The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, June 15, 2010

0 Benayoun The Blues??

Berita mengenai Benayoun dah lama dikatakan sejak awal musim perpindahan namun senyap seketika untuk laluan Piala Dunia..Terkini dengan winger Stoch dan Joey sudah dijual dan dilepaskan, Chelsea nampaknya tak membuang masa untuk mencari pengganti baru..

Benayoun dikatakan dah setuju dengan kontrak selama 4 tahun bersama Chelsea dengan transfer fee sebanyak £6m..Ancelotti begitu berminat untuk mendapatkan Benayoun yang lebih murah wages berbanding Joey dan sudah terbukti mampu beraksi bagus di EPL..

Adakah korang bersetuju dengan pembelian Benayoun?? Bagi aku mengekalkan Stoch sebagai pengganti Joey lagi bagus dari membazir £6m untuk pemain berusia 3o tahun..Namun nie adalah perancangan Ancelotti, aku harap dia tak silap membuat penilaian..Mungkin Benayoun akan menjadi pembelian pertama kita musim nie tetapi bagi aku tak cukup, kita memerlukan marquee signing summer nie..Walaupun Benayoun memang player yang bagus, tapi tak cukup gempak sekiranya kita bercita2 tinggi untuk merangkul Piala Eropah musim depan..Sekiranya Benayoun datang, aku ucapkan welcome, tapi kalau tidak aku pun tak kisah..Aku lebih favour Milner, Schwens, mahupun Aguero..We need big signing!!

Untuk kepastian lanjut, aku segera menghubungi salah seorang pemain The Blues yang tak beraksi Piala Dunia, Jose Bosingwa berkenaan pendapat dia mengenai kehadiran Benayoun..

Berjumpa dengan Bosingwa di bilik meeting Chelsea, aku segera menyusun ayat...Bosingwa kelihatan tenang duduk di atas kerusi dengan kaki berbalut dan segak memakai baju polo Chelsea berwarna putih..Dengan pantas dan tidak mahu membuang masa, aku segera bertanya,"Bosingwa, gua dengar Benayoun akan hadir ke Chelsea sebagai pembelian pertama, apa pendapat lu??"

Aku (menghadap Bosingwa) di dalam bilik meeting Chelsea..tidak pasti siapa empunya tangan berkulit gelap di sebelah..

Bosingwa kelihatan berpeluh, gayanya tak keruan, dan mulutnya ternganga tanda tak percaya..Tangannya dimasukkan ke mulut seolah-olah ingin menggigit jari-jemarinya sehingga putus akibat kegelisahan melampau..Tannpa membuang masa, Bosingwa dengan lutut yang masih cedera dan terjengkut2 cuba mencapai But Nike yang digantung dengan rapi di dalam almari peribadi..Bosingwa dengan pantas menyarung but berwarna putih beliau dan bergegas berlari keluar seolah-olah pemain yang baru sembuh..Aku melihat gerak gerinya dengan penuh tanda tanya..

Sementara itu di atas padang..

Hamik ko!!

Err..rasanya tak perlu penjelasan lanjut..




No comments: