The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, January 13, 2011

0 Gosip Transfer : Yang Terlepas, Melepas, Hampas, Rampas!!

Bagi dua kupang je ada hati nak beli aku?? Kurang asam tol!!

Jika sebelum nie aku agak bengang dengan Board Chelsea yang kelihatan tidak bergerak aktif dalam Transfer Window, kali nie aku boleh menarik nafas lega..Walaupun belum mendapatkan sebarang pemain, usaha yang diberikan menujukkan kita serius untuk membeli pada Januari ini, terutamanya Defender..Baru baru nie Chelsea dilaporkan telah membida €20m untuk mendapatkan David Luiz - hasilnya?? Sorry, memang keciwa, Benfica telah menolak tawaran dan mahukan bid yang lebih tinggi iaitu minimum €25m..Pegh memang cekik darah, yelah selain Chelsea ada lagi penyangak Mancee yang menunggu untuk membuat tawaran dan seperti biasa pihak kelab takkan terus jual je, diorang mahukan bidding paling tinggi..Bila ada Pak Arab, aku rsa harga David nie boleh naik jadi €30m hasil termakan umpan, dan yang melopongnya adalh kelab yang bersaing, termasuklah Chelsea..

Habis Duit Kutu aku bulan nie..

Desperate?? Naikkan Bid?? Tidak, Roman dah menarik diri kerana baginya €25m adalah harga yang terlampau tinggi dan tak berbaloi buat pemain seperti David yang baru nak meningkat naik..Tambahan pulak Benfica bermain CL musim nie jadi pembelian CB yang dipangil 'Next Puyol' nie akan menjadi sia-sia kerana dia tidak boleh bermain utnk Chelsea di peringkat Eropah hasil peraturan UEFA (Seorang pemain tak boleh bermain untuk 2 kelab dalam musim yang sama)..Namun nie tak bermkna kita akan behenti mencari, kerana kita masih ada beberapa alternatif lain - Plan B, C dan D..

Plan B atau C??

Plan B : The Blues dikatakan sedang memantau pemain Borussia Dortmund buat masa ini, Nevel Subotic dan dikatakan akan menghantar rombongan meminang dengan hantaran sebanyak €17.5m..Dengan umur baru 22, pemain Serbia nie antara pemain meningkat naik dan sudah ditarget oleh Madrid, Manchester dan Arsenal..Namun persaingan akan menjadi sengit akibat competiton terutamanya dari Arsengal Wedges yang turut desperate mahukan CB setelah kecederaan kepada Verwatermelon dan Kosialnie..Bila persaingan sengit, bidding war akan bermula dan harga akan meningkat naik gila bebng punyer.. (Nilai kemungkinan : €19-22m)

Wuhuu Chelsea nak beli kita dua beb!!

Plan C : Tak pergi jauh, disebabkan persaingan untuk Subotic agak kompetetif, The Blues kemungkinan akan mencari Plan C, iaitu rakan sejawat Subotic di Borussia iaitu Hummels..Mungkin namanya kurang dikenali tetapi abiliti budak muda Germany 22 tahun nie sebagus seperti partnernya..Walaupun baru dua musim bersama Die Schwarzgelben, Hummels dah bermain hampir 70 game, membentuk benteng pertahanan yang kukuh bersama Subotic serta dah menghasilkan 7 gol setakat nie..Musim 2010-11 antara musim terhebat duo nie kerana Borussia kini menduduki carta teratas Bundesliga dengan perbezan 10 mata malah benteng pertahanan Die Schwarzgelben hanya dibolosi sebnyak 10 kali setakat nie..Kurang persaingan dari kelab lain membolehkan nilainya masih munasabah dan berbaloi..Dengan ketinggian 1.91 m (6 ft 3 in), Hummels memang sesuai untuk beraksi di EPL malah dia mampu merodok pihak lawan umpama Hummer di jalanan.(Nilai kemungkinan : €15-17m)

Hummer - Can hammer anyone, anywhere

Jika Plan C pon gagal?? Maka kita akan berbalik ke EPL , Plan D - Gary Cahill

Tak sangka aku nie mahal gak..hns,hnss..Bangga siott..

Bukan mahu menidakkan keupayaan pemain England cuma harga diorang memang kdangkala tak munsasabah..Hanya disebabkan dia pemain kelahiran Three Lions tak semestinya value mesti tinggi, betul tak?? Overrated, tetapi Bolton sudah memberikan kata amaran bahawa Cahill berharga €20m, dengan alasan Lescott yang sampah kat Eastland tu pon harga €22m..Cahill memang bagus tapi bagi aku harganya patut €10-12m..Aku yakin tag setinggi itu dari Bolton hanya untuk menakutkan para pembida agar menarik diri..Chelsea ada pengaruh peluang bermain di Eropah, sesuatu yang tiada di Bolton dan aku pasti dah cukup untuk memancing Cahill ke Bridge..Take it or leave it!! (Nilai kemungkinan : €10-12m)

Apa yang pasti, Chelsea perlu mendapatkan jugak seorang CB Januari nie kalau tidak memang mengah la kita menjelang Februari nie bila CL dah bermula kerana tanpa backup dan fixture yang padat, pemain akan kepenatan..Nak harapkan JT dengan Alex je CB?? Mangkor yob. Kalau satu target pon tak dapat?? Ape susah, beli je Sabree Abu!!

Amacam Carlo??

No comments: