The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, June 10, 2010

0 Official : Ballack, Beletti and Joey, OUT!!

Sudah dijangka, sudah diramal, sudah rasmi - Ballack, Belletti dan Joey adalah antara mangsa pertama Chelsea dalam musim perpindahan bila diorang akan dilepaskan secara percuma..Aku tak pasti samada ada antara kita yang mungkin kecewa, atau gembira dengan keputusan nie??

Fuhrer Ballack


Semenjak hadir, Ballack boleh dikatakan antara yang paling rajin dan memang menampilkan ciri2 seorang kapten di atas padang tanpa armband..Kapten Germany nie gak mungkin boleh mengajar Gerrard bagaimana cara2 untuk berganding dengan Lampard di kawasan tengah..Hanya 2-3 bulan je, its become perfect combination!! Tapi masalah injury, dan mungkin juga Ballack tak mahu menurunkan wages dia dari £100,000 ke sekitar £60, 000 yang ditawarkan Chelsea menjadi faktor utama..

Berita lanjut

Magician 10


Joe oh joe..Kes kontrak die mungkin yang paling complicated dan paling panjang tempoh perbincangan berbanding Lampard dan Terry sebelum nie..Yup, ada antara kita yang berpeluh menunggu keputusan dari BOD berkenaan masa depan Joey, dan mungkin ada yang tak kisah..Berbanding dua Legend Frankie dan JT, aku sejujurnya tak amik pusing pasal Joey apatah lagi bila dia menampilkan muka sebenar yang gilakan duit..Chelsea dikatakan dah menawarkan kontrak setinggi £100,000 kepada Joey, kenaikan sebanyak £20,000 dari gaji asal-tetapi tetap ditolak mentah oleh Joey..Adakah nie dikatakan Fan Chelsea dari kecil?? Jika Joey benar2 True Blues, aku rasa dia akan terima gaji lama £80,000 untuk kekal bersama kelab pujaan dia..Apa yang dia mahukan?? Gaji setinggi JT dan Lampard?? Yup, aku rasa Joey terlampau memandang tinggi diri dia, dia bukan kapten, juga tak menjaringkan 20++ gol setiap musim, serta kerap injury..Surely, tiada siapa yang lagi besar berbanding kelab..Jika Joey tak mahu, silalah berambus..

Berita lanjut

Tuah CL dan Belletti


Mungkin ada sesiapa yang ingat Belletti adalah penjaring gol kemenangan yang membawa Barca kejuaraan CL tahun 2006?? Aku rasa ramai tak tahu, Belleti hadir di Chelsea adalah untuk memberikan tuah yang sama kepada Chelsea untuk merangkul Piala Eropah..Tapi Roman lupa, kebetulan dan nasib mungkin hadir sekali seumur hidup, seperti bagaimana JT tergelincir sewaktu mengambil penalti, dan bagaimana sepakan Didi dan Lampard terkena tiang dua kali di Final 2007..Belletti bukannya azimat, dan juga bukan penyelamat..Hanya beberapa memori cinta luka ditambat Belleti di sini, antaranya gol super torpedo menentang Wigan dan Spurs..Selain itu, takde impak utama dari Belletti yang hadir hanya sebagai backup injury, walaupun sekurang-kurangya dia lagi bagus dari Mineiro...Tetapi Belleti perlu chow, kebodohan memberikan penalti kepada Mancee dan Posemut musim lepas antara tanda-tanda azimat Barca nie sudah uzur..The time is right, goodbye Belletti..

Berita lanjut

Good Choice?? Bad Choice??

Melepaskan 3 pemain sekaligus adalah sesuatu keputusan besar dari BOD, apatah lagi bila ada nama besar seperti Joey dan Ballack dalam senarai..Aku mengharapkan Ballack dan Joey stay, tapi melihat kepada demand wages yang tinggi, serta umur yang kian lanjut, yup tidak berbaloi dan pengorbanan perlu dilakukan..Dengan melepaskan Joey, Ballack dan Belletti kini Chelsea dapat berjimat hampir £3m setiap tahun dalam pembayaran gaji kepada para pemain..

Aku tak rasa kehilangan 3 pemain nie akan memberikan impak besar kepada kem The Blues..Musim lepas kita dapat lihat walaupun trio nie tak bermain hampir separuh musim, Chelsea tetap gah dan mampu memenangi Double..Mungkin pengalaman mereka akan mampu menjadi aset utama, tapi apa adahal, kita masih punya Didi dan Lampard selaku senior player..Jangan lupa, Malouda dan Kalou semakin mantap di wing, Mikel juga kian meningkat..Mungkin nie jugak berita baik untuk pemain muda musim depan, Stoch berpotensi menjadi pengganti Joey dan Matic juga mampu menjadi pengganti Ballack..

Agak sedih melihat ada pemain meninggalkan Chelsea, tapi business is business..Hidup perlu diteruskan dan aku yakin setiap yang pergi akan ada penggantinya..Au Revoir!!



No comments: