The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, April 30, 2011

0 Preview : Sembelih ayam!!

0 Comments
Kenduri sembelih ayam malam nie

Menang lawan Spurs, rapatkan jurang kepada 3 mata di belakang Manure, berikan pressure berapi buat Setan Merah yang akan berdepan Arsenal malam esok!!

Apa yang pasti, Chelsea wajib menang, menang, menang dalam 4 fixture terakhir kalau nak melonjakkan harapan memenangi liga musim nie..Salah satu cabaran utama kita adalah Spurs yang boleh dikatakan lawan merbahaya selain Manure, Evertonggas dan Kota Bharu selepas ini..Walaupun Spurs dalam run yang agak bangang ketika ini, seri 2-2 minggu lepas dan kini hampir pasti takkan bermain Eropah musim depan, kita takkan memandang rendah Si Ayam London, Modric dan pakcik Harry Potter..

Taktik?? Ini yang pening. Bukan kerana takde player, tapi sebab banyak pilihan pemain yang bagus untuk dipilih. Kejayaan Torres menjaringkan gol memang bagus tapi sekaligus memberikan headache kepada Carlo tentang bagaimana menyusun bahagian serangan malam nie..Apa yang pasti Didi perlu bermain sebab dia antara player paling form sekarang nie..Aku berharap Carlo tak merehatkan Didi semata nak menggunakan Torres..Formasi terbaik gunakan Didi first half, masukkan Torres ketika pemain Spurs sudah keletihan atau masukkan keduanya..

Skuad malam nie :

Cech
Iva-JT-Luiz-Ash
Lamps-Mikel-Essien
Kalou-Didi-Malouda

Chelsea (2) - Spurs (1)

MATCH LIVE ASTRO SUPERSPORT 3 (CH817) 12.30am Ahad


Fight till the End, KTBFFH!!

Thursday, April 28, 2011

0 Hadiah Dagang Perantau

0 Comments
Hadiah special habaq hang!!

7 Gol dalam 9 game!! Sedangkan Torres nak score sibijik pon semput setengah mati..Tidak menjadi seperti Si Tanggang Moden yang lupa diri, Danny yang semakin hit di perantauan bersama Bolton tidak melupakan darah biru yang mengalir deras dalam tubuhnya..Walaupun kini dalam tempoh pinjaman dan ayah angkat Owen Coyle tak berselindung untuk mendapatkannya secara permanent musim depan, Danny tetap cool dan menjelaskan dia tidak pernah berfikir untuk berpindah kelab..Malah prestasi tahap dewa Danny kini hanya akan menjadikan dia lebih bersemangat untuk kembali jumpa ayahanda Carletto, mencium tangan mintak berkat dan memohon untuk menjadi teraju utama di Bridge..Apa yang lebih perfect adalah hadiah gol dari Sturridge mnggu lepas menumbangkan tadika wenger sekaligus membantu parent club Chelsea untuk mengukuhkan kedudukan Second Spot!!

Kata Danny :

"Ini adalah satu hadiah special dari aku untuk ayahanda Carletto (nak amik hati la tue) dan Chelsea. Di samping tolong Bolton, aku happy dapat tolong Chelski ke tempat kedua dan mencabar Manure secara face to face. Lebih kurang 2 dalam satu macam iklan serbuk Milo tu. Dah tentu baki 4 match akan sengit namun aku harap The Blues adalah pemenang terakhir."

"Title Race? Sudah tentu antara Chelsea dan Manure skang. Arsenal?? Memang tak layak nak mention. Hah, aku sorang je dah boleh ranapkan diorang. 11 orang kanak2 Wenger pon tak boleh nak kalahkan aku 1 youngsters Chelsea inikan nak menang liga. Haktuihh!!"



Suka menjaringkan gol lawan kanak2 Arsenal?? Traits yang paling aku suka..Nampaknya King Didi dah ada pewaris musim depan!!

Perangai pon lebih kurang.




Tuesday, April 26, 2011

3 Hahahahaha!! Luizz..classic!!

3 Comments
Interview lepas lawan West Ham kelmarin..

Perhatikan Luiz!!



Adakah Luiz jadi translator?? Aku tak rasa camtu haha ;)

Monday, April 25, 2011

3 Best Celebration Ever!!

3 Comments
Selepas 732 minit yang memeritkan..

FER!!
NAN!!DO!!
TORR!!
RESS!!SCOREEE!!!!






Mengungkap kata-kata Drogba :

"I was in the changing rooms but just wanted to run and jump as well," he told ESPN.

"We know we have a great player here."

"It is very difficult to come in in February and get used to the team. It is important for him and for the club that he is here since January and I think it will all be fantastic for him."



Selepas 732 minit, ini adalah saat paling dinanti oleh fan Chelsea - walaupun hanya satu gol biasa menentang West Ham, penantian yang lama dan celebration yang diraikan oleh kesemua pemain The Blues serta fan di SB (juga Ancelotti) menjadikan detik nie paling ikonik!! Kegembiraan kesemua teammate meraikan gol Torres menunjukkan sememangnya tiada perpecahan dalam bilik persalinan seperti yang dicanang oleh media..Senyuman pada wajah Nando menyarung jersi biru diraja Chelsea is priceless!! Finnally, Torres has landed!! Go Nando, Go Chelsea!! KTBFFH!!


p/s : persoalannya, di manakah korang masa Torres menjaringkan gol???


0 Post Match : Kejar sampai lubang cacing!!

0 Comments
Kalo pasal celebrate gol, Luiz memang suka enter frame

Mungkin Manure boleh mencatat kemenangan sampai tamat musim tapi persetankan diorang, (memang MU setan ponn) Chelsea takkan menyerah kalah selagi semuanya belum official!! Kemenangan MU last minute ke atas Everton sedikit pon tak menyentap semangat Blues Army sebaliknya membakar semangat para pemain untuk mencatat kemenangan 3-0 ke atas West Ham!!

Gol Torres memang jadi liputan semua news satu dunia, tapi aku nak ulas prestasi team kita terlebih dahulu..Di sebalik rumours Torres starting, keputusan Carlo memasukkan Drogba sebagai first choice memang tepat sebab hantaran Didi yang membolehkan Ash assist buat gol pertama Lamps dan Chelsea..Tanpa Drogba memang aku rasa kita akan sukar untuk memecahkan kubu lawan..Walaupun tak sepantas dahulu, aspek teknikal dia masih antara yang terbaik dalam skuad..Mikel memang menjadi revolusi, memastikan kestabilan di bahagian tengah manakala Lamps kelihatan 'muda' semula dengan formasi 4-3-3..Luiz nampak masih lagi cuak di bahagaian defence tetapi masih muda justeru aku pasti dia akan belajar dari JT sedikit demi sedikit..BTW, nice shot kena palang dowh..Malouda nampak meningkat dan dah menjaringkan gol demi gol dalam 3 match terakhir, walaupun dia nampak masih lagi selfish, tapi jika dia masih kekalkan score dah tentu takde rungutan dari fans..Keseluruhannya, team Chelsea kini memang dalam amukan!!


Dan kemasukan Torres pada lewat match memang okay sebab kita tengah leading justeru kurang pressure buat mamat Spain nie nak sumbat gol, dan apadahal?? Hasil assist Anelka membolehkan Torres menamatkan badi 732 minit die dalam jersi Chelsea..Walaupun bola nampak sangkut angkara padang becak teruk, Torres menunjukkan kawalan bola dan reaksi yang bagus dengan turning dan rembatan kencang ke gawang lawan untuk gol kedua Chelsea!! Tak berhenti di situ je, Torres jugak assist (walaupun nampak macam tak sengaja) untuk gol Malouda dan ketiga Chelsea pada malam yang bersejarah buat si El Nino..Finally, welcome to Chelsea Family, mate!!

Menang 3-0 + Gol pertama Torres + Gol Sturridge lawan Sengal + Bolton kalahkan tadika Wenger = Lazat tak terkata!!

Kedudukan Second Spot nampak memang kukuh kini buat Chelsea selepas Sengal macam biasa jadi bengong masa bulan April-May..Nampaknya kini dengan ketiadaan Sengal hanya Chelsea menjadi harapan untuk stop Manure dari dapat 19th title..Mungkin task yang impossible tatkala match kini tinggal berbaki 4 game je lagi, namun harapan kita belum punah lagi..Jika Arsenal dapat membuat favour buat kita dengan kalahkan Manure di Emirates, dan Chelsea kalahkan Spurs, aku yakin kita ada peluang cerah buat kejutan..Seterusnya kita kalahkan Manure di OT, mata akan menjadi sama - segalanya akan dibezakan dengan goal difference!! Dengan Chelsea kini memang mengganas dalam 3 match terakhir, 9 gol berbalas 2, segalanya tak mustahil..Can dream become reality?? Hope so!! KTBFFH!!

Saturday, April 23, 2011

0 Preview : Never Say Never

0 Comments
Title ambition masih kekal dalam minda, dan ketika kita berhadapan West Ham malam nie, kita bakal mengetahui result antara Everton dan Manure..Jika MU drop point, dah tentu akan menjadi boost terbaik, tetapi jika sebaliknya terjadi aku harap pemain kita tak menggelabah dan teruskan winning habit macam biasa..Persetankan result team lain dan fokus pada match sendri adalah langkah terbaik untuk kekal konsisten..Mengejar sememangnya lebih sukar berbanding apabila sudah leading di atas liga namun apa yang penting adalah kita memberikan pressure baik punya pada Manure sampai tamat liga..Dapat title atau tidak belakang kira, Never say never!! (Justin Bibir punyer pasal la nie sialan tol)

Persediaan skuad malam nie agak sama seperti ketika menentang Birmingham, tiada perubahan besar..Ramires, Alex masih sidelines akibat injury namun berita baik Ash sudah fit dan sedia bermain selepas subs lewat dengan Bertrand Rabu lepas..Aksi menakjubkan kesebelasan utama ketika menentang West Brom dan Birmingham bermakna memang sukar untuk Carlo membuat beberapa perubahan besar..Benda dah elok mengapa nak ubah?? Tapi berdasarkan laporan semasa Carlo berkemungkinan akan merehatkan Didi dan menggunakan Torres sebagai starting lineup..

"Maybe I can use some rotation to maintain the players' freshness. It wouldn't be easy to leave Drogba out, but there's a chance we could leave him out on Saturday. We started with Torres against (Manchester) City. We won the game when Didier came on. It might be a good solution to give him the last 30 minutes of the game because he's fresh and fit."



Mungkin ada baiknya freshen skuad serba sedikit namun rotate Kalou, Malouda, Essien, Lampard ke aku boleh terima tapi Didi?? Dengan form Didi tahap gila babeng sekarang memang ia langkah yang amat berisiko..Memang aku mahukan Torres score tetapi adakah memastikan blonde nie dapat gol first lebih penting dari kemenangan Chelsea?? Adakah Roman dah bising kat belakang tak dapat usha 50m man nie main?? Harap Carlo tidak silap membuat percaturan angakara pressure BOD..Jika Torres main aku harap Youssi jugak diturunkan..Buat masa ini aku tetap stick pada Drog sebagai starting striker..

Didi : Akulah True King kat sini!!


Skuad malam nie :

Cech
Ferreira-JT-Luiz-Ash
Mikel-Lamps-Essien
Kalou-Didi-Malouda

Result Prediction : Chelsea (2) - West Ham (0)

Match LIVE Astro 817 12.30am Ahad

Tanpa Parker sememangnya West Hampeh tempang sebelah kaki tanpa perancang utama diorang yang merupakan berita lazat buat Chelsea mendominasi bahagian tengah malam nie...Bersama Birmingham dan West Brom, West Ham adalah lawan taraf rendah yang wajib menang buat Chelsea sebelum kita bertemu musuh setempat Spurs minggu depan..Kekalkan konsistensi, kekalkan pressure, harap Manure tersungkur tengah jalan..Kejar, kejar, kejar!! KTBFFH!!




Friday, April 22, 2011

2 Post Match : Second Place!!!

2 Comments
No dua dah wehh!!

Wahahahaha memang puas habess..Sape boleh sangka dari tempat kelima ke tempat kedua dan kini mencabar Manure?? Hasil kemenangan 3-1, Chelsea semakin hampir ke prestasi marvellous musim lepas yang menjaringkan score untuk fun..Manakala Spuds dan Sengal bergaduh sesama sendiri di London sambil ditonton dengan penuh asyik oleh fan The Blues di tepi..Keputusan seri 3-3 bermakna Chelsea berjaya memintas Sengal hasil perbezaan GD, manakala 10 mata di hadapan Spuds juga memastikan tiket CL sudah 99% berada dalam genggaman!!

Mengenai match semalam, banyak perkara positif yang dapat dilihat. Antaranya bagaimana peranan Mikel dan Drogba untuk rejuvenate Chelsea menjadi sebuah 'team' semula, bukannya 'individu'..Kalou dan Malouda juga beraksi bagus apabila begitu klinikal menjaringkan gol, Aksi cameo Bertrand juga memang legend habess, keep it up!! Pertukaran formasi ke 4-3-3 oleh Carlo bermakna kita kembali ke old strategi yang terbukti berkesan dan form marvellous Didi dan Mikel beberapa match terakhir jelas memberikan impak besar.

Bagi sesiapa yang tak nampak peranan Obi memang tak tengok match melainkan statistik semata. Mikel memberikan kestabilan di bahagaian midfield dan Lamps dan Essien bermain lebih bagus dengan adanya Obi di belakang. Bukan mahu merendahkan Ramires tetapi Mikel lebih berperanan dengan abiliti wide range passing dan membentuk cover yang bagus di bahagaian tengah. Ramires, Lampard dan Essien kesemuanya adalah box to box midfielder justeru dapat dilihat begitu ketara kenapa bahagaian enjin tengah kita kurang melakukan hantaran-hantaran yang berfungsi sebelum ini. Jika perlu rotate Ramires dengan Lampard/Essien manakala Mikel perlu dikekalkan dalam skuad.

Mutu, Kezman, Sheva, Crespo, dan yang terbaru Torrres - siapa yang tak pernah tunduk di bawah King Didi - World Best Striker?? Mungkin sebelum nie aku menganggap Torres adalah pengganti tetap Didi, nampaknya aku silap kerana King Didi tetap adalah King!! Betapa teruknya malaria yang menganggu Didi sehinggakan ramai beranggapan Didi sudah tamat, tapi ternyata ramai yang terpedaya disebalik umurnya yang lanjut. Beraksi seperti Striker Terbaik Dunia sekali lagi, Drogba kelihatan lebih 'muda' dari sebelumnya - 3 gol dalam 4 match serta sejumlah assist yang mebolehkan Chelsea kembali berpesta gol!! Jika dia kekalkan prestasi seperti ini, dah tentu bermakna dia layak kekal sekurangnya satu musim lagi bersama Chelsea.

Torres oh Torres..Bukan nak salahkan kau, cuma mungkin perpindahan pada musim Winter menjadikan situasi lebih sukar..Carlo perlu bereksperimen di samping mendapatkan result dalam match2 sebelumnya justeru dapat dilihat betapa pressure keadaaan ketika itu..Terbaru dengan Didi semakin perform dan title kembali open semula, Carlo tiada pilihan selain mengabaikan Torres buat masa sementara kerana result adalah lebih penting. Kita bermain lebih bagus tanpa Torres buat masa kini. Pressure dari media amat kuat untuk melihat dia menjaringkan gol apabila dia berada dia atas padang justeru menggangu corak prmainan kita. Carlo melakukan perkara yang betul, memasukkan Torres apabila kita dah 2-3 gol leading untuk mengurangkan beban di bahu Nando untuk menyumbat gol. Aku yakin Nando akan menjaringkan gol, just be patience.


Ryan Bertrand? Cross yang bagus untuk Malouda. Bakal pesaing PVA dibahagian LB dan kelihatan memang berbakat. Kita sememangnya mempunyai ramai youngsters yang bagus macam Ryan, cuma perlu diberikan peluang je. Keep ur eye open, Carlo!!

Adakah memenangi EPL masih possible?? Sudah tentu. Walaupun kita perlu menang kesemua baki match tanpa drop satu point dan pada masa yang sama mengharapkan Manure collapse dalam mana-mana fixture selepas ini, aku yakin kita boleh!! Tanpa pressure dari cup lain bermakna Chelsea boleh fokus sepenuhnya untuk match liga. Manakala MU masih ada CL untuk diberikan perhatian. Arsenal?? Ahh, budak kecik mental macam kaca tak tahan pressure seperti biasa diorang pastinya akan collapse sampai hujung musim. Its advantage to us.

Apapun Second Place buat masa ini adalah pencapaian yang cukup hebat selepas tempoh 6 bulan yang teruk..Knock Manure last minute dan menang title?? Semestinya impian semua fan Chelsea, namun kekalkan fokus dari game ke game. Bak kata Carlo : "Our aim is to try and win every game. After that, we can see our results and our position in the table." Bak kata Adidas, NOTHING IS IMPOSSIBLE!! Bak kata Nike juga, JUST DO IT!! KTBFFH!!


Wednesday, April 20, 2011

0 Kejar. kejar, kejar!! (Part 2)

0 Comments
Kude belang yang membuatkan aku tergelak

Nampaknya macam takde sesiapa yang betul2 bernafsu nak menang EPL musim nie..Keputusan seri MU-Newcastle semalam bermakna title kembali open semula..Dan jika bukan kerana MU adalah favourite ref, dah lama setan merah nie kalah akibat penalti yang patutnay diberikan kepada Lovendkran pada lewat match..Arghh, tipikal Manure..

Bagi mana2 kelab yang jadi chmpion musim nie; MU, Arsenal hatta Chelsea sekalipun bermakna musim nie juaranya adalah yang paling average sekali dari musim2 sebelumnya kerana takde sesiapa yang betul ada kredibiliti sebagai seorang juara..Namun jika Chelsea dapat jadi juara dah tentu kita akan menerima dengan tangan terbuka, ye tak?? Dengan MU fokus pada CL, serta Arsenal tak konsisten bermakna Chelsea masih ada peluang untuk melakukan comeback paling marvellous dalam sejarah dengan hanya berbaki 6 match..

MU dan Arsenal seri adalah satu hadiah, tapi jangan dilupakan Chelsea perlu menghadapi Birmingham malam nie terlebih dahulu..Jika menang kita akan berada 6 mata dengan MU masih perlu berhadapan dengan Everton, Arsenal dan kita (Chelsea) dalam 3 fixture yang dianggap diorang bakal drop point..Yeah, secara matematiknya kita masih berpeluang..

Fokus match malam nie, berita malang adalah Alex dan Ramires akan terlepas match akibat injury, manakala Iva doubtful..Berita baiknya adalah Drogba semakin kembali ke prestasi asal, menjaringkan 3 gol dalam 3 match terakhir justeru menjadikan dia antara pemain terbaik kita ketika ini..Form yang hadir pada waktu yang tepat, harap Didi mampu menjadi inspirasi buat kita seperti musim selepas semula untuk clinch title!!

Mengenai Torres, aku sekarang dah tak kisah dah jika dia score ke tak sebab yang penting sekarang adalah result yang konsisten buat Chelsea..Nie Chelsea FC la, bukan Torres FC nak pastikan sangat dia jaringkan gol..Bagi aku dia akan jadi pemain yang bagus buat kita demi masa depan cuma kini bukan masanya yang tepat untuk bereksperimen dengan Torres..Aku ada firasat dia mungkin tak score musim nie tetapi akan kembali dengan hebat bermula musim depan selepas Pre-Season..

Skuad malam nie:

Cech
Iva-Luiz-JT-Ash
Mikel-Lamps-Essien
Kalou-Didi-Malouda

Result Prediction : Chelsea (3) - Birmingham (1)

El clasico, Derby London bertembung dengan match Chelsea justeru pandai2 la nak cari stream kalau kat rumah takde Astro sendiri..Kalo pergi mamak dah tentu tayang antara dua game kat atas..Papehal pon gudlak buat pemain Chelsea malam nie, KTBFFH!!


Tuesday, April 19, 2011

0 Sesi Interview Bulan May

0 Comments
Panel Ketua Juri pada sesi interview (bengis semacam)

Bukan sesuatu yang pelik buat Chelsea buat audition pada setiap penghujung musim..Tajuk dia adalah 'Pencarian Manager yang boleh menang piala setiap musim di bawah pressure tahap autoclave di samping mengekalkan keharmonian kelab dan menjaga hati pemain senior dan tak merungut bila Roman masuk campur dalam keje korang dan pecat korang punyer best assisstant dan jangan terkejut jika korang akan dijemput ke suprise farewell party pada bila-bila masa sahaja walaupun pernah menang trophy"

Sila hantarkan resume korang bila-bila masa je kalau berminat...

.....




Selepas mendapat beberapa feedback, ini adalah 5 candidate yang akan dipanggil interview pada bulan May :

1. Jose 'Yang Teristimewa' Mourinho

Oooaaah balik kampung!! 2x

Tak sah kalau nama Jose tak dikaitkan dengan kerusi panas Chelsea..2CL, 3 kejuaraan liga di 3 negara berbeza adalah point terkuat dalam resume Mou. Status Legendary di Chelsea jugak umpama tiket khas buat Mou untuk dipanggil sebagai candidate utama pada sesi temuduga nanti. Depend pada pencapaian di Madrid musim ini, jika gagal menang sebarang cup kemungkinan dia akan stay di Spain untuk membuktikan keupayaannya buat satu musim lagi. "Unfinished Business??" Hmm..


2. Frank Rijkaard

Luiz nampaknya bakal ada geng pergi saloon


Sorang lagi manager yang ada kejayaan memenangi CL justeru berada dalam radar Chelsea dan Roman..Selepas menaikkan Barca menjadi Big European Team semula, Rijkaard dipecat selepas beberapa prestasi yang kian merosot dalam musim2 terakhirnya..Pergi ke Galatasaray tapi memang tak boleh compare dengan kejayaannya bersama kelab Catalan..Mempunyai pengalaman memenangi kejuaraan besar, Attacking philosphy dan keupayaan Frank combine pemain muda dan senior adalah ciri yang dicari oleh Roman..Antara calon utama.

3. Louis Van Gaal

Sape nak gaduh tu aku jentik kepala sampai sawan

Sekor lagi mamat Belanda, cuma kali nie keturunan Van Helsing..Baru saja dipecat oleh Bayern, Van Gaal antara manager berkaliber yang available..Pernah membawa Ajax memenangi Eredivisie dan CL, serta beberapa kejayaan liga di Spain bersama Barcelona..Bersama Bayern dia memenangi Double musim lepas tetapi prestasi teruk musim ini menyebabkan dia dipecat..Melihat situasi Van Gaal adalah umpama Carlo yang juga memenangi Double musim lepas..Mengamalkan falsafah attacking tetapi gaya managerial yang terlampau strict menyebabkan dia selalu bergaduh dengan pemain antaranya Van Bommel dan Rivaldo..Experience yang hebat dalam resume tetapi hampir pasti bukan calon utama Chelsea..


4. Van Basten

Kena ada kabel baru boleh dapat job, ye tak??

Satu lagi van berjenama dari Belanda..Dari pemain bolasepak taraf legend yang selalu korang usha dalam You Tube ke Managerial Career..Menjadi coach Belanda yang membawa Oranje melepasi kelayakan ke World Cup dan Euro sebelum kemudian ke Ajax..Namun result kurang memuaskan menyebabkan dia dipecat dan digantikan oleh Martin jol lalu bekerja mengutip anggur..Dari segi pencapaian resume memang tak boleh compare dengan otai2 di atas tetapi Hiddink yang dikatakan bakal menjadi Direcor of Footbal Chelsea musim depan telah memberi cadangan supaya Basten perlu diberikan tampuk pemerintahan di Chelsea menggantikan Carlo..Gemar menggunakan youngsters adalah ciri2 yang positif mengenai Basten terutamanya Chelsea kini mempunyai sejumlah pemain muda berbakat yang bagus cuma jarang digunakan..Adakah Basten calon utama?? Mungkin tidak. Agak berisiko kerana Basten takde kejayaan lampau yang boleh menguatkan kredibilitinya sebagai calon manager Chelsea terutamanya di Bridge pressure adalah lebih tinggi berbanding di Ajax..Tak pernah menang CL?? Lagilah Roman tak pandang.


5. Andre Villa Boas

Bekas Jedi, Villa Boas menggunakan 'force' untuk mengawal bola dan memenangi liga Portugal

Atau nama lainnya Luís André de Pina Cabral de Villas-Boas. Merupakan bekas anak murid Sir Bobby Robson atas dasar pandai berbahasa Inggeris,Villas Boas kemudiannya menjadi orang kanan Jose Mourinho sepanjang di Chelsea (yupp!) dan Inter. Selepas tempoh yang lama menimba pengalaman, Villas Boa menyertai kelab Academica pada 2009 dan berjaya membawa kelab ini dari kedudukan tercorot ke tangga ke 10 hujung musim.Falsafah serangan menarik menyebabkan dia diintai oleh Porto dan Sporting Lisbon. Musim 2010-11 menyaksikan Villas Boas berpindah ke Estadio Dragao. Seperti Special One, Villas Boas sememangnya ada bakat menjadi manager yang hebat. Seperti namanya juga, Villas Boas memang 'buas'. Musim pertamanya dia telah memecah rekod tok gurunya dengan unbeaten dalam semua competition selama 36 match (Jose 33) dan memenangi Liga Portugal. Porto juga merupakan candidate utama untuk memenangi UEFA Cup musim ini selepas melepasi Last 16 mengalahkan CSKA Moscow. Jika mahukan manager yang pandai bercakap English, mempunyai rekod management yang fantastik, ada ciri manager hebat macam Jose tetapi bermain attacking - tak syak lagi Villas Boas adalah jawapannya!!


Adakah sesi interview ini dah berakhir??

Oh, ada satu lagi candidate. Bukan candidate sebenarnya, tetapi current employee..

.....


6. Carlo Ancelotti

Pecat la aku. Haha. Bagi aku lapan juta dulu. Haha.

Mengapa perlu bersusah payah membayar £8m compensation untuk memecat Carlo dan membotakkan kepala berfikir siapakah manager baru yang perlu dicari?? Carlo ada baki satu musim lagi dalam kontrak. Bagi Carlo satu peluang lagi untuk prove dirinya, overhaul skuad dalam summer dan lihat bagaimana prestasi kita musim depan. Jika menjadi, sambung kontrak. Jika tak menjadi, biar dia habis kontrak, Carlo pergi ke Roma dan kita ambik Villa Boas untuk musim 2012-2013. Smooth bukan?? Tak perlu serabut-serabut.


Keputusan interview akan diumumkan pada bulan Jun 2011. Harap Maklum.






Monday, April 18, 2011

0 Kejar, kejar, kejar!!!

0 Comments

Peringkat penghujung musim memang selalunya makanan Chelsea..Ketepikan kekalahan kita di CL, berlainan di EPL - kita adalah team paling perform ketika ini..6 game terakhir berjaya mencatat 5 kemenangan dan satu seri, bermakna Chelsea sudah mendapatkan 16 mata dari max 18..Rekod fantastik nie gak membolehkan kita memanjat carta liga dari posisi kelima sehingga kini di tangga ketiga..

Berkat penangan aura Ferguson kepada ref di Emirates menyebabkan Sengal seri dan kini Chelsea hanya berbeza 2 mata di belakang jiran London..Huh mentaliti bebudak, tak sabar nak tendang kanak-kanak tadika nie ke tempat ketiga..Selagi ada peluang Chelsea akan mengejar apa yang boleh..The Blues is comin', watch out!!

Baki 6 match penghujung musim adalah kesemuanya final buat kita..Sekiranya kita boleh grab 16-18 mata max aku yakin bukan sahaja 2nd place, tetapi mungkin juga title ambition boleh revive semula..Melihat kekalahan Manure di FA Cup menyebabkan aku melihat ada 'sekelumit' harapan, walaupun tipis sinipis kulit bawang untuk Chelsea melakukan comeback paling marvellous dalam sejarah EPL..

Baki 6 match Chelsea, Manure, Ah-sengal :

Chelsea : Birmingham (H), West Ham (H), Spurs (H), Manure (A), Newcastle (H), Everton (A)
Manure : Newcastle (A), Everton (H), Arsengal (A), Chelsea (H), Blackburn (A), Blackpool (H)
Arsengal : Spurs (A), Bolton (A), Manure (H), Stoke (A), Villa (H), Fulham (A)

Apa yang boleh kita lakukan adalah mengharapkan pemain Chelsea berikan segalanya 200%..Banyak petanda positif dalam kemenangan ke atas West Brom tempohari..Drogba kelihatan sudah bebas sepenuhnya dari Malaria dan kelihatan seperti Monsters semula..Mikel memberikan kestabilan di bahagian midfield manakala Lampard dan Malouda bermain seperti awal musim..Rabu ini kita ada satu match lagi menentang Birmingham..Jika Arsenal drop point lawan Spurs dan Chelsea menang kita akan merampas kedudukan kedua!! Step by step kita cuba memperbetulkan situasi - second place atau mission impossible EPL title masih consider pencapaian yang bagus dalam musim yang cacamarba nie buat The Blues..Cmon Chelsea, KTBFFH!!