The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, November 28, 2010

2 Nightmare Before Christmas

2 Comments
Cuaca sejuk menusuk kalbu, salji turun membekukan satu badan, sampai Alex terkaku melihat Carrol menolak bola masuk ke gawang Chelsea yang ternganga luas..Newcastle juga apa kurangnya, Sup Campbell juga seakan membeku melihat liuk lentuk Kalou menari tarian Afrika untuk menjaringkan gol penyamaan The Blues..Kesuluruhan permainan boleh dikatakan suasana yang dingin, aksi yang membuatkan kepala aku berangin..Match berakhir berakhir 1-1..Kita hilang Top Spot..

Sepertimana match2 sebelumnya, badi bolos awal masih belum diselesaikan sepenuhnya..Malah Alex sendiri memberikan 'assist' baik punyer kepada Carroll untuk gol pertama lawan, sekaligus membuatkan Carletto menggelengkan kepala melihat barisan pertahanan kena barai buat kali keberapa entah..Nasib baik Kalou berjaya mendapatkan gol penyamaan sebelum tamat separuh masa pertama hasil ruang yang dibuka oleh Malouda..Namun Second Half, hawauuu nak mati kerana takde 'concrete chance' yang boleh dibanggakan..Kurang urgency, kurang energy, kurang kreativiti!!

Kesimpulannya, Top Spot kita dah terlepas kepada setan laknatullah..Tak boleh salahkan sesiapa, kerana kita yang menyebabkan pihak lawan berjaya mengejar kita walaupun pada satu ketika seolah-olah kita dah boleh menang liga di awal musim..Kecewa, memang kecewa kerana kita tak memanfaatkan peluang sebelum nie..TAPI, perlukah kita menyerah?? Dah tentu tidak!! Musim masih panjang, dan dengan kepulangan Essien selepas ini (habis banned), serta kemungkinan Lampard, bermakna masih ada sebab untuk kita bersikap positif..Post Match analisis, esok la aku wat, dan nantikan je la player mana aku nak 'bahan' nanti..KTBFFH!!




Saturday, November 27, 2010

0 Preview : Kekalkan konsistensi, baham kuda belang!!

0 Comments
Selepas menang buat kali pertama dalam 3 game, dah tentu kita boleh menarik nafas lega tetapi segalanya belum berakhir!! Kemenangan di Zillina memang penting buat kita mendapat tempat teratas Group F dalam Liga Juara - Juara tetapi kini masanya untuk kembali berpijak di dunia nyata..Di liga, prestasi kita sememangnya hawau dengan 3 kekalahan dalam 4 match terakhir sekaligus membuatkan kita kehilangan 9 mata..Walaupun masih lagi Leader, kita hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan, yang bagi aku tak cukup mantopp untuk menguatkan kedudukan kita kini di persada liga..Aksi konsisten ditagih kini, aku harap kita boleh berikan aksi yang konsisten seperti di awal musim..

Untuk memulakan semangat baru bukannya mudah, apatah lagi berdepan pihak lawan segah Newcastle United..Okeh mungkin match terakhir diorang tewas teruk 1-5 kepada Bolton, tetapi di St James Park semangatnya berlainan dan Toons sememangnya tak boleh dipandang rendah..Boleh dikatakan match malam esok seperti ketika menentang Liverpool, pihak lawan adalah sebuah team yang 'sandarkan pada kenangan' tetapi mereka ada kejutan bila berdepan pasukan yang kuat..Aku agak risau sebenarnya menentang Newcastle dan jika kita dapat menang dengn jaringan tipis 1-0 pon aku dah cukup berpuas hati!!

Mengenai persediaan skuad kita, masih tiada berita baik dari wad sakit, malahan Essien masih lagi dalam tempoh edah...Nak tak nak, kita harus mengharapkan beberapa pemain muda kita untuk memberi support baik punyer kepada pemain utama kita..Tak merisaukan kerana aksi diorang menentang Zillina agak mengagumkan terutamanya Aanholt dan Sturridge..Aku harapkan diorang boleh buktikan diorang layak memakai jersi The Blues dengan aksi yang konsisten bila dipanggil masuk ke padang nanti..

Formasi antara yang menarik perhatian aku untuk malam nie, kerana Carletto nampaknya bereksperimen untuk mengubah formasi asal 4-3-3 kepada 4-4-2 yang lebih menyengat dalam 2 perlawanan terakhir..Tanpa Essien sememangnya formasi 3 midfielder kita agak lemah kerana Ramires, Mikel dan Zhirkov kurang serasi bermain bersama di tengah..Hasilnya Carlo memutuskan taktik baru perlu diketengahkan untuk menampung ketiadaan Essien dan Lampard ketika ini..Dengan formasi 4-4-2 Carlo meletakkan 2 holding mf manakala 2 winger digunakan untuk memberikan support kepada duo striker di hadapan..Ketika menentang Zillina formasi ini dah diguna pakai dan hasilnya kita berjaya meraih kemenangan!!

Taktikal Carlo memang tak perlu dibahaskan lagi kerana dia sememngnya pakar di bahagian ini..Malah pertengahan musim lepas hasil pemikiran kreatif Carlo yang menukar formasi kita kepada 4-4-3 telah membolehkan kita mengubah nasib kita sekaligus meraih double..Aku percaya kepada Carletto dan aku harap taktikal dia akan menjadi!!

Skuad malam nie :

Cech
Bosingwa-Ivanovic-Bruma-Ash
Kalou-Mikel-Ramires-Malouda
Anelka-Didi

Result Prediction : Newcastle (2) - Chelsea (3)

Match LIVE 812 Ahad 28 Nov 9.35 malam

Agak sukar nak meramal keputusan malam esok, dengan defend kita agak hawau kini aku mengharapkan striker kita akan kembali menyengat untuk menampung kekurangan di bahagian pertahanan..Carroll sememangnya berbahaya dan tanpa Alex dan JT sebagai bulldozer aku rasa kubu kita memang akan longgar..Mungkin akan menjadi perlawanan yang sengit dan berpesta gol, dan aku harapkan Chelsea menjaringkan gol yang lebih banyak!! Over Land and Sea, We Are Chelsea FC!! KTBFFH!!




Friday, November 26, 2010

2 Pesanan Orang Lama

2 Comments
Prestasi pemain muda kita yang membanggakan dengan kemenangan 2-1 menentang Zillina sememangya mengundang pujian ramai..Pemain senior Chelsea tak terkecuali untuk membuat statement khas buat youngsters kita..

Didier Drogba



'It's positive, they need to play more to get more confidence, and that's why it was good to see them today,' said the Ivorian afterwards. 'There is a lot of respect between us.'

Salomon Kalou
'They had a good game, it's not easy for them to play because they don't have the experience of the Champions League and it's a tough competition, but they did well,' the winger added.

'In the beginning it was not so good but everyone had to get into the game. We started slow and it was a bad start but in the end we got back together and had a good performance. They showed they have the quality to be in the team.'




Melihat kepada pujian dari pemain senior dah tentu membuktikan aksi pemain muda kita semakin matang..Aku juga mengharapkan perkara yang sama, harap diorang boleh berdiri setaraf dengan Kalou mahupun Didi dalam masa beberapa tahun lagi sebagi pemain utama kita suatu hari nanti..All the best to our Young Blues!!



0 Pesanan pemain senior

0 Comments

Thursday, November 25, 2010

0 Post Match : Permata Baru Kian Menyinar

0 Comments

Mungkin agak janggal buat peminat Chelsea melihat banyak youngster diturunkan malam semalam, tetapi inilah era baru The Blues!! Sejak pengambilaihan Roman, malah sebelum rejim itu juga kita sememangnya kurang melahirkan bakat – bakat muda..Kita kerap membeli pemain luar dan akdemi kita boleh dikatakan tidak se-gah West Ham, Arsenal mahupun Everton..Tetapi sejak penubuhan Cobham Training Center kita dapat melihat hasilnya di mana pemain muda kita semakin mendapat perhatian umum..Kejayaan menewaskan Zliina dengan 4 pemain muda (McEachran, Kakuta, Van Aanholt, Bruma) kita diberikan starting lineup sememangnya sesuatu yang fantastic terutamanya melihat dari sudut ia adalah kejuaraan bertaraf tertinggi seperti Champions League!!

Dalam match kelmarin, dengan tiket layak sudah dalam genggaman Carletto memutuskan untuk mengunakan pemain muda selain memberikan rehat kepada pemain senior yang cedera dan kepenatan..

First half kita ketingggalan seawal minit ke 17 dan satu ketika aku dah membayangkan saat kita menentang Birmingham tempohari..Gabungan pemain muda dan senior nampak agak menjadi kerana walupun ketinggalan kita bermain dengan temwork yang fantastik dan menyerang bertubi tubi kubu lawan..Malang, gol penyamaan tidak ketemu di separuh masa..

Second Half, kita tak menunggu masa untuk menterbalikkan situasi..Hasil usaha keras dan semangat tidak berputus asa, kita berjaya mencari gol penyamaan!! Cross Kalou dari sayap kiri berjaya mencari Sturridge yang tidak dikawal dan pemain muda England nie mudah menyudahkan peluang yang diberi..1-1!!


Didi yang dah gersang tak gol dalam 3 match terakhir nampak hampir memecahkan badi namun free kick dia terkena palang..Seorang lagi pemain muda Van Aanholt dilihat semain mantap dari hari ke hari dan kali nie dia mengejutkan ramai dengan rembatan jarak jauh yang juga terkena palang!! Ketika masa semakin suntuk dan keputusan seri bakal dicapai, trio Didi, Malouda dan Anelka sekali lagi mencipta magik..Hasil cross Anelka berjaya mencari Didi yang menanduk bola, sekaligus membuka ruang untuk Malouda merembat bola msuk di minit ke 85!! Keputusan tamat, Chelsea menang 2-1 dan kita sah menjadi Leader Group F!



Prestasi pemain muda kita memang membuatkan aku bangga walaupun aku tak memberi harapan tinggi sangat kepada diorang dalam match nie..McEachran, Aanholt, Bruma dan Kakuta semuanya bermain bagus terutamanya Aanholt yang dah dilihat seperti successor kepada Ashley Cole di masa akan datang..Dengan kemenangan nie dah tentu akan serba sedikit meringankan pressure kepada para pemain dan Carletto yang mengharungi saat - saat sukar ketika ini..Mendapat tempat Leader Group memang bagus kerana sekurangnya kita akan mengelak Juara Group lain sekaligus memberikan kekuatan untuk kita mara ke Last 8 nanti..Papepon lupakan CL buat sementara, kejuaraan Liga akan menjadi fokus kita kini..Kemenangan di SB kelmarin sememangnya boost terbaik untuk match menentang Newcastle hujung minggu nie, diharap kita lebih konsisten pasni!!





Tuesday, November 23, 2010

0 Josh Starting 11!!

0 Comments
Dah lama aku menantikan saat ini, akhirnya Ancelotti meletakkan nama Josh McEachran dalam kesebelasan utama!! Kecederaan ke atas Essien, Mikel nampaknya rahmat buat pemain muda kita mendapat peluang berharga menonjolkan bakat diorang dalam match berprestij seperti Champions League..Tanyalah pemain macam Jonjo Shelvey, pernah ke diorang main kat Liga Juara - Juara?? Selain tu Alex dan Cech akan direhatkan sekaligus pemain muda Bruma dan Turnbull akan mengisi kekosongan malam nie..

Masih terkesan dengan prestasi haram 2-3 minggu nie?? Yeah, dah tentu tetapi buat Fan Chelsea semua malam nie boleh dikatakan rest day untuk kita enjoy match tanpa sebarang tekanan..Dengan tiket Last 16 dah confirm, tiada pressure untuk para pemain mahupun fan untuk bermain bermati - matian bagi mencapai 3 mata..Kita mungkin boleh konfem Top Spot dengan paling carok keputusan seri, dengan syarat Marseille gagal mencatat kemenangan..Apapun aku harap dapat layan dengan aman match malam nie, dan berkemungkinan kita dapat melihat bonus pemain muda kita mencatat kemenangan mengejut, tak mustahil bukan??

Dengan keputusan 0-7 dibarai Marseille, Ziliina sememangnya dalam keadaan miserabale..Tapi no pressure, aku harap para pemain muda kita bermain dengan enjoy malam nie..Aku hanya mengharapkan aksi yang bagus dari younsgters kita, jika menang anggap sebagai surprise present buat Fan yang menonton malam nie..

Skuad malam nie :

Turnbull
Ferreira-Ivanovic-Bruma-Zhirkov
Mikel-Josh-Malouda
Anelka-Didi-Kalou

Result Prediction : Chelsea (2) - Zillina (2)

Match LIVE ESPN 3.40 pg Rabu 24 November




Enjoy the Game, KTBFFH!!

Monday, November 22, 2010

0 Post match : Krisis di St Andrew??

0 Comments

Adakah krisis di kem Chelsea?? Adakah Carlo akan meninggalkan The Blues?? Lupakan pasal rumours hangat masa kini, aku cuma nak fokus pasal match lawan Brum haritu..

Okeh mungkin ada fan yang agak marah dengan result haritu, tetapi secara fair aku tak menganggap kita seharusnya kalah tempohari..Mungkin result tak menyebelahi kita tetapi bagi sesiapa yang melihat aksi kita dalam match nie, yeah, kita cuma unlucky!!

Kata Carletto :

'It is not good, I think that when you deserve to lose you have to lose, as against Sunderland,' the Italian began. 'When you deserve to win you have to win. We didn't win because I think we were unlucky.

'I have to say nothing to my team because everyone showed good spirit, good attitude, everyone wants to win, we played good football, had a lot of chances, but we lost. It is a difficult moment but we don't have to lose confidence.

'I was really disappointed with the performance against Sunderland, but this is different, just with the result. We have to know this is football and it's important to maintain confidence in our play and our ability.


Dalam match kelmarin, hanya gol Bowyer di minit 16 yang membezakan kedua- dua pasukan sekalgus memberikan kemenangan pertama Brum ke atas kita dalam masa 30 tahun, walaupun kita mengasak mereka secara bermati - matian dalam hempir keseluruhan match...Tidak seperti ketika menentang Sundal Land di mana kita dimonopoli setiap bahagian, menentang Brum boleh dikatakan kita bermain corak serangan dengan bagus, namun 2 kali mengenai palang, serta beberapa cubaan ditepis Ben 10 Foster menunjukkan kita agak malang di St Andrews kerana gagal membawa pulang 3 mata..

Walaupun corak permainan kita semakin improve, satu lagi masalah tetap kekal; DEFENSIVE HANCUR!! Jelas lagi nyata, kita memerlukan pemain pertahanan yang baru, muda lagi kental..Walaupun musim perpindahan belum bermula, dan kini bukan masa untuk mengemukakan solusi yang sepetutnya, hartap Carletto perlu sedar pertahanan kita tidak sekuat yang disangka..Pemergian Carvelho sememngnya memberi kesan kerana kita kurang CB yang bagus selain JT dan Alex..Malah Alex pon agak kurengg kini akibat dibelenggu kecederaan yang dikatakan memerlukan surgey segera..Lihatlah gol Bowyer, di manakah Alex?? Langsung tak marking pihak lawan sekalgus mengakibatkan kita hilang 3 mata secara percuma..




Krisis???? Apa krisis????

Semasa korang sedang membaca post nie, lihatlah di mana - mana laman bolasepak dunia; Goal. Com mahupun News Now, Soccernet mahupun Sokkernet; kesemuanya mengatakan perkara yang sama - CARLETTO AKAN DIPECAT!!

Satu je aku nak kata - JANGAN ULANGI KESILAPAN JOSE MOURINHO -

Masih ingat bagaimana Jose mengalami rentetan result yang teruk, dipecat oleh Roman, kemudian berpindah ke Inter, memenangi Treble (berserta CL idaman RA), dan kesemua Fan kini mengeluh dengan kesilapan melepaskan Jose?? Yeah aku harap jangan diulangi kesilapan lalu, Carletto adalah antara manager terbaik Chelsea selain Jose, malah aku yakin dia akan membina empayar yang lebih gemilang, hanya jika diberi masa yang cukup..

MENGAPA CARLO PERLU STAY??

- Double Champion dalam tangan
- Kita bermain lagi cantik di bawah Carlo berbanding Jose
- Dengan Carlo yang humble, kita lebih dihormati, dalam dan luar padang
- Alasan terakhir, perlu ke pecat Carlo?? Kita masih terklasemen, apa nak takut!!


Aku yakin masih tak terlambat untuk memperbaiki suasana, malah kita masih lagi consider favourite untuk memenangi liga musim nie..Corak permainan yang kian meningkat ketika menentang Brum menunjukkan kita masih boleh bermain bagus, malah aku melihat ia sebagai peningkatan 'positif'..Keep The Faith, kita masih Top of The League!! Menentang Zilina adalah timing yang bagus untuk meredakan diri dari tekanan match liga, aku harap kita dapat kembali ke landasan kemenangan secepat mungkin, sekligus menutup mulut busuk pengkritik!! KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!!

Saturday, November 20, 2010

0 PREVIEW : Semangat Baru!!

0 Comments
Lupakan kisah duka lara di SB minggu lepas, aku harap kita akan kembali mengganas dengan azam dan semangat baru!! Chelsea ketika ini seperti singa terluka, dan kita mahukan Brum menjadi mangsa rakusan The Blues sehabisnya malam nie!!

Persedian skuad, tiada yang lebih menggembirakan apabila mengetahui Alex akan kembali, sekligus memberikan cover kepada bahagian pertahanan kita yang kekurangan CB berkaliber..Lampard, JT, Benayoun malah terbaru Zhirkov antara yang masih akan sidelines akibat kecederaan..Bahagian serangan tiada perubahan, pemain kekal sama cuma aku harap perubahan dari segi mentaliti dan determination perlu lebih kuat!! Ramires walaupun main macam orang sesat jalan, mungkin akan terus diturunkan kerana dah takde choice lain di bahagian midifield..Aku harap dia boleh improve sebelum aku hilang sabar..Didi, Anelka dan Malouda agak 'cool' ketika ini sampai 3 game takde gol beb dari trio utama kita..Jika tak nak main sungguh -sungguh, bagi je peluang kat player lain!! Please, Fokus 200%!!

Skuad harapan aku malam nie:

Cech
Bosingwa-Ivanovic-Alex-Ash
Ramires-Mikel-Malouda
Anelka-Didi-Kalou

Result Prediction : Brum (0) - Chelsea (2)

Match LIVE Astro 813 11.00 malam

Dengan rekod unbeaten dalam 18 match menentang Birmingham iaitu dalam masa 30 tahun, serta mencatat 12 kemenangan serta 5 draw, kita sememngnya favourite..Tetapi seperti ketika menentang Sundal Land, membuktikan apapun bakal berlaku dalam dunia bolasepak..Justeru aku harap kita tak berputih mata lagi malam nie..Kuatkan semangat, melangkah dengan tekad, hancurkan St. Andrew!! KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!



0 Menarik Nafas Lega....

0 Comments
Fuhhh...Agak lega kerana ada berita baik mengenai masalah kecederaan yang semakin menjadi -jadi sejak 2-3 minggu nie..

ALEX IS BACK!!

Dengan 3 bolos dalam satu match, dah tentu masalah defensive kita nampak begitu ketara..Yeah, apakah yang boleh diharap jika kita meletakkan 4 full Back dalam 4 defensive position ketika menentang Sundal Land?? Good news Carletto mengesahkan Alex akan kembali dalam match menentang Brum malam nie..Kepulangan Alex memang mengejutkan tetapi sememangya dialu-alukan untuk menguatkan benteng tengah!!

'Tomorrow Alex will be available to play, this is good news, he trained well with the Brazilian team but we know that he needs to have surgery,' Ancelotti said. 'Now we are in the position that we can [delay] this, but we know he needs to have surgery. It's not a risk, but his knee needs to be cleaned up.

Mungkin Alex perlu melanjutkan cadangan untuk mendapatkan surgery buat masa terdekat nie, kerana krisis defensive kita amat teruk..Sekurang-kurangnya tunggu sehingga Terry sembuh kemudian barulah Alex perlu menjalankan surgery..

Satu lagi berita baik??


JT FOUND HIS CURE!!

Agak risau kerana sebelum nie JT dilaporkan mengalami masalah injury yang agak serius sehingga dia sebenarnya bermain dalam kesakitan sepanjang 5 tahun nie..Malah apa yang menakutkan adalah ramai pakar tidak tahu masalah sebenar kecederaan JT yang hanya diketahui secara general sebagai 'Nerve Injury'..Mujur Carletto mempunyai hubungan baik dengan beberapa doktor pakar di Italy dan hasilnya masalah JT dapat dikenalpasti!!

Kesakitan yang dialami JT dikatakan berpunca dari bahagian piriformis (pekejadah??) - a muscle in the gluteal region at the base of the back.

'It is tight and the nerve moved in this muscle, so for this reason he feels pain,' Ancelotti explained. 'Now we have to relax this muscle, it is not true he has to stay out for a month, we have to look at his situation day by day. Today he has pain, he will not be involved in the game tomorrow, but maybe it can happen in the next game he is able to play.'


Amat lega aku mendengar JT tidak akan 'hilang' selama sebulan atau lebih kerana ketika itu sememangnya kita amat sibuk dengan jadual padat musim sejuk dan Boxing Day..Dengan Alex juga boleh bermain, walaupun untuk buat sementara waktu, sekurang-kurangnya boleh menampal bahagian bocor di bahagian pertahanan!!

Wednesday, November 17, 2010

0 Tribute Untuk Wilkins, Selamat Berjuang Paul Clemence!!

0 Comments
Farewell..


Pemergian Ray Wilkins, bekas pembantu jurulatih dari Chelsea masih lagi mengejutkan, malah dianggap terlampau pantas..Walaupun hanya berada di Chelsea selama 3 tahun, Wilkins sudah memberikan impak ketara terutamanya musim lepas apabila membantu Carletto meraih Double bersejarah..Mungkin aku tak sempat buat post farewell pasal Wilkins tempohari, jadi kali nie aku akan buat tribute khas untuk Si Mini Me nie..

Jika ada yang tak tahu, Ray juga merupakan pemain bolasepak yang terkemuka suatu masa dahulu..Bermula sebagai pemain akademi Chelsea, Ray bermain first debut match menentang Norwich City pada Oktober 1973 dengan umurnya ketika itu hanya 16 tahun..Pada 1975, Chelsea diturunkan divisyen dan beberapa pemain utama kita meninggalkan kelab..Wilkins, yang ketika itu baru berumur 18 tahun diberikan peranan besar : Captaincy oleh Manager Baru The Blues ketika itu, Eddie McCredie..Walaupun masih muda, Ray menjalankan tugasnya dengan fantastic, malah memimpin barisan pemain muda sebagai generasi baru Chelsea untuk kembali ke Top Division pada musim 1976-77..Dengan rupa Ray yang ketika itu agak ‘ganteng’ (Tak caya ke??), dia turut menjadi pin-up untuk magazine teenybopper popular British – sekaligus menjadi idaman gadis gadis muda sekitar London..

Kacak tak aku??

Namun khidmat Ray tidak lama di Chelsea, dengan ketiadaan Eddie McCredie,The Blues kembali ke Second Division, malah mengalami masalah hutang yang teruk..Ray menerima tawaran Manure dengan bayaran perpindahan sebanyak £800,000 sekaligus membantu Chelsea membayar hutang yang ditanggung..Perpindahan ke Manchester menamatkan legasi Ray di Barat London dengan khidmatnya selama 4 tahun sebagai Cappy akan dikenang..

Wilkins banyak berpindah selepas itu malah jangan terkejut kerana selain Chelsea dan Manure, Ray pernah bermain dengan berbagai kelab gergasi serata Eropah serta meraih pelbagai trofi antaranya AC Milan, QPR dan Rangers..

Kejuaraan milik Ray :

Club

Manchester United

* FA Cup (1): 1983* FA Charity Shield (1): 1983
Rangers
* Scottish Premier Division (1): 1988–89
* Scottish League Cup (1): 1988

International
England* Rous Cup (1): 1986
* British Home Championship (3): 1978, 1982, 1983


Ray juga antara tonggak pasukan England ketika Mid 1980-an, menjadi midfield utama pasukan sepanjang hampir sedekad lamanya menabur bakti untuk The Three Lions..Walaupun England tidaklah menyerlah mana, Wilkins antara pemain yang membawa negaranya layak ke Euro 1980 di Itali selepas Tiga Singa menyepi hampir sedekad di pentas antrabangsa..Wilkins terus memikul England sepanjang kariernya serta dipanggil beraksi dalam beberapa kejohanan utama; Piala Dunia 1982 dan 1986, serta Euro 1984..Ray menamatkan karier antarabangsanya pada November 1986 dengan 86 caps, 10 Captaincy dan 3 gol..

Karier saat - saat akhir Ray amat panjang dan dia beraksi dengan pelbagai kelab sebelum bersara pada 1996-97 bersama kelab terakhirnya Leyton Orien..ERA MANAGEMENT
Selain skill bermain bola, Ray turut berjinak-jinak dalam bidang kejurulatihan..Kelab pertama kendaliannya sebagai Manager adalah Fulham namun jodohnya tak lama..Ray juga pernah menjadi Caretaker di Chelsea pada 2000, sebelum sekali lagi berpindah ke Watford..Pada September 2008 Ray kembali semula ke kelab zaman kanak-kanaknya, Chelsea sebagai Assistant First Team Manager kepada Luiz Felipe Scolari, hasil pemergian Steve Clarke yang mengikuti Zola ke West Ham..

Ray tidak berpaling lagi, walaupun manager bersilih ganti antara Scolari, Hiddink dan Ancelotti; Ray tetap berdiri teguh bersama Chelsea..Musim 2009-2010 antara musim terbaik dalam karier Ray apabila membantu Carletto meraih Double pertama dalam sejarah kelab..

Double Team = Double Champion

Sebagai antara Kapten Termuda Chelsea,menjadikan Ray amat dihormati oleh pemain mahupun staff..Karier football yang fantastic, kebolehan berbahasa Itali dan England serta pengalamannya menjadikan dia antara asset utama kelab dan bantuan terbaik buat Carletto..Namun jodoh Ray dan Board Chelsea tak lama..Atas sebab tertentu, kontrak Ray tidak dipanjangkan dan pada 11 Nov 2010 Wilkins meninggalkan kelab kesayangannya..Ray mungkin sudah pergi, tetapi jasanya akan terus dikenang, Thank You, Ray Wilkins!!

PAUL CLEMENT

Siapakah Paul nie, adakah sotong ramalan lagi?? Haha dah tentu bukan, ketika nie Paul adalah Assistant First Team Manager tetapi sudah hampir pasti dia akan menggantikan Ray menjadi orang kuat Carletto dalam masa 2-3 hari lagi secara rasmi..Malah ketika menentang Sundal Land kita boleh melihat Paul duduk bersebelahan dengan Ancelotti..

Paul cuba memancing Anderson ke Chelsea..

Adakah Paul orang yang tepat?? Belum pasti, tetapi pengalaman dia yang begitu lama di Akademi Chelsea menjadikan dia antara staff yang paling dihormati serta aku berharap dia mampu melaksanakan tugasan yang fantastic di sini..

Paul adalah abang kepada former Chelsea defender, Neill Clement dan dia sudah menjadi coaching staff di Cobham sejak 16 tahun dahulu..Dia menghabiskan 6 tahun di Fulham Academy sebelum kembali pada 2005 untuk bekerja bersama pemain muda, seterusnya Reserves dan akhirnya dinaikkan pangkat sebagai First Team staff di bawah Hiddink dua musim lepas..

Paul : Carlo, aku nak McEachran main tiap2 hari, sengal la Ramires tu.. Carlo : Woit, aku bos ke ko??

Walaupun tidak dinyatakan secara official, aku dapat menjangkakan Ray dikeluarkan kerana berlakunya revolusi pada corak pengurusan Chelsea..Desakan UEFA, Platini dan Co untuk melihat semua kelab menjadi self sufficient serta mengikut peraturan Uefa's Financial Fair Play menjadikan pemain muda kita menjadi keutamaan kini, berbanding membeli pemain luar..Dengan perpindahan keluar Ballack, Riccy dan Deco summer lepas sebenarnya menghitung hari buat Ray..Paul yang merupakan staff yang selama ini membimbing pemain muda kita seperti McEachran, Bruma dan Van Aanholt akan dinaikkan pangkat justeru menandakan revolusi kita kearah menaikkan Young Blues..Ini sekaligus memastikan pemain muda kita mendapat pendedahan berterusan di peringkat Senior..

Pemergian Ray akan dikenang tetapi Paul sudah tentu aku harap akan menjalankan duty yang fantastic..Aku yakin dengan keputusan Chelsea Board, kerana mereka jugalah yang menggantikan Steve Clarke dengan Ray suatu masa dahulu sehingga kita berjaya meraih Double..Good Bye Ray, Good Luck Paul!!