The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, June 24, 2010

0 1 In, 2 Out!!

Sorry sebab agak kureng update sebab PC aku sangkut virus 2-3 hari nie, jadi agak lembab nak surf website..Walaupun beberapa hari je, aku rasa banyak perkara dah berlaku terutamanya dalam World Cup yang semakin 'panas'..

Update Last Match Group Stage Part 1 :

FRANCE

Terlebih dulu, kita sembang pasal berita buruk dulu, apa lagi kalau bukan team paling kontroversi iaitu France..Nampaknya Malouda akan mengikuti jejak langkah Anelka yang pulang awal setelah tumpas 1-2 kepada tuan rumah South Africa..Namun sekurang-kurangnya Malouda perlu bangga sebab berjaya memberikan gol inspirasi kepada skuad France untuk terus berjuang..Semangat Malouda memang aku respek abess, tak seperti teammate dia yang bermain secara longlai, Flo menampilkan aksi 'Napoleon' yang tak pernah berputus asa dan boleh dikatakan dia antara pemain terbaik France sepanjang kempen WC nie..

Siriesli, bukan salah player, tapi manager DOGmenech adalah punca utama France pulang awal..Pemilihan pemain satu hal, tapi mentaliti dan semangat kerjasama yang hancur dari satu skuad Perancis menjadi punca kehancuran Les Blues kali nie..Selepas Anelka dihantar pulang kerana melawan DOGmenench, Evra juga digugurkan dari skuad utama dalam match terakhir atas sebab yang tidak pasti..Aku yakin Evra juga dah termasuk golongan rebellion..Yang jelas, paling kritikal biler lilitan kapten dalam match terakhir jatuh ke tangan Alou Diarra (??)..DOGmenench memang dah hilang akal, hubungan dengan player memang keruh abes dan aku tak terkejut biler ada player yang 'tikam belakang'..Adakah player bersalah?? Bagi aku diorang hanya sayangkan France dari hancur di tangan Domenech..Laurent Blanc kemungkinan akan menjadi Manager baru dalam beberapa hari lagi, harap Les Blues yang sebenar akan kembali!! Oh ya, tak salah aku katakan Ireland mungkin lebih layak berada di WC..

Hand Of Cheat : Dosa Silam Hantui France


SERBIA

Selain France, terbaru Ivanovic nampaknya akan mengikuti Flo dan Nik menaiki kapal terbang pulang selepas dikejutkan oleh team Kangaroo dengan kekalahan 1-2..Selepas menundukkan 10 Man Bomber Germany, Serbia boleh kata ada peluang besar ke pusingan kalah mati tapi prestasi tak konsisten menyebabkan diorang tumpas..Nasib malang berterusan bila Ivanovic nyaris menjaringkan gol di separuh masa pertama tetapi diselamatkan oleh Schwarzer..Tetapi thumbs down jug pada si Kangaroo sebab diorang tetap tak layak ke last 16 berdasarkan perbezaaan GD dengan Ghana..Jadi untuk kumpulan D, Ghana dan Germany akan menjadi wakil utama..Haha cayalah Germany, juga Ozil!!

Ivanovic terkena tumbukan padu Kangaroo

ENGLAND

Okeh cukup dengan berita malang, kali nie kita bercerita mengenai team yang layak, 3 Singa!! England seperti France boleh dikatakan agak bermasalah dan dibelenggu kisah skuad yang tidak harmoni dengan 2 result draw yang menghampakan..Tapi apadahal, setakat Slovenia konfem boleh makan, dan keputusan 1-0 dah cukup untuk menyaksikan Terry, Lampard dan Ashley Cole menjadi 3 pemain The Blues pertama layak ke Knockout Stage di WC 2010..Jaringan Defoe sewaktu first half cukup melegakan buat penyokong 3 Lions sekaligus menempah pertemuan klasik antara dua musuh utama England dan Germany di Last 16!! Ozil Vs Lampard, mahsyuk bebb!!

Bring On Die Mannschaft!!

PORTUGAL @ IVORY??

Selepas England layak, manakala France dan Serbia tewas, kini hanya terdapat 2 negara yang menjadi tumpuan utama, Portugal dan Ivory Coast..Pasti sengit sebab Brazil dah melayakkan diri bermakna hanya satu spot tinggal untuk dikejar..Kita akan melihat samada Bintang Gelap; Didi dan Kalou ataupun Star berumur; Deco, Ferreira dan Carvalho yang akan layak bersama-sama Brazil nanti..Aku berpendapat Portugal akan layak ke knockout Stage, dan Didi dan Kalou berkemungkinan akan pulang awal..Keputusan 7-0 Portugal minggu lepas menyebabkan GD mereka lebih superior dari Ivory, menyebabkan diorang ada sedikit advantage sekiranya mata terikat antara kedua negara nanti..Bagi pendapat aku, Brazil akan bermain malas-malas sebab tiket layak dah digapai dan berkemungkinan pemain simpanan akan diturunkan lawan Portugal nanti..Dijangka match Brazil-Portugal berakhir dengan seri menyebabkan diorang berdua layak, Ivory lak mungkin takde masalah nak belasah Korea Utara 8-0 sebagai farewell game..Aku harap Didi gol bebanyak, balik awal, operate lutut die, next season boleh start dengan 100% Fit!!

Carvelho : Weh Didi, nanti balik London kirim salam kat Malouda ngan Anelka, k??
Didi : Cess, kerek giler lu..

No comments: