The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, February 7, 2010

2 Ayuh bengkokkan meriam!!

Match yang ditunggu2 malam nie, Chelsea akan menentang Arsenal di lembah Maut Bridge..Banyak peristiwa dah berlaku minggu nie, samada berita buruk JT atau berita gembira transfer ban ditarik semula tapi takkan menghilangkan fokus kita kepada target utama kita musim nie iaitu kejuaraan EPL!!

Jika kita memerlukan sesiapa yang tepat untuk mengemudi Chelsea malam nie, Carletto adalah jawapan terbaik..Selapas demolition of Arsenal 3-0 November lepas, Carletto dah pasti ingin mengulangi kembali result yang sama..Bukan 2 je, Carletto nie memang Big Match winner, 3 kemenangan dari 3 match dengan Big 3, campor memenangi komuniti shield ngan MU di awal musim membuktikan die sememangnye tahu apa yang perlu dalam match yang penuh pressure camnie..Setakat belasah Porstmouse buat pe, Carletto tak heran la dan tak bernafsu tgok team lemah2 nie..bek belasah team besar2 baru le Gempakk!!

Di Stamford Bridge, kita masih unbeatable dah hampir setahun dan semakin hampir untuk mengejar rekod lama 86 unbeaten home record..Sesuai dengan nickname Lembah Maut Bridge, ak yakin malam nie Arsenal akan menjadi antara yang akan bersemadi dengan aman di SB nanti, mengikut jejak Fool dan Setan di awal musim dulu..

Mengenai update player, Mikel dah kembali kedalam skuad selepas pulang dari Angola, Essien, Bosingwa dan Beletti antara yang masih goyang kaki kat spital layan awek2 nurse kat sane..Player lain2 sihat walafiat dan siap sedia untuk diturunkan!!

Formasi malam nie, ak yakin Carletto akan menggunakan formasi yang sama dengan demolition dulu iaitu diamond style..JT akan tetap diturunkan kata Carletto walaupun masih belum tamat tempoh edah selepas hilang armband..harap dia akan kembali fokus di atas padang....posisi midfield adalah yang paling penting sebab Sengal dah tentu akan memenuhkan bahagian tengah diorang dengan ketiadaan striker kini..ak yakin Lampard-Ballack-Deco dapat memecahkan mf Sengal, membolehkan JC atau Malouda merencana serangan..The Destroyer Didi dah pasti antara yang wajib diturunkan berganding dengan Anelka dibahagian hadapan..Formasi malam nie :

-----------Cech----------
Ivanovic-JT-Carvalho-AC
--Lampard-Ballack-Deco--
---------JC/Malouda------------
--------Didi-Anelka-----

Result Prediction : Chelsea (2) - Arsenal (0)

Kita mesti menang malam nie untuk memintas MU yang turut menang semalam..Kemenangan akan membolehkan kita kembali 2 mata di depan Setan dan 9 mata di depan Sengal..Keputusan seri atau kalah tidak harus ada dalam pemikiran..Seri bagi aku sama dengan kekalahan..Persaingan memang sengit kini dengan fixture kita selepas ini akan kembali padat dengan kembalinya Liga Juara2 dalam masa 2 minggu lagi..

Bulu roma sudah meremang, kaki sudah menggeletar, lidah tak sabar nak menjerit laungan gol dan baju Chelsea sudah tersiap rapi sebagai perisai badan..Ayuh The Blues, raih 3 mata malam nie dan menendang Si Meriam Bengkok jauh2 dalam league standing!! KTBFFH!!

Match LIVE di ESPN pukul 11.55 mlm nie..KTBFFH!!

Gambar Hiasan - sekadar untuk menghangatkan suasana

2 comments:

eddie dewanaga said...

ada kemungkinan Cech akan bolos malam ni bro... tapi kita cuma doa yg terbaik aje...

Raiden said...

Rilek eddie Cech dapat clean sheet haha..nampaknye Arsenal la yang kena clean the sh*t on their face..