The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, January 31, 2011

0 Transfer News : Pro dan Con mengenai El Nino

0 Comments
YNWA!! Eh silap, KTBFFH!!

Berita mengenai Chelsea begitu kepingin mendapatkan Torres bukannya sesuatu yang baru, kerana hampir 2 musim Roman yang merupakan peminat setia El Nino cuba mendapatkan striker Pool nie..Jika sebelum nie aku tak ambil kisah, sebab ia hanya rumours yang tak konkrit dan aku memang tak nampak mengapa Torres akan chow dari Pool ke kelab EPL yang lain..Namun selepas mendengar berita Transfer Request yang dihantar sendiri oleh Torres kepada Daglish, menunjukkan minat Chelsea bukannya bertepuk sebelah tangan, dan kali nie ia nampak begitu 'serius'..

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi Transfer windows akan ditutup, dan selepas terlepas Pienaar, David Luiz, Sanchez, Godin dan Aguero, mungkin inilah sahaja peluang Chelsea untuk mendapatkan pemain baru yang diharapkan peminat.. Selepas bid £35m Khamis lepas kepada Torres telah ditolak, Chelsea perlu tampil dengan tawaran harga yang lebih tinggi iaitu minimum £50m, harga yang diminta oleh Pool..Berkemungkinan juga kita akan menawarkan Anelka ataupun Sturridge sebagai makeweight dengan nilai £8m + £42m Transfer Fee..

Persoalannya, adakah kita amat memerlukan Torres?? Ini serba sedikit Pro dan Kontra untuk difikirkan sebelum kita membeli El Nino..

PRO

1. Terbukti berkesan di EPL - Jika ada yang menganggap Torres bakal menjadi Sheva kedua, korang silap kerana Torres sememangnya terbukti berkesan di EPL, malah menjaringkan 30 gol dalam musim pertamanya di Liverpool..Ia takkan mengambil masa lama untuk El Nino menjadi hit di Chelsea..

2. Masih Muda - Torres kini berumur 26, bermakna dia berkemungkinan mempunyai 4-5 tahun untuk beraksi di tahap tertinggi..Kita juga membeli Drogba pada umur yang sama dan dia menjadi Top Hitman kita buat masa yang lama, sudah tiba masanya mencari successor untuk The King!!

3. El Nino + King Drog = Unstoppable!! - Bayangkan Didi berganding dengan Torres, dah tentu ia akan menjadi Striker Partnership paling menakutkan!!

4. Merchandise Seller - Tak terkejut kerana dengan muka jambu, rambut Blonde, serta hebat di padang menjadikan Torres sememangnya pujaan gadis-gadis dan Fan..Dengan hanya penjualan jersi no 9 Torres bagi aku dah cukup untuk Chelsea mengumpul dana bagi menampung kos Transfer Fee sebanyak £50m..Lihatlah betapa jersi Torres dikatakan lebih popular dari Gerrard, Captain Liverpool di Merseyside..Seperti Beckham, ketika ini hanya CRonaldo yang mempunyai impak sedemikian malah hanya dalam 2 musim Madrid dilaporkan sudah dapat menampung kos bayaran £80m untuk Ronaldo hasil penjualan jersi dan merchandise.

5. Tamparan besar buat Scouse - Tak perlu diperkatakan lagi, Torres sememangnya idola The Kops selain Stevie G, dan jika Chelsea berjaya mendapatkan Torres ia akan menjadi Big Blow buat diorang dari segi psikologi..Lihatlah bagaimana Manure tanpa Ronaldo, Arsenal tanpa Henry, aku yakin kehilangan Torres akan memberikan impak yang sama..Dan yang paling pasti, tanpa Torres, Chelsea tak perlu risau untuk dibolosi lagi menentang Liverpool!!


CON

1. £50m?? Mahal nak mampus - Harga yang diminta oleh Pool untuk Torres sememangnya tinggi dan jika berlaku, ia akan menjadi pembelian termahal kita selepas Sheva..Apa yang merimaskan aku adalah duit itu akan masuk ke kocek rival kita dan Liverpool akan memperoleh dana untuk melakukan revolusi pembelian pemain baru hasil jualan Torres..Jangan lupa kita masih memerlukan Centreback dan Midfielder berkualiti dan diharapkan summer depan kewangan kita tak kering hasil membeli Torres sorang..

2. Injury Prone - Tak perlu diperkatakn lagi, Torres memang kerap injured malah dia mungkin pemain kedua selepas RVP sebagai pengunjung tetap wad sakit di England..Masalah hamstring El Nino bukannya baru dan seperti Owen, Kaka, tak mustahil kita bakal membazirkan duit buat player yang takkan bermain..

3. Lone Striker - Sebut 'lone' pon dah tau, bermakna Torres adalah Target Striker, dan dia gemar bermain berseorangan di hadapan..Masih ingat Keane?? Lihat bagaimana gandingan dia bersama Torres yang tidak menjadi di Liverpool, malah di Spain juga Torres tidak boleh digandingkan bersama Villa..Jika kita membeli Torres, di mana Drogba akan bermain?? Jangan lupa, Drogba juga hampir sama, lone striker yang tak boleh berganding dengan sesiapa, hatta Sheva sekalipun..

4. Versatility - Torres tidak pernah bermain out of position seperti Villa, malah dia hanya sesuai sebagai lone striker bermakna range permainan dia adalah terhad..Jarang aku melihat Torres pergi ke bahagaian sayap dan melakukan cross seperti dilakukan Didi..Torres juga agak kurang bersungguh, dia tidak hardworking seperti Teves yang berusaha merampas bola apabila kehilangan possesion..Yupp speciality dia adalah sebagai Fox in The Box, tidak lebih dari itu!!

5. Pertukaran Formasi - Pembelian Torres bakal memberikan perubahan formasi kepada Chelsea yang kerap bermain 4-3-3..Yupp kita mungkin akan mencuba 4-4-2 untuk mencipta gandingan Torres-Drogba di hadapan..Masalahnya, adakah Carlo akan berkompromi?? Tak mustahil ia akan mengulangi kisah Drogba-Anelka sekali lagi, apabila salah seorang pemain perlu bermain wide..Anelka antara yang perlu beralah, bermain di sayap kanan, Malouda di sayap kiri dan Didi menjadi Lone Striker..Dalam kes Torres dan Drogba, siapakah yang bakal menjadi mangsa??

Adakah Chelsea patut membeli Torres?? Its up on your own opinion. :)




0 Post Match : Malam layan Blues

0 Comments
Captain Tsubasa..shutttoo!!

Team sushi lawan team rugbi..Semangat Kamikaze Jepang nie memang aku puji, walaupun kena sondol, lanyak dengan player maskulin Aussie, diorang tak putus asa malah bertahan sampai Extra Time dan menjaringkan gol penghujung game untuk memenangi Asian Cup..Untuk pendatang baru benua Asia, menatang Kangaroo yang tak berapa rupa macam orang Timur nampaknya kempunan nak merasa trofi ditibai oleh Blues Samurai..Oh ya, nampaknya semangat Loserpool masih melekat kuat dengan Kewell..

Kalou tak gol jugak taktau la

Jika ada team kaler biru yang merasa trofi, ada pulak yang semput macam nak mati..Chelsea bermain separuh nyawa menentang Everton di Gurisan Hati Park apabila hampir disingkirkan dari saingan Piala FA..Mujur ada Kalou, Supersub tersohor dari Ivory Coast yang menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan berbaki 10 minit sekaligus mengikat kedudukan 1-1..The Blues memang layan Blues, dengan corak permainan hambar dan tak menyengat ditambah pulak oleh kehebatan Coleman dan Baines yang menghuru-harakan Ash dan Bosingwa, sekaligus membangkitkan spekulasi bahawa krisis di Bridge belum berakhir..Namun berkat draw, Chelsea mendapat nyawa kedua iaitu replay menentang Everton di Stamford Bridge untuk melayakkan diri ke pusingan ketiga sekaligus berpeluang mempertahankan trofi FA selama 3 tahun berturut-turut..




Saturday, January 29, 2011

0 FA Cup Preview : Ujian berat di Goodison Park

0 Comments
Ulangan Final FA Cup 2009

3 kemenangan dalam 3 match terakhir sememangnya menandakan kebangkitan The Blues selepas mimpi ngeri selama 2 bulan..Namun perlu diingatkan pihak lawan kita sebelum nie hanyalah Ipswich, Blackburn dan Bolton yang boleh dikatakan kelab anak ayam..Malam nie akan menjadi ujian penentu samada skuad kita benar-benar sudah pulih atau tidak..Jika kita dapat menang ke atas kelab se-gah Everton dah tentu ia akan menandakan The True Chelsea is Back!!

FA Cup adalah kejuaraan azimat buat Chelsea kerana kita dah menjadi juara FA Cup secara berturut-turut pada 2 musim terakhir..Malah rekod kita di FA Cup juga amat hebat, iaitu 14 match unbeaten setakat nie..Dengan pemain Chelsea ketika ini semakin konfiden berbekalkan kemenangan besar 4-0 ke ats Bolton minggu lepas, dah tentu kita mahukan Everton pula menjadi mangsa seterusnya!!

Malang buat Everton, tuah buat The Blues, kebanyakan pemain utama mereke tiada dalam lineup..Cahill antara yang missing kerana terlibat dalam Asian Cup, manakala Pienaar telah dijual ke Spurs, Saha semakin injury prone, walaupun Beckford masih ada sebagai pengganti..Tanpa pemain utama, boleh dikatakan Everton bermain tanpa 50% potensi sebenar, dan Chelsea dijangka akan mendominasi perlawanan..Namun di Goodison Park, gelanggang keramat The Toffees, macam - macam boleh terjadi dan kita perlu perlu bermain dengan keupayaan 100%..Beware of Coleman!!

Berita skuad, Lampard masih mempunyai kemungkinan 50/50 untuk bermain dan aku berharap jangan rush kepulangan Frank kerana kemungkinan side effect operation tempohari masih lagi membelenggu kakinya..Dengan umur 33, Lampard perlu diberikan jagaan rapi kerana dirinya tidak semakin muda dan dia masih lagi tonggak utama kelab dalam 2-3 tahun lagi..Aku harap gandingan Ramires-Essien-Mikel akan kembali menyengat..Didi kelihatan semakin mantap dan dilihat semakin cergas semenjak dijangkit Malaria bulan lepas..Mikel juga antara yang bermain bagus selepas berehat panjang dan dia dijangka akan bermain full 90 malam nie, selepas bermain hampir 70 minit ketika menentang Bolton minggu lepas..Dengan defensive semakin mantap, serangan semakin tajam, kita dilihat dalam persediaan terbaik!!

Skuad malam nie :

Cech
Bosingwa-Iva-JT-Ash
Ramires-Mikel-Essien
Anelka-Didi-Malouda

Result Prediction : Everton (0) - Chelsea (2)

Match LIVE ESPN SAT 29-Jan 20:25

Kejuaraan Premiership kelihatan agak jauh dari jangkauan, jadi boleh dikatakan FA Cup bakal menjadi taruhan utama untuk kejuaraan domestik kita musim nie..Dengan hanya 16 match tinggal, dan kita ketinggalan hampir 10 mata di belakang Manure segalanya tampak sukar walaupun tak mustahil..Top 4 masih menjadi priority, disamping CL dan FA Cup, KTBFFH!!

Thursday, January 27, 2011

0 Transfer News : Loan Ranger, Mega Buy dan Liar Sungguh!!

0 Comments

Kakuta, Van aanholt masuk SPBT

Fantastic 4 - Aanholt, Kakuta : LOAN, Bruma, Josh : STAY

Sudah sah!! Kakuta dan Van aanholt akan mengikuti Skim Pinjaman Baki Tahunan (SPBT) buat baki musim ke kelab berasingan..Kakuta tidaklah jauh sangat, hanya pergi ke rumah jiran sebelah iaitu Fulham untuk mendapat tunjuk ajar di bawah ex-chelsea player, Mark Hughes..Dengan bermain buat team yang bersaing di EPL, serta berganding bersama pemain berkaliber seperti Dempsey diharapkan dapat menaikkan prestasi Kakuta..Gael sememangnya mendapat kesukaran untuk mendapat peluang bermain di Chelsea kerana pemain senior lebih kerap diberikan tempat utama..Van aanholt juga seperti Kakuta, akan dipinjamkan tetapi ke kelab championship, Leicester City..Sememangnya keputusan yang bijak, diharapkan Kakuta dan Aanholt akan dapat menimba pengalaman sebanyak mungkin untuk dibawa pulang ke Bridge penghujung musim nanti..All The Best Young Blues!!

Beli, tak?? Beli tak?? Tak Beli??

Apela, pi mai, pi mai, tang tu jugak..

Nampaknya kita perlu bersabar buat masa seketika..Saga perpindahan David Luiz agak panjang, harap tidak berakhir seperti kisah dongeng Aguero..Semalam David Luiz dikatakan telah bertolak ke London untuk medical check-up setelah rundingan kita dianggap berjaya..Malah pemain muda nie tiada dalam lineup ketika Benfica menang 4-2 ke atas Nacional Sabtu lepas..David dikatakan sudah sedia untuk disarungkan jersi biru diraja dalam masa 24 jam..

Masa berlalu begitu pantas, dan kadangkala agak sukar dijangka..Berita petang tadi mengandaikan rundingan kita terpaksa dihentikan (WTF??) kerana kita tak menepati kehendak Benfica..Kelab Portugal nie mahukan bayaran cash serta merta (sekitar £25.5m) seiring dengan ketibaan David di London..Namun sebaliknya berlaku apabila pihak Chelsea mengatakan bayaran akan dibuat sebanyak £21.5 million ditambah dengan seorang youngsters bernilai £4 million..Jelas perbuatan ini memakan diri dan David dilaporkan telah diarahkan pulang oleh Benfica yang terasa seperti dipermainkan..Benfica mahukan bayaran full kerana mereka hanya akan mendapat £16.2m, disamping badan investement Benfica Stars (£5.3m) manakala bekas kelab Luiz, Vitoria Bahia (£480,000) dan Sao Paulo (£160,000) akan mendapat habuan bakinya..David telah disenaraikan dalam lineup untuk Portuguese Cup di Rio Ave malam nie, sekaligus mengesahkan deal ini hampir collapse, kecuali jika The Blues memenuhi permintaan diorang..

Buat peminat, dah tentu kita mahukan yang terbaik dan bagi aku, David sememangnya Top Class Centre Back yang kita cari..Rundingan masih belum berakhir sepenuhnya dan aku harap kita dapat menyempurnakan perpindahan ini secepat mungkin..Jelas lagi nyata, pihak negotiator Chelsea agak lembab macam siput buat kerja yang kadangkala boleh membuatkan aku sesak nafas nak tunggu..Transfer window nak tamat beb, jika masih tak dapat mendapat kata putus untuk David, aku harap scout kita akan cepat menyediakan Plan B untuk mendapatkan pemain seperti Kjaer, Godin ataupun Cahill..Walaupun defensive kita nampak semakin bagus kini, ia tak menyembunyikan hakikat kita memerlukan seorang CB januari ini jika mahukan trofi di hujung musim..JT semakin injury prone, malah mengharapkan Iva untuk bermain setiap match adalah agak keterlaluan kerana masalah fatigue sudah tentu akan mengganggu prestasinya..Alex masih lagi terlantar dan belum tentu akan kembali ke kesebelasan utama dalam masa terdekat...Bruma?? Too young..Harap kita dapat berita baik dalam musim perpindahan nie..


Liar, Liar, Liar!!

Official Atletico memberikan kenyataan :

“In the last week we have received two offers. One from Real for Aguero for 45 million euros and the other from Chelsea for Aguero and (Uruguay defender) Diego Godin for 60 million (£52m).

“Atletico have said no to the two offers because they believe in these two players.”


Official Chelsea segera membalas :

"We do not respond to transfer rumours no matter how wild they are."


Pening kepala aku dibuatnya politik keparat dalam transfer kali nie..Chelsea berbelanja mewah hampir 53m untuk mendapatkan Aguero dan Godin?? Nie memang tahyul, malah khurafat!! Jika The Blues yang dah semput kewangan dalam 2-3 musim nie boleh berbelanja sebanyak tue, kenapa pulak kita kena berkira, malah bersungguh-sungguh untuk tidak menaikkan harga 2-3m lagi bagi mendapatkan David, our top transfer priority??

Alamak, baru teringat Chelsea bid dalam mimpi aku je!!

Aku taktau apa tujuan rumours nie tersebar, mungkin ingin menakutkan pihak yang ingin membeli Kun Aguero agaknya, memberikan hint diorang takkan berkompromi dengan sebarang tawaran..Hmm dulu aku agak tergila gak dengan Aguero nie, tapi dah lama sangat, lemau beb dan aku perhatikan Aguero nie takde la gempak sangat sejak kebelakangan nie, teammate dia Forlan lagi mabeles di World Cup~


Untuk musim transfer nie, sememangnya waktu yang crucial buat Chelsea kerana selepas peninggalan Ballack, Deco, Joey dan Belletti, kita sememangnya ketandusan depth yang menjadi tunjang kekuatan utama musim lepas..Youngsters kita memang bagus tetapi perlu diberi masa untuk mature sebelum menjadi regular starter..Jika kita dapat seorang CB, dan kalau boleh seorang winger/striker, aku dah cukup puas hati..Kita sememangnya memerlukan 1-2 muka baru untuk memberikan suntikan segar kepada skuad kita yang dah 'berusia'..Wish for Good News this week!! KTBFFH!!



Wednesday, January 26, 2011

2 Post Match : Aura Mighty Blues sudah kembali!!

2 Comments
The Blues Flying High!!

Malam semalam aku sudah boleh melihat perubahan positif kepada para pemain Chelsea - kita bermain dengan amat konfiden, kental, berdisiplin, dan yang amat penting sekali, TIADA BELAS KASIHAN!! Keyakinan player semakin memuncak seperti di awal musim, malah beberapa tonggak utama kita sudah semakin menemui ketajaman diorang yang hilang hampir 2 bulan yang terakhir..Minggu lepas walaupun kita menang 2-0 ke ats Blackburn, aku masih sangsi dengan prestasi kita kerana gaya permainan kita tidak berubah dan hanya bergantung kepada kehebatan Ivanovic..Namun kemenangan membedal Bolton Wonderpet 4-0 adalah sesuatu yang berbeza, kita mengawal permainan, bermain dengan penuh keyakinan serta corak hantaran kita semakin kemas - sememangnya lagak seorang CHAMP!!

Deady Trio sudah kembali membara


Chelsea menjaringkan gol menerusi Didi, Anelka, Malouda dan Ramires, dua gol bagi setiap separuh masa menceritakan dominasi The Blues sepanjang 90 minit permainan..Apa yang mengujakan aku dah tentu kembalinya Deadly Trio - Malouda, Anelka dan Didi sebagai pemusnah benteng pihak lawan..Sejak kemerosotan di bulan Oktober, agak sukar melihat trio ini kembali menjaringkan gol untuk The Blues sekaligus menandakan tempoh yang sukar buat Chelsea kerana hampir 70% gol musim lepas dihasilkan oleh gandingan ketiga-tiga player nie..

Nie mesti belajar dari Alex nie

Dalam match menentang Bolton, Didi menangkis segala kritikan mengenai umurnya dengan melepaskan rembatan Torpedo 100km/j yang menyebabkan Juuskelainan terkena serangan jantung..Yeah, Didi hampir kembali ke prestasi asal yang membolehkannya dinobatkan Top Scorer EPL musim lepas..Walaupun dilihat masih sedikit terganggu akibat malaria, Didi kelihatan lebih cergas dan aku yakin dia akan kembali menghantui pihak pertahanan lawan!! Selain Didi, Anelka dan fellow Frenchman Malouda juga semakin mantap dan bernafsu untuk mencari gol..Terutamanya Anelka, mungkin kritikan terhadap prestasinya dalam 1-2 bulan terakhir agak pedas buat Nik justeru dapat dilihat dia agak ' lapar' untuk membedal gawang Bolton habis-habisan untuk membuktikan keupayaannya..Jika bukan disebabkan Juskelainen agak bernasib baik, Anelka sudah tentu boleh mendapat hatrik semalam, dan Chelsea akan menang 6-0..

Benteng Pertahanan Semakin Kebal

Jangan harap la nak lepas!!

Mungkin di awal perubahan posisi Iva dari RB ke CB agak mengelirukan justeru dapat dilihat pemain Serbia kita nie bermain agak teruk..Namun selepas 3-4 match bermain secara regular, Iva dilihat semain serasi dengan tugas terbaru, lebih konsisten malah aksi menakjubkannya ketika menentang Balackburn minggu lepas menjadi bukti Iva merupakan Defender Rock!! Gandingan bersama JT semakin membuahkan hasil, dengan 3 clean sheet dalam 3 match terakhir, 0 bolos menunjukkan benteng kita semakin ampuh..Dengan Alex dijangka kembali Februari ini, serta kemungkinan kemasukan Mega Transfer David Luiz dalam masa 48 jam, Defensive kita semakin mantap!!

Blues Kenyan Menunjukkan Belangnya

Suri ram, ram, ram..Ramiress!!

Ramires menjaringkan gol pertamanya buat kelab malam semalam..Yup, he totally deserve it..Setelah menampilan aksi memukau dalam 3 match terakhir, Ramires membuatkan para pengkritik yang mengatakan dirinya satu lagi Brazilian Flop di EPL untuk menelan balik kata-kata diorang..Ram dilihat sudah serasi dengan aksi 'keras' EPL malah dia kelihatan lebih selesa untuk mengemudi jentera tengah ketika ini seperti yang dilakukannya ketika di Benfica..Sedangkan Malouda pon amik dua season baru boleh meletup, inikan youngsters macam Ramires..Dengan bantuan Essien dan Mikel, Ram cepat belajar dan gol pertamanya boleh dikatakan reward kepada usaha kerasnya selama nie..Masih teramat muda, aku yakin Ram mempunyai banyak ruang untuk meningkat sekaligus menjadi tonggak utama kita di masa akan datang!!



Dengan benteng pertahanan semakin kukuh, Trio yang semakin hot, serta bahagian jentera tengah yang dilihat semakin serasi - aku yakin Chelsea sudah semakin hampir ke prestasi asal kita di awal musim..Babak ngeri dua bulan terakhir harus dilupakan segera sebagai igauan semat-mata..Kita masih mempunyai peluang untuk memperbetulkan keadaan dan segalanya tidak mustahil!! Trofi EPL masih dalam jangkauan, dan kita mempunyai peluang terbaik dan momentum untuk meneruskan kemaraan!! Seperti kata Captain Marvel JT, Dont write us off yet!! KTBFFH!!




Tuesday, January 25, 2011

0 Pheonix bangkit dari abu

0 Comments

Bina jambatan menuju ke seberang
Melangkah jurang lebar dan dalam

Dengan darah dan keringat

Dengan airmata berpegang pada taliNya


Rapatkan saf semangatmu jangan goyah

Kota yang telah roboh harus dibina semula

Atas dasar kebenaran demi kita demi waris
Semua serangan yang datang kita tangkis


Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri

Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina (semula) satu keindahan (baru)



'Phoenix Bangkit Dari Abu'
Artist:M. Nasir
Album:M.NASIR





CHELSEA 4 - BOLTON 0

THE CHAMPION ARE BACK!!




Monday, January 24, 2011

0 Preview : Kekalkan konsistensi

0 Comments
Hanya satu aku harapkan malam nie - KEKALKAN PRESTASI..Setelah memenangi 2 matach terakhir, awan mendung yang menyelubungi kem The Blues seakan sudah berlalu pergi..Hanya kemenangan ditagih malam nie kerana jika kita kembali hilang mata, dah tentu pressure akan kembali menghambat Carlo n Co..Apa yang penting pemain perlu kembali konfiden..Seperti kemenangan menantang Blackburn aku boleh nampak ada keyakinan dan kesungguhan pada setiap pemain sudah mula kembali, walaupun corak permainan kita masih tidak se-perfect mana..Kekalkan semangat dan determination, gaya permainan kita akan kembali normal dari semasa ke semasa..For tonight, kill The Trotters!!

JT : Frank, kita nak belasah diorang berapa malam nie??
Frankie : 10-0 pon boleh, apadahal..

Kecederaan kepada JT dan Lampard tempohari agak merisaukan namun laporan terkini mengatakan duo ini akan beraksi menentang Bolton..Hanya Youssi, Alex dan Zhirkov yang kekal terlantar di Wad Sakit setakat nie..Kepulangan Mikel adalah berita baik kepada skuad kita yang agak lesu dari segi depth, tetapi apakah kesannya kepada formasi?? Josh bermain agak bagus ketika nie sehingga mampu menekan Essien, Ramires juga semakin meningkat sebagai center midfield..Aku harap Carlo akan membuat rotation di samping jangan mengabaikan Josh yang semakin mature dari semasa ke semasa..Untuk malam nie, Carlo dah tentu akan kekal menggunakan kombinasi pemain yang membantu dalam kemenangan 2-0 minggu lepas..

Bolton di bawah Owen Coyle sememangnya team yang berlainan berbanding ketika rejim Sam Allardyce.. The Trotters bermain attacking football sehingga membolehkan diorang menduduki posisi Top 10 setakat nie..Walaupun match terakhir diorang tewas 0-2 di tangan Stoke City, tetapi di Reebok City macam macam boleh jadi..Dengan corak 4-4-2 serta Kevin Davies dan Elmander menjadi penyerang utama, jelas Bolton tidak boleh dipandang rendah di samping crowd sudah tentu akan menjadi the 12th Factor..Harap JT dan Iva sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan..

Skuad The Blues malam nie :

Cech
Bosingwa-JT-Iva-Ash
Ramires-Essien-Lamps
Anelka-Didi-Malouda

Result Prediction : Bolton Wonderpet (0) - Chelsea (1)

Match LIVE ESPN (CH812) 3.55 am Tuesday


Aku tak mengharapkan banyak, dengan skuad masih dalam proses pemulihan dah tentu mahukan kemenangan 7, 8 gol seperti dahulu agak melampau..Berita Mancee seri, serta keputusan seri Spurs adalah berita baik untuk Chelsea..Jika kita menang malam nie, kita akan berada 3 mata di atas Spurs, juga 4 mata mendekati Mancee..Apa yang penting adalah 3 mata, kita mahukan kedudukan Top 4 digenggam erat, kemudian barulah kita boleh memikirkan mengenai trophy EPL..Keep The Blues Flag Flying High!!



Sunday, January 23, 2011

0 Ah!! Sengal!!

0 Comments
Sengal mempunyai akademi terbaik di England?? Sengal menghasilkan pemain muda yang world class?? Pigidah. Team under 18 korang sama je dengan first team, gersang trophy. Ingat nama nie - MILAN LALKOVIC - The Next Best Thing After Josh McEachrean!!

0 Transfer Window semakin hangat!!

0 Comments
Rundingan David bermula

Nak beli ke tak nie?? Dah sakit bontot gua tunggu.

Sepanjang berminggu - minggu mengejar budak 'Tarzan', kesemua rumours hanya umpama tin kosong, hanya banyak bunyi tetapi tiada hasil..Namun semalam sumber konkrit mendakwa perancangan mendapatkan David sudah masuk ke fasa baru, dengan beberapa delegasi Benfica termasuk Presiden kelab, Luis Filipe Vieira sudah sampai ke London untuk melakukan rundingan secara rasmi..

Apa yang masih menjadi batu penghalang adalah release clause untuk David amat, amat tinggi iaitu £42m yang berkuatkuasa sehingga 2014. Ini bermakna harga untuk mendapatkan David cukup mahal. Chelsea dikatakan telah menawarkan Paulo Ferrreira di samping transfer fee sebanyak £21m untuk memancing David namun ditolak dengan alasan Paulo teramat tua. Benfica dilaporkan mahu mengambil salah seorang pemain muda Chelsea, bukannya pemain berumur sebagai pertukaran. Dengan Carlo tidak mahu melepaskan Bruma, Van aanholt, antara nama calon pemain yang bakal dijadikan bait adalah Salomon Kalou atau Bosingwa. Namun ia terpulang kepada Carlo untuk membuat keputusan, walaupun seperti biasa kemungkinan Board sendiri dah membuat perancangan mereka tersendiri. Kalou dan Bosingwa antara yang mempunyai performance yo-yo di dalam kelab, seumpama Si Bebal Babel Libepul. Jika aku diberi peluang membuat keputusan, aku akan swap Kalou yang tidak konsisten untuk mendapatkan Centre Back berkaliber seperti David Luiz.

Segalanya masih tidak official, kita mungkin perlu menunggu hasilnya 2-3 hari lagi. Jika gagal, kita mungkin perlu baralih arah kepada target yang lebih low-profile seumpama Kjaer atau Cahill tatkala Transfer Window hampir tamat.


Carlo nafikan rundingan Sanchez

Dah macam Aguero pulak mamat nie

Tidak seperti kes Pienaar, Carlo tidak menafikan dia mahu mendapatkan winger Udinese nie, cuma tiada rundingan dilakukan setakat nie berbanding yang diberitakan oleh media.

Ancelotti said: “It's not true that we've spoken with the owner of Udinese. I don't like to speak about this because it's confidential."

Aku yakin Carlo memang berminat dengan Sanchez cuma mungkin ketika nie tumpuan diberikan lebih untuk mengikat David Luiz secepat mungkin sebelum musim perpindahan berakhir. Antara berita yang dilaporkan oleh Sky Sport adalah The Blues sudah menawarkan bid sebanyak £25.1m, di samping pemilik Udinese, Giampaolo Pozzo terlibat dalam proses perbincangan bersama Chelsea. Harap kita dapat mengikat David dengan segera, kemudian Sanchez pulak. Hopefully.


Kakuta pindah rumah jiran??

Bila nak main first team nie?? Asyik jadi budak milo je~

Fulham dikatakan berminat mengambil Gael Kakuta secara loan untuk baki musim nie. Kakuta yang mendapat saingan hebat dari pemain senior seperti Malouda dan Kalou dilihat sukar mendapat peluang mencukupi untuk meningkatkan proses tumbesarannya di Bridge buat masa ini. Pinjaman ke Fulham untuk baki musim bagi aku idea yang bagus, sebab bermain di liga tertinggi EPL dengan pemain berkaliber macam Dempsey dah tentu akan meningkatkan corak permainan Kakuta.

Hughes said: “He's a player I know and I like the qualities he has. We are having lots of conversations about players, but at the moment we don't know if any will go through. There is a lot of interest out there, whether we can conclude the deals only time will tell.”

Jika dia dapat bermain dengan kerap, ia seakan bonus untuk Chelsea. Kita boleh lihat bagaimana Wilshere yang dipinjamkan oleh Arsenal ke Bolton musim lepas banyak meningkatkan prestasi youngsters nie sehingga dipanggil bermain first team. Aku harap Kakuta mendapat progress yang serupa. Cuma jangan main bagus sampai angkat kaki macam Stoch sudah la, serik weh..


Thursday, January 20, 2011

0 Pienaar?? Pedulik hapa aku!!

0 Comments
Chelsea melepas Pienaar?? Spurs berjaya mengalahkan The Blues?? Hak tuihh, toksah nak merepek, setakat mamat Afrika adik beradik Asssou Ekotto nie aku tak heran la..Dan jika dia nak pergi ke Spurs pon lantak pi lah, sebab dia hanya mediocre player, takde impak yang boleh dia bagi kat skuad kita yang memerlukan pemain yang lebih berkaliber..Mungkin bagi harga 3m, Pienaar boleh dianggap tidak mahal dan berbaloi untuk dibeli, tetapi aku tak pasti samada ia akan memberikan banyak perbezaan selain menambah jumlah pemain yang di-benchwarmingkan..Walaupun beraksi agak hambar kebelakangan nie, adakah Pienaar mampu melepasi Malouda, Kalou, mahupun Anelka untuk aksi kesebalasan utama??Jangan lupa, Cheslea masih ada Benayoun dan Zhirkov yang sedia berebut tempat sekembali dari injury nanti.. Jika kita beli pon, dah tentu dia hanya jadi impak sub atau kemungkinan tak diturunkan langsung..Pienaar yang mahukan first team action dah jelas akan memilih kelab ayam macam Spurs, janji dapat main skuad utama..

Satu lagi hal, jika Carlo pon tak peduli, aku memang tak boleh cakap apa lagi..Beli player yang manager tak mahu, apa gunanya?? Nanti jadi macam Sheva, dibiarkan berkarat kemudian dijual dengan harga lagi murah..Aku kesian gak kat Pienaar, nampak macam Chelsea sungguh2 nak beli, tapi bila jumpa Carlo dia boleh buat tak layan je!! Hahaha, good act Carlo, protes dalam senyap, we dun need him anyway..

Al-Kisah bagaimana Pienaar ke Spurs

Pada pagi yang hening..

Roman, aku nak player baru Januari nie, boleh??

Banyak bunyi la ko nie, nah, amik nie, bersyukur dengan apa yang ada..

Pling!! (ye boss, panggil saya??)

What??

Saya Pienaar boss, bakal pemain terbaru summer nie!!

(Bullshit Roman!! Aku mintak player worldclass, die bagi aku malaun nie..Jangan harap aku akan terima budak nie..Tau la apa aku nak buat..)

Boss, majikan gua dah terima bid tue, betul ke nak beli nie??

Beli apa?? Mana ada, mana ada..

Aik?? Roman kata Chelsea nak beli gua, siap bid 3m lagi sebab gua macho dan mempunyai rambut yang bergaya..Die suruh gua jumpa manager tadi..

Weh, cermin muka sikit..Takde keje la aku nak beli ko, aku dah ada player lagi stylo la dari ko..Tengok nie!! (sambil menunjukkan gambar)





Malouda - Pemain terkacak Perancis dengan gaya rambut spagetti






Boss, biar betoi, gua dah malu nie, satu kampung dah gua bagitau nak masuk Chelsea..Camnie gua merajuk la, masuk Spurs..

Nak touching touching plak, pegi jela..PEDULIK HAPA AKU!!

(Pienaar menangis teresak-esak, lalu berlari keluar..Keesokannya, dia menulis di laman Twitter mengenai kemasukannya ke Spurs)

Haha, puas hati aku..Roman, jangan harap kau boleh memperbodohkan aku!!

Petang tersebut..

Paul : Carlo, Roman tanya macamane Pienaar boleh pergi Spurs lak? Apa ko cakap kat dia??
Carlo : Eh, aku tak cakap pape pon, dia je yang beria sangat nak join team cap Ayam tu..Takkan aku nak paksa kot..Lalala...






Ini bukan Pienaar


Tuesday, January 18, 2011

0 Carlo semakin dipinggirkan??

0 Comments

Situasi hubungan antara Board Chelsea dan Carletto semakin merungsingkan!! Mungkin ketika ini pressure kepada Carlo agak surut kerana kemenangan 2-0 kelmarin ke atas Blackburn, tetapi ia tak menghalang spekulasi yang kian bertambah kepada kemungkinan pemecatan Carlo..Adakah aku hanya bluffing?? Sudah tentu tidak. Kemungkinan perpindahan Pienaar ke Chelsea baru baru nie antara bukti Carlo semakin hilang kuasa dan dianaktirikan oleh Board Chelsea yang diketuai oleh Roman.

Mari kita lihat konspirasi di sebalik perpindahan Pienaar..

14 Jan 2011 - Carlo menafikan secara official cuba memancing Pienaar pada Transfer Window Januari.

"I read a lot of names in the papers, not just Pienaar but others, there's a lot of speculation. Some agents use our name to earn more money," said the Italian.

"I can just say Pienaar is a good player, but that doesn't mean we want Pienaar to play here."

Asked directly if Chelsea made a bid, Ancelotti replied: "No I don't think so."

Jelas lagi nyata, Carlo menafikan dengan tegas dia tidak mahukan Pienaar.

Pada waktu yang sama, Moyes memberitahu terdapat dua kelab melakukan bid terhadap Pienaar, spekulasi mendakwa ia antara Spurs dan Chelsea, dan salah satu offer telah diterima oleh Toffees.

"We have had two offers - one of which has been accepted - and we have given permission for his representatives to speak to the club involved," Moyes told the club's official website.



Dengan Carlo menafikan minat terhadap Pienaar, media melihat Spurs sebagai 'pemenang terakhir'.

Namun apa yang dikatakan Carlo tidak semestinya benar.

3 hari kemudian..

17 Jan 2011 - Chelsea secara official bid Pienaar. Redknapp mengaku kalah.

Secara mengejut Chelsea dikatakan telah menaikkan bid untuk mendapatkan bekas pemain Dortmund dengan transfer fee sebanyak £3 million. Everton juga telah accept offer dari Chelsea, dengan kini hanya menanti kata setuju dari Pienaar untuk berpindah ke London.Walaupun dianggap rumours, Moyes mengesahkan bid Chelsea dan Redknapp dilaporkan menarik diri dari terus bersaing, sekaligus meninggalkan The Blues sebagai the one and only contender.


"We have accepted an offer from Chelsea," Moyes said. "[But] Steven has not agreed terms with Chelsea. We've given his representatives a chance to talk to Chelsea but they've not got permission to talk to Tottenham because they've not offered the same money.''

''If they've accepted an offer from Chelsea, £3 million, I don't know if we would be prepared to match that offer, I doubt it very much,'' Redknapp said. ''I'd think if Chelsea are coming in the wages they would pay would be far in excess of what we would pay.''



Masalahnya bukan pada Pienaar akan join Chelsea atau tidak, tetapi kepada keputusan untuk melkukan bidaan rasmi. Berita Chelsea melakukan official bid kepada Pienaar dianggap pelik, kerana Carlo telah menafikan untuk mendapatkan pemain nie. Persoalannya, siapakah sebenarnya yang memancing Pienaar?? Hanya satu jawapan : Ia adalah keputusan Board Chelsea berseorangan, tanpa campur tangan Carlo.

Situasi perpindahaan ini sekali lagi memberikan gambaran sebenar bahawa Carlo semakin dipinggirkan. Bermula dengan pembelian Zhirkov, Ramires kesemuanya bukan permintaan sebenar Carletto yang hakikatnya mahukan pemain seperti Pato dan Schwensteiger dibawa masuk summer lepas. Malah ia juga membawa kepada spekulasi baru yang hubungan antara Carlo dan Roman semakin keruh dan bakal 'putus' bila-bila masa sahaja..Redknapp, manager Spurs mengatakan situiasi terbaru ini mungkin antara salah satu 'hint' untuk menyingkirkan Ancelotti.

'It's all very strange to me how they have suddenly offered £3million for him,' Redknapp said.

'The manager of Chelsea, who's a lovely guy and honest as the day is long, comes on television and denies they made an offer for Pienaar - so I don't know who has made the offer.

'I've got my own ideas about the whole situation but I couldn't say.

'I think I do know what's happening but if I said I would be in big trouble.'


Adakah hanya rumours??

Adakah benar Carlo akan dipecat??

Adakah Roman bersedia melakukan perubahan manager sekali lagi??.

Adakah ia waktu yang sesuai??

Adakah ia bakal menjadi satu kesilapan??



Sunday, January 16, 2011

0 Highlight : Chelsea membakar Blackburn

0 Comments






0 Post Match : Carlo main sondol , Iva The Saviour

0 Comments
We love you, Ivanovic!!

Kemenangan 2-0 malam tadi sememangnya melegakan semua Fan The Blues, walaupun hakikatnya performance kita tetap di bawah par, macam celaka seperti biasa..Bagi aku kita sememangnya bernasib baik dapat mencatat kemenangan - corak passing kita masih kelam kabut, shot tak precise malah teamwork kita serabut yang amat!! Kita perlu berterima kasih kepada Ivanovic kerana memberikan aksi yang Fabeles, Mabeles, Gutless!! Dua Gol dari set piece masih tak impress aku kerana kita masih struggling ketika open play, malah CB kita dilihat lebih berbahaya ketika menyerang berbanding midfield dan striker kita secara keseluruhan..

First Half, Carlo membuat 4 pertukaran mengejut dengan memasukkan pemain senior yang direhatkan ketika FA Cup; Didi, Essien, Ash dan Malouda, manakala Danny dan Josh yang beraksi hebat direhatkan..45 minit awal macam haram main, sampai aku makan nasi pon macam telan pasir, takde perasa langsung..Taktikal Carlo aku panggil taktikal 'Lembu' - sondol secara membabi buta..Boleh dilihat kita serang macam takde hala tuju, rembatan meliar..Membe aku lak dak Manure, ape lagi kena nganjing le habis-habisan..Serangan Chelsea yang bahaya bagi aku hanya apabila cross Didi yang terkena palang, walaupun Blackburn pon ada peluang terbaik apabila rembatan Olsson one on one dapat diselamatkan oleh Cech..

Second Half, takde perbezaan sangat dari separuh masa pertama cuma Chelsea dilihat lebih berani dan berani ke hadapan walaupun corak permainan kita masih lagi serabut..Serangan demi serangan, cross demi cross kita masih gagal mencari gol sehinggalah Ivanovic muncul menyelamatkan keadaan..Cross dari corner kick disambut dengan tandukan oleh JT ke kotak penalti..Iva yang tak dikawal menyambut bola dengan tanda kesyukuran, lalu merembat bola masuk ke gawang tanpa belas kasihan!! 1-0 Chelsea!! 20 minit kemudian, seolah-olah replay gol pertama, sepakan penjuru sekali lagi menjadi punca, dan kali nie Iva menanduk bola dengan padu ke gawang lawan, yang terkena Anelka untuk memastikan kedudukan selesa 2-0!! Seriously, Iva memang sah MOTM malam nie..Baki masa barulah Josh dan Danny dimasukkan, sekaligus memberikan spark kepada bahagian midfield untuk kelihatan lebih bertenaga dan bermain lebih kemas..Chelsea maintain possesion dan The Blues berjaya mendapatkan kemenangan kedua dalam 10 match terakhir!!

Walaupun berjaya merampas 3 mata berharga, namun aku memang tak paham dengan Carlo, mengapa perlu mengubah lineup yang mencatat kemenangan 7-0 di FA Cup?? Ada cara yang senang, nak jugak pilih jalan susah..Didi, Malouda dan Essien tetap hambar, malah lagi teruk dari biasa..Mengapa tak menggunakan youngsters kita, Josh dan Danny dari awal?? Takut?? Tak Berani?? Goblok!! Kemasukan Josh di 10 minit terakhir memang memberikan perbezaan ketara, kita lebih santai, merbahaya dan kreatif -semuanya hasil usaha budak berumur 17 tahun nie..Essien dilihat longlai sejak kebelakangan nie malah aku tak nampak sangat contribution dia dalam match nie seperti Didi..Danny, okeh mungkin dia agak gopoh dalam match nie, tapi apakah boleh dibuat dalam 5 minit peluang yang diberi?? Cmon, aku pon boleh nampak riak marah pada wajah Danny yang kecewa kerana tak diberi starting 11, sedangkan dia dah meledak 7 gol dalam 2 match terakhir..Bagaimana Didi yang gersang gol boleh dipilih main 90 minit aku pon tak pasti, Carlo memang dah tak siuman agaknya..Please, aku dah katakan sebelum nie, pilih pemain berdasarkan PRESTASI, bukannya POPULARITI!!

Match minggu depan menentang Bolton Away, aku harap beberapa point utama dapat dikesan oleh Carlo :

  • Didi, Essien perlu drop out!! Cukuplah damage yang dilakukan diorang setakat 2 bulan nie, malam tadi kita boleh dikira bernasib baik dapat survive walaupun bahagian mf dan attacking macam celaka tak berfungsi.Duo nie dah macam Inzahgi dan Gattuso, dua pemain legend Milan yang dah tua, berkarat tetapi masih dibelai manja oleh Carlo ketika di Itali..
  • Josh, Danny perlu starting First 11!! Apakah yang perlu dilakukan oleh Danny untuk mendapat permulaan kesebelasan?? Score 50 bijik gol baru dapat peluang?? Pemain senior seperti Didi main macam haram, apa salahnya mencuba Danny?? Dia lebih dari bersedia bagi aku untuk menjadi pemain utama kita musim nie..Bagi Josh pulak, walaupun baru 17, aku yakin dia dah bersedia menjadi tunjang utama kita musim nie..Aksi dia tidak seperti Lampard, tetapi Xavi-pemain yang meneutralkan dan menjadi perantara antara Defensive dan Attacker..Josh bermain amat, amat matang dan seperti pemain berumur dia mendominasi midfield setakat nie..Aku lebih prefer gandingan Lamps-Josh-Ramires buat masa ini sebagai lineup terbaik..
  • Have some balls Carlo!! Seriously, aku kurang respek pada Carlo selepas dia menidakkan dua pemain yang beraksi bagus, tetapi memasukkan pemain lain yang beraksi macam celaka sejak dahulu lagi..Agak pelik cara Carlo memlih best lineup, yeah, walaupun kita menang, ia tak menyembunyikan fakta kita main teruk malah performance kita tak jauh beza dari sebelumnya - tiada peningkatan!!
Apapun kita dah dapat masuk Top 4 kembali, dan sedikit demi sedikit pressure kepada manager dan player sedikit berkurangan malah confidence kepada para pemain nampak meningkat..Harap proses pemulihan kita tak berhenti setakat nie, masih ada 16 game untuk menebus kesilapan sebelum nie..Cmon Blues, we need more improvement!! KTBFFH!!

p/s : BTW,korang pilih sapa malam nie, Spurs atau Manure??

Saturday, January 15, 2011

0 Preview : Finally, Carlo membuka mata!!

0 Comments

Selembab lembab Carlo, akhirnya dia dapat jugak memahami betapa perlunya kita melakukan perubahan kepada lineup untuk Premiership match..Dah 9 game berlalu barulah Carlo membuka mata betapa taktikal dia memang sucks dan tiada versatility mahupun perubahan sehinggakan kita dah tercampak ke tangga ke 5 liga barulah dia perasan..Kedegilan Carlo untuk sticks kepada pemain2 tua yang bermain hambar seperti Drogba dan Ferreira hampir 2 bulan memang membarakan jiwa raga aku seolah -olah dia nie takde mata untuk melihat prestasi pemain..Manager perlu memlihi pemain berdasarkan PRESTASI, bukannya POPURALITI!!

Sedangkan kita mempunyai pemain muda yang bagus untuk memberikan nafas baru, Carlo masih keras kepala dan masih berharap kepada kuda tua kita untk bermain game demi game..Sehingga match menentang Ipswich, oleh kerana nak merehatkan pemain senior, Carlo barulah nak bereksperimen dengan pemain muda dan hasilnya?? Kita tibai diorang 7-0!! Sehingga saat itu, barulah Carlo sedar dan berkata dalam hati, 'Bagus jugak pemain muda aku, kenapa aku tak gunakan diorang lebih awal??'

Untuk match malam nie, dilaporkan Carlo bersedia melakukan perubahan ketara dan ini bermakna pemain senior yang tidak bermain dalam FA Cup seperti Didi dan Essien berkemungkinan tidak akan diturunkan!!

'Why not?' he pondered. 'I think that my job is to choose the best team to play the game. Maybe sometimes there are players not in good condition to play.

'This doesn't mean they are not important. The players maintained the same power and personality if they don't play every game. It doesn't matter. I had fantastic players in the past who didn't play every game.

'I want to take the right decision because there are very important performances in the game against Ipswich. I have to take this into consideration.



Satu langkah yang berani, dan aku memang puji Carletto 100%!! Pemain senior kita memang sebenarnya world class tetapi kadangkala perlu diajar bahawa jika main sambil lewa, jangan harap nak main first team, walaumacamana besar pon populariti korang dalam kelab..Sebagai manager, Carlo perlu menunjukkan siapakah Boss sebenar, dan pemain dengan prestasi terbaik perlu diberikan keutamaan berbanding pemain yang hanya mempunyai nama besar dalam skuad tapi main macam taik..Harap dengan menurunkan darjat Didi dan Essien ke bangku simpanan dapat membangkitkan naluri diorang untuk bermain lebih bagus pasnie..Bukannya nak memandang rendah kehebatan pemain senior kita tetapi biasalah kadangkala bila saat terdesak barulah kita boleh lihat balik potensi sebenar seseorang..

Selain nak memberi pengajaran kepada pemain tua, aku salute jugak dengan youngsters kita terutamanya Sturridge dan Josh..Jika lihat kepada umur memang tak percaya diorang masih muda tetapi bakat dan keupayaan diorang tak boleh disangkal lagi..Buat masa ini aku lihat Josh dan Danny antara yang sudah bersedia untuk memecah tradisi dan bermain sebagai starting 11 di EPL manakala Van aanholt dan Bruma mungkin perlu diberi sedikit masa lagi untuk mendapat peluang..McEachran kini antara sebutan ramai dan aksi marvellous dia sepanjang dipanggil menyarung jersi Biru Diraja tidak pernah menghampakan..



'McEachran is ready to start in the Premier League and is doing really well. He has confidence, personality and is strong. You can say he is not good enough in the tackle but against Ipswich he was very strong. He doesn't lack something. He is a good player and we are lucky our scouts found him.'


Malam nie aku memang berharap Josh dan Danny akan dimasukkan sebab aksi diorang di FA Cup memang mengubah corak permainan kita untuk kembali teratur, kemas dan effektif!! Mengapa perlu mengubah benda yang dah cantik, molek dan memukau?? Keep to the same lineup, Carlo!!

Lineup malam nie :

Cech
Bosingwa-Iva-JT-Ash
Ramires-Josh-Lamps
Danny-Anelka-Kalou

Result Prediction : Chelsea (2)-Blackburn (1)


Yeah, mungkin kita dah agak tenat nak mengejar kejuaraan liga tapi takkan nak terlepas tiket CL musim depan pulak kan?? Aku harap Chelsea dapat mengutip mata semaksimum boleh untuk last 17 game..Top 4 kini priority, bukannya trofi EPL..Hope this night should be the starting point!! KTBFFH!!


MATCH LIVE ESPN (CH812) 10.55 pm LIVE 15 JAN 2011

Thursday, January 13, 2011

0 Gosip Transfer : Yang Terlepas, Melepas, Hampas, Rampas!!

0 Comments
Bagi dua kupang je ada hati nak beli aku?? Kurang asam tol!!

Jika sebelum nie aku agak bengang dengan Board Chelsea yang kelihatan tidak bergerak aktif dalam Transfer Window, kali nie aku boleh menarik nafas lega..Walaupun belum mendapatkan sebarang pemain, usaha yang diberikan menujukkan kita serius untuk membeli pada Januari ini, terutamanya Defender..Baru baru nie Chelsea dilaporkan telah membida €20m untuk mendapatkan David Luiz - hasilnya?? Sorry, memang keciwa, Benfica telah menolak tawaran dan mahukan bid yang lebih tinggi iaitu minimum €25m..Pegh memang cekik darah, yelah selain Chelsea ada lagi penyangak Mancee yang menunggu untuk membuat tawaran dan seperti biasa pihak kelab takkan terus jual je, diorang mahukan bidding paling tinggi..Bila ada Pak Arab, aku rsa harga David nie boleh naik jadi €30m hasil termakan umpan, dan yang melopongnya adalh kelab yang bersaing, termasuklah Chelsea..

Habis Duit Kutu aku bulan nie..

Desperate?? Naikkan Bid?? Tidak, Roman dah menarik diri kerana baginya €25m adalah harga yang terlampau tinggi dan tak berbaloi buat pemain seperti David yang baru nak meningkat naik..Tambahan pulak Benfica bermain CL musim nie jadi pembelian CB yang dipangil 'Next Puyol' nie akan menjadi sia-sia kerana dia tidak boleh bermain utnk Chelsea di peringkat Eropah hasil peraturan UEFA (Seorang pemain tak boleh bermain untuk 2 kelab dalam musim yang sama)..Namun nie tak bermkna kita akan behenti mencari, kerana kita masih ada beberapa alternatif lain - Plan B, C dan D..

Plan B atau C??

Plan B : The Blues dikatakan sedang memantau pemain Borussia Dortmund buat masa ini, Nevel Subotic dan dikatakan akan menghantar rombongan meminang dengan hantaran sebanyak €17.5m..Dengan umur baru 22, pemain Serbia nie antara pemain meningkat naik dan sudah ditarget oleh Madrid, Manchester dan Arsenal..Namun persaingan akan menjadi sengit akibat competiton terutamanya dari Arsengal Wedges yang turut desperate mahukan CB setelah kecederaan kepada Verwatermelon dan Kosialnie..Bila persaingan sengit, bidding war akan bermula dan harga akan meningkat naik gila bebng punyer.. (Nilai kemungkinan : €19-22m)

Wuhuu Chelsea nak beli kita dua beb!!

Plan C : Tak pergi jauh, disebabkan persaingan untuk Subotic agak kompetetif, The Blues kemungkinan akan mencari Plan C, iaitu rakan sejawat Subotic di Borussia iaitu Hummels..Mungkin namanya kurang dikenali tetapi abiliti budak muda Germany 22 tahun nie sebagus seperti partnernya..Walaupun baru dua musim bersama Die Schwarzgelben, Hummels dah bermain hampir 70 game, membentuk benteng pertahanan yang kukuh bersama Subotic serta dah menghasilkan 7 gol setakat nie..Musim 2010-11 antara musim terhebat duo nie kerana Borussia kini menduduki carta teratas Bundesliga dengan perbezan 10 mata malah benteng pertahanan Die Schwarzgelben hanya dibolosi sebnyak 10 kali setakat nie..Kurang persaingan dari kelab lain membolehkan nilainya masih munasabah dan berbaloi..Dengan ketinggian 1.91 m (6 ft 3 in), Hummels memang sesuai untuk beraksi di EPL malah dia mampu merodok pihak lawan umpama Hummer di jalanan.(Nilai kemungkinan : €15-17m)

Hummer - Can hammer anyone, anywhere

Jika Plan C pon gagal?? Maka kita akan berbalik ke EPL , Plan D - Gary Cahill

Tak sangka aku nie mahal gak..hns,hnss..Bangga siott..

Bukan mahu menidakkan keupayaan pemain England cuma harga diorang memang kdangkala tak munsasabah..Hanya disebabkan dia pemain kelahiran Three Lions tak semestinya value mesti tinggi, betul tak?? Overrated, tetapi Bolton sudah memberikan kata amaran bahawa Cahill berharga €20m, dengan alasan Lescott yang sampah kat Eastland tu pon harga €22m..Cahill memang bagus tapi bagi aku harganya patut €10-12m..Aku yakin tag setinggi itu dari Bolton hanya untuk menakutkan para pembida agar menarik diri..Chelsea ada pengaruh peluang bermain di Eropah, sesuatu yang tiada di Bolton dan aku pasti dah cukup untuk memancing Cahill ke Bridge..Take it or leave it!! (Nilai kemungkinan : €10-12m)

Apa yang pasti, Chelsea perlu mendapatkan jugak seorang CB Januari nie kalau tidak memang mengah la kita menjelang Februari nie bila CL dah bermula kerana tanpa backup dan fixture yang padat, pemain akan kepenatan..Nak harapkan JT dengan Alex je CB?? Mangkor yob. Kalau satu target pon tak dapat?? Ape susah, beli je Sabree Abu!!

Amacam Carlo??