The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, February 10, 2010

3 Lawatan ke Goodison Park

Kemenangan dengan Arsenal memang dah dijangka, bukan sesuatu yang pelik..Man vs Kid..dah boleh agak sape pemenang bukan?? Tapi malam nie kita akan menentang Everton, bukannye budak kecil lagi walaupun diorang skang baru je kalah memalukan dengan pasukan kurang ternama Libepul..

Ada prasangka buruk dalam firasat ak malam nie sebab November lalu, selepas menang besar dengan Arsenal, kita mengharungi tempoh yang mengecewakan dengan rentetan seri yang berlanjutan lama, termasuk la out Carling Cup dan kalah dengan Man City..Mungkin kebetulan kita kalah dengan Blackburn 3 hari selepas demolition di Emirates, sesuatu yang hampir sama malam nie, match away di goodison Park berlangsung 3 hari selepas membuli kanak2 meriam Ahad lalu..

Prestasi away kita masih goyah, hanya di Emirates kita beraksi hebat, selain tu hanya kemenangan tipis, dan kebanyakannya Seri dan Kalah, terbaru seri di Hull City menunjukkan kita masih tak mantap lagi bila keluar dari stadium keramat Stamford Bridge..2 match away league selepas nie, menentang Everton dan Wolves adalah crucial untuk meneruskan momentum Ahad lalu untuk menjarakkan diri lebih jauh..

Malam nie Villa dan Libepul mungkin mampu memberikan favour untuk kita dengan merampas mata dari rivals tetapi sume tak bermakna kalau kita tak mendapat 3 mata penuh..ak harapkan sume pemain mampu memberikan 120% komitmen dan kesungguhan malam nie!!
Mengenai update player, xbanyak beza, cuma JT dapat berita baik dah sembuh dari dead leg lawan meriam dan mampu bermain malam nie..walaupun Carletto dah kate JT boleh amik cuti, sebab bukan je armband je hilang beb, bini pon hilang pegi Dubai..taktau la, xkan lari ikut Pak Arab kot huhu..JT dengar citer die akan stay mgkin selepas lawan Everton nie, pastu baru die amik cuti dan takkan terlibat lawan Cardiff dalam FA Cup Sabtu nie..player len Essien (1 bulan), Bosingwa (3 minggu)dan Beletti (2 minggu)..Player len fit dan takde masalah nak tibai Evertonggas malam nie..

Dengan gandingan emas dah kembali, ak yakin Carletto akan stick dengan formasi diamond dan first team mgkin xbanyak beza dengan lawan Arsenal, formasi malam nie :

------------Cech-------------
Ivanovic-JT-Carvalho-Ash
--Mikel-Lampard-Ballack--
--------Malouda-------
-------Anelka-Didi------

Result Prediction : Evertonggas (1) – Chelsea (3)

Harap Carletto dah bersedia untuk Plan B sekiranya diamond tidak berhasil..4-3-3 adalah langkah alternatif untuk memecahkan benteng team yang liat nie..Predict ak 3 mata mampu diraih dan Agbonlahor jadi pemusnah lagi malam nie!! KTBFFH!!

Match delayed pukul 6 pagi esok kat ESPN..Match Chelsea bertembung ngan match Villa-Setan dan Arse-Fool..so faham2 je la ak malas nak citer..sesape nak tgok live stream, lam kul 11 mlm nanti ak letak kat post nie..LINK STREAM



3 comments:

K@mpung Chelsea said...

kalau gune formasi 4-3-3 mmg kita akan attack everton xhenti-henti ar malam ni,
tapi klu gune 4-4-2pun okey gak,cume formasi ni mementingkan defend and midfielder keseluruhan, contohnya kite leh tgk time lawan sengal hari tu,attacking xbanyak mane,just defend & kontrol mdf je,tapi tetap bleh berjaya

Raiden said...

mmg le

442 kena main sabar sket

433 mmg attacking

man2 pon ak xkisah le janji kita dapat 3 mata malam nie..

meyour said...

lu cam minat jerr nk follow g afrika...

kite leh sembang2 dulu...

ym :- catapurru84@yahoo.co.uk