The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, February 24, 2010

3 CL Preview : Blues War di Milan

Match yang ditunggu2 malam nie semakin hampir ke sepak mula..Banyak perang minda dah berkumandang, banyak perang mulut dah tercetus, kali nie masa untuk para pemain dan manager membuktikan kata2 diorang di atas padang!!

Sebab ak dah wat buildup jadi preview nie mgkin pendek sket, cume nak citer mengenai update player dan formasi terbaik malam nie..

Mengenai availability, berita baik Belleti, Alex, Lampard dah kembali ke dalam skuad manakala berita buruk Zhirkov dah disahkan tak naik pesawat ke Itali petang tadi kerana tertido dan terlepas penerbangan, Ferreira lak sebab Carletto terlupa nak tulis nama die dalam list pemain CL, jadi die pon turut ditinggalkan kat London untuk menemani Yuri tengok bola kat Astro je..

Bahagian Left back kini memang paling bermasalah, tanpa Ash dan Yuri, dua left back terbaik Chelsea, mgkin nie situasi berbahaya untuk mengekang Jentera Maicon dari menyodok bahagian kiri padang..Beletti dan Malouda dah dicanangkan sebagai muka2 yang akan diberi tanggungjawab sebagai bidan terjun untuk merantai Maicon..Bagi aku, Belletti calon terbaik beraksi sebagai LB, die nie memang versatility dan boleh beraksi bagus, dengan bantuan JT dan Carvalho, ak yakin situasi Bosingwa mampu mengekang Messi dulu boleh dilakukan sekali lagi..Sedangkan Messi boleh dirantai, inikan Maicon..Cume huruf 'M' je yang sama..

Kembalinya Lampard ke bahagian tengah memang tepat pada masanya untuk menyumbang kreativiti di bahagian midfield yang agak terasa kehilangan playmaker masa lawan Wolves tempohari..Super Frank dah pasti dah tak sabar nak beraksi menentang ex-boss Mourinho, dan Lampard mengakui die tak pasti apa akan berlaku jika dia pindah ke Inter dua tahun lepas, keputusan stay di Chelsea adalah keputusan yang tepat!!

"Inter Milan are a fantastic club with a great manager but they are not Chelsea and now I feel Chelsea is part of me.

"I am very pleased now that I can finish my career here and looking back I would have hated to have left after a few years having done well but not done the whole package. Now hopefully I can do that."


Formasi malam nie, ak harap 4-3-3 akan digunakan, Anelka dan Malouda akan beraksi sebagai supporting striker kiri kanan mengapit Didi.. Lampard, Ballack dan Mikel lak akan menjadi enjin di bahagian tengah..Formasi nie ak rase terbaik coz Malouda dapat beraksi di possisi terbaik die selaku Winger dan Lampard dapat beraksi bebas sebagai Attacking force di midfield..Bahagian defence ak rase tak banyak beza; Ivanovic, JT dan Carvalho akan bergandingan, cuma Belletti je muke tak familiar yang akan beraksi sebagai Left Back..Harap die mampu beraksi hebat malam nie..

Formasi malam nie :

-----------Cech-----------
Ivanovic-JT-Carvalho-Belletti
---Lampard-Mikel-Ballack--
----Anelka-Didi-Malouda---

Result Prediction : Inter (1) - Chelsea (1)

Seperti ak ramalkan, jangan terlalu mengharap, keputusan seri mungkin diperoleh malam nie kerana Inter amat hebat di tempat sendiri..Barcelona dan MU pon tak mampu nak mencuri 3 mata menentang Inter sebelum nie di San Siro..Tapi jika kita menang, dah tentu bonus yang hebat untuk The Blues!!

Match LIVE - Astro Star Sport pukul 3.40 pagi Khamis

Gerai dan kedai2 mamak dah ditarget, baju biru diraja Chelsea dah siap sedia untuk disarung(walaupun malam ne mungkin Chelsea pakai baju away putih), dan suara dah di -save untuk sorakan gol pagi nanti..Dah sedia?? Ayuh hancurkan San Siro!!! KTBFFH!!!!

Askar2 biru!! Jom serang San Siro habis-habisan malam nie!!


3 comments:

r.k said...

4-3-3 lawan jose ? biar betul

tengok lah malam ni macamana .. gugup bhai gugup !

Raiden said...

basic 4-4-2 sebenarnye Malouda leh masuk tgah mf jad partnership Anelka-Didi..

Carletto memang tukar2 formasi skang sampai ak pon keliru

tak kisah r..ak rase xde gol open play..mgkin gol dari set piece je..jaga2..

KampungChelsea said...

chelsea kebanyakannya kalau bolos disebabkan set piece atau high ball...yg lain semuanya dah perfect dah defend...kena blajar dari team barcelona ar camni...