The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, January 15, 2011

0 Preview : Finally, Carlo membuka mata!!


Selembab lembab Carlo, akhirnya dia dapat jugak memahami betapa perlunya kita melakukan perubahan kepada lineup untuk Premiership match..Dah 9 game berlalu barulah Carlo membuka mata betapa taktikal dia memang sucks dan tiada versatility mahupun perubahan sehinggakan kita dah tercampak ke tangga ke 5 liga barulah dia perasan..Kedegilan Carlo untuk sticks kepada pemain2 tua yang bermain hambar seperti Drogba dan Ferreira hampir 2 bulan memang membarakan jiwa raga aku seolah -olah dia nie takde mata untuk melihat prestasi pemain..Manager perlu memlihi pemain berdasarkan PRESTASI, bukannya POPURALITI!!

Sedangkan kita mempunyai pemain muda yang bagus untuk memberikan nafas baru, Carlo masih keras kepala dan masih berharap kepada kuda tua kita untk bermain game demi game..Sehingga match menentang Ipswich, oleh kerana nak merehatkan pemain senior, Carlo barulah nak bereksperimen dengan pemain muda dan hasilnya?? Kita tibai diorang 7-0!! Sehingga saat itu, barulah Carlo sedar dan berkata dalam hati, 'Bagus jugak pemain muda aku, kenapa aku tak gunakan diorang lebih awal??'

Untuk match malam nie, dilaporkan Carlo bersedia melakukan perubahan ketara dan ini bermakna pemain senior yang tidak bermain dalam FA Cup seperti Didi dan Essien berkemungkinan tidak akan diturunkan!!

'Why not?' he pondered. 'I think that my job is to choose the best team to play the game. Maybe sometimes there are players not in good condition to play.

'This doesn't mean they are not important. The players maintained the same power and personality if they don't play every game. It doesn't matter. I had fantastic players in the past who didn't play every game.

'I want to take the right decision because there are very important performances in the game against Ipswich. I have to take this into consideration.



Satu langkah yang berani, dan aku memang puji Carletto 100%!! Pemain senior kita memang sebenarnya world class tetapi kadangkala perlu diajar bahawa jika main sambil lewa, jangan harap nak main first team, walaumacamana besar pon populariti korang dalam kelab..Sebagai manager, Carlo perlu menunjukkan siapakah Boss sebenar, dan pemain dengan prestasi terbaik perlu diberikan keutamaan berbanding pemain yang hanya mempunyai nama besar dalam skuad tapi main macam taik..Harap dengan menurunkan darjat Didi dan Essien ke bangku simpanan dapat membangkitkan naluri diorang untuk bermain lebih bagus pasnie..Bukannya nak memandang rendah kehebatan pemain senior kita tetapi biasalah kadangkala bila saat terdesak barulah kita boleh lihat balik potensi sebenar seseorang..

Selain nak memberi pengajaran kepada pemain tua, aku salute jugak dengan youngsters kita terutamanya Sturridge dan Josh..Jika lihat kepada umur memang tak percaya diorang masih muda tetapi bakat dan keupayaan diorang tak boleh disangkal lagi..Buat masa ini aku lihat Josh dan Danny antara yang sudah bersedia untuk memecah tradisi dan bermain sebagai starting 11 di EPL manakala Van aanholt dan Bruma mungkin perlu diberi sedikit masa lagi untuk mendapat peluang..McEachran kini antara sebutan ramai dan aksi marvellous dia sepanjang dipanggil menyarung jersi Biru Diraja tidak pernah menghampakan..



'McEachran is ready to start in the Premier League and is doing really well. He has confidence, personality and is strong. You can say he is not good enough in the tackle but against Ipswich he was very strong. He doesn't lack something. He is a good player and we are lucky our scouts found him.'


Malam nie aku memang berharap Josh dan Danny akan dimasukkan sebab aksi diorang di FA Cup memang mengubah corak permainan kita untuk kembali teratur, kemas dan effektif!! Mengapa perlu mengubah benda yang dah cantik, molek dan memukau?? Keep to the same lineup, Carlo!!

Lineup malam nie :

Cech
Bosingwa-Iva-JT-Ash
Ramires-Josh-Lamps
Danny-Anelka-Kalou

Result Prediction : Chelsea (2)-Blackburn (1)


Yeah, mungkin kita dah agak tenat nak mengejar kejuaraan liga tapi takkan nak terlepas tiket CL musim depan pulak kan?? Aku harap Chelsea dapat mengutip mata semaksimum boleh untuk last 17 game..Top 4 kini priority, bukannya trofi EPL..Hope this night should be the starting point!! KTBFFH!!


MATCH LIVE ESPN (CH812) 10.55 pm LIVE 15 JAN 2011

No comments: