The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, June 3, 2010

0 dumanlı hava!!

güle güle ??

Nampaknya awal musim perpindahan kali nie masih agak perit untuk Blues Fan sume..Dah la rumours player masuk sikit, yang ada pon macam pelik je, Benayoun, Srna..Tambah memedihkan bila rumours player kuar lagi banyak dari yang masuk..Macam mendung berasap je kem Chelsea skang, peciter nie?? Selepas Ash, Essien dan Lampard cuba dipancing oleh Boss 'lama' Special One, Joey dengar citer hampir pasti keluar secara free, kini giliran wonderkid kita pulak iaitu Stoch!!

Kelab dari ayam Turkey, Galak-tikus-saray nampaknya cuba mencucuk jarum kepada Holland Champion, Stoch yang boleh bermain sebagai winger dengan transfer fee £2.5m..Selepas memenangi liga Eredivisie bersama Twente musim lepas dan terpilih dalam skuad Slovakia ke Afrika Selatan, nama Stoch skang mencanak2 naik macam harga minyak sehingga mendapat tinjauan scout kelab2 seluruh dunia..Ada hati gak Ridjkaard ngan kelab Turki nie tetibe mencelah..

Dengan skuad Chelsea nampaknya agak padat dan sudah cukup kental, aku tak menyalahkan Stoch kerana dah pasti dia akan cuba mencari alternatif lain kerana sememangnya nampak agak sukar untuk menembusi skuad utama musim depan..Selepas dapat bermain hampir setiap match bersama Twente, aku yakin Stoch mahukan peningkatan berterusan seperti di Belanda dan duduk di bangku simpanan bukanlah sesuatu yang ideal..

Tapi bagi aku apa yang penting adalah keputusan Carletto dan management Chelsea sendiri..Di awal musim kita dijanjikan dengan kata2 youngsters akan menjadi tunjang kelab pada masa akan datang..Sekiranya begitu, mengapa perlu menjual produk muda kita terutamanya pemain seperti Stoch?? Ternyata dalam tempoh loan dah terbukti Stoch mampu menyerlah jika diberikan peluang dan aku yakin dia akan menjadi aset terbaik kita dalam 2-3 tahun nanti..Dengan Joey hampir keluar dan Malouda, Anelka bukannya semakin muda, kita perlukan winger berbakat seperti Slovakian nie..Jika diberi peluang, Stoch mampu menjadi sehebat mereka, mungkin lebih baik sekiranya digilap dengan betul..Please, keep Stoch!! £2.5m je pon, ciput la wehh!! Aku rasa bayar sewa padang kat London sebulan pon tak lepas..Sturridge yang tak menang apa2 pon £3m!!

Stoch main belah kiri, Ribery belah kanan, perggh Dünya varmış !!!!


No comments: