The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, June 12, 2010

0 Wake Up, its Bafana Bafana!!

Vuvuzela dibunyikan, tanda demam WC 2010 bermula!!

Okeh lupakan sebentar mengenai transfer window yang agak mengecewakan..Mari santaikan minda, World Cup sudah bermula!!

Piala Dunia yang dinanti-nantikan dah membuka tirai dan aku pasti ramai yang dah tak sabar nak 'demam' selama sebulan..Walaupun kita semua menyokong Chelsea, tapi tak semestinya sokong England..Aku yakin setiap orang ada selera berlainan, so gudlak untuk team pilihan korang..Yang pastinya, aku sokong Germany!!

Match pembukaan dah berlangsung malam tadi dengan Host 'Bafana-bafana' Afrika Selatan mencatat keputusan seri bersama Mexico..Match yang sengit dan menghiburkan, sememangnya pembukaan yang hebat untuk kejohanan terbesar dunia!!

Untuk edisi WC 2010 nie, okeh mungkin blog nie adalah untuk news Chelsea, tapi memandangkan Piala Dunia sudah bermula, aku rasa transfer rumours akan berkurang kerana semua pemain busy dengan tugasan di Afrika..Walaubagaimanapun aku tak mungkin nak buat report full mengenai WC kerana aku rasa dah banyak blog yang lebih padat mengenai kejohanan nie (antaranya Kampung Piala Dunia dan Sokernet)..Jadi untuk mengisi kekosongan nie, aku mungkin akan update WC terutamanya mengenai pemain The Blues yang beraksi di Piala Dunia selama sebulan..Jika ada transfer rumours, aku akan cuba selitkan di sini..

Senarai rasmi pemain The Blues di WC 2010 (11 Pemain) :

England
-Ashley Cole
-Frank Lampard
-John Terry

Perancis
-Florent Malouda
-Nicolas Anelka

Ivory Coast
-Didier Drogba
-Solomon Kalou

Serbia
-Branislav Ivanovic

Portugal
-Deco
-Ricardo Carvalho
-Paulo Ferreira

Yup, mungkin selama nie kita hanya melihat pemain The Blues adalah teammate tetapi kini kita mungkin akan melihat mereka berentap sesama sendiri!! Antaranya Carvalho yang akan cuba merantai Didi dalam Group Stage nanti..Demam Piala Dunia dah bermula!!



No comments: