The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, June 2, 2010

0 Fantastic 4 ke Afrika!!

Tahniah aku ucapkan kat Joey kerana berjaya melengkapkan 23-man skuad England!! Capello dah mengeluarkan senarai pemain yang terpilih ke Afrika dan tak terkejut kerana Joey turut tersenarai sekaligus mengenepikan cabaran Walcott dan Adam Johnson budak hingusan yang tersingkir dan hanya perlu menonoton Zakuma dan kawan2 menimbang bola Jabulani di kaca tv..Selain Joey, 3 pemain The Blues yang dah konfem turut tersenarai..

Fantastic 4 Chelsea dalam skuad England :

-Joe Cole
-Frank Lampard
-Ashley Cole
-John Terry

Yup, sememangnya berita baik Joey akhirnya berjaya mendapat tempat ke Afrika namun masih ada berita buruk..Bapak angkat Joey di West Ham, Redknapp dah mengeluarkan statement yang mengatakan Joey dah melakukan deal dengan pihak lain, dan yang pastinya ia bukan Chelsea mahupun Tottenham!?

"It looks to me someone's going to make a great free transfer, if he doesn't stay at Chelsea," Redknapp said. "I genuinely don't know who that is. I don't think it's going to be Tottenham. I've got a feeling, I may be wrong, that he's already agreed a deal with someone, and it's not Tottenham."


Sekiranya bukan Tottenham mahupun Chelsea, who?? Dalam benak pemikiran aku, hanya satu kelab je -Manure..Yup, Fergushit memang peminat Joey sejak sekian lama dari West Ham lagi, dan dah tentu dia akan cuba mendapatkan satu lagi 'Owen' secara free transfer..

Fergushit

Namun selagi belum confirm, walau sekelumit chance aku masih menaruh harapan Joey akan kekal di Bridge atas beberapa faktor..Sebab pertama, sanggup ke Manure memberikan gaji setinggi £120,000 ke dalam kocek Joey setiap minggu?? Sebagai kelab yang mempunyai hutang sebanyak £716.5m, dan Manure tengah menaikkan gaji Shrek sebagai Top Earner dengan gaji £150,000, aku agak sangsi dengan kemampuan ekonomi Manure..Selain Manure, Mancee mungkin satu-satunya kelab yang mampu membayar demand Joey dengan backup Pak Arab dan duit minyaknya, tetapi tanpa prospek Eropah musim depan, tak mungkin Joey mahu turun level beraksi di low-class Europa berbanding Champions League..Kesudahannya?? Aku yakin Joey akan stay!!

Dengan pemilihan Joey kedalam skuad England, aku harap mampu membuka mata BOD Chelsea untuk mengekalkan dia dalam skuad musim depan berbanding membeli celaka Israel Benayoun..Bukan mudah untuk terpilih ke Afrika, tambah2 lak berdepan Capello yang strict, justeru aku harap bakat Joey akan dipandang tinggi selepas nie..Selepas impian ke Afrika sudah tercapai, aku yakin Joey akan menumpukan kepada perbincangan masa depannya sekarang..Dah tentu dia tak mahu terganggu dengan rumours transfer sepanjang sibuk menendang Jabulani di Afrika jadi aku yakin kita akan tahu keputusannya sebelum World Cup berlangsung, dalam masa seminggu lagi..Dalam masa nie, aku harap ada berita baik!!




No comments: