The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, February 9, 2010

3 Al Kisah Di Bridge : There Is Only One Team At London!!



Pakcik Otai Headhunters Chelsea..memang fanatik sampai bawak anak lagi..seb bek awek belakang 2 cun melecun..

Menjelang match ngan Sengal semalam, terus ak bergegas ke London..Kat SB pye le ramai Blues Fan kat sane termasuk le headhunter Chelsea..Fanatik gler!! Mau mati kalo ad fan Arsenal tunjuk muke nie..Kat sane lak ak nampak banner dari pasukan blog The Blues Army cawangan London, memang smart abess sebagai tanda support untuk Captain Marvel..

Banner khas yang ak nampak kat Shed End

Pegh match malam 2 memang panas beb, rival antara london la katakan..tambah panas bler match hampir nak mula dan Captain Controversy masuk..

Mulut busuk Fan Gooners melaungkan "You're not captain anymore!!" dibalas dengan sorakan "There is only one England Captain!!" dari Fan The Blues..

Memang bingit dan macam nak bergaduh lak ak tgok..kalo kat Malaysia takyah cakap banyak, bakar je kerusi..

Clash of the titans (Arsenal boleh gelar titans ke??) nie memang x mengambil banyak mase nak menunjukkan mengapa Didi begitu direguni oleh fan2 Sengal..baru 7 minit berlalu, suasana di SB gegak gempita dengan sorakan Fan The Blues apabila tandukan JT di sambar oleh Da Destroyer Didi untuk menjaringkan gol pertama pasukan melepasi keeper buangan Spain, Almengelamunia..Untuk keeper Sengal, jangan harap la nak clean sheet depan Didi, baik ko clean the sh*t on your face!!

Tabik hormat untuk Da Destroyer!! (die celebrate btul2 je depan ak masa nie)

Sengal memang mendominasi possesion tetapi barisan defence Chelsea tetap kental..pujian harus diberikan kepada Si gelabah Cech yang ak puji gler malam nie, dalam game nie die jadi Si Cekap Cech..Shoot one on one dari Arshavin berjaya ditepis oleh Cech dari jarak dekat..Memang gerek si Cech nie!!

Da Destroyer Didi sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila counter attack yang bermula dari Mikel, dan Lampard menyambung aliran serangan melorongkan through pass cantek untuk Didi dan cut in ke dalam kotak penalti disudahi oleh sepakan torpedo berkelajuan 300 km/j ala2 Captain Tsubasa..Almengelamunia nak tepis?? Konfem hilang tangan beb..skang nie Didi dah menjaringkan 12 gol dalam 12 match pertemuan dengan meriam, ak taktau le pe dendam die sampai tiap kali jumpe mesti gol haha..hail Da Destroyer!!

Second half xbanyak beza dengan skuad Chelsea lebih suka biarkan kanak2 meriam bermain bola..nak jimat tenaga la katakan..Free kick sabun buku Fab mudah diselamatkan MOTM Cech, satu2 nye peluang meriam yang ak tgok merbahaya dalam game nie..tapi Didi pon tak nak mengalah, free kick yang diperoleh di luar kotak meriam di ambil oleh The Destroyer dan mengenai palang..hampir shaja memberikan hatrik untuk Didi..Match berakhir 2-0!!

Kini kita 9 mata di atas Sengal, dan kembali 2 mata di depan team manager muka merah untuk menduduki tangga teratas!! ak leh katakan jika Sengal kalah ngan Fool rabu nie, dah sah diorang terkeluar secara official dari merebut kejuaraan liga..wat masa sekarang nie, Si Meriam memang jauh terbenam dari bawah, tapi kena tinjau2 gak risau tragedi Disember berulang kembali..

Habis je match, aku terpaku jap sebab keadaan jadi gelap..cet lupe lak ak pakai spek 3D patut le rase cam tgok kat London je..tokey 2 da tutup tv rupenye..

Match Highlight :


3 comments:

eddie dewanaga said...

masa abis game, Wnger ada datang jumpa Drogba beb,
dia tanya...


"bang, lu ada adik tak..???"

Raiden said...

haha terbaik..

kriteria player Arsenal:
-mude gler
-mesti badan kecik xcukup protein
-striker yang takleh tanduk bola
-pandai passsing, passing passing dan passing..yang penting xreti nak shoot

ahmad said...

alasan dia player muda2... hr tu kate dh matang... bleh beat game beso2... poooodah....