The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, January 26, 2011

2 Post Match : Aura Mighty Blues sudah kembali!!

The Blues Flying High!!

Malam semalam aku sudah boleh melihat perubahan positif kepada para pemain Chelsea - kita bermain dengan amat konfiden, kental, berdisiplin, dan yang amat penting sekali, TIADA BELAS KASIHAN!! Keyakinan player semakin memuncak seperti di awal musim, malah beberapa tonggak utama kita sudah semakin menemui ketajaman diorang yang hilang hampir 2 bulan yang terakhir..Minggu lepas walaupun kita menang 2-0 ke ats Blackburn, aku masih sangsi dengan prestasi kita kerana gaya permainan kita tidak berubah dan hanya bergantung kepada kehebatan Ivanovic..Namun kemenangan membedal Bolton Wonderpet 4-0 adalah sesuatu yang berbeza, kita mengawal permainan, bermain dengan penuh keyakinan serta corak hantaran kita semakin kemas - sememangnya lagak seorang CHAMP!!

Deady Trio sudah kembali membara


Chelsea menjaringkan gol menerusi Didi, Anelka, Malouda dan Ramires, dua gol bagi setiap separuh masa menceritakan dominasi The Blues sepanjang 90 minit permainan..Apa yang mengujakan aku dah tentu kembalinya Deadly Trio - Malouda, Anelka dan Didi sebagai pemusnah benteng pihak lawan..Sejak kemerosotan di bulan Oktober, agak sukar melihat trio ini kembali menjaringkan gol untuk The Blues sekaligus menandakan tempoh yang sukar buat Chelsea kerana hampir 70% gol musim lepas dihasilkan oleh gandingan ketiga-tiga player nie..

Nie mesti belajar dari Alex nie

Dalam match menentang Bolton, Didi menangkis segala kritikan mengenai umurnya dengan melepaskan rembatan Torpedo 100km/j yang menyebabkan Juuskelainan terkena serangan jantung..Yeah, Didi hampir kembali ke prestasi asal yang membolehkannya dinobatkan Top Scorer EPL musim lepas..Walaupun dilihat masih sedikit terganggu akibat malaria, Didi kelihatan lebih cergas dan aku yakin dia akan kembali menghantui pihak pertahanan lawan!! Selain Didi, Anelka dan fellow Frenchman Malouda juga semakin mantap dan bernafsu untuk mencari gol..Terutamanya Anelka, mungkin kritikan terhadap prestasinya dalam 1-2 bulan terakhir agak pedas buat Nik justeru dapat dilihat dia agak ' lapar' untuk membedal gawang Bolton habis-habisan untuk membuktikan keupayaannya..Jika bukan disebabkan Juskelainen agak bernasib baik, Anelka sudah tentu boleh mendapat hatrik semalam, dan Chelsea akan menang 6-0..

Benteng Pertahanan Semakin Kebal

Jangan harap la nak lepas!!

Mungkin di awal perubahan posisi Iva dari RB ke CB agak mengelirukan justeru dapat dilihat pemain Serbia kita nie bermain agak teruk..Namun selepas 3-4 match bermain secara regular, Iva dilihat semain serasi dengan tugas terbaru, lebih konsisten malah aksi menakjubkannya ketika menentang Balackburn minggu lepas menjadi bukti Iva merupakan Defender Rock!! Gandingan bersama JT semakin membuahkan hasil, dengan 3 clean sheet dalam 3 match terakhir, 0 bolos menunjukkan benteng kita semakin ampuh..Dengan Alex dijangka kembali Februari ini, serta kemungkinan kemasukan Mega Transfer David Luiz dalam masa 48 jam, Defensive kita semakin mantap!!

Blues Kenyan Menunjukkan Belangnya

Suri ram, ram, ram..Ramiress!!

Ramires menjaringkan gol pertamanya buat kelab malam semalam..Yup, he totally deserve it..Setelah menampilan aksi memukau dalam 3 match terakhir, Ramires membuatkan para pengkritik yang mengatakan dirinya satu lagi Brazilian Flop di EPL untuk menelan balik kata-kata diorang..Ram dilihat sudah serasi dengan aksi 'keras' EPL malah dia kelihatan lebih selesa untuk mengemudi jentera tengah ketika ini seperti yang dilakukannya ketika di Benfica..Sedangkan Malouda pon amik dua season baru boleh meletup, inikan youngsters macam Ramires..Dengan bantuan Essien dan Mikel, Ram cepat belajar dan gol pertamanya boleh dikatakan reward kepada usaha kerasnya selama nie..Masih teramat muda, aku yakin Ram mempunyai banyak ruang untuk meningkat sekaligus menjadi tonggak utama kita di masa akan datang!!



Dengan benteng pertahanan semakin kukuh, Trio yang semakin hot, serta bahagian jentera tengah yang dilihat semakin serasi - aku yakin Chelsea sudah semakin hampir ke prestasi asal kita di awal musim..Babak ngeri dua bulan terakhir harus dilupakan segera sebagai igauan semat-mata..Kita masih mempunyai peluang untuk memperbetulkan keadaan dan segalanya tidak mustahil!! Trofi EPL masih dalam jangkauan, dan kita mempunyai peluang terbaik dan momentum untuk meneruskan kemaraan!! Seperti kata Captain Marvel JT, Dont write us off yet!! KTBFFH!!




2 comments:

Thaqif Ismail said...

terbaik lah chelsea!!

Raiden said...

Yup, The Blues is back in business!!