The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, May 31, 2011

0 Pembalasan Arnesen??

0 Comments

Selepas tidak lagi bersama Chelsea, Arnesen kini menjadi Sporting Director di Hamburg, namun adakah dia akan pergi berseorangan?? Menjadi salah seorang watak penting dalam pembentukan Akademi Cobham, Arnesen sememangnya amat arif dengan kualiti youngsters Chelsea..Hanya dalam dua tahun, pemain muda yang dibentuk telah menunjukkan peningkatan ketara dan hasilnya adalah kemenangan FA Youth Cup musim lepas dan Reserves League musim ini..

Namun melihat kepada potensi pemain muda untuk menembusi skuad utama amat tipis, Arnesen dilihat cuba menangguk di air keruh..Dari banyak-banyak pemain muda juara FA Youth Cup musim lepas, hanya Josh Mceachran yang mendapat tempat dalam skuad utama, itupun hanya satu debut EPL dalam satu musim, manakala pemain lain seperti Bruma, Van aanholt, Borini, Kakuta kian dipinggirkan dengan dipinjamkan ke kelab lain..

Borini - kecewa dalam duka

Kekecewaan youngsters kita amat jelas dirasakan terutama apabila Borini yang menjadi hit secara loan di Swansea memberikan pengakuan betapa sukarnya pemain akademi Chelsea untuk survive, tidak seperti apa yang berlaku di Arsenal dan juga Barcelona..

“I don’t need to remind Chelsea what I can do because they already know - I’ve been top scorer for the reserves - and sometimes you need to be honest with yourself.

“I need to go away from Chelsea to play regular football, even if it’s with a smaller team in a smaller league.

"Most of the young players at Chelsea have had to do the same thing.

“Scott Sinclair, who plays at Swansea now, Jack Cork, Jeffrey Bruma, Patrick van Aanholt and Michael Mancienne all went through the same thing. I would not say we share the same frustration, but we all need the same honesty.

“Although I am still young, I have been at Chelsea for four years now and I feel I have wasted the last six months of my career.

“When you are young, you are not patient about anything, so every game I play now is like an explosion.


Yupp, memang bukan mudah nak masuk first team, tetapi melihatkan selepas John Terry, kita masih lagi tiada pengganti yang muncul dari akademi adalah sesuatu yang mengejutkan..Stoch, Carlton Cole, Ben Sahar adalah antara nama-nama lain yang sudah meninggalkan Chelsea dan mencipta nama di kelab lain..Mungkin ada antara mereka yang tidak mencapai standard, tetapi melihat betapa tipisnya peluang yang diberikan kepada pemain muda untuk menonjol adalah sesuatu yang kurang adil..Adakah Messi mampu menjadi seperti sekarang jika tidak diberikan peluang bermain?? Sudah tentu tidak..

Melihat kepada potensi pemain muda untuk menembusi skuad utama amat sukar, Arnesen dilihat cuba mengambil kesempatan.."Kalau korang tak nak guna, baik bagi aku" kata Arnesen..Dan bukan sesuatu yang mengejutkan apabila laporan mengatakan Arnesen sudah cuba memancing Mancienne secara 4 tahun kontrak, serta dalam proses mengambil Bruma, Van aanholt dan Kakuta secara one year loan sebelum membeli mereka secara permanent pada tahun berikutnya..Adakah itu sahaja?? Tidak. Arnesen juga mahukan Josh Mceachran, tetapi melihat kepada award Best young Player 2010 yang diberikan kepada wonderkid ini bulan lepas, sudah tentu amat sukar untuk Chelsea melepaskan budak ajaib ini..

Adakah akan ada lagi pemain muda yang pergi?? Aku tak pasti dan ia akan bergantung kepada perancangan manager baru kita musim depan..Aku amat memandang tinggi kepada Van aanholt, Josh dan Bertrand yang dilihat mempunyai bakat istimewa dan mahukan diorang stay manakala Kakuta dan Bruma boleh dikatakan biasa-biasa je bagi aku..Apa yang penting adalah kita perlu lebih percaya kepada pemain muda selepas ini..Mungkin bukan semua, tetapi hatta 1-2 orang pon sudah cukup memadai jika diorang boleh tembus first team..Aku yakin pemain muda kita ada kualiti, cuma kita sahaja yang takut nak guna..Harap musim depan adalah musim yang cerah untuk youngters kita..KTBFFH!!


0 Tahniah Young Blues!!

0 Comments
Fantastic Duo!!

Swansea City berjaya mengalahkan Reading 4-2 dalam Play-off Championship sekaligus mendapat slot terakhir ke EPL musim depan..

Guess who is the hero?? Bekas youngsters Chelsea, Scott Sinclair menjaringkan hatrik manakala seornag lagi pemain akademi The Blues, Fabio Borini menjadi watak utama kebangkitan Swansea apabila dijatuhkan sebanyak dua kali dalam kotak penalti..Walaupun masa depan korang bukan bersama Chelsea lagi, kitorang berharap agar korang terus berjaya di masa akan datang..Gandingan Scott-Fabio telah mencipta 25 gol musim ini buat Swansea dan bakal menggegar EPL musim depan!!

Brendon Rogers - takde kena mengena dengan Kenny Rogers

Tapi apa yang lebih penting adalah karakter utama di belakang tabir, Brendan Rogers yang merupakan bekas coach akademi Chelsea..Pernah bekerjasama dibawah tunjuk ajar Mou sekitar 2004-2006, Rogers merantau menjadi manager Watford dan Reading sebelum hadir ke Swansea..Mengambil kembali kedua anak didiknya dari Bridge adalah keputusan yang tepat dan gandingan duo ini adalah driving force buat The Jacks mara ke Premiership buat kali pertama dalam masa 28 tahun!!

Tahniah kepada Rogers, Sinclair dan Borini - dan nampaknya musim depan kita akan berjumpa di EPL. You'll always welcome at the Bridge!!


Monday, May 30, 2011

0 Umpan Tak Mengena??

0 Comments

Umpanan Roman untuk memberikan 6m per season kepada manager baru nampaknya agak tak mengena..6 juta bai, tapi kalau environment macam celaka, pressure tahap menggila, keputusan semua kat tangan Board gila kuasa, sapa yang nak??

Ini antara manager yang dah menolak untuk dimalukan selepas melihat apa yang terjadi kepada manager nama besar seperti Mou, Scolari dan Ancelotti apabila ditendang dengan penuh hina di Bridge..Yupp dan antara yang menolak juga adalah Mou!!


Masih lagi segar dari menang CL kali kedua dan meng'ayam'kan setan di tanah tumpah negara sendiri, Pep Guardiola dah tentu menjadi target utama Roman yang memang daring dengan Piala Eropah sejak sekian lama.."6m, tak mahu??" kata Roman..

‘Obviously when you win trophies, you have girls falling at your feet,’ said Guardiola. ‘But I have another year on my contract at Barcelona and I intend to see it out.’

Umpan pertama tak mengena?? Takpe Roman takkan berputus asa, kali nie target kedua Jose Mourinho, manager yang dipecat sendiri oleh Roman 4 tahun dahulu..Kalo aku tak sanggup jilat ludah sendiri, tapi dah Roman terpaksa, kena la muka tebal jugak mintak..Apa kata Mou??

"Its no secret that Chelsea has a special place in my heart and that one day I'd love to go back. The trouble is nothing seems to have changed at Stamford Bridge since I left, they're still making the same old mistakes."

Memang tepat Mou, selepas apa yang dah berjaya ko buat kepada Valdano kat Madrid, memang membuktikan masalah birokrasi antara punca utama manager tidak mendapat layanan sewajrnya di kelab yang mempunyai pemilik kaya macam Real dan Chelsea. Aku pon harap ko dapat datang dan fix keadaan di Chelsea yang dirosakkan oleh orang macam Gourlay, tapi sanggup ke dimalukan kali kedua oleh Roman n Co?? "No, thank you" kata Mou.

Selepas ditolak kali kedua, nampaknya dah tiada choice available, dan kini Roman mencari sekitar London je la, jimat belanja katanya..Kalau nak pecat nanti pon senang, tak jauh nak cari, ye tak?? Dan nama seterusnya adalah Harry Redknapp..(Dari Carlo pergi Redknapp, memang downgrade betoll..)..So??

"Well I have got a great job at Tottenham, things are going well for me.

"I have had a couple of great years it couldn't have gone better for me there.


Tak nak jugak?? "Kurang asam punyer Harry Potter, ko ingat ko bagus sangat??" kata Roman dengan penuh amarah. Sambil Roman masih mencari target sesuai, ada reporter sempat bertanya pada Ray Wilkins, bekas assistant Carlo, kalau Roman panggil ko balik, nak tak??


"My time is done with Chelsea. When you put in as much money as Mr Abramovich, you are entitled to choose what you want to do." "He didn't want me so I am no longer there. Back then I was cheesed off but I am not one of those guys who would keep saying I should be still there. It is part of my life which is done and dusted."

Wilkins pon taknak?? Memang tak boleh kata apa.

Hmmm, nampaknya umpan duit Roman memang tak boleh mengabur mata manager yang available betapa teruknya situasi di Chelsea. Roman perlu sedar duit bukanlah segalanya, tetapi untuk membina satu legacy kelab bolasepak yang berjaya perlukan kesabaran. Mahukan Piala Eropah?? Maka Roman perlu memberikan masa kepada manager 2-3 tahun minimum untuk prepare skuad. Selain Mou, tak pernah lagi aku jumpa manager yang datang hanya 1-2 musim dan terus menang Piala Eropah. Kebanyakannya hanya memenangi CL selepas build up skuad dari scratch dan membentuk winning team selepas 2-3 tahun bermain bersama dan kemudian barulah berpotensi menjadi Europe Champion, tak percaya tanya Fergie, Carlo. Jika ada yang membandingkan dengan Pep yang hanya setahun jagung tapi dah menang CL dua kali, please, tengok skuad Barca, dibina sejak bila?? Xavi, Iniesta dan Messi adalah core team Catalan yang dimulakan dari projek La Masia di bawah kendalian Johan Cruyff sejak diorang berumur 10 tahun lagi. Jadi boleh dikatakan ia adalah proses belasan tahun dan memerlukan kesabaran. Tengok hasilnya sekarang - Best Team of Decade. Kalau Pep datang ke Chelsea, aku tak yakin dia mampu mengubah keadaan di Bridge semalaman, falsafah kita adalah berlainan dan akademi kita tak sekuat La Masia. Tak mustahil Pep juga bakal dipecat jika gagal deliver dalam masa 2 tahun.

Jadi, apakah yang perlu dilakukan Roman??

Bukan bagi duit, tapi berikan kuasa lebih kepada manager, ini antara yang point untuk new manager

-Lebih masa - Ada yang kata dalam kontrak Carlo dah state , 'Wajib dapat CL dalam 2 tahun' , dan keputusan akhirnya korang faham-faham je la..Skuad kita kini memang bukan lagi winning team, amat cacamarba, pemain terlampau tua, pemain terlampau muda dan ia perlukan proses pembinaan semula. Dan masa sudah tentu jadi keutamaan ketika membuat transisi, bukannya boleh diubah semalaman dan Roman perlu sedar itu. Manager baru perlu diberikan tempoh masa yang sesuai untuk fix the squad dan kemudian barulah kita boleh melihat hasilnya..

- Lebih authority - Transfer dealing di Chelsea sememangnya di kawal sepenuhnya oleh Board. Sehingga kini aku pon tak pasti adakah Ramires, Zhirkov dan Torres adalah pilihan Carlo atau tidak..Mendengar kata Hiddink yang mengatakan Roman masih mengambil nasihat darinya sejak meninggalkan Bridge dua tahun lepas, membuatkan aku rasa tak mustahil ia dalah cadangan Hiddink dan Board mengenai pemilihan pemain..Falsafah setiap manager adalah berbeza dan sekiranya pemain yang diberikan oleh board tak bertepatan dengan corak taktikal dah tentu akan menjadi satu masalah - tengoklah apa kacau bilau yang Torres dan Sheva buat sebelum ini..Kedua player pemberian Roman ini jugak yang menjadi punca Mou dan Carlo dipecat..Manager perlu diberikan kuasa untuk membeli pemain!!

-Player Power?? - Bukan satu kejutan kuasa pemain amat kuat di Chelsea. Malah Kalou dengan jelas pernah mengkritik Carlo secara terang sebelum pemecatannya. Dan tak perlu diingatkan provokasi Ballack kepada Scolari, dan Terry kepada Mou. Ini situasi yang perlu diubah. Player memang ada yang legend, tetapi apabila sampai saatnya kita perlu menggantikan diorang dengan generasi baharu. Cari manager yang mempunyai personaliti kuat dan tak takut untuk bench underperformer adalah amat penting selepas ini.


So, siapakah manager baru?? Banyak nama dipanggil, dan sehingga kini masih tiada candidate yang tetap. Aku tak kisah siapa, tapi biarlah manager baru ada personaliti yang kuat dan tegas membuat keputusan, bukan nama besar pon takpe. Dalam minggu ini atau minggu depan, aku yakin kita akan mendengar keputusannya. Apa yang penting Board baru perlu bersabar dan memilih candidate yang benar-benar sesuai kali ini. Surely, aku tak mengharapkan satu lagi pemecatan berlaku hujung musim depan. Keep the faith, KTBFFH!!







Tuesday, May 24, 2011

0 Stability???

0 Comments

Selepas melihat manager sebaik Carlo turut dipecat dengan kejam, sudah tentu tiada istilah stability lagi yang sesuai diguna pakai di bawah rejim Roman..Yupp, semenjak kesilapan pemecatan Jose suatu masa dahulu, kita sememangnya tidak pernah aman..7 manager telah masuk dan keluar semenjak pengambilan Roman pada 2003 namun target utama CL masih belum dicapai..

Obses Roman untuk mendapatkan trofi Eropah menyebabkan istilah stabiliti adalah dongeng semata-mata..Kesemua manager baru hanya boleh mendapat minimum 2 tahun untuk proses rebuilding dan mendapatkan trofi CL, jika tak jangan harap boleh kekal lama..Jose dan Carlo adalah contoh terbaik kerana walaupun mendapatkan kejuaraan liga dalam musim pertama, ia tak memberi sebarang makna kerana tanpa trofi Eropah untuk ditunjukkan, korang tetap dianggap failure di mata Roman..

Namun, adakah stabiliti benda yang bagus, ataupun tidak??

Yupp, aku memang mahukan stabiliti tetapi ia bukanlah sesuatu yang konkrit untuk mengatakan ia sudah hampir pasti akan memberikan kita kejayaan..Ramai yang mengaitkan contoh terbaik adalah Ferguson yang diberikan masa oleh board MU dan kini mengumpul sebegitu banyak trofi untuk dalam 20 tahun berkhidmat..Tapi bagaimana pula dengan jiran kita, Arsenal berserta Wenger manakala Benitez dan Liverpool suatu masa dahulu?? Atas dasar stabiliti, Wenger trophyless selama 6 tahun manakala Benitez meletakkan Liverpool keluar dari kelompok Big 4..Jadi, adakah ia sesuatu yang bagus??

Ramai yang mengutuk Roman tidak sukakan kestabilan tapi ramai yang tak sedar sebenarnya ia turut memberikan kejayaan kepada Chelsea selama ini..Siapa yang berani mengatakan Roman silap memecat Ranieri, Scolari dan Grant dan mendapatkan manager terbaik seperti Jose, Hiddink dan Ancelotti?? Roman sudah sekian lama melakukannya sejak 2003 dan kita dah mendapat 8 trofi utama hasil proses pertukaran manager..

Namun apapun pemecatan manager memang sesuatu yang tak best..Ini bermakna kita perlu bermula dari bawah semula dan proses rebuilding kembali memang sesuatu yang memenatkan apabila setiap 1-2 tahun kita akan berada di bawah manager yang berbeza..Cara kelab memecat manager juga bagi aku agak harsh walaupun musim nie mungkin Roman boleh dikira cukup 'bersabar' kerana tak memecat Carlo pertengahan musim selepas terkeluar CL di tangan MU dan mendapatkan keputusan yang teruk dalam EPL dan FA Cup..Kalau boleh kita sekurang-kurangnya hold pada satu-satu manager selama kontrak dia bertahan tetapi Roman memang tak boleh bersabar dan dia mahukan instant success..

Adakah pemecatan Carlo satu kesilapan?? Aku 50-50 dalam hal ini..Bagi aku Carlo tak keluar kerana trophyless, tetapi cara dia manage team menjadi punca dia dikeluarkan..Team bermain tanpa spirit dan determintion menjadi faktor Carlo disingkirkan walaupun bagi aku dia patut diberikan masa yang lebih kerana selain pemecatan Wilkins, Drogba terkena malaria dan beberapa pemain injures menjadi faktor tambahan kegagalan teruk musim nie..Namun apa yang berlaku, biarkan berlalu dan kita perlu memandang ke hadapan..

Roman tak pernah memecat manager sekiranya dia tiada plan konkrit seperti ketika dia mengeluarkan Scolari dan memasukkan Hiddink..Chill out guyz, aku yakin Roman sudah ada perancangan terbaru siapa manager yang sesuai untuk rebuild Chelsea summer ini dan berkemungkinan ia sudah ditentukan dalam masa 2-3 minggu sebelum ini..Samada Van Basten mahupun Villas Boas, kita harus stick kepada new guys dan support sepenuhnya..Manager, player masuk dan keluar tetapi Chelsea akan kekal ada mencabar kejuaraan setiap musim..Keep calm and things will surely be better..Chelsea forever, KTBFFH!!


Monday, May 23, 2011

2 Hot News : Carlo chow!!

2 Comments

Petikan dari official Chelsea Fc :

Chelsea Football Club can confirm that Carlo Ancelotti parted company with the club today (Sunday, 22 May).

The owner and board would like to thank Carlo for his contribution and achievements since taking over as manager in July 2009, which included winning the Double for the first time in the club's history.

However, this season's performances have fallen short of expectations and the club feels the time is right to make this change ahead of next season's preparations.

Carlo will always be welcome at Stamford Bridge, where he will be given the reception and respect his position in our history deserves.

Chelsea's long-term football objectives and ambitions remain unchanged and we will now be concentrating all our efforts on identifying a new manager.

There will be no further comment until that appointment is made.

Memang cepat, memang pantas, tak sampai seminit match menentang Everton berakhir kita dihadiahkan dengan berita pemecatan Carlo..Aku tak terkejut sebab dalam hampir 2 minggu selepas kita tewas di tangan MU sudah banyak petanda Carlo akan disingkirkan serta merta hasil kegagalan mendapatkan sebarang trofi musim ini..Besar kemungkinan Van Basten akan dilantik dalam masa terdekat menggantikan Carlo dan Hiddink akan menjadi Sporting Director menggantikan Arnesen..Apa reaksi korang?? Adakah ini bakal menjadi satu kesilapan?? Adakah Van Basten pengganti yang tepat??


Sunday, May 22, 2011

0 Preview : Farewell Carlo??

0 Comments

Berdasarkan laporan tabloid di England pagi tadi, Carlo boleh dikatakan hampir pasti chow selepas match menentang Everton malam nanti..Ancelotti dan assistant Bruno Di Michelis telah dipanggil untuk meeting bersama Board dalam tempoh 48 jam sebelumnya dan keputusannya hampir pasti akan diumumkan sedikit masa lagi..Mengulas jika akan kekal atau tidak, Carlo memberikan komen begini :

Kata-kata terakhir??

"I will say thank you to every one of my players because every time more or less they tried their best."

"I said a lot of times the atmosphere in training sessions was good, it was correct, they were very professional."

"Maybe they didn`t reach their best but I have to shake their hands and say thanks."



Hmm, nampaknya memang dah konfem je Carlo blah, cuma belum official lagi. Aku tak tahu nak kata apa, situasi Roman memang membuatkan kerusi manager Chelsea menjadi kisah lawak sarkas setiap tahun. Pecat, pecat, pecat takkan membawa kita ke mana terutamanya jika nak menang CL. Process rebuilding memang memakan masa tetapi Roman memang mahukan manager mee segera, yang boleh bagi trophy secepat mungkin kepada kelab. Pengaruh player dalam skuad Chelsea teramat kuat kerana kita takde manager yang stabil. Jika benar Carlo dipecat, aku harap Roman dah fikir semasaknya dan sudah ada pengganti yang benar-benar sesuai. Memandangkan Villas Boas selaku first choice takkan hadir ke Chelsea buat masa terdekat, aku mengharapkan Van Basten sebagai pengganti tetap. Masih muda, falsafah attacking football dan dicadangkan sendiri oleh Hiddink. Apapun kita tunggu dulu sehingga ada official news berkenaan Carlo.

Okeh sudah mengenai rumours manager, kita berbalik pada persiapan match di Goodison Park. Takde apa yang tinggal untuk match ini, kecuali pride semata. Sejak menewaskan Everton di FA Cup Final 2008, kita tak pernah meraih kemenangan sejak itu. Selaku boogey team Chelsea hampir dua tahun, sememangnya Everton akan memberikan banyak masalah kepada The Blues.

Apa yang penting malam nie adalah pemilihan pemain. Result aku tak kisah sangat tetapi harap pemain muda dan Torres akan sekali lagi menjadi pilihan utama sebagai proses pembentukan skuad musim depan.

Starting 11 malam nie :

Cech
Iva-Luiz-JT-Ash
Essien-Josh-Lamps
Kalou-Torres-Malouda

Result Prediction : Everton (2) - Chelsea (2)

Sedar tak sedar, selepas ini tiada lagi game Chelsea selama 2-3 bulan dan aku yakin ramai akan rindu aksi The Blues..Aku mengharapkan aksi yang bertenaga, mantap dan bersemangat dari para pemain..Juz enjoy last 90 minit!! KTBFFH!!






0 Chelsea FC - Player of the Year 2011

0 Comments
Big pete (tanpa head gear) - Chelsea FC Player of the Year 2011!!

Tahniah Cech!! Selepas 7 tahun menjadi penjaga gawang yang setia buat The Blues, akhirnya Big Pete mendapat penghormatan sewajarnya..Musim ini Cech sememangnya marvellous, mengingatkan fan kepada aksi awalnya pada musim pertama bersama Chelsea..Sejak insiden ngeri pada 2006, amat sukar melihat Cech kembali bermain di prestasi terbaiknya namun musim ini adalah sebaliknya..Apa yang dimakannya kali nie, aku pon tak tahu tapi jika bukan kerana Cech dah tentu kita akan berada di posisi 4 atau 5 liga ketika ini..Aksi yang konfiden, tenang dan konsisten menjadi kunci kepada prestasi hebat Cech sepanjang musim..Sememangnya layak!! Congrats Big Pete!!

Moh dengor kata-kata dari Player of the Year 2011 - Petr Cech!! :

'I have been here seven years now and playing with some of the best players in the world doesn't make it easy for a goalkeeper to win an award, but I am really pleased. I really appreciate it because having played for such a great club with great players, to win Player of the Year is a great achievement.'

'I love the club since I started playing, and I feel at home here. There are players here when I joined the club still here, we have had good years, worse years, average years, but they made me feel at home and that's why I look forward to the future.

'You always want to win everything but especially the Champions League now, that is the only one missing.'


Lain-lain award dalam korum :

Chelsea Players' Player of the Year - Ashley Cole

Chelsea TV's Goal of the Season - Ramires vs Man City (usha sini)

Chelsea's Young Player of the Year - Josh McEachran


Selain Cech dan pemain yang dapat award, aku rasa pujian jugak harus diberikan kepada Iva dan Drogba yang boleh dikatakan antara pemain terbaik kita musim nie..Bermain penuh bersemangat dan menjadi nadi Chelsea sepanjang musim, korang tetap best!! Sebilangan pemain lain yang hanya memenuhkan majlis je tu harap boleh sedar diri dan improve kalau nak merasa award..Yupp, itupun kalau korang stay la kan..Buat pemenang, tahniah!! Buat yang muncung takde trophy mahupun award nak tunjuk letak dalam kabinet/buat frame tunjuk anak bini, boleh cuba lagi musim depan..KTBFFH!!




p/s : oh ya, nie ada satu lagi video kelakar sebelum award, hahaha memang sialan~ (klik link)



Friday, May 20, 2011

0 Siapa?? Siapa?? Siapa??

0 Comments


Melihat raut wajah Roman di Bridge minggu lepas jelas menggambarkan Carlo mungkin hanya menghitung hari untuk mengemas barang pulang..


Apa yang aku tak faham, mengapa sekarang?? Carlo hanya tinggal satu tahun kontrak dan melihat kepada manager berkaliber yang available sekarang memang tiada yang layak untuk hadir ke Chelsea pada musim panas ini..Jose, Hiddink, Boas?? Jose belum tercapai misi menenggelamkan Barca, Hiddink tidak mahu kembali ke club management, manakala Boas mahu membuktikan keupayaannya di CL musim hadapan..So, siapa yang tinggal?? Van Basten, Rijkaard, Van gaal?? Tak cukup xtra factor untuk mengemudi The Blues. Avram Grant?? Huh, jangan buat aku loya tekak.


Kesimpulannya, buat masa nie memang kita takde choice di pasaran. Daripada melilau mencari manager takde kredibiliti, lebih baik kita stick pada Carlo, sekurangnya sehingga kontrak dia tamat. Poll di sebelah pon menunjukkan ramai fan mahukan Ancelotti musim depan. Jika ada yang kata dia tak rebuild pasukan musim nie seperti yang diharapkan namun pendapat aku adalah dapatkan Zola sebagai assistant coach manakala Hiddink sebagai Sporting Director - dan kita cuba lihat hasilnya next season. Jika Carlo jelas takde perubahan dari segi management selepas diberikan support oleh board, maka Villas Boas akan available penghujung musim depan. Jelas dia ada connection kuat dengan Chelsea selepas menjadi assistant Jose di Bridge. Aku yakin jika dia mengganas di CL next season bersama Porto, Roman sudah tentu takkan melepaskan peluang mendapatkan Special One version 2.0 yang lebih berhemah dan dihormati lawan.


Apapun buat masa ini stick pada Carlo - Double Winner musim lepas. Jangan rush buat keputusan, aku harap kita takkan mengulangi kesilapan pemecatan Jose suatu ketika dulu. We need stability, KTBFFH!!









Monday, May 16, 2011

0 Diselamatkan kesengalan lawan

0 Comments

Seri 2-2 dengan Newcastle?? Memang sengal~

Kalah dengan Villa?? Lagi lagi lagi sengal~

Terima kasih Wedges dan kanak kanak Arsenal untuk Second Spot..Bagi sesiapa yang tak boleh senyum sebab draw kat Bridge, layan game Liverpool dengan Arsenal memang konfem senyum meleret + sengih nak ketawa besar..Tak sangka sebangang bangang Chelsea yang cacamarba musim nie, ada yang lagi bangang..

Walaupun gagal meraih 3 mata, tuah kita memang baik untuk konfem second spot selepas Arsenal kalah di Emirates (ah, dasar bebudak camnie la)..Dalam match di Bridge, Chelsea leading sebanyak dua kali melalui header padu dua defender iaitu Iva dan Alex, tetapi gol dari Gutierrez dan last minute tandukan Steve Taylor menamatkan game dengan keputusan seri 2-2..

Carlo memulakan game dengan beberapa perubahan mengejut selepas kekalahan di OT..Drogba, Luiz, Malouda dan Essien antara nama besar yang ditendang ke bangku simpanan manakala Torres, Benayoun, Alex, Josh dan Ramires dimasukkan ke starting 11..First half boleh dikatakan agak seimbang..Iva menjaringkan gol seawal mint kedua hasil flick dari Torres yang bermula dari sepakan sudut Lamps..Namun 8 mint kemudian Newcastle menyamakan kedudukan 1-1 selepas Jonas Brothers menyudahkan hantaran Taylor untuk menewaskan Cech..Baki masa memang hambar, kurang inspirasi, Torres pon macam uninstirested nak men..Benda positif aku tengok hanyalah Josh yang control midfield dengan bagus cuma bermain di bahagian holding mungkin menyebabkan attacking talent dia amat terhad semalam..Apapun memang puas melihat Josh dapat starting debut dia, harap boleh dapat lagi banyak peluang pasnie..

Second Half, permulaan 10 minit memang bosan dan melihat form kita tak improve, Carlo melakukan 3 pertukaran sekaligus..Didi, Malouda dan Essien dimasukkan menggantikan Benayoun, Ramires dan Josh yang nampak agak sukar adapt dengan permainan fizikal Newcastle..Agak lama jugak menunggu second gol tetapi Didi seperti biasa menjadi penyumbang pada mint ke 83..Cross dari free kick tepat mencari kepala botak Alex yang menanduk deras ke sudut gawang ..2-1!!

Alex dan tarian pelik Malouda

Adakah sudah berakhir?? Memang tak sepetutnya kita lalai dan leka..Sepakan sudut Newcastle gagal dibaca oleh Alex dan JT dan Taylor mudah menanduk masuk free header untuk gol terakhir di Bridge musim nie yang mengecewakan..Result akhir 2-2, dan kelihatan Roman memang kecewa dengan form kita harinie dari bangku penonton..

Adakah Carlo sudah terasa bahangnya?? Adakah ini match terakhir dia di Bridge?? Aku tak pasti, tapi biarlah Roman yang tentukan keputusannya..Carlo bagi aku dah cuba buat perubahan demi perubahan untuk accomodate Torres ke dalam skuad, cuba Didi, cuba Anelka, cuba Kalou dan kini Benayoun tetap tak menjadi untuk support leading 50m man..Lepas kita dah secure Second Spot, kini masanya untuk eksperimentasi tanpa gangguan bermula menentang Everton minggu depan sebagai last match musim nie dan juga Pre Season..Kita dah boleh pandang musim depan, proses pertukaran dan perbincangan secara menyeluruh untuk skuad akan bermula sekarang..Adakah Carlo akan kekal?? Jika tak, siapa pengganti berkaliber?? Siapa masuk, siapa keluar?? Siapa youngsters akan dimasukkan ke first team?? Segalanya akan dibincangkan dalam masa terdekat..Apapun tahniah Chelsea sebab dapat Second Spot dan secure CL..Musim depan kita akan kembali dengan lebih ganaz, KTBFFH!!


Sunday, May 15, 2011

0 Preview : Second Spot!!

0 Comments
Setan Merah dah menang liga secara official, so apa lagi yang tinggal?? Aku harap kita dapat seal 3 mata malam ni menentang Newcastle di Bridge dan konfemkan second spot secepat mungkin..Walaupun gagal kekalkan title, melompat dari tangga kelima ke tangga kedua bagi aku dah boleh dikatakan pencapaian yang bagus melihat kepada prestasi teruk kita di awal musim..Dapatkan Second Spot, bermain marvellous untuk 2 game terakhir adalah harapan terakhir semua fan untuk penutup musim 2010/11..

Baki dua match nie akan dapat melihat apakah pemikiran Carlo untuk persediaan musim depan..Selepas takde preessue untuk mengejar trophy, aku harap ada perubahan pada starting 11 malam nie..Bench kan underperforming player dan rehatkan oldies adalah antara yang aku harap Carlo akan buat..Torres, Luiz dan Ramires adalah 3 tonggak utama kita musim hadapan dan aku nak tengok diorang bermain full 90 malam nanti..Newcastle dah takde ape untuk dikejar seperti Chelsea jadi bagi aku ia takkan memberi masalah untuk kita menang di Bridge..

Malang sekali malam nie pemain youngsters kita akan bermain final match reserves league untuk menentukan siapa juara jadi agak kempunan untuk kita melihat Bertrand, Josh diberikan masa bermain menentang Newcastle..Aku harap lawan Everton bagi match terakhir liga nanti kita dapat tengok aksi diorang..Duo ini berserta PvA, Sturridge, Kakuta adalah youngsters berbakat yang kita ada dan aku harap kita boleh mula menggunakan diorang dalam first team bermula sekarang dan Pre-Season..

Skuad malam ini :

Cech
Iva-Luiz-JT-Ash
Mikel-Lamps
Ram-Benayoun-Yuri
Torres

Result : Chelsea (3) - Newcastle (0)

Tinggal dua game lagi weh, dua game lagi untuk kita melihat Chelsea bermain musim nie..Walaupun ada yang kecewa takde trophy tapi bagi aku kepuasan sebenar hanyalah bila tengok The Blues bermain, kalah dan menang hanyalah rencah tambahan untuk penyedap suasana..Selepas tamat musim, kita perlu menunggu hampir 2 bulan baru boleh usha kembali pemain kita menyarung jersi biru kembali..Hah, kompem bosan malam-malam untuk sesape yang suka jadi kelawar tengok bola macam aku sebelum nie..Hanya tinggal 180 minit, juz enjoy the last two show!! KTBFFH!!


p/s : orang kate Chelsea pakai baju baru malam nie, betul ke??

Wednesday, May 11, 2011

0 Zola kembali ke Bridge??

0 Comments
Of coz la bukan sebagai manager baru Chelsea, tetapi assistant kepada Ancelotti. Seperti yang aku katakan sebelum nie, Carlo perlukan seorang pembantu yang sesuai dan setaraf dengan Wilkins sebagai pengganti. Dan rumours terbaru kepulangan Zola sememangnya berita baik!!

Tak dinafikan Zola memang fan fav dan jika dia kembali ke Bridge sudah tentu akan disambut dengan terbuka bila-bila masa oleh peminat. Semenjak dihammer oleh West Ham, Zola memang amat lapang dan aku yakin dia dah pasti setuju ambik pengalaman dahulu sebagai assistant di bawah Carlo sebelum kembali ke managerial stage. Pandai berbahasa Inggeris dan Itali, mempunyai sokongan fan dan player membuatkan aku rasa ia akan menjadi gabungan yang fantastik musim depan.

Apa pandangan korang??

Adakah Zola addition yang tepat??

Adakah ia akan memberikan sebarang perubahan musim depan??



Monday, May 9, 2011

0 We Proud Of You

0 Comments

Walaupun tewas, aku tetap berbangga dengan Chelsea. Daripada tempat kelima ke tempat kedua dan mampu mencabar title adalah pencapaian yang dah cukup menakjubkan. Walaupun dah tentu kita mengharapkan yang lebih baik, tapi itulah bolasepak, tak semestinya kita akan menang setiap masa dan ketika inilah masa untuk menguji kesetiaan kita pada saat sukar ketika ini.

Dalam match di Old Kerepot, jelas MU adalah team yang lebih bagus dan mahu tak mahu, pujian aku berikan untuk diorang yang hampir pasti menang liga musim nie. Dengan teamwork yang lebih bagus dan ada banyak genuine chance berbanding Chelsea, boleh dikatakan kita bernasib baik hanya tewas 1-2. Yupp, korang memang layak.

Adakah semuanya dah berakhir?? Memang dah takde piala untuk dikejar tetapi kita masih ada kerja untuk diselesaikan. Dapatkan tempat kedua adalah priority utama. Baki 2 match pulak selain mendapatkan 6 mata maksimum, aku harap kita dah bersedia untuk menyiapkan diri untuk Pre-Season musim depan. Mungkin beberapa eksperimen boleh mula dilakukan sebagai gambaran skuad akan datang, siapa pemain yang harus kekal dan siapa yang perlu keluar akan dilihat dalam aksi 2 match terakhir. Torres adalah tumpuan utama dan bagaiamana jalan untuk kita mengimplementasi 50m man kita sudah boleh bermula sekarang. Beberapa perubahan sudah tentu perlu dilakukan ketika summer - samada pemain atau manager aku tak pasti tetapi jelas rombakan kecil adalah penting untuk persediaan musim hadapan.

Adakah pelukan Fergie kepada Carlo bermakna dia akan dipecat?? Aku harap tak, walaupun subs dia kadangkala agak mengelirukan tetapi aku harap dia stay untuk musim hadapan. Kita tak perlukan satu lagi masalah untuk mess thing up. Kekalkan Carlo, belikan 1-2 pemain baru, eksperimen berpaksikan Torres, panggil semula youngsters kita kembali dan kita akan bersedia untuk musim baru!!


Win or Lose, we love you forever. We Proud Of You, Chels!!

Keep The Blues Flag Flying High!!



Sunday, May 8, 2011

1 Preview : Showdown di Old Kerepot

1 Comments
Match yang paling ditunggu - tunggu oleh semua fan. Match penentuan kejuaraan liga EPL musim 2010/2011. Match yang akan membuatkan kita resah, gelisah dan menggigit jari selama 90 minit.

Selepas kekalahan MU di tangan kanak-kanak Sengal, persaingan liga memang terbuka kepada dua team terunggul EPL. Hanya dibezakan 3 mata, sekiranya Chelsea menang malam nie, The Blues akan merampas kedudukan teratas. Namun jangan menyangka ia sudah berakhir. Kedudukan mata yang sama bermakna Goal Difference akan memainkan peranan dan sudah tentu persaingan akan berlanjutan sehingga match terakhir liga yang berbaki 2 match lagi selepas ini.

Chelsea mempunyai Newcastle, Everton selepas ini sebagai lawan manakala MU berhadapan dengan Blackburn, Blackpool. Fixture Chelsea agak sukar tetapi berbanding Newcastle/Everton yang tiada apa lagi untuk dikejar, tekanan relegation boleh menjadi faktor utama untuk Blackpool/Blackburn beraksi luar dari kebiasaan. Justeru tiada ramalan tetap untuk persaingan liga kali nie. Yupp, ia akan menjadi persaingan paling sengit sehingga match terakhir.

Tapi persetankan kesemua ini dahulu kerana jika Chelsea tak menang malam nie, ianya hanyalah angan-angan kosong semata. Fokus malam ini adalah bagaimana Chelsea menghancurkan MU di laman sendiri. Ya, bagaimana??

Persaingan kali nie memang sukar dijangka, selepas kedua team berada di tahap terbaik, ia akan menjadi pertemuan yang sukar sepertimana di Bridge sebelum ini. Ini adalah 5 key point untuk Chelsea memenangi match malam nie :

Torres starting, atau tidak??

Carlo memberi hint mengenai gandingan Torres-Didi-Malouda sekali lagi di barisan hadapan seperti menentang Spurs namun aku yakin ia hanyalah bluff semata. Selepas kesilapan menggunakan Torres pada pertemuan CL, Carlo takkan terperangkap dengan taktikal yang sama. Menggunakan Kalou sebagai starting option manakala Torres menjadi impak subs Second Half adalah jalan yang paling selamat. Didi perlu menjadi leading man selama 90 min.

David Luiz, lebih matang??

Memang ramai ingat gol fantastik dia di Bridge, tetapi masalah defensive dia tetap menjadi persoalan. Dua kali kekasaran kepada Rooney dan Chicarito bermakna Luiz amat bernasib baik terlepas pandang oleh ref untuk melayangkan kad merah. Tapi jangan lupa malam nie adalah di Old Kerepot, tempat paling biased untuk MU, tambahan lagi dengan fan Setan Merah - Howard Webb berada di atas padang, bermakna takde ruang untuk Luiz membuat kesilapan seperti sebelumnya. Malah Luiz sudah menyebabkan Chelsea mendapat 2 penalty ketika menentang Fulham dan Birmingham menunjukkan kegopohan dia ketika tackling. Semangat dia memang bagus tetapi aku harap dia akan menjadi lebih matang. Mujur dalam 2-3 match sebelum nie aku nampak Luiz dah banyak belajar dari JT untuk menjadi lebih tenang. Aku yakin Luiz sudah bersedia untuk bertemu Rooney malam nie. Keep it up. Luiz!!

Mikel, unsung hero??

Memang tak ramai nampak peranan Obi Wan nie, tetapi dia sememangnya antara impak positif dalam 4 match terakhir kita selepas terkeluar CL. Barisan Midfield kita jelas nampak kukuh dan stabil dengan adanya Mikel malah pemain lain seperti Lampard semakin meningkat dengan adanya cover tambahan di belakang. Walaupun menjadi pemain terbaik Chelsea di atas padang ketika menentang Spurs sehingga menenggelamkan Modric, malam nie situasinya berbeza. Menentang Giggs, legend Wales nie memang aku akui antara player kuda tua yang masih bahaya. Pengalaman dia memang senjata utama yang menyebabkan kita terkeluar CL tempohari, mampukah Mikel mendominasi midfield dan mengawal Giggs malam nie?? Its tough call, tapi aku mengharapkan yang terbaik dari Mikel. Cmon Obi!!

Ivan, The terrible??

Memang senyap sikit Iva nie semenjak diletakkan kat Right Back. Tetapi dia tetap antara tonggak utama kita yang memainkan peranan penting secara defensive di bahagian kanan. Di manakah Bale ketika melawan Chelsea?? PFA Player of the year?? Haktuihh!! Iva memang best, tetapi malam nie adalah sorang lagi lawan sukar buat Iva. Crybaby, ataupun jelmaan bapuk CR7
- Nani memang antara winger yang sukar dikawal. Kepantasan dia memang sengaja membuatkan untuk pihak lawan tackle dan dikenakan kad kuning dan akhirnya dibuang padang. Iva ada peranan penting malam nie, senyapkan Nani dari merengek dengan ref. Nani The Crybaby vs Ivan The Terrible, siapa akan menang??

Didi - still the King??

Peningkatan Didi dalam 2-3 minggu terakhir ini memang hadir pada waktu yang tepat. Walaupun Torres tak memberikan impak kuat pada Chelsea, sekurangnya dia menjadi faktor utama Didi keluar dari kelompok selesa dan menjadi BEAST semula!! Seperti yang aku ulas sebelum nie, Didi akan perform bila ada persaingan dan jelas Torres adalah punca utama Didi bermain gempak ketika ini.

Selain menjaringkan gol, Didi jugak kini bermain sebagai playmaker. Dengan 26 assist, lebih tinggi dari 13 assist Malouda musim nie bermakna Didi sememangnya titik penting kita pada Final Third untuk menembusi gawang lawan. Aku memang tak boleh bayangkan Chelsea tanpa Didi musim nie. Ketiadaan perancang menyebabkan kita kurang gol sebelum nie dan Didi memang penyelamat kita. Striker yang boleh score dan assist, sape tak respek?? Kalau Torres nak gantikan Didi, hmm masih banyak dia perlu belajar beb. Theres only one King Didi!!

Jika Chelsea nak menang malam nie, kita perlukan Didi bermain di tahap tertinggi untuk melemaskan Rio dan Vidic. Manakala Torres boleh masuk subs untuk menambah kepantasan ketika defend MU dah penat.


Skuad Chelsea malam nie :

Cech
Iva-JT-Luiz-Ash
Lamps-Mikel-Essien
Kalou-Didi-Malouda

Result Prediction : MU (1) - Chelsea (2)


Can we win the title?? Of Course We Can!!

Lets Kill This dEVIL, Tonite!!

KTBFFH!!


0 Tekanan pada siapa??

0 Comments

Sudah tentu adalah MU, bukannya Chelsea. Jika ada pihak yang kalah, team yang paling menanggung malu adalah MU kerana membiarkan kita merampas kedudukan teratas liga walaupun Chelsea ketinggalan 15 point pada suatu ketika.

Chelsea tiada tekanan kerana sejak bulan Feb lagi sasaran kita adalah Top 4 dan mendapatkan tiket CL - siapa sangka kita boleh mengejar MU ke saat ini dan mencabar title?? Sekiranya Chelsea kalah, kita takde begitu banyak kekesalan kerana sejak sekian lama kita tak dianggap title contender sebenar. Selepas sasaran utama kita hanya tempat CL, kedudukan kedua adalah pencapaian yang dikira bagus walaupun memenangi liga sudah tentu satu bonus yang paling marvellous.

Situasi malam ini amat mudah buat The Blues. Menang, Chelsea akan ambil title dengan tersenyum lebar. Kalah, no hal dan kita boleh mula bereksperimen untuk musim hadapan dalam baki dua match terakhir. Takde masalah bukan?? Jelas lagi nyata, tekanan adalah pada MU malam nie di Old Kerepot. The Blues?? We got nothing to lose. Bring it on, KTBFFH!!


Saturday, May 7, 2011

0 Ujaran Carlo

0 Comments
Bile nak start nie??


Carletto nampak tak sabar bertemu MU di Old Kerepot malam esok untuk menentukan siapakah juara EPL sebenar..Masih berapi dengan 25 mata dari max 27 - Carlo mendapat anugerah Manager of the Month untuk bulan April selepas rentetan kemenangan yang menakjubkan sehingga membolehkan kita mengejar MU walaupun satu ketika ia dianggap misi mustahil..

Ujaran Carlo sempena match malam esok :

Mengenai..Turning Point??

"Manchester United against Arsenal last Sunday, and our win against Tottenham," he said. "If Arsenal hadn't won, it would be a different atmosphere around our game against United."

Mengenai....Great comeback??

"Nobody thought we would be able to fight for the title," he said. "We were talking about qualifying for the Champions League. Fifteen points behind United was too much of a gap, but we closed it because we did really well for two months. Last year we built up a very good relationship with the players, and this atmosphere helped us to maintain good control of our confidence."

Mengenai..Kekebalan MU di Old Kerepot??

"I know," Ancelotti said. "Thirty matches, only one draw. Obviously they are the favourites as they have three points more. If they win, they will win the title. If we are able to win, then goal difference becomes important, and we have very difficult games against Newcastle and Everton, so nothing would be decided. But it would be important to be at the top of the table, after such a long time."

Mengenai...senjata utama Setan Merah - Howard Webb??

“I don’t want to put pressure on the referee. I think Howard Webb is a fantastic referee because he has experience. If the referee he has no experience we can perhaps be a bit worried about this but with Howard Webb there is no problem.

“I have trust in the referees in England. Maybe they make a mistake but that is the same as anywhere in the world – this is normal. Either you accept the decision of the referee or you have to say that there is a conspiracy.”

Mengenai..Gandingan Beauty Blonde & Beast King Didi??

"To make a decision about the line-up, I have to forget the past. I have to look at the next training session."

"For 60 minutes [against Tottenham], Drogba and Torres played with good combination. But he [Torres] got a little bit tired and I put Kalou on to try and find some more space to attack. It's not so important, the shape. It's more important that you put the players with the best ability together. It's important to have players in good form, in good condition. If we want to win there, we have to use intensity."

"We did our job [against Tottenham], to stay three points behind Manchester United. That's fantastic. Our job was to win, we won and now our next job is to prepare well for Manchester United."

Mengenai..Peluang menang liga??

"Our bad moment was too long, I think. We could have done better. But now destiny has helped us to fight for the title again. We are excited and very happy. The season has not gone, as everyone suggested. This team is still alive."

Cmon Chelsea!!







Monday, May 2, 2011

0 Feel the heat, REDFACE??

0 Comments
HAHAHA!!

Tenkiu Arsenal dan Ramsey!!

Nampaknya showdown untuk takhta liga akan ditentukan di Old Kerepot

Yupp, sememangnya ulangan musim lepas - sape yang menang, tak ingat??

Chelsea come to haunt you back!!

Feel the heat, REDFACE??





Bapak Setan Mancunia

Sunday, May 1, 2011

0 Special Extra : Harapan pada Kanak-Kanak

0 Comments

Spotlight malam nie di Emirates. Mahu tak mahu, The Blues Army perlu mengharapkan miracle dari jiran London untuk mengalahkan Manure Setan Durjana. Adakah ada harapan??

Tengok line up malam nie :

Arsenal (4-2-3-1)
Szczesny; Sagna, Djourou, Koscielny, Clichy; Song, Wilshere; Walcott, Ramsey, Nasri; Van Persie.

Manchester United (4-4-2)
Van der Sar; Fabio, Ferdinand, Vidic, Evra; Park, Anderson, Carrick, Nani; Hernandez, Rooney.


Takde Fabregas?? Duet Komemangsialnie dan Lebuhraya Juru menghadapi Duet Shrek dan Cengkerik?? Tambah Michael Jackson jugak bermain?? Rio dan Vidic jadi kubu menghalang Van Pasir?? Setan Merah memang banyak kelebihan. Ditambah dengan pengalaman Pak Alex Bapak Setan Mancunia, memang sukar aku nak tengok diorang kalah. Apapun nothing is impossible. Harap jiran kita tak memalukan fellow London. Bagi jinx sikit buat Setan Merah. Fuhhh, fuhhh, fuhhh!!

ARSENAL 2 - MU 1

Drogba membacakan jampi serapah



0 Tuah ayam pada kaki, Tuah Chelsea pada Referee!!

0 Comments
Kitorang memang 'laki'


Komen Carlo selepas 2 gol kontroversi lawan Spurs :

"We would like to win the game with different situations."

"Today we were lucky. We have to be honest and say this."

"If you look at the situation on the television, we can say that it was wrong. It was a very difficult decision."

"Sometimes it can happen. You have to accept it whether things are good for us or against us."


Melihat kepada beberapa nasib malang sebelum ini, boleh dikatakan ini masa untuk kita mendapat kembali 'tuah' kita di penghujung musim..Walaupun 2 gol lucky, Chelsea memang konker habess Si Ayam Spurs di Bridge, so apadahal?? The Best Team Wins. Sekarang look forward untuk match malam nie kat Emirates. Tak sabar nak tengok muka Pak Alex bertambah merah!! Haha, KTBFFH!!


0 Post Match : Ceplossss!!

0 Comments
Ceplos - Hero sepanjang zaman

Torres tak score?? Sape peduli, Chelsea menang!! Dan yang penting heronya bukanlah 50m man, tetapi Ceploss!!

Match antara paling menarik, juga KONTROVERSI buat Chelsea musim nie..The Blues bermain bermati-matian untuk mendapatkan 3 mata berharga, sekaligus tekanan kini adalah pada Setan Merah!! Memang seperti Chelsea yang aku kenal selama ini, kita bermain dengan lebih tersusun, kemas dan bertenaga terutamanya dari bahagaian tengah..Kehebatan Mikel menenggelamkan Modric membuatkan aku tertanya adakah ketiadaan Obi Wan Kenobi ini yang menyebabkan midfield kita tumpul ketika 3 bulan yang teruk pertengahan musim?? Jelas Lamps lebih bertenaga dengan adanya Mikel, manakala bahagian serangan dan defend kita juga lebih stabil dengan adanya Obi..Seriously, Mikel adalah MoTM!!

Carlo melakukan pertukaran menarik pada kesebelasan utama apabila unleashed Didi dan Torres bersama dalam skuad permulaan..Walaupun banyak mengasak, Spurs yang membuka jaringan dahulu hasil rembatan jauh Sandro yang membuatkan Cech 'lemas'..Namun rembatan Lampard menyelamatkan keadaan apabila Gomes terlepas bola yang masuk ke gawang (walaupun replay atas line) sekaligus menyamakan kedudukan 1-1..Bak kata Lamps, "Ini adalah pembalasan serta peringatan buat kisah Germany dan Sepp Blatter FIFA yang degil tak nak pakai goal line tech, haktuihh!!" Kan dah kena. Di penghujung match, dapat dilihat jinx yang diberikan Pak Alex Chewing Gum hilang bila dia keluar stadium (tengok cucu katanya) pada 10 minit terakhir..Ketiadaan Bapak Setan Merah melepaskan Chelsea dari sumpahan, hasilnya Ceploss sebagai pembasmi jin keparat menyelamatkan keadaan pada mint ke 89!! Cubaan dari Didi ditampan oleh defend Spur namun hinggap di kaki Ceplos yang mudah menolak masuk untuk gol kemenangan Chelsea..Result akhir 2-1, The Blues merapatkan jurang 3 mata di belakang Manure!!

"Ceplos" - Hero sepanjang zaman

Apapun Chelsea memang layak menang..Persetankan 2 gol kontroversi, sebab dari mula The Blues memang konker habess game kat Bridge..Dengan berdozen serangan on target merbahaya berbanding Spurs dan 2 penalti tak diberi oleh pengadil - result yang adil dan tepat buat pemenang sebenar!!

Dengan 3 mata berharga menyembelih ayam putih, Chelsea kini memberikan amaran berbahaya untuk cabaran title..Manure akan berhadapan Sengal malam esok dan jika kita mendapat favour dari jiran London, kedudukan diharapkan kekal 3 mata sekaligus memberikan showdown terulung untuk perebutan takhta liga di Old Kerepot minggu depan..Adakah kanak2 Wenger boleh diharap?? Aku pon tak pasti, sedangkan dengan Sturridge pon boleh kena makan, inikan Shrek dan Cengkerik..Aku harap Sengal ada pride dan motivasi untuk membuktikan keupayaan diorang dengan mengalahkan Setan Merah..Takkan dah enam musim nak kena panggil budak-budak hingusan lagi ye dak??(Tetiba pulak aku concern pasal Arsenal nie..haha..)..Apapun Chelsea dah buat yang terbaik, main sepenuh hati macam tadi, kekalkan winning run dampai habess, aku dah cukup bangga...Kalau menang trofi dikira bonus berganda!! Fight till the end, KTBFFH!!