dan kreatif -semuanya hasil usaha budak berumur 17 tahun nie..Essien dilihat longlai sejak kebelakangan nie malah aku tak nampak sangat contribution dia dalam match nie seperti Didi..Danny, okeh mungkin dia agak gopoh dalam match nie, tapi apakah boleh dibuat dalam 5 minit peluang yang diberi?? Cmon, aku pon boleh nampak riak marah pada wajah Danny yang kecewa kerana tak diberi starting 11, sedangkan dia dah meledak 7 gol dalam 2 match terakhir..Bagaimana Didi yang gersang gol boleh dipilih main 90 minit aku pon tak pasti, Carlo memang dah tak siuman agaknya..Please, aku dah katakan sebelum nie, pilih pemain berdasarkan PRESTASI, bukannya POPULARITI!!

Match minggu depan menentang Bolton Away, aku harap beberapa point utama dapat dikesan oleh Carlo :

  • Didi, Essien perlu drop out!! Cukuplah damage yang dilakukan diorang setakat 2 bulan nie, malam tadi kita boleh dikira bernasib baik dapat survive walaupun bahagian mf dan attacking macam celaka tak berfungsi.Duo nie dah macam Inzahgi dan Gattuso, dua pemain legend Milan yang dah tua, berkarat tetapi masih dibelai manja oleh Carlo ketika di Itali..
  • Josh, Danny perlu starting First 11!! Apakah yang perlu dilakukan oleh Danny untuk mendapat permulaan kesebelasan?? Score 50 bijik gol baru dapat peluang?? Pemain senior seperti Didi main macam haram, apa salahnya mencuba Danny?? Dia lebih dari bersedia bagi aku untuk menjadi pemain utama kita musim nie..Bagi Josh pulak, walaupun baru 17, aku yakin dia dah bersedia menjadi tunjang utama kita musim nie..Aksi dia tidak seperti Lampard, tetapi Xavi-pemain yang meneutralkan dan menjadi perantara antara Defensive dan Attacker..Josh bermain amat, amat matang dan seperti pemain berumur dia mendominasi midfield setakat nie..Aku lebih prefer gandingan Lamps-Josh-Ramires buat masa ini sebagai lineup terbaik..
  • Have some balls Carlo!! Seriously, aku kurang respek pada Carlo selepas dia menidakkan dua pemain yang beraksi bagus, tetapi memasukkan pemain lain yang beraksi macam celaka sejak dahulu lagi..Agak pelik cara Carlo memlih best lineup, yeah, walaupun kita menang, ia tak menyembunyikan fakta kita main teruk malah performance kita tak jauh beza dari sebelumnya - tiada peningkatan!!
Apapun kita dah dapat masuk Top 4 kembali, dan sedikit demi sedikit pressure kepada manager dan player sedikit berkurangan malah confidence kepada para pemain nampak meningkat..Harap proses pemulihan kita tak berhenti setakat nie, masih ada 16 game untuk menebus kesilapan sebelum nie..Cmon Blues, we need more improvement!! KTBFFH!!

p/s : BTW,korang pilih sapa malam nie, Spurs atau Manure??

No comments: