The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, January 27, 2011

0 Transfer News : Loan Ranger, Mega Buy dan Liar Sungguh!!


Kakuta, Van aanholt masuk SPBT

Fantastic 4 - Aanholt, Kakuta : LOAN, Bruma, Josh : STAY

Sudah sah!! Kakuta dan Van aanholt akan mengikuti Skim Pinjaman Baki Tahunan (SPBT) buat baki musim ke kelab berasingan..Kakuta tidaklah jauh sangat, hanya pergi ke rumah jiran sebelah iaitu Fulham untuk mendapat tunjuk ajar di bawah ex-chelsea player, Mark Hughes..Dengan bermain buat team yang bersaing di EPL, serta berganding bersama pemain berkaliber seperti Dempsey diharapkan dapat menaikkan prestasi Kakuta..Gael sememangnya mendapat kesukaran untuk mendapat peluang bermain di Chelsea kerana pemain senior lebih kerap diberikan tempat utama..Van aanholt juga seperti Kakuta, akan dipinjamkan tetapi ke kelab championship, Leicester City..Sememangnya keputusan yang bijak, diharapkan Kakuta dan Aanholt akan dapat menimba pengalaman sebanyak mungkin untuk dibawa pulang ke Bridge penghujung musim nanti..All The Best Young Blues!!

Beli, tak?? Beli tak?? Tak Beli??

Apela, pi mai, pi mai, tang tu jugak..

Nampaknya kita perlu bersabar buat masa seketika..Saga perpindahan David Luiz agak panjang, harap tidak berakhir seperti kisah dongeng Aguero..Semalam David Luiz dikatakan telah bertolak ke London untuk medical check-up setelah rundingan kita dianggap berjaya..Malah pemain muda nie tiada dalam lineup ketika Benfica menang 4-2 ke atas Nacional Sabtu lepas..David dikatakan sudah sedia untuk disarungkan jersi biru diraja dalam masa 24 jam..

Masa berlalu begitu pantas, dan kadangkala agak sukar dijangka..Berita petang tadi mengandaikan rundingan kita terpaksa dihentikan (WTF??) kerana kita tak menepati kehendak Benfica..Kelab Portugal nie mahukan bayaran cash serta merta (sekitar £25.5m) seiring dengan ketibaan David di London..Namun sebaliknya berlaku apabila pihak Chelsea mengatakan bayaran akan dibuat sebanyak £21.5 million ditambah dengan seorang youngsters bernilai £4 million..Jelas perbuatan ini memakan diri dan David dilaporkan telah diarahkan pulang oleh Benfica yang terasa seperti dipermainkan..Benfica mahukan bayaran full kerana mereka hanya akan mendapat £16.2m, disamping badan investement Benfica Stars (£5.3m) manakala bekas kelab Luiz, Vitoria Bahia (£480,000) dan Sao Paulo (£160,000) akan mendapat habuan bakinya..David telah disenaraikan dalam lineup untuk Portuguese Cup di Rio Ave malam nie, sekaligus mengesahkan deal ini hampir collapse, kecuali jika The Blues memenuhi permintaan diorang..

Buat peminat, dah tentu kita mahukan yang terbaik dan bagi aku, David sememangnya Top Class Centre Back yang kita cari..Rundingan masih belum berakhir sepenuhnya dan aku harap kita dapat menyempurnakan perpindahan ini secepat mungkin..Jelas lagi nyata, pihak negotiator Chelsea agak lembab macam siput buat kerja yang kadangkala boleh membuatkan aku sesak nafas nak tunggu..Transfer window nak tamat beb, jika masih tak dapat mendapat kata putus untuk David, aku harap scout kita akan cepat menyediakan Plan B untuk mendapatkan pemain seperti Kjaer, Godin ataupun Cahill..Walaupun defensive kita nampak semakin bagus kini, ia tak menyembunyikan hakikat kita memerlukan seorang CB januari ini jika mahukan trofi di hujung musim..JT semakin injury prone, malah mengharapkan Iva untuk bermain setiap match adalah agak keterlaluan kerana masalah fatigue sudah tentu akan mengganggu prestasinya..Alex masih lagi terlantar dan belum tentu akan kembali ke kesebelasan utama dalam masa terdekat...Bruma?? Too young..Harap kita dapat berita baik dalam musim perpindahan nie..


Liar, Liar, Liar!!

Official Atletico memberikan kenyataan :

“In the last week we have received two offers. One from Real for Aguero for 45 million euros and the other from Chelsea for Aguero and (Uruguay defender) Diego Godin for 60 million (£52m).

“Atletico have said no to the two offers because they believe in these two players.”


Official Chelsea segera membalas :

"We do not respond to transfer rumours no matter how wild they are."


Pening kepala aku dibuatnya politik keparat dalam transfer kali nie..Chelsea berbelanja mewah hampir 53m untuk mendapatkan Aguero dan Godin?? Nie memang tahyul, malah khurafat!! Jika The Blues yang dah semput kewangan dalam 2-3 musim nie boleh berbelanja sebanyak tue, kenapa pulak kita kena berkira, malah bersungguh-sungguh untuk tidak menaikkan harga 2-3m lagi bagi mendapatkan David, our top transfer priority??

Alamak, baru teringat Chelsea bid dalam mimpi aku je!!

Aku taktau apa tujuan rumours nie tersebar, mungkin ingin menakutkan pihak yang ingin membeli Kun Aguero agaknya, memberikan hint diorang takkan berkompromi dengan sebarang tawaran..Hmm dulu aku agak tergila gak dengan Aguero nie, tapi dah lama sangat, lemau beb dan aku perhatikan Aguero nie takde la gempak sangat sejak kebelakangan nie, teammate dia Forlan lagi mabeles di World Cup~


Untuk musim transfer nie, sememangnya waktu yang crucial buat Chelsea kerana selepas peninggalan Ballack, Deco, Joey dan Belletti, kita sememangnya ketandusan depth yang menjadi tunjang kekuatan utama musim lepas..Youngsters kita memang bagus tetapi perlu diberi masa untuk mature sebelum menjadi regular starter..Jika kita dapat seorang CB, dan kalau boleh seorang winger/striker, aku dah cukup puas hati..Kita sememangnya memerlukan 1-2 muka baru untuk memberikan suntikan segar kepada skuad kita yang dah 'berusia'..Wish for Good News this week!! KTBFFH!!



No comments: